Wednesday, January 27, 2010

..muhasabah cintamu~

salam..
jazakillah kpd enol atas tazkirah yg dipos bru2 ni..harap kte dpt manfaat bersama..insyaALLAH..jgalah hubungan baik dgn ibu bapa slagi mreka masih ada di dunia ni..walau steruk mana pon mreka,mreka adalah ibu yg melahirkan kite..ibu yg mengandungkan kte slama 9 bln..[tp klu yg x cukup bln tu awal lg la..pre-mature labour..]
bayangkan la sahabat2,perubahan yg berlaku kpd ibu kte slama mengandungkan kte..tanpa jemu mengendong bayi seberat average 3.2kg la..kt rahimnye..kisah ke dy?mengeluhkah dia?ade x dia ckp,"fed up la!xmo la gendong da?" nauzubillah sahabat2..klu semangat ibu tu lemah dan xdpt bertahan utk meneruskan kandungannya selama 9bln tu..bermakna xde la kte kt dunia ni..xdpt la kte melihat ciptaan Tuhan yg begitu indah ini..x dpt la kte mentadabur alam yg penuh dgn rahsia penciptaanNya..

fikirkan la sahabt2 sekalian..adakah kte mampu menahan marah kte kpd ibu kte ble mne kte x dpt brg yg kte ingini?sejauh mana kte dpt bertahan dgn ibu kte slagi treshold [tahap] kepuasan kte xdikecapi?
padahal pernahkah kte berfikir..sejauh mne ibu kte bertahan dgn kerenah kte yg pelbagai..hampir 20thn lbey sahabat2..20 thn lbey,bkn la tempoh mse yg sekejap..kite?bagaimanakah dgn kte?sama2 muhasabah..

mse ibu kte sakit,masuk wad hampir seminggu,mampukah kte menjaga beliau sbgaimana beliau mnjaga kte ble kte sakit?tanya diri kwn2..renungkan..

saya tringat mse saya dmam juz a few days b4 fly back to egypt..ibu saya,tanpa jemu menjaga saya dgn penuh kasih syg seorg ibu..saya terharu..sampai x dpt nk menahan lelehan air mata yg mengalir tanpa saya sedari..ibu bertanya,knapa menangis nak..ego seorang anak..saya cuba menyembunyikan rasa terharu saya dgn memberikan alasan yg nampak logik..saya menggunakan aplikasi subjek medik saya dgn mengatakan bahawa air mata yg mengalir ini adalah disebabkan badan yg terlalu panas..dan utk compensate balik kepanasan badan tu,so keluarlah air mata utk menyejukkan badan..[ego btol]..saya percaya bahawa ibu saya sedar bahawa saya cuba utk mengalih perhatiannya..saya kan anak dy..saya tau dia tau ape yg saya rasa..
ibu tersenyumm sahaja melihat kerenah saya..
ayah?cmne pula dgn ayah?mari kte imbas kembali ape jasa seorang ayah kepada kte..mse alam perkahwinan setibanya malam pertama..[utk bacaan 18thn ke atas]..berlakulah satu proses persenyawaan antara ovum dgn sperma..dlm berjuta2 sperma,hanya 1 sahaja yg berjaya menembusi ovum tersebut..apabila memasuki ovum..tertanggallah ekor sperma yg ALLAH kurniakan utk pergerakan sperma tu menuju ke ovum..













apabila bersenyawanya sperma ngn ovum tu,terbentuk la zigot yg berkembang menjadi embryo dan akhirnya dlm tempoh 9bln dlm kandungan ibu,terjadinya kte ..dan lahirnye kte di muka bumi ini..







berbalik kpd cte ayah..

ayah tanpa jemu berhempas pulas menggunakan segala daya yg ada utk membesarkan kte..mencari rezeki yg halal utk isteri dan anak2 tercinta..sanggup meninggalkan isteri dan anak2 seketika hanya utk mencari rezeki sesuap nasi..rezeki yg halal..

klu saya tgk ayah saya..pg2 bersiap2 utk ke pejabat..sebelum pergi,ayah akan memanggil saya utk bersalaman dgnnya..ayah juga akan menasihati saya..agar menjaga diri..sahabat2..kasih seorang ayah x dpt diungkap dgn kata2..ayah tu seorang lelaki..x serupa dgn seorg ibu yg dgn mudah melafazkan rse sayang kpd anak2nya..ayah characteristicnya berbeza..kte hanya dpt melihat kasih sygnya dgn perbuatannya..raut wajahnya..

