Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Why Are We (Muslims) So Passive??

assalamualaikum wbt..

Dalam buku karangan Amr Khaled, حتى يغيروا ما بأنفسهه, one of the law utk kita change ourselves is to be POSITIVE. Rata-rata penganut agama Islam skrg ni terlalu pasif, atau mungkin boleh kita kata ignorant, atau lebih menusuk kalau kita sebut MALAS. Dan sifat-sifat ni lah yang menyebabkan kita leka ttg tujuan penciptaan manusia dan amanah yg sedang kita pegang.

Cuba tanya pada diri..

Kalau kita jalan-jalan kat tepi jalan, pastu nampak kayu yang ada paku terpacak kat depan kita...berapa ramai antara kita yang akan alihkan mende tu? Berapa ramai pula yg akan langkah je mnde tu...dan pergi...? Pernah tak kita pikir: adakah semua org mampu utk melangkah je mende tu macam aku? Pernah tak kita pikir: bagaimana jika seorg buta lalu kat situ...?

Tanya lagi pada diri..

Sekiranya anda perokok (janganlah merokok, kan haram..kita cuba tinggalkan eh, moga kita tergolong dlm golongan muhsinin - yang sentiasa memperbaiki diri & amal, insyaAllah)..adakah anda hiraukan sign board 'Dilarang merokok' yg ada? Atau wat dek je sbb tu sign board yg ckp, bukan polis..Pernah tak kita pikir: aku ni slalu sgt merokok, org laen tak mudharat ke eh?

Kalau anda student, adakah anda selalu volunteer bila cikgu suh volunteer jwb soklan or pape je la...volunteer tak? Ada kawan saya penah cakap, org melayu bab2 volunteer ni susah sikit...hoho..Atau bila proffesor pening2 sebab tak mahir guna powerpoint, adakah anda org yg pertama pegi bantu?? Atau anda org pertama yg wat keputusan: takpelah, kita tggu jelah..boleh rest kejap..(dan membiarkan proffesor pening2 je kat depan smpai la dia smbung lecture)..
(kenapa saya bold kan part ni? Anda yg bersama saya dalam lecture tentu paham..fiki2rkan)

Isu Palestin..dan masalah2 umat yg laen...cakna tak ki
ta? Kita rasa tak kesedihan yg dorg rasa? Ada tak usaha kita nak bantu dorg? Kita doa tak kat dorg? Sedekah tak utk dorg? Boikot tak? Atau kita pikir: aku sorg boikot, org laen tak wat, xde kesan la maksudnye. sama je..baek xyah..

Why are we so ignorant? Kenapa bukan kita yg pertama bertindak? Kenapa kita tak pikir mudharat org lain, sedang kita sgt jaga diri kita supaya tak mudharat?

Jawapannya: sbb kita tak rasa mende tu ada kaitan ngn kita...atau kita pikir kalaupun kita buat takde pape pun yg berubah dalam dunia ni..dan mungkin jugak, kita bimbang dengan apa yg org akan kata jika kita bertindak....atau kita rasa mende tu remeh sbb org lain pon xwat...atau sbnrnye memang kita MALAS...betul tak?

Bahaya pasif!!!

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
[Al-Anfal:25]

Apa yg ditekankan dalam ayat ni? Pasif ni sbnrnye one type of 'zalim', btul x? Sbb kita spatutnye wat yang sepatutnye kita wat tuh, tp kita tak wat camtu..sedangkan kita mampu. Saya macam memperbesar2kan hal yg kecik ke? I'm sorry if u think so, but we should realise that every big thing starts with a single small thing. Macamana kita nak ubah umat jika kita tak mampu nak ubah satu mende yg simple pd diri kita; cth td nak alih kayu yg terpacak paku kat tepi jalan je pon, nak tinggalkan rokok, nak tolong cikgu, nak boikot israel..how can we learn add math without learning tambah n tolak kat tadika dulu?

