Wednesday, December 1, 2010

Romaji Title: sekai ni hitotsu dake no hana
Kanji Title: 世界に一つ だけの花
English Title: Flowers Unlike Any Others In The World
English Credits
Lyrics & Music : Makihara Noriyuki

(It's alright if you can't be No. 1
From the start you were a special Only one)

Lined up in front of a flower shop
I was looking at all kinds of flowers
Everyone has their own taste
But all of them are pretty
Without competing over
Which of them is the best
They are drawn up proudly and straight
In a bucket

Why do we humans compare ourselves
In spite of this
Even though each person is different
Why do we want to be number one?

Yes, we are flowers unlike any others
In the world
Each person has a different seed
We should focus our lives
On making that flower bloom

There are people who are always lost
As though they're troubled while they're laughing
It's inevitable, those flowers that tried their best to bloom
Are the prettiest
When at last that person
Comes out of the store
They're carrying a colorful bouquet
And they look happy

I didn't know their name
But on that day they made me smile
We're like flowers that bloomed
In a place where everyone is oblivious

Yes, we are flowers unlike any others
In the world
Each person has a different seed
We should focus our lives
On making that flower bloom

Small flowers and big flowers
None are the same
It's alright if you can't be No. 1
From the start you were a special Only one

kita adalah diri kita..jgn pandang rendah pd diri sendiri..mne yg buruk kita cuba baiki..mana yg baik jgn bangga diri..krana semua rahmat yg dikurniakan kpd kita adalah pinjaman semata2..ade Pemilik yg Hakiki terhadap segala kelebihan yg kita miliki..

so,juz nk stress kt cni..ape2 yg kte lakukan sumenye berbalik kpd niat kte sendiri..hati xpernah berbohong kpd diri sendiri..ble kte nk wt seswatu,cuba dgr kata hati kecil kita..adakah ia berdebar kerana rasa bersalah ataupun tidak..gka tidak,teguhkan kaki utk terus melangkah melalu jalan yg telah kita pilih itu..

gka tersalah langkah x bermakna kita gagal tp mungkin kita terlalu byk lagi usaha yg harus kita tingkatkan utk xberada dlm tampuk kegagalan di hari muka..yg penting kita telah cuba utk melangkah..dan bukan hanya berdiam sahaja..

k kawan2..jgn takut mengorak langkah ke arah kebaikan..ALLAH x bebani hambaNya melainkan sesuai dgn kadar kemampuan hamba2Nya..Dialah yg Maha Mengetahui segala yg tersembunyi dan zahir..sebalik langit dan bumi..


bley dgr lgu ni kt cni.. [^_^]V

Monday, November 29, 2010

Kenapa Melayu?

Fokus Melayu atas dasar “Waqiiyyah Jiddiah” by Ustaz Annuar Salleh

Antara ciri-ciri gerakan Islam adalah “Waqiiyyah Jiddiah”, maka memahami realiti Malaysia dan bangsa Melayu adalah asas membuat perubahan. Kita ingin menegakkan Islam di Malaysia dan bangsa majoriti yang menganut Islam adalah Melayu.

Syarat utama Islam dapat ditegakkan ialah umat Islam ini bersatu, bekasih sayang dan saling tolong menolong sesama mereka bagi mengembalikann identiti Islam tulen sebagaimana generasi sahabat r.a. Selagi umat Islam khususnya bangsa Melayu tidak bersatu sebagaimana bersatunya kaum Aus dan Khazraj dan berkasih sayang antara mereka seperti Muhajirin dan al-Ansor maka kemenangan Islam masih jauh. Inilah strategi ISMA yang difahami daripada seerah perjuangan Nabi s.a.w.

Oleh itu apa sahaja perjuangan Islam dan manhajnya tetapi tidak menjurus kepada kesatuan hati di kalangan ummah, apatah lagi menjadikan memburuk-burukkan orang lain sebagai bahan dakwah mereka; ia adalah metodologi yang tidak mengikut sunnatullah.

“Jiddiah” pula mewajibkan gerakan Islam mengemukakan solusi yang tepat bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa bangsa Melayu. Realiti hari ini bangsa Melayu tidak merasa bertanggungjawab menjadi murabbi bagi mendidik diri mereka dan keluarga mereka agar kembali menghayati identiti para sahabat… apatah lagi untuk menyeru bangsa-bangsa lain.

Oleh itu fokus “khitab” atau seruan kepada bangsa Melayu adalah fokus fasa ini yang menjadi fokus nabi juga semasa permulaan dakwahnya. Nabi s.a.w. secara sedar menyeru kaum-kaum Arab dengan menyebut nama-nama kabilah mereka.

Al-Quran juga menggunakan uslub yang sama; wahai bani Israil, wahai anak-anak Adam, wahai manusia, wahai orang-orang beriman…

Justeru ISMA menyeru: “Wahai bangsa Melayu! Bangkitlah, kamu adalah pendokong risalah Islam di Malaysia. Jika kamu tidak memahami, menghayati dan menyampaikan, kamu dianggap menyembunyikan Islam yang diamanahkan Allah kepada kamu untuk menyampaikannya.”

Walaupun Ustaziatul ‘Alam menjadi matlamat akhir gerakan Islam, matlamat tersebut perlu diasaskan kepada terlaksannya tertib-tertib amal yang telah digariskan.

Arus liberalisme di Malaysia cuba melenyapkan identiti Islam dalam bangsa Melayu dengan slogan Malaysian Malaysia dan Bangsa Malaysia dengan meminimakan implimentasi penghayatan Islam kepada syiar-syiar semata-mata.

Adapun isu ‘alamiyyah atau sejagat ia adalah ciri-ciri Islam itu sendiri yang bersifat sejagat yang sesuai kepada semua bangsa, bahasa, keturunan dan generasi tidak seperti ajaran nabi-nabi terdahulu yang hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja.