pernahkah sahabat2 melihat raut wajah ibu or ayah sahabat2 ktika mreka sdg tidur?klu blom,silalah cuba ye..kerana itulah raut wajah yg paling jujur dlm diri mreka..[org tdo mne dpt berbohong kan?]itulah wajah org yg menghempas keringat dr hari ke sehari smata2 utk mmberikan kebahagiaan yg maksimum kpd kte..

mari kte renungkan bersama..

kte slalu ckp mak ayah xphm ape yg kte nk..
saya lg selesa dgn sahabat2 sebaya..
zaman mak lain..zaman skrg da maju..

sebenarnya,

ibu dan ayah kte cuba berjalan seiring dgn kte..


kte berlari mreka pon sebenarnya cuba utk berlari..
tp sbb da tua kot..berlari pon x selaju kte..

tp sebenarnya,nk ckp kt cni..mreka pon cuba memahami kehendak kte..
dlm mse yg sama cuba menjaga dan menghindari kte drp bahaya dunia moden yg serba maju ni..
[bak kte iklan tv:sume di hujung jari..zaman da brubah~]
ye..zaman mmg da berubah..makin bertambah umur kte..makin dkt kte dgn kematian..dan sepatutnye makin dkt kte dgn kematian..makin dkt kte dgn Pencipta kte..makin byk amalan yg kte lakukan..
insyaALLAH..sy xmo nk ckp pjg..[tp rse da tlbey pjg da]..ckp pjg ni byk salah silapnye..
so,sama2 kte muhasabah..

ALLAHhu 'alam..




Tuesday, January 26, 2010

Sayang Umi...Sayang Abah..

Sayu hati bila membaca kisah ni..(termenangis dah..isk3)

Bukan kerana rs marah atau geram dengan tindakan anak2 tersebut..tp lebih kepada bimbang akan diri sendiri..bimbang kelak diri ini lupa..pd ketika mana dunia sudah menunjukkan 'indahnya' apa yg ada dlmnya. Kalau suatu hari saya terlupa, terlalai dlm menunaikan tanggungjawab saya kepada abah umi, dan anda tahu saya berbuat demikian...tolonglah datang dan ingatkan saya balik...tau.

(Harap umi abah baca post ni even dorang tak tau pn kot blog saya..)
Untuk umi dan abah...mungkin tak terluah di mulut rasa sayang ain. Mungkin tak terzahir pun. Entah bila akn terkeluar kat mulut ni, "Ain sayang umi, abah." Dan mungkin takkan terluah pun...di dunia ni. Tapi Allah tau apa yg ada dlm setiap hati manusia sekalipun dirahsiakan (tadabbur alMulk:13)..

Mungkin ain bukan anak yg mampu beri terbaik untuk umi dan abah, mungkin juga tak mampu puaskan hati umi abah dalam banyak perkara, mungkin juga selalu mengguris hati umi abah sengaja atau tidak..tapi hati ni tak pernah lekang dari rasa kasih dan sayang untuk umi abah..moga Allah tak hilangkan perasaan ni selama2nya, supaya ain tak lupa...siapa umi dan abah..

رب اغفرلى ولولدى و لمن دخل بيتى مؤمنا وللمؤمنين والمؤمنت

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman)..
[Nuh:28]

Pada suatu hari, sedang seorg hamba Allah membaca ayat2 suci al-Quran dalam tram sementara menunggu sampai ke destinasi ditujunya, datanglah seorang makcik. Ada 2 tempat duduk kosong kat sblh dia, satu anterolateral, satu lagi betul2 sebelah. Mula2, makcik tu nak duduk di seat yg anterolateral ngn hamba Allah tu, tp kelihatan dr penglihatan stereoscopic hamba Allah tu, gerak badannya terhenti dan mengubah fikiran untuk duduk di seat yg btl2 sebelah girl tu. Meneruskan bacaan hingga habis satu ayat. Tiba2, makcik tu menyentuh bahu kanannya. Dan dia berkata sesuatu..dalam bahasa arab..tp hamba Allah tu tak dapat tangkap apa yg dia cakap.