Pernah satu ketika Allah SWT memerintahkan Jibril a.s utk memusnahkan 1 kampung ni, tapi Jibril tanya: Ya Allah, bukankah dalam kampung ni ada hamba-Mu yang sentiasa beribadah kpd-Mu? Lalu Allah SWT menjawab: Mulakan dengannya! Kerana mukanya tidak pernah mengubah kerosakan yg berlaku."


Anda nampak bahaya pasif skrg? Hmm..sama-sama fikir2kan.

Contoh2 mereka yang positif dan berani mengambil tindakan

1) Kisah burung hud-hud Nabi Sulaiman: Bagaimana Ratu Balqis dan rakyatnya memeluk agama Allah? Permulaannya hanyalah daripada seekor burung. Hud-hud telah membawa berita kemusyrikan Ratu Balqis dan rakyatnya yg menyembah matahari kepada Nabi Allah Sulaiman a.s, consequently Nabi Sulaiman amik tindakan (rujuk Quran) dan akhirnya Ratu Balqis dan kerajaannya kembali kpd agama Allah. Burung hud-hud tu tak penah pikir: ala, aku ni burung je pon, manelah mampu nak ubah manusia, dorg kan ciptaan Allah yg paling hebat. Sebaliknya, dia berani amik tindakan even sblm tu Nabi Sulaiman kata nak sembelih dia kalau dia lewat tanpa alasan kukuh.

2) Kisah Al-Habbab Ibn Al-Munzir: Beliau adalah salah seorg daripada ahli Badar. Sblm Perang Badar bermula, Nabi Muhammad SAW memerintahkan tenteranya untuk bina kem kat 1 tempat nih. Tapi Habbab berpendapat ada tempat yg lebih strategik yg blh bg kemenangan. Apa Habbab wat? Dia xkata lam hati: Ala...aku ni sapelah nak ckp pendapat aku. Rasulullah punye pendapat mesti paling bagus nye. Lagipun mesti suma org nak ikut Rasulullah. Tak! Dia x pk camtu! Sebaliknya, dgn hikmah Habbab tnya Rasullah, Ya Rasulullah, pndpt kamu ni berdasarkan petunjuk dari Allah ke sekadar strategi peperangan?" Rasulullah SAW mnjawab,"Tak, ianya strategi peperangan." Lalu Habbab berkata:"Kalau cmtu aku rasa ni bukan tempat yang paling strategik, (dan dia utarakan pendapatnya)." Rasulullah SAW menerima cadangan Habbab dan mereka menang dalam perang Badar.

3) Kisah seorang pelajar Muslim abad 21: Ada sorg pelajar ni tinggal kat sebuah 'negara Islam' (xtau negara mana cz penulis xbtau tp ia negara Islam yg ciri2 Islam ny xdelah jelas sgt sehingga di universiti2 tiada langsung surau or masjid, means dat org2 kat situ tak cakna pon psl solat). Masa 1st day dia masuk ke sebuah universiti di negara tu, bila masuk waktu solat, dia tercari2 masjid atau surau utk dia dirikan solat. Tapi dia xjumpa. Bila tanya2 org kat situ, suma org wat muka pelik seolah2 mencari tempat solat tu tak penah dibuat org. Akhirnya ada sorg tukang cuci ckp kat dia,"Takde masjid kat sini bang, kalau nak solat abang gi kat bawah, ada 1 bilik kosong. Bang solat ar kat situ eh." So dia pon g la kat bilik yg dimaksudkan...sampai2 je...gelap, berhabuk, no ventilation. Apa ni? Ni tempat solat ke? Dia kata,"Tak! Aku takkan solat underground, solat bawah tanah cmni!"

