Saturday, January 16, 2010

Khasyiatillah (Part 4): Contoh-contoh 'Khaasyi'in'



Assalamualaikum wbt..

Lucky day to continue this last part..fuh! Very the late maa..
Anyway, once we decide to do something, do put our target when and how to finish it (so, this is not a good example for all keyh).

Terus ke topik..kita dah paham definisi khasyiatillah, bagaimana membinanya dalam diri dan tanda-tanda pengaplikasiannya. Dan post ni mungkin sebagai motivasi kepada kita & titik tolak untuk kita mencontohi mereka dlm mendapatkan khasyiatillah. Contoh pertama & terunggul:

1) Nabi Muhammad SAW
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Maka kehilangan aku akan Rasulallah (s.a.w) pada suatu malam dari tempat tidurku, maka aku raba-raba beliau, tersentuh tanganku dengan kedua telapak kakinya yang ditegakkannya, ketika dia Sujud (solat) di masjid sedang membaca:

أعوذ برضاك من سخطك وبمعافاتك من عقوبتك وأعوذ بك منك لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك

[Maksud: Wahai Tuhan kami! Aku berlindung dengan keredaanMu daripada kemurkaanMu dan daripada seksaanMu dengan keampunanMu dari kelalaianku (menunaikan kewajipanku) terhadap Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada memuji Engkau yang tidak berkuasa aku menunaikan kepujian atas Engkau sebagaimana apa-apa yang Engkau memuji diri Engkau sendiri.]

(Hadis Riwayat Muslim)

Wah! Hebat tak rasa khasyiah yg ada pada Nabi SAW? Baginda jauh sekali dari melakukan dosa namun Baginda berseungguh-sungguh memohon perlindungan drpd Allah SWT dan memuji2Nya.

Bagaimana pula dengan kita? Berasa selesa dgn iman yg ada? Rasa cukup dengan amal yg dah kita lakukan di dunia ni? Berapa banyak dalam sehari kita mohon perlindungan drpd Allah dan berapa kali pula kita memuji2Nya? Sama banyak tak dengan lagu2 yg fasih di mulut? Sama banyak tak dengan bual2 kosong kita sehari-hari? Jom muhasabah...


Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah,

Abdullah ibn ‘Amru r.a berkata: “Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya. Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:

رب لم تعدني هذا وأنا أستغفرك لم تعدني هذا وأنا فيهم

[“Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu”]

Janji Allah yg dimaksudkan oleh Nabi SAW di atas merujuk kpd ayat al-Anfal:33..
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).

Dan Allah SWT mengajar Rasulullah SAW tentang khasyiah..

قل إنى أخاف إن عصيت ربى عذاب يوم عظيم
Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat).
[al-An'am:15]

Lihat bagaimana Rasulullah SAW segera solat dan berdoa ketika berlaku gerhana matahari (kerana gerhana menunjukkan peringatan dari Allah) kerana bimbang Allah menyeksa kaumnya walaupun Allah telah berjanji tidak akan mereka diseksa selagi Rasulullah ada bersama dan selagi mereka memohon keampunan..dan bagaimana Rasulullah takut azab pada Hari Kiamat sekiranya Baginda derhaka kpd Allah (tidak sekali2).

Kita bagaimana pula? Gerhana matahari berlaku...suma cari spek mata yg bleh tengok matahari tu la...cr filem yg dlm kamera lama2 tu la (kecik2 dulu slalu buat sbb ikut org)...bukannya segera tunaikan solat dan muhasabah peringatan dr Allah SWT ni...(maaf, saya hanya bagi contoh rambang, tak berniat menyerang sape2 dan tak berniat nak generalize kan mende ni smua org pun wat, mungkin hanya segelintir). Gerhana eh baru2 ni? Mungkin kita patut mengambil iktibar bahawa hebatnya kekuasaan Allah SWT...