Namun setiap kaum dan bangsa wajib memulakan dakwah kepada kaum dan bangsanya kerana kesatuan bahasa. Tidak dinafikan bahawa perlu dilakukan usaha untuk mengIslamkan bangsa-bangsa lain tetapi gerakan Islam perlulah lihat kekuatan dan tenaga yang ada.

Sekiranya telah wujud institusi yang berusaha untuk mengislamkan masyarakat bukan Melayu seperti PERKIM, Jabatan-jabatan Agama Islam, JAKIM dan sebagainya, maka sikap gerakan Islam adalah memberi pertolongan sekadar termampu.

Matlamat membawa rahmat Islam ke seluruh dunia akan tercapai apabila Islam menjadi Ustaziatul ‘Alam, matlamat ini akan tercapai setelah Khalifah Islam dikembalikan di dunia Islam, sebelum itu negara-negara Islam perlu dikembalikan kepada sistem Islam dan yang menjadi asas sesebuah negara diperintah oleh Islam ialah wujudnya masyarakat Islam yang mengimplimentasikan 100% akhlak, adat, budaya dan sistem Islam dalam muamalat sesama ahli masyarakat.

Oleh kerana ahli masyarakat adalah gabungan sistem kekeluargaan Islam maka mewujudkan dan mengembalikan semua keluarga Islam di Malaysia agar melaksanakan tanggungjawab khalifah Islam dalam keluarga adalah satu sasaran dakwah dan ia hanya wujud apabila wujud identiti Islam yang hidup di bawah naungan al-Quran.

Inilah manhaj dan metodologi dakwah ISMA. Oleh kerana ahli-ahli ISMA majoritinya Melayu maka fokus utama ISMA adalah mengembalikan jatidiri Melayu agar menjadi Islam tulen.

Inilah implimentasi kepada ciri pertama gerakan Islam “Waqiiyyah Jiddiah”.
-----------------------------------------------
Artikel di atas mungkin sedikit sebanyak dapat menjelaskan keraguan tentang halatuju atau kaitan perjuangan bangsa Melayu sebagai tunjang kebangkitan Islam. Bukan ASSOBIYAH, bukan juga MENAFIKAN BANGSA LAIN yang muslim. Sekali lagi saya nak tekankan isi penting di atas yang membawa persoalan, mengapa Rasulullah SAW menyatukan Aus dan Khazraj juga Muhajirin dan Ansar? Kerana hakikatnya, tiada apa sebenarnya yang membezakan mereka dari segi bahasa, budaya dan cara hidup. Tapi yang menjadikan mereka BERPECAH-BELAH adalah ASSOBIYAH. So, dapat tak bezakan antara ASSOBIYAH dengan pernyatuan bangsa?
Suka untuk saya mengulas sedikit tentang apa yang saya faham daripada kata-kata Mustafa Masyhur dalam salah satu bukunya: " Setiap orang Islam wajib melakukan amal dakwah menurut kemampuannya sekiranya tidak ada orang yang melakukan amal tersebut. Juzu'-juzu' amal dakwah yang telah ada orang melaksanakan, gugurlah kewajipannya pada amal tersebut. Apa yang tidak termampu, dia tidak dituntut untuk melakukannya."
Daripada kata-kata tersebut, saya keluarkan beberapa persoalan untuk kita masing-masing fikirkan:
1) Berpandukan keadaan di Malaysia sekarang, pada pendapat anda, wujudkah satu gerakan yang benar-benar menyatupadukan orang Melayu?
2) Siapakah yang DIWAJIBKAN berdakwah kepada BANGSA MELAYU di MALAYSIA?
3) Sekiranya kita tidak menyampaikan dakwah kepada bangsa kita sendiri, wujudkah golongan/bangsa lain yang LEBIH MAMPU daripada kita sendiri untuk menggugurkan kewajipan pada amal tersebut?
Kesimpulannya, saya menyokong perjuangan ini sebagai salah satu wasilah yang mengikut sunnah dalam mengembalikan Islam sebagai Ustaziyatul 'Alam! Mari kembali kepada JATI DIRI MELAYU = ISLAM!!
--MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT--
Wallahu'alam.

Monday, November 8, 2010

Kelebihan 10 hari-hari pertama Zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai di kalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.” Para sahabat baginda bertanya, “Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)?” Ujar baginda, “Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya:

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya: Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain: “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.



Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku


Me says: untuk students contohnya, jika seorang guru berkata: "siapa nak dapat semua A dalam peperiksaan akhir tahun nanti, buatlah apa yang saya suka depan saya, jangan buat mende yang saya tak suka. Nanti saya bagi kamu free 'A' dalam exam." pasti semua pelajar akan mula buat apa yang cikgu tersebut suka depan cikgu tu dan juga menjauhi apa yang cikgu tersebut tak suka.


Begitulah perumpamaannya 10 hari-hari terawal Zulhijjah ini. Amal-amal soleh pada tempoh ini adalah amal yang terbaik berbanding hari-hari lain. Adakah kita dapat melihat kelebihan-kelebihan ini? Atau pandangan menjadi kabur akibat tabir dunia?


Muhasabahlah...truly, we have no reason at all untuk melepaskan kelebihan-kelebihan ini kerana kita hidup untuk akhirat. Mari beramal!!

Thursday, November 4, 2010

Bagaimana menghadapi kritikan?


Assalamualaikum wbt..


Pasti setiap daripada kita pernah dikritik. Bezanya, bagaimana setiap daripada kita mengangani tekanan & kritikan daripada pelbagai pihak. Ada yang langsung tidak dapat terima kritikan orang kerana ego, ada yang menolak kritikan kerana yakin dengan tindakannya, ada yang suffer stress kerana terlalu tertekan, ada yang give up their next steps, ada yang cuba membaiki, ada yang become ‘heartless’, ada yang….ada yang…macam-macam lah.