"Maalisy...fi eyh?(maaf, ada apa?)" tanya hamba Allah tersebut. Mungkin tgk gayanya makcik tu tau dia bukan org Mesir.
"Takallim 'arabi kwayyisa wala injilizi? (awak prefer ckp arab ke english?)," dia tanya hamba Allah tu pulak.
"English," dijawab ringkas.
"Ok....please my bint, pray for my daughter in your prayers," pinta makcik tu. Hamba Allah tu pun pelik la. Mesti ade sumthing, agaknya kebetulan tgk hamba Allah tu tgh baca Quran so makcik tu mintak doakan anak dia sekali.

Hamba Allah: InsyaAllah but what had happened to your daughter?
Makcik: She has bleeding in her head. Now, she's in the ICU in the gama'ah hospital (universiti hospital).
Hamba Allah: She undergoes surgery..?
Makcik: Yes. 4 times since (berapa ntah, tp mcm xsampai sebulan kot) days. The first, they remove the clot then they put a tube to drain water from her head to her stomach (err, xpastila ape mendenye, tp itulah ayat makcik tu)..After that, the tube is infected, she undergoes another surgery (tp dia tak abiskan cerita surgery apa lagi lps tu) She's only 14. It's too much for her right?"
Hamba Allah: Yea. Hmm..Did you know the cause?
Makcik: The doctor said her vessel in the head is weak since she's birth. When she grows up, it ruptures.
Hamba Allah: Oh.....(sayu seketika) Erm, so you're heading home?
Makcik: Yes. I am allowed to see her only 1 hour per day. I can't stay with her in the hospital.
Hamba Allah: (terdiam seketika) What's her name?
Makcik: Isra'..
Hamba Allah: And you?
Makcik: Mona. Isra' bintu Mona. You wanna see her picture? (keluarkan gambar anaknya dan tunjukkan kat hamba Allah tu). She's my only child. You can see her in the hospital, the new one, at 1st floor. Please pray for her my bint.
Hamba Allah: Mmm..and your work?
Makcik: I'm a mathematics teacher.
Hamba Allah: Owh..(terdiam lagi..berfikir..sebelum tangan pantas membelek helaian2 Quran mencari satu ayat)
Makcik: You want to read Yaasin?
Hamba Allah: Oh, nope. I just..(belek2)..wanna..(belek2)..show you a great 'ayah'...(belek2..jumpa!)...from Allah. You see...(jarinya menunjukkan pd 1 ayat dalam Quran tersebut)
Makcik: (amik spec mata lam beg, pakai, baca...)

و لا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين


Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman.
[Ali-Imran:139]

Makcik: ....insyaAllah...(tersenyum)

Dan mereka berpisah setelah hamba Allah tiba di destinasi tujuannya, dan Pn Mona sempat berpesan kpd hamba Allah tu: Please tell your friends also to pray for my daughter.
Hamba Allah: Ok, insyaAllah.

**watak terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu**

Apa yg menyentuh hati hamba Allah tersebut adalah...senyuman seorang ibu. MasyaAllah, katanya makcik tu langsung tak nampak sedih, cuma ada sikit raut kepenatan..tabahnya seorang ibu meneruskan hidupnya berulang-alik ke hospital, walaupun hanya 1jam dapat berjumpa..demi kasih seorang ibu terhadap anaknya. Terdetik di hati, 4 kali surgery? Kos nya? Dia hanyalah seorang guru..

Betapa dia tak merungut dalam menunaikan tanggungjawabnya terhadap si anak. Ya Allah..sembuhkanlah Isra' bintu Mona. Jika Engkau sembuhkannya, jadikanlah ia hambaMuyg taat dan anak yg solehah kpd ibunya sebagai balasan untuk pengorbanan si ibu itu..ameen ya Rabb. (kawan2 pun doa same ye..mungkin ada salah seorang antara kita yg doanya Allah makbulkan, insyaAllah)..

Teringat susah payah umi dan abah suatu ketika dulu dalam sejarah hidupku..Umi, abah, ain sayang umi dan abah..

(kalau umi abah baca post ni, diam2 je tau. Malu la pulak..hoho) =p

hayatilah video ni, mula2 saya tonton..menangis, laju sungguh air mata. pastikan anda menghayatinya seorang diri ye...ingatlah jasa ibu ayah kita, jangan lupa mereka...tau, kawan2! =)


Thursday, January 21, 2010

Masih belum terlambat...!

salam..

xmo tulis pape pon, just nak kongsi ni ha (klik sini)

mungkin berguna untuk anda dan saya. kita optimist!! positif!! insyaAllah, kita usahakan yg terbaik, moga Allah kurniakan yg terbaik =)

selamat study~~


Saturday, January 16, 2010

Khasyiatillah (Part 4): Contoh-contoh 'Khaasyi'in'



Assalamualaikum wbt..

