Suami misali
Bismillah…
“Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Al Furqan, 74)
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah..orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi”
1.Untuk mendapat anak yang soleh\solehah tidak dapat tidak mereka(ibu bapa)perlu solehkan diri mereka dahulu sebelum berkahwin lagi.. Oleh itu sesiapa yang telah memasang niat untuk mendirikan rumah tangga maka peliharalah kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan ke atas seorang muslim,banyakkan amalan sunat dan banyakkan berdoa agar Allah mengurniakan zuriat soleh\solehah(minta dikurniakan anak2 soleh\solehah bermula ketika zaman bujang lagi).
2. Pilih pasangan yang faham agama dan berakhlak mulia
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat,kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama,nescaya kamu berbahagia.”
(Hadith ini telah direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain)
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.Ulama berpendapat hadith ini juga terpakai buat wanita dalam memilih pasangan hidup.
Untuk mendapatkan pasangan yang beragama\soleh maka anda perlu solehkan diri anda terlebih dahulu..Bila anda soleh insha Allah anda akan mendapat jodoh yang solehah..Demikian sebaliknya,bila anda seorang yang solehah,maka Allah akan jodohkan anda dengan seorang lelaki yang soleh.. dan jangan lupa selalu minta pada Allah agar menjodohkan anda dengan pasangan yang beragama\soleh\berakhlak.
3.Sebelum berkahwin,jaga batasan syarak antara anda dengan bakal suami\isteri anda.Elakkan dari berjumpa..kerana bila berjumpa anda akan betentang mata,bila bertentang mata anda akan mula berpegang tangan dan seterusnya anda terdedah untuk melakukan muqaddimah zina dan selepas itu mungkin akan “terlajak”..
Kesannya,keberkatan perkahwinan anda semakin berkurang atau langsung tidak mendapat berkat..dan “perbuatan” anda dengan pasangan anda sebelum berkahwin itu juga akan mempengaruhi zuriat anda nanti.
4. Ketika nak melakukan persetubuhan baca doa yang Nabi ajarkan supaya Syaitan tidak masuk campur ketika hubungan jenis sedang berlangsung dan jika Allah rezekikan anak hasil dari persetubuhan tersebut,Syaitan tidak akan dapat mengganggu anak anda..Bila syaitan tak boleh ganggu,takde la anak berperangai macam syaitan..Sebenarnya ramai anak-anak yang “bermasalah” disebabkan ibu bapa tidak membaca doa ketika bersetubuh..
Doa tersebut ialah:
اللـــــــــــهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا
Ertinya :
“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dan jauhilah Syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami”
5.Ketika isteri mengandung lakukan seperti berikut :
-Suami hendaklah membaca al-Quran setiap hari....Surah apa nk baca?berapa ayat?Terpulang nak baca surah apa dan berapa ayat sekali baca..setengah orang baca surah Maryam,yusuf dan lokman..Pada saya tidak kisahlah surah apa dan berapa ayat..yang penting lakukannya secara istiqamah sebagai rutin harian..Kalau suami mampu sehari setengah muka surat pun dah ok..Lebih bagus khatamkan..Dapat khatamkan sebelum isteri bersalin itu lebih baik..
- Isteri perlu selalu baca al Quran..Jika menghafaz itu lebih baik..Sehari hafaz dua ayat pun ok dah janji istiqamah..mulakanlah dengan juz amma..
- Isteri perlu melazimi mendengar tilawah al Quran dan ceramah-ceramah agama..elakan dari menonton derama-derama\filem yang lagho dan berkata sesuatu yang boleh membawa dosa..
- Suami isteri mesti selalu bercakap perkara-perkara yang baik dengan anak dalam kandungan..
6.Bila anak telah dilahirkan :
- Suami hendaklan azankan ditelinga anaknya..
Diriwayatkan bekas hamba Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.),ia berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. azan,seperti azan solat di telinga al-Hasan bin Ali,ketika Fatimah radhiyallahu ‘anha melahirkannya”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud,at-Tirmizi,al-Baihaqi dalam al-Kubro dan ath-Thabrani dalam al-Kabir dan Abdur-Razzaq dll dikalangan hufaZ..
- Beri anak nama-nama yang baik..
Dari Abu Basrah,Nabi s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani.Lihat: Sahih Jami’no.3269)
Ibu bapa jangan hanya fikir nak beri nama-nama yang sedap tapi maknanya tidak tahu atau tidak memberi makna yang baik..dan jika nak panggil anak dengan nama-nama timbangan(nama manja)pastikan nama itu juga tidak membawa maksud yang tidak elok..contoh:
-Mamat:biasanya Mamat cuma nama panggilan atau nama manja,nama penuhnya adalah Muhammad..Tahukah anda bahawa Mamat bermaksud mati..Kasihan kat budak tu..elok-elok namanya Muhammad nama Rasulullah dan ia bermaksud yang terpuji dipendekkan Mamat(mati)
Syeikh Dr.Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyatakan:“Kunyah (nama panggilan) kepada bayi juga akan mendatangkan kesan yang amat besar ke atas dirinya. (Rujuk: Tasmiyat al-Maulud, m/s. 706,oleh Sheikh Dr.Bakr)
7.- Hendaklah ditahnikkan bayi itu.
Dari Abu Musa r.a katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma.Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
- Melakukan akikah
Kata Imam Ahmad bin Hanbal :“Sesungguhnya akikah itu menghidupkan sunnah dan aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.”
8.Bila menyusukan anak mulakan dengan bismillah
9.Jika anak anda ada buat salah jangan sesekali anda menghemburkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka walaupun apa yang telah mereka lakukan itu satu kesilapan yang besar.Contoh “Bodoh sangat kenapa” “Jahat la Along ni,nape buat adik”..Bimbang kata-kata itu benar-benar jadi kenyataan..maka anak itu betul-betul jadi bodoh..betul-betul jahat..
10. Doakan kebaikkan buat anak-anak anda setiap hari..Kalu setiap kali lepas solat itu lebih baik..Doa dari ibu dan bapa pasti Allah makbulkan cuma cepat atau lambat sahaja.percayalah Allah tidak akan mensia-siakan doa anda..DIA pasti mustajabkan doa anda..percayalah..Doa ibu bapa itu sangat sangat power..Oleh itu jika anak-anak anda bermasaalah, terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merempit,terlibat dengan kumpulan-kumpulan atau geng-geng yang tidak bermoral,kaki gaduh,melawan cakap anda,tidak mahu solat dll maka teruskanlah berdoa..dan doa dan doa agar mereka diberi hidayah oleh Allah..Agar mereka menjadi anak yang soleh..Jangan pernah berputus asa dalam mengharapkan apa yang anda harapkan dari Allah,disamping beri nasihat kepada mereka dan jaga lidah anda dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap mereka.Secara peribadi,ramai yang telah saya lihat anak-anak yang dahulunya seperti yang disebutkan tadi mereka berubah berkat kesabaran dan doa ibu bapa yang tidak putus-putus..
11. Beri makan dan minum kepada anak-anak dari sumber rezeki yang halal dan baik..
Antara faktor anak-anak bermasaalah dan melawan cakap ibu bapa adalah kerana darah daging mereka telah sebati dengan makan dan minum dari hasil yang haram atau syubhah yang disuapkan ibu bapa mereka..
No comments:
Post a Comment