Apa yg dia wat? Dia gi ke tgh2 kampus, laung azan pastu solat. Beberapa hari jugak dia wat cmtu, sorang2 plak tu. Minggu seterusnya, ada pelajar yg dah mula terkesan dan ada kesedaran bahawa solat tu wajib, kene tunaikan. Dorang pun join student mula2 tu. Makin lama makin ramai. Sampailah satu hari, Dean universiti tu tgk; ada masalah timbul - budak2 amik wudhuk masuk kuar toilet tinggal tapak kasut merata2, pastu time solat kasut bersepah2. Side effect dia apa? Dean tu bina masjid. Kesan daripada pembinaan masjid di universiti tersebut, universiti2 lain di negara tersebut pun turut membina masjid & surau utk pelajar2 solat.

Hmm..jom pk sejenak. Kalau kita jadi pelajar tu, kita akan wat cmtu tak? Atau kita solat je kat bilik bwh tanah tu? Apa akan jadi kalau pelajar td pasif, dia solat je kat bawah tu? Entah bila biah solehah akan wujud dalam kalangan remaja di universiti2 kat negara tu. Dan sehingga sekarang, berapa banyak saham pahala setiap org yg solat dlm masjid di universiti tu dan universiti2 sekitarnya td kembali kepada pelajar yg sgt positif td!! MasyaAllah....

Kesimpulan

Sebelum kita ubah umat, atau ubah sesiapa sahaja, kita sendiri kene ubah diri kita dengan menjadi POSITIF! OPTIMIS! Kalau kita pasif, kita hanya akan tinggalkan kesan yg buruk kepada generasi akan datang, anak-anak, cucu-cucu. Kalau kita nak Islam kembali, jadilah SESEORANG dalam dunia. Kalau belum mampu utk jadi seseorang dalam hal yg besar...mulakanlah dengan sekecil2 hal sepertimana contoh2 di awal post td.

Dan jangan lupa, sekiranya anda mampu utk ubah diri anda menjadi seorg yg positif, anda perlu mengubah diri mereka yg lain utk jd positif jugak. Mengubah orang memerlukan hikmah yg tinggi. Nak quote skit 1ayat yg saya penah baca: A good example is twice the value of a good value! Dan 1 lagi, Prof Dr Abd Latif Mohamad penah quote kata2 sumbody: You are what you think, if you think you can, you are right. If you think u can't, you are right.



Wallahu'alam.

Saturday, September 12, 2009

Khasyiatillah (Part 3): Wujudkah 'khasyiatillah' dalam diri kita?

assalamualaikum wbt..

Agak lambat meng'update' tajuk khasyiatillah ni..huhu..hope one day i can read arabic books well..ameen.Anyway, again..this is one of subtopics in a book titled "Islah Qulub" by 'Amru Khaled; i'm just elaborating in Malay for sharing purpose (dan mungkin hanya sedikit penambahan isi; juga sebagai perkongsian, insyaAllah). Well friends, sebelum kita masuk kpd isi-isi dalam bahagian kali ni..jom refresh dulu apa yg tlh dibincangkan dalam 2 bahagian yg lepas secara ringkas..supaya kita sama-sama dapat kaitkan dan fahamkan dengan mantap tentang khasyiatillah ni insyaAllah..

1) Definisi khasyiatillah: Secara mudahnya, rasa takut kepada Allah SWT yg disertai kecintaan kepada-Nya.. 2) Hari kiamat sebagai salah satu medium pencetus rasa khasyiatillah.. (anda boleh merujuk kpd post2 lepas utk ulasan lebih lanjut..these were just main points.)

Sebenarnya utk tajuk kali ni, point nye diulas di awal topik dalam buku tersebut. Tapi saya menyusunnya balik ke bahagian 3 supaya lebih sesuai dgn cara penulisan dan untuk pemahaman saya sendiri..

Ok kita bermula dengan tanyakan pada diri:

هل نحن نخشى الله عز وجل؟؟

Hmm..nak jawab soklan ni, kita kena amik beberapa contoh yg berlaku dalam masyarakat untuk memilih jawapan samada 'ya' atau 'tidak' bg soalan di atas.