Lucky day to continue this last part..fuh! Very the late maa..
Anyway, once we decide to do something, do put our target when and how to finish it (so, this is not a good example for all keyh).

Terus ke topik..kita dah paham definisi khasyiatillah, bagaimana membinanya dalam diri dan tanda-tanda pengaplikasiannya. Dan post ni mungkin sebagai motivasi kepada kita & titik tolak untuk kita mencontohi mereka dlm mendapatkan khasyiatillah. Contoh pertama & terunggul:

1) Nabi Muhammad SAW
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Maka kehilangan aku akan Rasulallah (s.a.w) pada suatu malam dari tempat tidurku, maka aku raba-raba beliau, tersentuh tanganku dengan kedua telapak kakinya yang ditegakkannya, ketika dia Sujud (solat) di masjid sedang membaca:

أعوذ برضاك من سخطك وبمعافاتك من عقوبتك وأعوذ بك منك لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك

[Maksud: Wahai Tuhan kami! Aku berlindung dengan keredaanMu daripada kemurkaanMu dan daripada seksaanMu dengan keampunanMu dari kelalaianku (menunaikan kewajipanku) terhadap Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada memuji Engkau yang tidak berkuasa aku menunaikan kepujian atas Engkau sebagaimana apa-apa yang Engkau memuji diri Engkau sendiri.]

(Hadis Riwayat Muslim)

Wah! Hebat tak rasa khasyiah yg ada pada Nabi SAW? Baginda jauh sekali dari melakukan dosa namun Baginda berseungguh-sungguh memohon perlindungan drpd Allah SWT dan memuji2Nya.

Bagaimana pula dengan kita? Berasa selesa dgn iman yg ada? Rasa cukup dengan amal yg dah kita lakukan di dunia ni? Berapa banyak dalam sehari kita mohon perlindungan drpd Allah dan berapa kali pula kita memuji2Nya? Sama banyak tak dengan lagu2 yg fasih di mulut? Sama banyak tak dengan bual2 kosong kita sehari-hari? Jom muhasabah...


Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah,

Abdullah ibn ‘Amru r.a berkata: “Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya. Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:

رب لم تعدني هذا وأنا أستغفرك لم تعدني هذا وأنا فيهم

[“Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu”]

Janji Allah yg dimaksudkan oleh Nabi SAW di atas merujuk kpd ayat al-Anfal:33..
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).

Dan Allah SWT mengajar Rasulullah SAW tentang khasyiah..

قل إنى أخاف إن عصيت ربى عذاب يوم عظيم
Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat).
[al-An'am:15]

Lihat bagaimana Rasulullah SAW segera solat dan berdoa ketika berlaku gerhana matahari (kerana gerhana menunjukkan peringatan dari Allah) kerana bimbang Allah menyeksa kaumnya walaupun Allah telah berjanji tidak akan mereka diseksa selagi Rasulullah ada bersama dan selagi mereka memohon keampunan..dan bagaimana Rasulullah takut azab pada Hari Kiamat sekiranya Baginda derhaka kpd Allah (tidak sekali2).

Kita bagaimana pula? Gerhana matahari berlaku...suma cari spek mata yg bleh tengok matahari tu la...cr filem yg dlm kamera lama2 tu la (kecik2 dulu slalu buat sbb ikut org)...bukannya segera tunaikan solat dan muhasabah peringatan dr Allah SWT ni...(maaf, saya hanya bagi contoh rambang, tak berniat menyerang sape2 dan tak berniat nak generalize kan mende ni smua org pun wat, mungkin hanya segelintir). Gerhana eh baru2 ni? Mungkin kita patut mengambil iktibar bahawa hebatnya kekuasaan Allah SWT...

Rasulullah SAW (dlm ayat al-An'am di atas) juga takut dengan azab Hari Kiamat SEKIRANYA Baginda derhaka kpd Allah (tp Baginda tak pernah derhaka)...kita? Kalau menteri datang umah kita sbb kita jemput makan nasik sempena hari jadi anak kita (hyperbola punya contoh..hoho), skali dia amik nasik duduk bersila kat atas carpet..adakah kita dan keluarga akan gi makan kat meja makan atas kerusi? Mesti duk bawah gk...bahkan klu x muat atas carpet...atas lantai pon xpelah..janji bukan atas kerusi sbb menteri pon duk bawah...xkan la kita nak duk atas plak.