Janganlah kita menjadi terlalu lemah kerana kritikan orang kerana kita adalah watak utama dalam hidup kita dan jangan pula kita ‘terlalu kebal’ dengan kritikan orang, because only fools do that. You’re not even living a life if you live as if you’re the only one alive. Think, just for a while, why do people criticize? Then, you’ll know how to respond.


1) Enjoy it


Kalau apa yang dikritik hanyalah perkara-perkara kecil, tiada orang yang mati kalau kita tak ubah, tiada keburukan menimpa orang lain kalau kita tak ambil tindakan, then just take it easy and enjoy it. Don’t be bothered so much by small issues since you got so many other big issues to be bothered. What I mean by ‘enjoy it’ is: this is what life actually is. Ada perkara kecil, ada perkara besar. Life is full of problems. If we take everything too much, we’ll find nothing in life except stress.

2) Tiada siapa yang paling betul

Not you nor the complaining one. Yang paling betul hanya Allah. Allah knows best your condition. Sometimes people say “you should not do like that!” or “you should bla..bla..” but the reality is, you live your own life. Yes, your action might be wrong, people may not forgive you. But you can forgive yourself, surely. Make a move, live on. What if your action was actually no wrong? Berlapang dada adalah jalan terbaik. This is life, again. Ada orang tak suka tengok orang pakai tudung kuning baju ungu, ada orang ok2 je. Kesimpulannya, jadilah insan yang selesa dan ‘menyelesakan’ orang lain, baru hidup aman.

3) Baik sangka & try to be perfect

Sometimes, there might be a specific person that seems just won’t accept everything about us. This might be a problem to you, tambah-tambah kalau setiap hari jumpa dia. Anyway, kita tidak berhak menghukum yang ‘dia betul-betul tak suka dengan kita’. Mungkin di sebalik setiap kritikannya, memang wujud niat yang murni, siapa tahu? Allah tahu, surely. Kalau tak mampu berfikiran seperti ini, then try to be perfect. Atas kain putih yang terbentang, jatuhnya setitik dakwat hitam, pasti jelas dipandangan orang. Tapi atas kain putih yang terbentang, tercontengnya ia dengan kapur putih, mungkin lebih sukar untuk di’detect’. Meaning that, nobody is perfect. But try to work perfectly, you may make mistake though, but people may not take it too hard…*wink*

4) Open your eyes, your heart & your mind

Kerana manusia buta apabila dia menganggap dirinya terlalu sempurna. Bila orang mengkritik, mungkin ada atau mungkin juga tiada apa-apa. Paling penting adalah muhasabah, to make us to be a better person we can be. Take every mistake that affect others seriously. To doctor-to-be, 99% marks in your exam paper may not be valuable if the losing 1% make you kill a patient in future, nauzubillah. People may be strict in judging us, but strict may be good for our future!

5) Let it go

When to do this? Bila sesuatu kritikan tu buat kita rasa terlalu sedih, marah, hampir berputus asa dsb. Pada waktu itu, kita mungkin menyedari bahawa apa yang dikritik itu mungkin betul atau unfortunately memang betul. Mungkin kita telah buat silap besar menyebabkan kritikan yang begitu berat dilontarkan, bagaikan cacian demi cacian menghujani. Pada masa ini, ubah dan terimalah kesilapan itu, tapi bukan kritikan tersebut. Mungkin ada yang tidak setuju dengan statement ini, maafkan saya, tapi bagi saya, ‘membunuh jiwa’ seseorang adalah perbuatan yang sangat tidak berperikemanusiaan. Kepada yang ingin mengkritik, make it the way you won’t kill other’s soul.

That’s all. Harap dapat membantu sedikit sebanyak. Paling penting dalam apa jua keadaan, make each of our actions valuable for our akhirat. May Allah bless us ~

Wassalam.

Friday, October 22, 2010

Jangan sedih!! 'Permulaan' sentiasa ada!

assalamualaikum wbt..


PERMULAAN YANG BETUL merupakan 'penyuluh jalan' ke arah PENGAKHIRAN YANG BERJAYA.


Seorang anak kecil jika dari kecil dididik untuk gosok gigi pagi-pagi, maka bila sudah dewasa dia akan TERBIASA dengan perbuatan tu dan rasa tak selesa jika tak lakukannya.


Jika kita membina bangunan dengan batu bata yang retak, mampukah kita jamin satu hari bangunan itu takkan runtuh?


Dua perumpamaan di atas menceritakan tentang sebuah PERMULAAN...


You will not be a good surgeon if you don't have anatomy in your heart. You will not be a good basketball player if you don't have the basic skills.


Persoalannya..what if...


we did make a bad starting...will we still get the best result we wish for?


Apa yang saya nak anda faham...kita adalah siapa kita pada detik ini. So, sebuah permulaan itu bukanlah semestinya sesuatu yang sudah lepas. Bila-bila masa sahaja kita boleh BERMULA!!


Kalau permulaan itu hanyalah mende yang sudah lepas, masakan Allah menerima taubat hamba-hambaNya bila-bila masa sahaja mereka kembali? Maksud saya, kalaulah seseorang itu sudah memulakan hidupnya sebagai pelaku maksiat tegar, adakah dia sudah tidak berpeluang untuk mengakhiri hidupnya bukan sebagai pelaku maksiat tegar? Semestinya dia masih berpeluang untuk bertaubat dan mengubah pengakhiran hidupnya.