1) Penderhakaan terhadap ibu bapa

Penulis bertanya kpd kita..berapa ramai ibu yg menangis kerana perbuatan anaknya? Dan saya tambah, berapa ramai bapa yg jasa keringatnya dibalas dgn hadiah 'sebuah rumah' oleh anaknya? --> rumah orang2 tua :(

Kenapa kita melihat khasyiatillah dr aspek ini?
"Dan Tuhanmu tlh perintahkn spy engkau x mnyembah mlainkn kpdNya smata2 & hndklh engkau brbuat baik kpd ibubapa. Jk slh seorg dr keduanya atau kedua2nya skli, smpai kpd umur tua dlm jagaan & peliharaanmu, mk jgnlh engkau brkata kpd mereka (sbarang prkataan kasar) sekalipun prkataan "ah" & jgnlh engkau mnengking mnyergah mereka, ttp kataknlh kpd mereka prkataan yg mulia (yg brsopan santun). Dan hndklh engkau mrendah diri kpd kduanya krn belas kasihan & kasih sayangmu & doaknlh (utk mereka, dgn brkata): Wahai Tuhanku! Cucurilh rhmt kpd mereka brdua sbagaimana mereka tlh mncurahkn kasih sygnya mmelihara & mndidikku sms kecil." [al-Isra':23-24]

Lihat perkataan yg di'bold' pd ayat di atas. Ia adalah sesuatu yg besar apabila ALLAH PERINTAHKAN!! Macamana kita boleh ckp kita ada khasyiah dalam masa yg sama tidak menjalankan perintah-Nya? Macamana nak ckp kita ni jatuh cinta tp kata2 Kekasih itu tidak dituruti?

Sabda Nabi SAW: "Keredhaan Allah terletak pd keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pd kemurkaan ibubapa." (Riwayat at-Tarmizi)

Hmm..saya ibaratkan di sini..perjalanan menuju keredhaan Allah SWT itu seolah2 kita ingin merentasi sebuah sungai dari satu tebing ke tebing yg satu lagi di mana adanya redha Allah itu. Sungai itu adalah sungai kemurkaan-Nya..kita memerlukan jambatan yg kukuh supaya perjalanan itu selamat dan kita mendapat apa yg diimpikan...dan jambatan itu adalah jambatan keredhaan ibu bapa..

2) Dosa-dosa lidah
Penulis minta kita muhasabah lidah kita..berapa byk perkataan2 halal & haram keluar dari mulut kita hari ini? Berapa byk ghibah, namimah, perkataan dusta? Dan berapa byk pula zikrullah, selawat, perkataan2 yg bermanfaat?

Ketahuilah bahawa orang yg ada khasyiatillah adalah org yg berfikir sebelum berkata-kata..

Sabda Nabi SAW: "Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, tidak akan lurus pula hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya." [Riwayat Ibnu Abid-Dunya]

Dan sabda Rasulullah SAW lagi dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim: "Sesiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yg baik ataupun diam sahaja."

Hmm...dalam hadith2 di atas, lidah dikaitkan terus dengan keimanan seseorang...bukankah itu menunjukkan ia sesuatu yg besar utk dijaga?

Maka sama-samalah kita menjaga lidah daripada memungkiri janji, bergurau berlebihan, memaki hamun, berkata2 yg tak perlu, mengadu domba, membocorkan rahsia, mengumpat dsb. (saya highlight kan 2 contoh di atas kerana kita seringkali lupa or tak perasan dengannya..astaghfirullah..)

Untuk penjelasan yg lebih baik saya syorkan anda ke sini

3) Pandangan
Penulis bertanya lagi..di mana khasyiatillah pada mata? Terpeliharakah mata ini ketika menonton televisyen, melayari internet dsb..? Sejauh mana kita jaga pandangan kita kerana adanya khasyiatillah?

قل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)"
[an-Nur:30]


Maka dalam ayat ni, sekali lagi diseru kepada ORANG-ORANG YANG BERIMAN untuk menjaga pandangan..bukankah ia satu seruan yg besar? Terkesankah kita dengan ayat ini jika benar hadirnya khasyiatillah di hati??