Phm x contoh di atas? Maaf ler..menaip malam2 ni otak xfresh sgt...sbb ramai neuron yg dah tido, penat bekerja seharian..hoho. Hm. Nak katanya di sini, sedang Rasulullah yg maksum tu bimbang akan azab pd Hari Kiamat kelak..apatah lagi kita!! Yg banyak dosa, yg taubat entah ke mana kadang2 tu...mestila kene lebih takut, ye tak? ANDA!! YE ANDA!!! YANG TENGAH BACA AYAT NI!! ANDA TAKUT TAK DIAZAB PADA HARI KIAMAT NANTI?? (jwb dlm hati..muhasabahlah diri..sama2 ye..bukan anda saje..saye pon)..

2) Umar bin Al-Khattab

(Betulkan cite ni kalau tak betul ye) Pada hari pembukaan al-Quds, masa suma org tgh tggu Umar r.a dtg utk menerima kunci, masuk je Umar ke dlmnya..dia tnya: "Di mana saudaraku Abu Ubaidah bin al-Jarrah?" Maka Abu Ubaidah pun dtg kpdnya, Umar pon nangis senangis2nya ('syadidan' kate lam buku Amru Khaled ni). Dia peluk Abu Ubaidah dan berkata kpdnya: "Wahai Abu Ubaidah, ini bukanlah hari kemenangan, tp hari utk kita fikir apa kita nak ckp kat Tuhan kita kalau Dia tanya: apa yg dah kamu semua lakukan setelah (ketiadaan) Rasulullah?"

Abu Ubaidah pun kata: "Wahai Amirul Mukminin, takyah la nangis depan suma org kot." (secara bahasa pasarnya la)
Umar tanya lagi?: "Apa akan aku jawab kpdNya wahai Abu Ubaidah??"
Abu Ubaidah pun pujuk la: "Wahai Amirul Mukminin, jom2..kita gi jauh2 dari suma org pastu kita nangis sama2.."
Dorg pun pegila kat bawah 1 pokok ni pastu nangis sama2 dgn penuh ingatan kpd Rasulullah SAW. (comel tak?)

Hm. Nak cerita kat sini..betapa Umar takut dgn perhitungan Allah nanti ttg sumbangannya dlm agama Allah ni selepas wafatnya Rasulullah SAW. Padahal membuka al-Quds tu satu mende yg besar untk umat...sehingga hari ini.

Kita? Tak takut ke kalau Allah tanya nanti: "Apa yg dah kau lakukan untuk agamaku?" Kita nak jawab ape ek?

3) Umar bin Abdul Aziz
Jom Tadabbur ayat al-Lail:1-14...
Apa yg anda rasa? Rasa pape yg berubah x?

Umar Abd Aziz stiap kali baca ayat tersebut..beliau takkan mampu untuk sambung ayat seterusnya...kenapa? Sebab beliau menangis..lalu beliau berhenti, diam kejap. Stat balik baca ayat dr awal...tp sama je. Tak abis. Nangis gk.

Kita? Nangis gk...masa baca Yaasin dlm majlis tahlil, tu pun mungkin bukan sbb paham ayat dlm surah tersebut..tp sebab teringat kat arwah, yeke? Maaf sekali lagi, saya tek berniat menuju kpd sesiapa, cuma cuba untuk buat diri sendiri dan anda berfikir bahawa khasyiah itu akan dtg bila kita menghayati Kalamullah.

Kalau kita sayang seseorg, best tak kalau dpt SMS ke email ke 'buzz' kat ym ke..best tak? Best kn? Rasa nak btau satu dunia! (ish, xdela camtu kot..hyperbola lagi). Cuba kalau lama x contact..mula2 rindu la..tp dah lama, xdenye. Engkau dengan hidup kau, aku dengan hidupku..cewass. Macam tu jugak khasyiah. Kalau kita nak, kne 'contact' selalu la dengan Kekasih kita tu, iaitu: Allah SWT...melalui? SMS? Tu teknologi manusia je, teknologi berhubung ngn Allah melalui slh 1 nye menghayati KalamNya dlm Quran. Setuju? =)