So, always remember...what we call beginning is often the end. And to make an end is to make a beginning. So, the end is actually where we start from! Maka mulakanlah satu permulaan yang baik dengan mengakhiri sesuatu perkara yang telah dimulakan dengan kurang tepat itu!!





Allah bersama kita. Wallahu'alam.

Tuesday, September 21, 2010

Berubah, Mengubah, Senang hati dah?

Assalamualaikum wbt..

Membaca buku tulisan tokoh-tokoh Arab dalam bahasa mereka sememangnya sangat menarik dan memberi kefahaman yang lebih mendalam berbanding membaca terjemahannya. Namun, ia memerlukan satu mujahadah yang tinggi buat mereka yang tidak mahir dalam bahasa Arab atau tidak mempunyai asas, untuk memahami dengan jelas lenggok bahasa yang digunakan. Walaupun begitu, adalah penting untuk kita berusaha menguasai bahasa al-Quran ini dan jangan sesekali berhenti berusaha sekalipun anda bermula lambat berbanding orang lain dan sekalipun anda kurang berminat dalam mempelajari bahasa ini. InsyaAllah, setiap usaha itu akan menjadi pemberat mizan kebaikan kita kelak.

Apa yang ingin saya kongsikan dalam post ini juga adalah sebahagian daripada apa yang saya baca dalam buku Arab karangan Magdy Helaly yang bertajuk The Rescue Rope.

Dalam keadaan umat Islam sekarang yang tertindas dan hilang jati diri, kefardhuan mentarbiyah diri dan masyarakat tidak dapat lagi ditolak demi mengembalikan Islam sebagai ustaziyatul alam. Tidak mungkin kita hanya memperbaik diri dan tidak berdakwah kepada masyarakat atau berdakwah kepada masyarakat tetapi melupakan tarbiyah diri. Sepertimana disebut dalam ayat al-Baqarah:44..

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

Dalam ayat ini, Allah menerangkan bahawasanya kita tidak boleh menggalakkan orang buat itu dan ini sedangkan kita sendiri tidak melaksanakannya. Namun, ada yang merasakan bahawa tugas dakwah ini adalah tugas ustaz-ustazah atau alim ulamak atau mereka yang tertentu. Ini adalah salah faham yang sangat besar. Berdasarkan ayat di atas, mungkin ada yang menganggap: 'tidak boleh menyuruh orang lain ke arah sesuatu kebaikan sekiranya diri kita sendiri tidak melaksanakan kebaikan itu'. Sebenarnya, ayat ini tidaklah menggugurkan kewajipan dakwah kepada manusia lain, sebaliknya ia menekankan kemestian untuk kita turut melakukan setiap apa yang kita seru kepada orang lain.

So, adalah sesuatu yang pelik sekiranya kita beriya menyuruh orang melakukan kebaikan sebaliknya kita sendiri tidak melakukannya, dan adalah sesuatu yang selfish jika kita beramal tanpa mengajak orang lain. Tidak berusaha mengubah kemungkaran adalah sifat Bani Israel yang menyebabkan mereka ditimpa laknat Allah SWT seperti dijelaskan dalam ayat al-Maidah:78-79:

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan."

Jangan sampai laknat Allah SWT menimpa kita disebabkan ke'ignore'an kita dengan kefasadan orang sekeliling. Ingat, sekiranya bala Allah SWT menimpa, ia langsung tidak mengecualikan kita:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."
[al-Anfal:25]

...malah mungkin sahaja dimulakan dengan kita kerana kelalaian kita menyampaikan dakwah (daripada sebuah hadith)...nauzubillahi min zaalik.

Iman itu ibarat air di dalam sebuah telaga. Air dalam telaga itu tidak akan diganti oleh air baru selagi kita tidak menggunakannya. Jika kita mencedok keluar sebahagian air tersebut, maka air 'baru' akan menggantikannya. Namun, jika kita membiarkan telaga itu tidak digunakan, lama kelamaan air bertakung dalam telaga itu akan mula dicemari oleh habuk, jentik-jentik dsb. Begitulah juga iman kita. Sekiranya kita memberi sesuatu yang ada pada diri kita sebagai manfaat kepada orang lain, insyaAllah kita sebenarnya tidak kurang sedikit pun malah apa yang kita dapat adalah iman 'yang segar', yang sentiasa diperbaharui...*wink*

After all, sekiranya kita tergolong dalam kedua-dua kumpulan (yang mentarbiyah diri dan yang menyeru kepada kebaikan), adakah kita telah confirm terlepas dari azab Allah SWT?

"...Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari azab yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi."
[al-'Araf:99]

Jadi, hanya mereka yang rugi sahaja yang merasa aman daripada azab Allah SWT!!! Berhati-hatilah sekiranya kita ni mudah berpuas hati dengan amal kita selama ni...

Moga mendapat manfaat daripada post ini. Wallahu'alam.


Monday, September 20, 2010

Diagnosis...some tips



Assalamualaikum wbt..

'Clinical' is coming so soon..huhu..I asked myself:
  • have u prepared something before going through your clinical course?

  • what about your basic knowledge..?
  • and your basic skills..?

I do read something on medic so that it made me feel 'not so easy'..huhu..and at least i got these to share with you =) --some tips while diagnosing a disease--

1) Build up your knowledge all the time by reading, seeing patients, listening to & observing colleagues. Grab this chance while we are still students! Don't ever play truant! Draw thousands of benefits from this clinical course (also when you have been a doctor)..

2) Work out which organ is affected & what process is going on by knowing the different characteristics for different diseases & their cardinal symptoms. So, nothing in your previous pre-clinical course is useless! Nothing...not histology nor biochemistry.