Dan bagaimana pula dengan wanita2 yg menjadikan dirinya 'bahan pameran'?
  • yang langsung tidak menutup aurat
  • yang berhijab tapi sebahagian rambutnya dinampakkan
  • yang bertudung dan berpakaian lengkap tapi ibarat balutan nangka pakaiannya itu
  • dan mungkin ada yg lebih teruk daripada 3 contoh di atas...
وقل للمؤمنت يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.." [an-Nur:31]

Sekali lagi kepada perempuan2 YANG BERIMAN..jagalah pandangan dan peliharalah kehormatan..bukankah ia satu seruan yg besar? Terkesankah kita dengan ayat ini jika benar hadirnya khasyiatillah di hati??

4) Syabab (Pemuda pemudi)

Paling ketara bila bicara tentang syabab di zaman ini adalah hubungan antara lelaki dan perempuan..
  • Malu yang hilang
  • Azam yang luntur
  • Determination yang lemah
Maka terjadilah pelbagai masalah yg merosakkan akidah serta iman mereka..jangan kata yg tak belajar agama, yg celik agama pun turut sama hanyut..ibadah yg menjadi pengikat hati antara seorang hamba dan Tuannya tidak lagi terlaksana..yang fardhu tidak sempurna, yg sunat ditinggalkan, qiamullail tidak lagi didirikan; kecuali sebahagian kecil dari mereka..

Tanya pada diri, duhai diri..bilakah kali terakhir mata ini basah kerana takutkan Allah? Bilakah kali terakhir ia basah kerana rindukan cinta-Nya? Bilakah solat yg terakhir yg menjadikan kita rasa sangat dekat dengan-Nya?

Lihatlah al-Quran di dalam rumahmu...mungkin sekali ia dipenuhi debu kerana kurangnya yang membaca..

Lihatlah di masjid2 pada waktu solat fardhu...dimanakah pemuda2?

Apakah yg menjadikan pemuda-pemuda kita ni sangat syaghal (busy) sehingga al-Quran itu tidak terbelek, masjid2 itu tidak dipenuhi..? Kitab Suci itu tidak lagi menjadi hafalan mereka kerana fasihnya lagu2 artis pujaan dinyanyikan setiap hari..dan masjid2 itu kosong kerana penuhnya tempat2 hiburan..

Mereka sibuk dengan: siapa yang paling kaya sekarang..siapa menang anugerah Oskar, siapa yang paling hebat main bola sepak..siapa..siapa..dan siapa...????? Tetapi tidak hadir sedikit pun di hati2 itu..siapakah orang2 beriman?

[al-Mukminun: 1-11]
  • Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
  • Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
  • Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
  • Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
  • Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
  • Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
  • Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
  • Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
  • Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
  • Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
  • Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Di manakah letaknya ayat2 al-Quran dan hadith2? Apakah ia memberi kesan kpd hati ini?

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
[al-Baqarah:74]

Dan ingatlah ayat ini:
فويل للقسية قلوبهم
"..Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya.."
[az-Zumar:22]

Maka kembali kepada hati2 ini...tanyakan pada ia..wahai hati, berserahkah kamu dengan apa yg diseru kepadamu dari Tuhanmu? Wahai hati, bergetarkah kamu tatkala mendengarkan alunan2 kalamullah? Wahai hati, terhiburkah dikau oleh ayat-ayat Allah di kala musibah melanda?

Jika 'tidak'..hadirkah khasyiatillah dalam diri ini?

Kita bersama2 dalam jalan tarbiyah..sama2 ingin membaiki hati, membersihkan diri..menghadirkan diri dalam majlis2 ilmu, mendengar beribu pengisian dsb...tapi ketahilah bahawa usaha itu takkan membuahkan hasil selagimana hati kita enggan khusyuk..

"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya). Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang."
[al-A'la:9-13]

Kesimpulannya, khasyiatillah itu tekut beserta cinta kpd Allah SWT. Tidak dipanggil 'takut kpd-Nya' sekiranya tidak bergetar jiwa tatkala mendgr ayat2 yg menceritakan kerasnya azab Allah. Dan tak diistilahkan 'cinta kpd-Nya' jika tidak terdetik di jiwa utk menghampiri-Nya tatkala mendgr seruan2 kpd Yang Maha Esa...