Jadi as conclusion: camne nak sampai kpd rasa khasyiah ni? (ni antara cara2nya je la..byk lagi sbnrnye)

a) Berhenti dr melakukan maksiat . Hati kita ni ada nisbah. Nisbah maksiat dgn hidayah. contoh nisbahnya 50:50..separuh maksiat separuh hidayah (kesedaran). Cuba kurangkan nisbah maksiat tu..kalau belum mampu untuk jadikannya 0:100..perlahan2lah kita dlm meninggalkannya. Yg penting istiqamah dan jiddiyah. Lama kelamaan cahaya hidayah tu akan menerangi bilik hati kita yg dulunya gelap dek maksiat yg menghuni. Sama2 cuba ye..insyaAllah, Allah bersama org yg sentiasa mencari kebenaran dan sentiasa membaiki amalan.

b) Ingat Hari Kiamat, mati, syurga dan neraka. Haa...tak lain tak bukan, kenalah banyakkan baca Quran. Hayati bacaan tersebut...tadabbur alam..ziarahi kubur...dan mcm2 lagi. Hatta dengan bersyukur trhdp nikmat2 Allah SWT pun mampu menghadirkan rasa khasyiah kerana ia mengingatkan kita kepada nikmat yg lebih besar di syurga nnt. Begitu juga dgn bersabar trhdp ujian Allah, krn ia mengingatkan kita kpd seksaan di Hari Akhirat yg lebih dahsyat lagi.

c) Menyanyangi manusia lain. Jangan salah tafsir eh. Manusia lain di sini penulis maksudkan, adalah mereka yg boleh menimbulkan rasa rendah diri kita. Cth: org miskin, anak yatim, org kurang upaya...krn smua ni mengingatkan kita kpd nikmatNya yg mampu saja hilang dr kita, namun ia masih ada kerana sygNya Allah SWT kpd kita...maka tidakkah kita mahu membalas rasa kasih dan sayang tersebut?

Hm. Sesungguhnya, hati ni memerlukan latihan mcm jugak latihan basketball (sori ye sukan lain, berat sebelah jap). Katalah kita xpenah pun maen basketball, tangan pun lembik je. Nak shoot asek2 x masuk, sentuh ring pun tidak, huhu. But don't u ever think, what makes great basketballers can shoot 3-point dgn jarak yg jauh plus ada org halang2 lagi tu...? Simply bcz practices make perfect!

So is the heart, kalau kita lazimkan diri kita cuba utk tolak maksiat, mujahadah nafs walaupun susah...lama2 hati kita akan lazim mcm hati Nabi Allah Yusuf a.s. bilamana Baginda cuba digoda oleh Zulaikha. Bukan senang nak tolak perempuan cantik, anak org ternama pulak, dlm keadaan takda org nampak..tp bila hati dah lazim, fasih saja mulut menuturkan: معاذ الله (aku berlindung kpd Allah)...

Mungkin pd ketika ini kita rasa sukar untuk menangis krn khasyiatillah..tp mulakanlah dengan MEMBUNUH MAKSIAT. Lama kelamaan, insyaAllah kita mampu menitiskan air mata untuk itu. Dan pd masa tu, mungkin kita sendiri tak sedar bahawa kita dah mencapai tahap khasyiah yg tinggi...

Sabda Rasulullah SAW,"Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak."

ويخرون لللأذقان يبكون ويزيدهم خشوعا
"Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk." [al-Isra':109]

Maka kita sujud kemudian tanya kpd diri,"Aku sujud, tapi di mana tangisanku?"

Supaya kita sama2 sentiasa muhasabah diri..seraya berdoa supaya dikurniakan rasa khasyiah dr Allah SWT...insyaAllah.

Wallahu'alam.

Thursday, January 14, 2010

Menjelang Exam

Bismillahirrahmaanirrahim..

Exam menjelang tiba. Mungkin ramai yg dah tension. Yang risau, camne la nak khatamkan silibus yg byk ni..yg risau markah exam2 kecik yg lepas kurang memuaskan, yg risau apa natijah yg akn dapat at the end of the year nnt..yang tetiba homesick melampau..dan mungkin yg hampir futur (berputus asa) pun ada...

Di musim exam sebegini, kita semua amat memerlukan motivasi yg tinggi utk meneruskan jihad ni. Rasanya semua pun tahu bahawasanya study tu 1 of jihad, right? Persoalannya, adakah kita benar2 faham jihad tu bagaimana? Nak mendefinisikan sesuatu perkataan melalui lisan atau tulisan mungkin mudah, tapi nak mendefinisikan sesuatu yg kita faham melalui cara yg sama, terkadang tak terluah di mulut mahupun tangan. Cukup hanya tersemat kemas di dada.

Dan untuk mendapatkan kefahaman tu bukannya senang macam ABC. Jihad adalah satu perkara yg besar, yg hanya mampu dilakukan oleh jiwa2 yg suci, yg ingin melakukan segalanya kerana agama ini. Mana mungkin jiwa yg pemarah mampu paham apa itu tenang selagimana ia belum mencuba utk sabar. Dan mana mungkin hati yg banyak berprasangka mampu paham apa itu ukhuwah selagimana ia belum cuba utk berlapang dada. Dan mana mungkin fikiran yg bercelaru mampu paham apa itu keringanan selagimana ia belum kembali kpd Tuhan. Begitu jugalah dgn jihad. Mana mungkin kita mampu paham apa itu jihad dalam study selagimana kita tidak sanggup berkorban dalam banyak hal.

Kita bersungguh2 study utk dapatkan keputusan cemerlang. Dan setelah dapat keputusan yg cemerlang tu, kemana kita? Jadi doktor, contohnya. Selepas jd doktor, kemana pula? Beruma tangga, contohnya. Selepas itu? Further study. Kemudian? Dah jadi pakar, bukak klinik, pegi program2 kat tv bg talk kesihatan, ke skolah2 mmberi pendedahan..dsb. Dalam masa yg sama keluarga berkembang luas; cucu, cicit, anak kepada cicit, cucu kpd cicit, cicit kepada cicit. Umur pon katelah mampu cecah 100tahun. Lps tu ke mana? Ke kubur juga.

Itu perancangan kita. Bagaimana pula perancangan Allah? Kita tidak tahu. Yg kita tahu, perancanganNya adalah yg terbaik, right? Err...tiba2, (katekanlah) Allah bg awal2 lg perancangan kita td dah gagal, that is, kita gagal dlm exam (nauzubillah). Ke mana kita? Masa tu depress x? After all....i fail!! Unbelievable!!! (cry....) [ni contoh monolog dlmn je].

Maka waktu tu kalau betul niat di hati adalah untuk jihad, sesungguhnya kita takkan terbawak2 dengan depress tu. Sebab apa? Mana mungkin seseorg yg berjihad kerana Allah dan agamaNya bersungguh2 tapi Allah berikan keburukan kpdNya! Mana mungkin seseorg yg berjihad kerana Allah dan agamaNya bersungguh2 tp mengharapkan impak yg baik2 je dr Allah. Waktu tu kita check balik pertamanya, niat study tu, keduanya, tahap pergantungan kita pd Allah.

Mungkin pada asalnya niat kita betul, tp dlm pelaksanaan niat tu ada yg 'cacat' sket. Sebagai contoh: kita dah usaha bersungguh2, hafal itu ini, sampai lukisan kat muka dpn buku pun hafal, index pon hafal....tp at last tetiba dlm exam, kita blur jap. Haish, tak dapat idea ni!!! Macamane??? Maka kita pun menggunakan nikmat Allah SWT (tp bukan pd jalanNya), jeling-menjeling sehingga juling pon takpe la, janji aku score. Wktu tu da xingt da niat yg asal2 td. Dan tak ingt dah kepada siapa kita meletakkan pergantungan. Hmm..

Nak quote ayat sorg ukhti, "Tipu2 ni nanti tak mumtaz..haaa." So, saya mengambil kesempatan ni, mengajak diri dan kawan2, tinggalkanlah budaya tiru-meniru, bincang membincang, juling-menjuling dan yg sewaktu dgnnya ni. Takutlah pd hari bilamana kita dihisab nanti:

"Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."
[An-Nur:24]

Anda dan saya sama2 beriman kpd rukun iman ke5 ni. Jd kenapa nk teruskan perlakuan2 tersebut? (Saya bold kan perkataan 'beriman' tu supaya anda dan saya sentiasa sedar bahawasanya ini bukan mende kecik untuk kita terus ulang2 buat).

Hmmm..ok. Bagaimana pula kalau kita dah berusaha bersungguh2 untuk study, sehingga minum air dakwat buku yg dibancuh supaya melalui pencernaan ia diserap pegi ke liver untuk diproses dan dihantar ke seluruh sel badan, menjadikan badan itu penuh dgn ilmu (ini adalah gurauan semata2, hakikatnya saya nk bagitau yg diboldkan tu je)....lepas tu dlm setiap usaha tu takda pulak cacat cela; x meniru, jg hubungan dgn manusia & Allah, tunaikan hak badan dsb...tapi pengakhirannya: gagal..jugak(nauzubillah). Macamana?