3) Make sure that you understand exactly what the patients mean by any term that they use e.g. does 'weakness' mean true muscle weakness or are they simply tired? This might be another problem for us who studying abroad. We have to choose the best word to match the symptoms told by the patient in 'our various languages'!! And a big problem for those who have to work in an unfamiliar place with an unfamiliar language...huhu..[only Malaysians understand this]

Anyway, nothing is easy for a success. Be patience if we really wanna treat patients =) --innAllaha ma'a assobirin--

Wallahua'lam.

Saturday, September 18, 2010

Dr Nor Ruzaini: Senyumlah & bersyukurlah anda dipilih menjadi seorang doktor

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah masuk 8 bulan bertugas di hospital di tanah air sendiri. Pada mulanya ingatkan “impossible” atau tidak mungkin saya akan “survive” di hospital Malaysia. Bagi kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara dan tidak pernah ada pengalaman belajar di hospital di Malaysia, bekerja di Malaysia seolah-olah satu mimpi buruk. Saya sendiri termimpi-mimpi seminggu dua sebelum mula bertugas, tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya bekerja di Malaysia.

Iftar i-MEDIK ISMA September 2009

Lapan bulan berlalu dengan begitu pantas. “Rotation medical” telah berlalu dan kini ortopediks pula. Lagi sebulan di ortopediks, kemudian ke pembedahan pula. Sebulan pertama kerja, memang bukan ‘the best of time’. Mula kerja pukul 7 pagi. “Average” waktu pulang ke rumah dalam 11 malam. Waktu itu, timbul perasaan menyesal menjadi seorang doktor. Mungkinkah saya tersalah pilih kerjaya? Memang ada terasa di hati mahu “resign”. Kerjaya sebagai doktor rupanya tak seindah yang disangka. Tidak seindah seperti yang kita bayang-bayangkan sebelum ni. Maklumlah, baru kerja, pagi-pagi lagi kene tengking dengan “Medical Officer” (MO), datang “specialist”, kene pula dengan “specialist”. Fakta-fakta “medical” memang banyak tak ingat, cara kerja di Malaysia pula tidak sama dengan di Australia. Bila bertanya sahabat doktor yang lain, rupanya orang lain pun fikir begitu, ada yang terfikir nak kerja di “lab”, nak jadi ahli farmasi, ada yang nak tukar jadi doktor gigi. Saya pula teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa.

Kini, 8 bulan telah berlalu, sedikit demi sedikit mula menerima hakikat yang saya seorang doktor. Tapi kalau nak difikirkan balik, kalau tidak dapat menerima hakikat pun, saya masih seorang doktor. Tak boleh lari. Saya selalu teringatkan kata-kata seorang doktor yang bekerja di Adelaide, Australia

“Whether you like it or not, you’ll be stuck in this profession for at least 20-30 years, so might as well like it, and enjoy it. Kalau kamu “enjoy” pun kamu seorang doktor, kalau kamu tak “enjoy” pun kamu tetap seorang doktor, baik enjoy kalau macam tu, daripada terseksa emosi dan mental.”

Kata-kata doktor tersebut selalu berulang-ulang di fikiran sewaktu menjalankan tugas di hospital, walaupun memang sukar untuk “enjoy” kerjaya dalam keadaan yang mencabar emosi dan fizikal. Maklumlah, Ia bukan kerjaya ‘fancy’. Tidak ada pejabat, tidak ada meja sendiri yang kita boleh hias-hias dengan alat tulis dan gambar keluarga. Tidak ada ‘outstation’ di hotel-hotel. Kebanyakkan perkara yang berlaku sepanjang saya bergelar doktor adalah perkara yang tidak disukai ramai, kene tengking, tak tidur malam, balik lewat dan tak dapat bermain dengan anak, penat berjalan ke hulu dan kehilir, naik turun tangga, kadangkala boleh jadi terpaksa berdepan dengan perkara menjijikkan (“direct contact” dgn specimen air kencing, najis, kaki pesakit berulat, kene muntah pesakit dan lain-lain). Apakah semua ini? Begini rupanya menjadi seorang doktor. Dulu tiada ada pula orang sebut tentang semua ni. Sebelum ni, yang kita dengar tentang kerjaya sebagai doctor, indah-indah belaka.

Bagi setiap penyakit, tentu ada penawarnya. Begitu juga dengan “penyakit” tak mahu menjadi seorang doktor ini. Saya percaya bukan saya seorang saja yang berpenyakit seperti ini. Memandangkan ramai lagi yang bakal bergelar seorang doktor, saya ingin berkongsi bagaimana saya “counter- act” fikiran-fikiran negatif dalam fikiran saya sepanjang bergelar seorang doktor di Malaysia. Bukan apa, sepanjang saya bertugas ni belum pernah bertemu dengan rakan doktor yang memang suka jadi “houseman”. Mungkin sedikit sebanyak boleh bantu saudara dan saudari.