InsyaAllah next part kita adalah part terakhir...dan kita sentuh sedikit sirah Nabi SAW dan kisah para sahabat yg menunjukkan hadirnya khasyiatillah dalam hati mereka..sebagai pemberi semangat utk sama2 kita pupuk ia dlm hati kita insyaAllah..

Wallahu'alam..

Friday, August 14, 2009

Khasyiatillah (Part 2): Hari Kiamat & Kasih Allah

assalamualaikum wbt..

baru ada mood menulis dan secara teknikalnya sebenarnya baru habis translate subtopik yg satu ni..haha..al-maklumlah, busy ngan exam..pindah rumah..dsb (alasan je tuh..huhu, tak cukup determination je sebenarnye..)

anyway, apa sekalipun yang menjadi halangan dalam hidup kita, jangan biar diri lari dari track keyh!! keep on track...which track? track balapan nak 'lumba lari' ke arah mardhatillah...insyaAllah...*wink*

Hari Kiamat...satu perkara yg sangat dahsyat & menggerunkan..kenapa perlu kaitkan dengan khasyiatillah? (sedang khasyiatillah tu sendiri dipenuhi dgn kelembutan & kasih syg...)
ada kaitan eh? hmm..xpe2, kita sama2 tengok apa kaitannya dgn hujah Amru Khaled dlm buku Islah Qulub ni..insyaAllah..

Bayangkan beberapa situasi di bawah:

"Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan."
[al-Hajj:1-2]

"Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan), Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf."
[al-Mursalat:35-36]

"Pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar. Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!"
[an-Naba':38-39]

"Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya,"
['Abasa:34-35]

Sabda Nabi SAW: "Pada Hari Kiamat manusia akan dikumpulkan dlm keadaan telanjang." Aisyah r.a. berkata, "Ya Rasulullah, adakah kaum wanita dan laki-laki akan saling saling memandang antara satu sama lain?" Maka Rasulullah berkata: "Keadaan saat itu lebih menegangkan sehingga mereka tidak akan saling memandang antara satu sama lain."
[Riwayat Bukhari]

Nabi SAW bersabda: " Pada Hari Kiamat, matahari akan dihampirkan kpd semua makhluk sehingga tinggal sebulan perjalanan di bumi. Disebabkan kepanasan, manusia akan berpeluh mengikut qadar amalannya. Lebih banyak keburukan yang dilakukannya, maka lebih banyaklah peluh yang dikeluarkan sehingga ada yang sampai ke buku lali, sebahagiannya ada yang sampai ke lutut, sebahagiannya ada yang sampai ke pinggangnya & sebahagiannya ada yang sampai ke mulutnya. Ada juga yang berenang dalam peluhnya & ada yang tenggelam dalam peluhnya sendiri."
[Riwayat Muslim, Ahmad, Miqdad & Tarmizi]

Apa yang kita rasa bila baca ayat2 & hadis camni? Biasa2 je ke? Ke ada rasa gerun...? Terdetik tak kata hati sebegini --> Bersediakah kita nak hadapi Hari Kebangkitan? Atau - di manakah aku ketika itu..? Dalam kalangan siapakah bakal aku tergolong...?

Sabda Nabi SAW: "Dibangkitkan manusia pada Hari Kiamat dalam 3 golongan: Golongan berlari; golongan merangkak; & golongan yang berjalan dengan wajahnya." Salah seorang sahabat bertanya, "Bagaimana berjalan dengan wajahnya ya Rasulullah?" Maka Rasulullah menjawab: "Sesiapa yang mampu berjalan dengan kaki pasti mampu berjalan dengan wajahnya."
[Riwayat Tarmizi]

Hadis ini dijelaskan lagi dengan ayat:

"Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke Neraka Jahanam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya."
[al-Furqan:34]

"Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: Neraka Jahanam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang."
[al-Isra':97]

Agaknye apa tujuan Allah SWT menerangkan kedahsyatan Hari Kiamat kepada kita? Nak takut-takutkan kita ke? Tak ke rasa kita ni takut Allah sebab terpaksa...sebab Hari Kiamat...dengan kata lain, takut Hari Kiamat bukannya takut Allah...macam tu ke???

Hmm, saya buat perumpamaannya di sini untuk memudahkan kefahaman diri dan para sahabat sahabiah...ibarat seorang ibu yang melarang anak kecil di luar rumah ketika hari sudah malam.

kenapa? jom jawab soklan2 di bawah (tp jangan emosional ye...*takut tersentuh emosi orang2 yg berjauhan ngn ibu macam saya ni..yela, ckp psl ibu la katekan..hehe*)

Ibu sayang anak tak? --> Sayang for sure... Kenapa dia larang anak dia main kat luar malam2? --> Sebab sayang la for sure.. Yela..tapi kenapa nak larang main kat luar malam2???!! petang2 bagi pulak!!! --> kan da kate jangan emosional...haish...yela, die larang laa malam2 nak main kat luar, kang pijak paku ke kene patuk ular ke..malam kan gelap..mane nampak mende2 camtu!!!! *tanda seru = jawab dengan emosional jgk..hoho* Habis tu kalau anak dia main jugak kat luar malam2? --> ibu tu marah la for sure.. Habis tu kalau anak dia ikut cakap ibu tu..apa faedahnye?? da la tak dapat main kat luar dengan seronok..xkan xde pape kot!! --> faedahnya, anak tu takkan dimarahi ibunya...dan rasa bahagia ada anak yg ikut cakap ibu..ganjarannya? Apa ganjaran yang lebih besar bagi seorang anak daripada kasih sayang seorang ibu...? *wink*

Macam tu la jugak kalau kita nak paham dalil2 tentang Hari Kiamat ni untuk dikaitkan dengan Khasyiatillah..
kenapa Allah larang kita dari 'keseronokan' dunia...tak bagi kita wat suka2 hati kat dunia...kenapa? Jawapannya, sebab bahaya dunia tu sendiri...
kalau langgar larangan-Nya? --> Dia murka..jadilah kita tergolong dalam golongan2 yg mengalami peristiwa dahsyat Hari Kiamat tu nanti..
Habis tu kalau kita taati-Nya..ada ganjaran ke???? --> macam jawapan yg atas..apa lg ganjaran yang lebih besar bagi seorang hamba daripada kasih sayang Tuhan Yang Esa...?

Malah Allah SWT zahirkan lagi dalam bentuk apakah kasih sayang-Nya akan datang pada Hari Kiamat nanti....

Sabda Nabi SAW: "Hari Kiamat akan berlalu bagi orang mukmin seperti 2 rakaat solat yang dikerjakan mereka."
[Riwayat Ibnu Hibban]

Dalam satu hadith dijelaskan 7 golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada Hari Kiamat iaitu:

  1. Pemimpin yang adil
  2. Pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah SWT
  3. Pemuda yang hatinya bertaut kepada masjid-masjid
  4. 2 pemuda yang saling mengasihi kerana Allah; yang berkumpul & berpisah kerana Allah
  5. Pemuda yang didatangi wanita bangsawan yang rupawan lalu ia menjawab, "Sesungguhnya aku takut kepada Allah."
  6. Pemuda yang bersedekah & menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidah tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya
  7. Pemuda yang berzikir kepada Allah seorang diri sehingga basah kedua matanya
Dan pastinya jelas ganjaran-Nya yang kemuncak adalah Jannah..insyaAllah..
Dalil2 tentang nikmat syurga dan azab neraka banyak dijelaskan dalam surah2 dalam juzuk 30..sama2 tadabur..

Hmm..rasanya kita dah jelas apa kaitannya Hari Kiamat dengan Khasyiatillah..jadi sebenarnya mengingati Hari Kiamat itu adalah medium utk kita lahirkan rasa khasyiatillah, bukan utk menakut-nakutkan manusia semata..amaran2 yang tersebut dalam al-Quran dan hadith berkaitan kedahsyatan Hari Kiamat itu adalah tak lain hanyalah bukti kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya; sepertimana perumpamaan si ibu yang melarang anaknya bermain di luar rumah di malam hari kerana bimbangkan bahaya yang menanti...dengan kata lain...kerana sayang...

Jadi jelaslah kita sekarang apa yang dimaksudkan dengan ayat surah Qaf:33..


من خشى الرحمن بالغيب وجاء بقلب منيب


Okeyhla...untuk part 3 nanti kita akan tengok plak apa contoh2nya orang2 yang memiliki Khasyiatillah ni...Wallahu'alam..

Tuesday, March 10, 2009

Khasyiatillah (Part 1): Definisi الخشية dan Dalil

Assalamualaikum wbt...

Pernah enoll ditaklifkan untuk memberi tazkirah bertajuk 'الخشية'(al-Khasyiah)..
Dan bahannya daripada buku Islah Qulub karangan penceramah terkenal Mesir, 'Amru Khaled..
Terdetik di hati untuk share dengan para sahabat tentang khasyiah ni..
But 1st of all, jazakillah to dearest ukhti 'M' for teaching me Arabic *wink*
Panjang dihuraikan tentang khasyiah ni, jadi mungkin enoll akan cuba huraikan dalam beberapa part..insyaAllah~

Apakah itu خشية ?

Dalam buku ni diterangkan khasyiah dari segi lughahnya bermaksud 'takut'. Bahasa Arab ni kaya, kadang-kadang satu kalimah dia yang tak mampu diungkap oleh Bahasa Melayu dalam hanya satu perkataan. Complex huh? Contohnya kalimah الخشية ni sendiri..

Kalau sebut 'takut' sahaja...tak memadai kerana perlu dijelaskan pula apa bezanya dengan kalimah الخوف (al-khauf) yang juga dari segi lughahnya bermaksud 'takut'..

Jadi, dijelaskan dalam buku ni, الخوف dari segi istilah membawa maksud takut tanpa hub (rasa sayang); yakni bila kita ada khauf tu, kita rasa nak lari, rasa gelisah, dan membawa kita jauh daripada benda yang kita takut tu..macam takut hantu la lebih kurang..atau mat rempit takut polis..atau kene kejar anjing..atau murid takut cikgu sebab tak siap keje skolah..

Manakala الخشية pula diistilahkan sebagai takut disertakan rasa cinta untuk membesarkan Allah, mengagungkan-Nya, dan lagi membawa kita dekat kepada-Nya.
Dalilnya:

وأزلفت الجنة للمتقين غير بعيد
هذا ما توعدون لكل أواب حفيظ
من خشى الرحمن بالغيب وجآء بقلب منيب


Maksudnya: Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. [Qaf: 31-33]

Kenapa disebut dalam ayat ni, الرحمن sebagai sifat Allah bukan القهار atau الجبار atau القوي? Sebab itulah dikaitkan khasyiah dengan rasa cinta kepada Allah~

Kita bukannya nak al-khauf kerana takut itu akan berakhir; hantu hilang da tak takut, polis dah tak buat road-block mat rempit da tak takut, anjing kena panggil dek tuannya tak kena lari laju-laju dari anjing dah, cikgu tak jadi masuk kelas sebab mesyuarat murid-murid yang tak siap keje skolah mesti dah lega...
Tapi apa yang kita 'aim'kan adalah takut besertakan cinta terhadap Allah yg tidak mungkin pudar..iaitu الخشية الله

Dalam buku ni juga banyak dijelaskan tentang Hari Kiamat..
Persoalannya, adakah kita takut kepada Allah..atau Hari Kiamat?

Bersambung insyaAllah~
Wassalam