Rasulullah SAW (dlm ayat al-An'am di atas) juga takut dengan azab Hari Kiamat SEKIRANYA Baginda derhaka kpd Allah (tp Baginda tak pernah derhaka)...kita? Kalau menteri datang umah kita sbb kita jemput makan nasik sempena hari jadi anak kita (hyperbola punya contoh..hoho), skali dia amik nasik duduk bersila kat atas carpet..adakah kita dan keluarga akan gi makan kat meja makan atas kerusi? Mesti duk bawah gk...bahkan klu x muat atas carpet...atas lantai pon xpelah..janji bukan atas kerusi sbb menteri pon duk bawah...xkan la kita nak duk atas plak.

Phm x contoh di atas? Maaf ler..menaip malam2 ni otak xfresh sgt...sbb ramai neuron yg dah tido, penat bekerja seharian..hoho. Hm. Nak katanya di sini, sedang Rasulullah yg maksum tu bimbang akan azab pd Hari Kiamat kelak..apatah lagi kita!! Yg banyak dosa, yg taubat entah ke mana kadang2 tu...mestila kene lebih takut, ye tak? ANDA!! YE ANDA!!! YANG TENGAH BACA AYAT NI!! ANDA TAKUT TAK DIAZAB PADA HARI KIAMAT NANTI?? (jwb dlm hati..muhasabahlah diri..sama2 ye..bukan anda saje..saye pon)..

2) Umar bin Al-Khattab

(Betulkan cite ni kalau tak betul ye) Pada hari pembukaan al-Quds, masa suma org tgh tggu Umar r.a dtg utk menerima kunci, masuk je Umar ke dlmnya..dia tnya: "Di mana saudaraku Abu Ubaidah bin al-Jarrah?" Maka Abu Ubaidah pun dtg kpdnya, Umar pon nangis senangis2nya ('syadidan' kate lam buku Amru Khaled ni). Dia peluk Abu Ubaidah dan berkata kpdnya: "Wahai Abu Ubaidah, ini bukanlah hari kemenangan, tp hari utk kita fikir apa kita nak ckp kat Tuhan kita kalau Dia tanya: apa yg dah kamu semua lakukan setelah (ketiadaan) Rasulullah?"

Abu Ubaidah pun kata: "Wahai Amirul Mukminin, takyah la nangis depan suma org kot." (secara bahasa pasarnya la)
Umar tanya lagi?: "Apa akan aku jawab kpdNya wahai Abu Ubaidah??"
Abu Ubaidah pun pujuk la: "Wahai Amirul Mukminin, jom2..kita gi jauh2 dari suma org pastu kita nangis sama2.."
Dorg pun pegila kat bawah 1 pokok ni pastu nangis sama2 dgn penuh ingatan kpd Rasulullah SAW. (comel tak?)

Hm. Nak cerita kat sini..betapa Umar takut dgn perhitungan Allah nanti ttg sumbangannya dlm agama Allah ni selepas wafatnya Rasulullah SAW. Padahal membuka al-Quds tu satu mende yg besar untk umat...sehingga hari ini.

Kita? Tak takut ke kalau Allah tanya nanti: "Apa yg dah kau lakukan untuk agamaku?" Kita nak jawab ape ek?

3) Umar bin Abdul Aziz
Jom Tadabbur ayat al-Lail:1-14...
Apa yg anda rasa? Rasa pape yg berubah x?

Umar Abd Aziz stiap kali baca ayat tersebut..beliau takkan mampu untuk sambung ayat seterusnya...kenapa? Sebab beliau menangis..lalu beliau berhenti, diam kejap. Stat balik baca ayat dr awal...tp sama je. Tak abis. Nangis gk.

Kita? Nangis gk...masa baca Yaasin dlm majlis tahlil, tu pun mungkin bukan sbb paham ayat dlm surah tersebut..tp sebab teringat kat arwah, yeke? Maaf sekali lagi, saya tek berniat menuju kpd sesiapa, cuma cuba untuk buat diri sendiri dan anda berfikir bahawa khasyiah itu akan dtg bila kita menghayati Kalamullah.