  1. Bagi mengatasi masalah sedih, dan “down-graded” selepas dimarahi/ ditengking bos. fikirlah bahawa seperti di dalam hadith yang kita pelajari, orang yang tak dapat mengawal marah itu adalah selemah-lemahnya manusia. Satu lagi, bagus juga kene marah, dapat belajar. Tak apa kena marah asalkan pesakit kita selamat.
  2. Bagi mengatasi masalah penat oncall semalaman, ‘patient’ tak berhenti masuk, “zero sleep” semasa oncall- bayangkan bagaimana sewaktu Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat kapal dari hujung bukit ke hujung bukit dalam satu malam, dan pada paginya pula sambung perperangan, pastinya mereka juga mendapat “zero sleep”, no pain, no gain.
  3. Bagi mengatasi masalah sedih meninggalkan anak di rumah- tidak semestinya lagi banyak masa kita luangkan untuk anak bermaksud lebih baik, yang penting adalah keberkatan waktu kita bersamanya. Disini, saya sarankan banyakkan berdoa untuk tabahkan hati. Saya juga sarankan bakal doktor dptkan rumah dekat dengan hospital supaya boleh balik tengahari. Saya kerap pulang ke rumah pada tengahari walaupun hanya balik setengah jam sahaja.
  4. Bagi mengatasi masalah takutkan sesetengah doktor yang dikatakan garang, terutamanya bila dialah yang menjadi MO kita ataupun ditakdirkan kita akan oncall bersamanya- fikirlah bahawa sebagai seorang islam, kita tak dibenarkan takut kepada makhluk lain selain Allah. Kalau MO tersebut kuat marah, dialah selemah-lemah manusia. Kita patut bersyukur tak menjadi seperti MO tersebut. Tapi kena ingat juga, kalau memang kita yang salah, ambilah pengajaran.
  5. Untuk mengatasi masalah menyesal menjadi seorang doktor- percayalah bahawa setiap yang berlaku pada saat ini adalah yang terbaik buat kita, tiada yang lebih baik. Lagipun, kalau kita hayati kerjaya ini, memang banyak mutiara-mutiara, pengajaran-pengajaran yang kita boleh kutip sepanjang bekerja. Ada satu malam saya on-call, 4 pesakit meninggal malam tu, saya kena “attend”. Saya ambil peluang itu untuk muhasabah tentang kematian. Setiap pesakit ada cerita masing-masing, tidak semuanya manis. Ini peluang untuk kita bergaul bersama mereka, saya ambil peluang ini untuk bergaul dengan masyarakat dan selami hati mereka dan masalah mereka untuk mendapatkan gambaran keadaan masyarakat kita masa kini.

Sekian dulu sedikit perkongsian dari saya yang baru setahun jagung di dalam profesion ini. Kesimpulannya, bagi bakal-bakal doktor, terutamanya graduan luar Negara, tahniah, anda bakal menjadi seorang doktor. Jadi senyumlah dan bersyukurlah dengan kenyataan tersebut. Itulah yang terbaik buat anda.

oleh: Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman
(blog: http://truecaliph.wordpress.com/)
Hospital Besar Melaka

Friday, August 27, 2010

2 B continued

salam ramadhan teman2,
arini da 17 ramadhan..alhamdulillah..da masok fasa ke-2 bulan ramadhan..nk masok fasa 10 mlm terakhir da pon..sat j kan?
ramadhan kali ni xterasa lama spt bese..rasa sgt sekejap..
myB thn ni da mula lebih memanfaatkan ramadhan berbanding dgn thn2 sbm ni..
myB thn ni da mula mengenal erti menghargai masa yg ada yg masih tinggal,kan?
myB thn ni da lbey sdar kpentingan masa dan perkara yg bermanfaat yg bley dibuat dlm masa2 yg terluang..

alhamdulillah ala kulli hal..
ALLAH masih memberi sy pinjaman ruh utk menyempurnakan ramadhan pada kali ini..alhamdulillah..
jom kte sama2 muhasabah balik ape yg kte telah lakukan dlm fasa2 ramadhan yg telah kte tempuhi sebelum ini..
mcm mana ngn solat fardhu kte?penuh x?
alhamdulillah klu yg da berjaya memenuhkan solat fardhu..bg yg x berjaya,cuba lg..jgn putus asa dgn rahmat ALLAH..rahmat ALLAH lbey luas berbanding dgn kemurkaanNya..kan..
cmne lak ngn ibadah2 sunat kte?yg paling ketara d bln ramadhan ni,ape lg kan..terawih..cmne ngn terawih kte..bce quran..zikir pg ptg..[ttbe ade cermin kt dpan muka..]..hmm..
alhamdulillah bg spe yg berjaya meng'istiqamah'kan diri sehingga kini..

kte da nk masok zon 10 mlm terakhir da kan..x sangka secepat ini..

hmm..
adakah ini ramadhan kte yg terakhir kwn2?sy sayu ble memikirkan soalan ini..sering bermain2 di fikiran sy..
adakah ini ramadhanku yg terakhir?
adakah cukup ibadah2 yg aku lakukan sblom ni?cmne kan ttbe mninggal mse ni..haish..cmne timbangan aku dpan mizan ALLAH nnt?..

xpe..slagi masih bernyawa,hidup mesti diteruskan..pintu taubat masih terbuka selagi nyawa belum sampai ke kerongkong kan?

tp ble saat nyawa tu sampai di kerongkong?
wallahu 'alam..sume itu rahsia ALLAH..kte sbg hamba hanya perlu terus sami'na wa 'ato'na..[dgr perintah ALLAH dan mentaatiNya-kami dgr dan kami taat]insyaALLAH kheir..

terlajak menulis,nk habaq la kt hampa kan..kisah sy baru2 ni..
smlm sy berbuka bersama2 akhawat yg lain..walaupun kami 1st time jumpa..alhamdulillah..sume cool!sume ble da dok skali,rse cm da lme jumpa.kemesraan yg teramat dihargai..seronok sgt2..tQ r korg..sgt bez!walaupun makan hanya di rumah kampung beratapkan zink dan berlantaikan kayu..mmg bez..rse cm suasana kg..lme da xrse suasana cmtu..haha..yg plg bez,mse maen tangkap2 lalat...x sangka 2 eko lalat ni..nk berbuka bersama2 kami..yg laen sume tip top..alhamdulillah..
masing2 berkongsi cerita kehidupan masing2..ade yg akan melanjutkan pelajaran ke Mesir..ade yg masih menunggu result stpm sambey keje2 part time kt secret recipe,mcm2 laa..ttbe rse tua ble sama2 dgn mreka..muda2 mereka..pengalaman lbey byk drp sy..hu3..
buku2 arab yg kunun2 nk abeskan tu,still masih cantik di dlm plastik kedai darul ape tah..xigt.kt syatbi tu..hmm..buku2 medik alhamdulillah..in progress..kdg2 ble mulaa j semangat nk bce buku2 arab tu..tgh2 jln..2 B continued..uuhh....payah sungguh..npe eh?klu buku komik tu laju j bce..tayah soh khatam arini,smlm suda khatam..buku arab yg nipis ni..amek masa berminggu2 nk khatam..bak kata sorg ukhti,
"buku arab ni nipis mmg nipis..tp ilmu dlm tu..mak aih..punya r byk..klu nk translate in bm,1 jilid pon x abes..sbb nk rungkaikan dgn gaya bahasanya lg..masyaALLAH..bahasa arab..perlu ade teknik utk memahaminye..perlukan masa..kesabaran..KELAS ARAB..tu yg penting..kesedaran..dan yg teramat penting antara perkara yg terpenting,[bhasa ape neh?]...ialah..NIAT seseorg tu sndri dlm mendalami bahasa arab..tepuk dada,tanya iman msg2.."

hampir 3 minggu sy kt mlysia..alhamdulillah..dgn kehadiran borg muhasabah,dpt r sket sebyk topup amalan harian..

ape itu borang muhasabah?

k..bg spe2 yg blom mengetahuinye,borg ni,setiap hari la kte buat..sbb stiap hari kte bernafas kan?stiap kali kte bernafas maknanya setiap hari r kte dpt merasai nikmat kurniaan ALLAH kan..nikmat hidup,nikmat oksigen,nikmat pengaliran kitaran darah dlm badan..dan yg paling penting,nikmat ISLAM..alhamdulillah..masih islam..

jadi,ble kte da dpt merasa sume nikmat ini,sudah menjadi lumrah kte sbg hamba utk berterima kasih dgn Tuan kte kan..sbg rasa bersyukur..bersyukur kpd ALLAH atas sgala nikmat yg dberikan kpd kte..mcmne nk bersyukur?dgn melakukan perkara2 yg disuruh dan meninggalkan perkara yg dilarang..ok..
cth kan,bulan 8 ade 31 hari..so,buat r 31 kotak..setiap kotak mewakili 1 hari..
then,tulis r ibadah2 yg kte buat..n kne istiqamah dlm membuat jadual ni..sbg permulaan,jgn r terlampau byk..mulakan dgn yg ringan..spt bce quran 5 helai sehari..xkesah la nk bce setiap kali abis waktu solat or kasi 5 lai skali bce..tp kne igt,istiqamah yg penting..ibadah2 lain spt,terawih dlm bln puasa ni kan,ibadah wajib spt solat fardhu..bce makthurat pg ptg..xmelawan ckp mak ayah..qiyamulail..ikut la ape2 skali pun..yg penting kne berterusan..niat nk ubah diri..nk jd lbey baek drp smlm..nk buat guna lappy pon bley,guna tangan pon bley..cuba laa..insyaALLAH kheir..

pape pon,sume tu bergantung kpd kte..sbb ALLAH da berfirman,

A012

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

jom sama2 tingkatkan amal ibadah kte jom..
anda mampu mengubahnya..
keep on moving with yourself 1st..
insyaALLAH kheir
sekian..

Thursday, August 19, 2010

ISMA Kedah: Tips-tips kesihatan Ramadhan

Matlamat puasa adalah taqwa. Sebagaimana Alah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183: ‘‘Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa’. Didalam keinginan tinggi kita mendapat taqwa, aspek-aspek kesihatan dan pemakanan perlu dambil kira agar tubuh badan kita dapat melaksanakan segala ibadah sebaik mungkin.

Antara tips-tips kesihatan yang ingin saya kongsikan adalah:

1. Berbuka dengan ruthaab, tamar atau air

Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih. Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Kurma mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan.

Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim ‘Rasulullah saw berbuka dengan memakan beberapa Ruthaab sebelum solat, kalau tiada Ruthaab maka baginda berbuka dengan Tamar, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk’.

2. Bersegera berbuka dan bersederhana makan

Bersegeralah berbuka. Tetapi kawal makan semasa berbuka. Sebaiknya kita berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti kurma, bersolat dan seterunya menikmati juadah yang lebih berat. Dengan itu kita akan mendapat tenaga segera dengan memakan karbohidrat ringkas dan menyediakan perut kita bagi menghaDam makanan yang lebih kompleks. Perut yang kosong selama 14 jam akan lebih baik jika didedahkan dengan makan secara beransur-ansur.

Kita juga jangan menganggap juadah berbuka adalah gabungan makan pagi, tengahari dan petang yang ditinggalkan beserta makan malam. Berbuka melebihi had menyebabkan badan menjadi letih dan kurang cergas untuk beribadat. Konsentrasi solat juga akan terganggu. Adalah baik bahawa kuantiti juadah yang kita nikmati adalah seperti kuantiti makan malam biasa. Kita berhenti makan sebaik sahaja merasakan perut akan penuh.

3. Melebihkan minum air kosong

Kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Tetapi rata-rata amalan meminum air kosong berkurangan di bulan Ramadhan. Apa yang kerapkali berlaku adalah kita minum air manis (air tebu, cincau, oren, sirap etc) dalam kadar yang banyak semasa berbuka serta ditambah dengan meminum air manis (milo, nescafe, teh susu) selepas tarawih dan semasa bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas tarawih. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinngang.

Puasa Ramadhan adalah satu period yang penting berlakunya proses ‘detoksifikasi’. Detoksifikasi adalah proses pembersihan racun dan toksin dari badan. Ketika berpuasa organ pencernaan makanan seperti perut dan pankreas berehat. Ia membantu organ pembersihan seperti usus, hati dan ginjal berfungsi dengan lebih berkesan mengeluarkan toksin dari badan. Ketika puasa juga, bahan simpanan dalam badan (lemak) ditukar kepada glukos untuk menghasilkan tenaga. Bahan toksin yang ‘larut lemak atau lipid soluble’ akan dibuang bersama. Namun begitu, proses detoksifikasi tidak berkesan jika kurang air di dalam badan.

Ada pendapat mengatakan bahawa minuman ais/sejuk adalah tidak baik bagi kesihatan kerana air yang sejuk di dalam perut akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman. Walaupun pandangan ini diterima ramai, tiada fakta perubatan untuk mengesahkannya. Air sejuk/ais adalah hidangan hampir wajib di setiap rumah semasa berbuka di negara kita. Rakan-rakan saya dari kalangan doktor dan pakar perubatan sukakan air sejuk kerana ianya tidak membuang masa untuk menghabiskannya berbanding minuman panas. Dengan itu kami dapat bertugas dengan lebih cepat.

4. Sebaiknya masak sendiri juadah berbuka

Juadah berbuka sebaiknya dimasak sendiri atau oleh isteri. Dengan itu kita dapat megawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya. Makanan yang dibeli di Pasar Ramadhan adalah di luar kawalan kita dalam aspek tersebut. Cadangan ini mungkin tidak praktikal kepada para pelajar serta pekerja yang penat setelah seharian bekerja. Tetapi bagi suri rumah dan pekerja yang dapat balik lebih awal, perkara ini boleh diusahakan. Setidak-tidaknya kita menyediakan juadah berbuka pada hujung minggu dan hari cuti.

Satu trend yang kurang sihat yang berlaku di bandar-bandar adalah menghadiri ‘Buffet Ramadhan’ di hotel-hotel. Hotel-hotel ini biasanya menawarkan pelbagai juadah istimewa sebagai penarik dengan harga yang tidak murah. Secara psikologinya, setelah mengeluarkan belanja yang tidak sedikit, kita akan cenderung makan sepuas mungkin. Ini menyebabkan kita terlebih kenyang dan ini tidak membantu dalam pengamalan makanan yang sihat. Ini tidak termasuk dengan status halal dapur-dapur hotel yang diperkatakan sekarang.

Perbanyakkan makan buah dan sayur dalam bulan Ramadhan. Buah-buahan dan sayur mempuyai banyak serat serta anti-oksident. Serat penting bagi melancarkan sistem penghadaman. Manakala anti-oksident adalah elemen penting anti-penuaan dan melawan penghasilan barah. Saya mencadangkan supaya kita memakan lebih banyak sayur semasa berbuka dan menggantikan kuih-muih yang dimakan dengan buah-buahan selepas tarawih serta semasa bersahur.

5. Lewatkan bersahur

Rasulullah saw menyuruh kita bersahur serta melewatkannya. Rasulullah saw bersabda ‘bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah’ (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah).

Sahur yang dilewatkan sebenarnya adalah sarapan pagi yang awal atau ‘early breakfast’. Sebenarnya makanan yang paling penting dalam sehari adalah makan pagi. Orang yang bersarapan pagi mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung dan kurang risiko gemuk dan kencing manis. Sahur akan memberikan tenaga sepanjang puasa selama sehari. Glukos darah yang kurang di awal pagi akan terus kurang jika kita tidak bersahur. Bahkan bersahur lebih penting bagi kanak-kanak kerana tubuh mereka yang kecil.

Semoga penjagaan kesihatan semasa puasa Ramadhan dapat menjadikan badan cergas bagi melaksanakan ibadah semaksima mungkin. Kerana kita tidak tahu Ramadhan kali ini mungkin yang terakhir bagi kita.

Salam Ramadhan Kareem

Dr. Zulkifli Yusof,
Yang Dipertua,
ISMA Cawangan Alor Setar

Sumber: ISMA Kedah

Friday, August 6, 2010

ahlan ya ramadhan

salam..ni ade lgu yg bez smpena ramadhan..slamat menyambut ramadhan..ahlan yg ramadhan..=)

Sunday, July 18, 2010

apa nak buat kalau tak dapat jawab soklan exam?


wat macam ni...haaa...lepas tu angkat tangan, cakap kat orang yg jaga exam tu..."soalan ni xjelas. tolong panggilkan prof boleh x?" Prof datang, sure korang dpt jwb lepas tu. Sebab kena sebijik kat kepala yg membuatkan memori2 yg tersembunyi pulih semula..hehe.


saje je, boring2 study. anyway, dun cheat (meniru) in xm huh!! meminjam kata2 prof pharma:

" Nabi SAW bersabda: Sesiapa yg menipu, bukanlah daripada kalanganku. SO, DON'T CHEAT!! THOSE WHO CHEAT WILL GO TO HELL. YOU WANNA GO TO HELL BECAUSE OF PHARMACOLOGY EXAM???" (lebih kuang la..tp completely in english actually)

sounds funny, yet meaningful! =)

Jersi Yang Haram

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka. Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.


me said:

frederic kanoute (sevilla's player) penah menolak utk menyarung jersi sevilla yg ade lambang sebuah syarikat arak...

u said?

p/s: HIDUP BIAR ADE JATI DIRI...dan jati diri kita sbg Muslim - laa ilaaha illa Allah!

~ اللهم إنا نعوذ بك أن نشرك بك شيء نعلمه ونستغفرك لما لا نعلمه ~

Saturday, July 17, 2010

jalan pulang

salam..

tak sempat menyempat nak posting panjang2...kongsi nasyid pon jadi la ye =)





رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi."
(QS. Al-A’raf : 23)

p/s: ..semoga kita tergolong dalam golongan org2 bertaubat...ameen..