Kecewa tak? Mampu tak hati ni nak terima ketentuan tu? Susah....tapi masa tu ingatlah!!!!!! BAHAWASANYA SEMUA TU ADALAH APA YG ALLAH NAK!! Bukan Allah itu tidak adil, bukan Allah menzalimi hambaNya...tp itu yg terbaik utk kita.

Tapi, memang utk menerima itu susah, kerana kita kena ada persediaan awal utk mnghadapi apa saja ketentuan Allah tu. Saya tak tau la apa lagi nak ckp, saya tau anda dah sdia maklum dgn mende ni tp saya cuma nak saya dan kawan2 semua kuat! Tak kisah sebelum, semasa, atau selepas exam nnt. Kuat tau!! Jangan futur sebelum, semasa mahupun setelah berperang di medan jihad ni. Tak boleh! Kita tak boleh futur tau kawan2!!! (semangat tak baca ayat ada tanda seru banyak2? - jangan lupa jerit2 sikit ketika membacanya supaya terus semangat..tp utk akhwat, kalau anda di cybercafe, jgn jerit2 plak..risau2).

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[Ali-Imran:200]

Tadabbur ayat di atas. Itu adalah ciri2 org yg berjaya DI SISI ALLAH SWT!!!! Di sisi Allah tau, kawan2. Bukannya Allah ckp syaratnya kena 4.0 br dikira berjaya (i mean, in case x dapat, jgn kecewa cz nilai kejayaan di sisi Allah adalah berbeza dgn apa yg manusia nilai). So, kita cuba utk berusaha di jalan halal dan jgn buruk sangka ngn natijah yg Allah bg tau, jgn sesekali.

Amik la yg baik dr post ni, just my 2 cent. (sorila kalau penulisan tak berkualiti ye) Anyway, ni ada 1 artikel buat motivasi kawan2 semua (klik sini) Wallahu'alam.


Thursday, January 7, 2010

isu penggunaan kalimah ALLAH bagi penganut agama bukan Islam

salam alaik..lme x update blog..juz nk share sth bkenaan isu semasa yg semakin hangat dperkatakan kt negara kte..

isu penggunaan kalimah ALLAH bg org yg bukan beragama Islam..by da way,i've juz copied n pasted it here..hope we ol dpt manfaat drp pendapat Dr. Asri Zainul Abidin ni..

Diambil dari sini

Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Aqidah.

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah?

Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya): “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
(Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya)

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia.

Allah menyebut:

“..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.
(Surah al-Hajj ayat 40).

Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,

Allah menyebut:

“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.

Sehingga Allah menyebut:

“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(Surah al-Taubah ayat 6).

Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.


Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.

Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

Firman Allah:

Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
(Surah al-Zumar ayat 3).

Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?



Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.
Wallahu'alam.


Palestine...An Endless Story

Assalamualaikum wbt..

Just wanna refresh our mind on what had happened in Gaza Palestine, not only the latest massacre but all the 'nightmares' there...

Maybe any of us could say that: "This is an old story, Israeli has already stopped doing massacre on Palestinian, right?" The massacre seems ended, but those to-be-killed everyday in Gaza always available for them.

The pictures below (maybe some of us have already seen it) might cause only presynaptic facilitation at the synapses between neurons in OUR brain (short term memory)..but not for them who suffer a lot to lose their mother who gave 'em love, to lose their father who worked to feed 'em, to lose their brothers to whom they shared problems & smiles, to lose their little children who gave 'em laughter & light - these pictures will cause irreversible structural changes in the synapse between neurons in their brain, that is - long term memory...

So, Palestine will never be an old story..because it's an endless story..


[movie shooting]


['celebrating a festival with crackers']


[UNRWA huh? Non of articles in Universal declaration of Human Rights
allow this, but it did happen..hmm]


[they didn't cry, for they're used with this]


[what do u think bout this? is it an anatomical specimens?]


[hmm..i wonder what had happened to the owner of this shoe]


[may Allah bless you..sure He blesses u!!]


[they reached their target...syahid fi sabil lillah]


[...walking to jannah...]


Beautiful song from Bro Muadz..STAND UP!
Reunite...for the sake of ummah!!

video