Kalau kita sayang seseorg, best tak kalau dpt SMS ke email ke 'buzz' kat ym ke..best tak? Best kn? Rasa nak btau satu dunia! (ish, xdela camtu kot..hyperbola lagi). Cuba kalau lama x contact..mula2 rindu la..tp dah lama, xdenye. Engkau dengan hidup kau, aku dengan hidupku..cewass. Macam tu jugak khasyiah. Kalau kita nak, kne 'contact' selalu la dengan Kekasih kita tu, iaitu: Allah SWT...melalui? SMS? Tu teknologi manusia je, teknologi berhubung ngn Allah melalui slh 1 nye menghayati KalamNya dlm Quran. Setuju? =)

Jadi as conclusion: camne nak sampai kpd rasa khasyiah ni? (ni antara cara2nya je la..byk lagi sbnrnye)

a) Berhenti dr melakukan maksiat . Hati kita ni ada nisbah. Nisbah maksiat dgn hidayah. contoh nisbahnya 50:50..separuh maksiat separuh hidayah (kesedaran). Cuba kurangkan nisbah maksiat tu..kalau belum mampu untuk jadikannya 0:100..perlahan2lah kita dlm meninggalkannya. Yg penting istiqamah dan jiddiyah. Lama kelamaan cahaya hidayah tu akan menerangi bilik hati kita yg dulunya gelap dek maksiat yg menghuni. Sama2 cuba ye..insyaAllah, Allah bersama org yg sentiasa mencari kebenaran dan sentiasa membaiki amalan.

b) Ingat Hari Kiamat, mati, syurga dan neraka. Haa...tak lain tak bukan, kenalah banyakkan baca Quran. Hayati bacaan tersebut...tadabbur alam..ziarahi kubur...dan mcm2 lagi. Hatta dengan bersyukur trhdp nikmat2 Allah SWT pun mampu menghadirkan rasa khasyiah kerana ia mengingatkan kita kepada nikmat yg lebih besar di syurga nnt. Begitu juga dgn bersabar trhdp ujian Allah, krn ia mengingatkan kita kpd seksaan di Hari Akhirat yg lebih dahsyat lagi.

c) Menyanyangi manusia lain. Jangan salah tafsir eh. Manusia lain di sini penulis maksudkan, adalah mereka yg boleh menimbulkan rasa rendah diri kita. Cth: org miskin, anak yatim, org kurang upaya...krn smua ni mengingatkan kita kpd nikmatNya yg mampu saja hilang dr kita, namun ia masih ada kerana sygNya Allah SWT kpd kita...maka tidakkah kita mahu membalas rasa kasih dan sayang tersebut?

Hm. Sesungguhnya, hati ni memerlukan latihan mcm jugak latihan basketball (sori ye sukan lain, berat sebelah jap). Katalah kita xpenah pun maen basketball, tangan pun lembik je. Nak shoot asek2 x masuk, sentuh ring pun tidak, huhu. But don't u ever think, what makes great basketballers can shoot 3-point dgn jarak yg jauh plus ada org halang2 lagi tu...? Simply bcz practices make perfect!

So is the heart, kalau kita lazimkan diri kita cuba utk tolak maksiat, mujahadah nafs walaupun susah...lama2 hati kita akan lazim mcm hati Nabi Allah Yusuf a.s. bilamana Baginda cuba digoda oleh Zulaikha. Bukan senang nak tolak perempuan cantik, anak org ternama pulak, dlm keadaan takda org nampak..tp bila hati dah lazim, fasih saja mulut menuturkan: معاذ الله (aku berlindung kpd Allah)...

Mungkin pd ketika ini kita rasa sukar untuk menangis krn khasyiatillah..tp mulakanlah dengan MEMBUNUH MAKSIAT. Lama kelamaan, insyaAllah kita mampu menitiskan air mata untuk itu. Dan pd masa tu, mungkin kita sendiri tak sedar bahawa kita dah mencapai tahap khasyiah yg tinggi...

Sabda Rasulullah SAW,"Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak."

ويخرون لللأذقان يبكون ويزيدهم خشوعا
"Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk." [al-Isra':109]

Maka kita sujud kemudian tanya kpd diri,"Aku sujud, tapi di mana tangisanku?"

Supaya kita sama2 sentiasa muhasabah diri..seraya berdoa supaya dikurniakan rasa khasyiah dr Allah SWT...insyaAllah.

Wallahu'alam.

No comments: