Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, August 13, 2012

tazkirah tahajjud gamek ibrahim mlm ke-25

tazkirah tahajjud gamek ibrahim mlm ke-25 berkaitan mentaati ALLAH..

ade byk kisah yg diceritakan dlm tazkirah ni...tp sy sempat salin 2 saja..

1. kisah ashabul ukhdud..

-ukhdud bermaksud parit..kisah ni diambil drp hadis sahih riwayat muslim..

-isi penting kisah ni, berkaitan seorang ahli sihir yg ingin mencari pewaris sihirnya akibat dia sudah terlalu tua..

-inilah kisah ghulam yg menuntut ilmu drp ahli sihir dan pd masa yg sama menuntut ilmu dgn seorang rahib tua..

-npe dinamakan ashabul ukhdud? kerana sesiapa yg mentaati ALLAh ketika itu,mereka semua ini telah dicampakkan masuk ke dalam parit yg dinyalakan api di dalamnya..

-utk pengetahuan,mereka beramai2 memeluk islam di atas puncak bukit setelah mereka melihat satu2nya cara membunuh ghulam itu adalah dgn memanah beliau dgn menyebut, "dgn nama Tuhan ghulam".sbb sebelum ni pelbagai cara dilakukan utk bunuh ghulam ini tp semuanya tidak berjaya.

-betapa tingginya ketaatan mereka kpd ALLAH sehingga mereka tidak gentar utk dicampakkan ke dlm parit tersebut drp murtad di tangan raja yg zalim ketika itu.

kisah penuh di sini : http://halaqah.net/v10/index.php?page=553

2. kisah ashabul kahfi

tambahan :Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja “Diqyanus” di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as.

Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah patung dengan seorang raja yang zalim.

Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.

Tapi Ashabul Kahfi menolak dan melarikan diri, sehingga mereka sampai di sebuah gua yang kemudian diguna sbg tempat persembunyian.

Dengan izin Allah Ta’ala, mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Alloh Ta’ala.

-syeikh menyebut bahawa kita harus istiqamah atas agama ALLAH ini..

-syeikh juga ade menyebut surah as-saba : 15

" ..dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!."

maka, taatilah perintah ALLAH..

syekih ade menyebut beberapai bait2 syair tp sy xfhm..

tazkirah diakhiri dgn doa agar kita dijauhi drp perkara mungkar dan maksiat.

walllahu3alam.

Saturday, August 11, 2012

halaqah ma3a misriyin

halaqah bersama akk2 dan mak cik2 arab masa gap tahajjud td..

dimulakan dgn tadarus dan diketuai oleh seorang yg berniqab..berbahasa arab fushah yg lembut dan fasih..

diselangi dgn tazkirah al-quran sbg as-syifa' (penawar)..

ade byk ayat al-quran yg dibincangkan td..sy xdan nk salin..

ade kisah yg menarik td, akk niqob tu ckp sebelum ni ade kisah seorang hamba ALLAH ni dy mengidap penyakit batu di lacrimal gland..(kelenjar air mata yg dekat dgn batang hidung tu ,bahasa medik dy dacryolith)

dan hamba ALLAH ni mmg slalu amalkan ayat2 quran..dy ade amalkan ayat surah ape tah...mcm surah thaha sbb ade pkataan صفصفا (sambil mendepakan tangannya,sy igt dy nk ckp luas..) tp bunyik dy mcm ade pkataan 'kesakitanku' sebelum ayat tu..tp nk cte nyer, lama kelamaan biiznillah (dgn izin ALLAH) penyakit tu hilang...

"Lalu Ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin". [surah taha ayat 106] - mcm ayat ni, sbb sy x jumpa ayat lain yg ade pkataan صفصفا..jgn amalkan klu xyakin..

dan syarat penyembuhan dgn al-quran ini adalah dgn iktiqad..yakni dgn keyakinan yg tinggi..tiada sebarang syak..

dan akhirnya tadarus bersambung sehingga syeikh menyebut "istaqim" ("luruskan" yakni luruskan saf) sebelum bermulanya tahajjud..

sy x ikut dr awal..jd ini saja yg sy dpt kongsi..~

point yg paling penting kt sini adalah rajin2 la baca quran...bukan stakat penawar..mukjizat dan syafaat kpd para pembacanya di akhirat kelak..insyaALLAH... 

tazkirah tahajjud kuliah handasah, kubri gam3ah malam ke-24

tazkirah tahajjud malam ke-24 kuliah handasah, kubri gam3ah berkaitan alam barzakh dan hari kiamat.

kisah golongan yg bahagia vs golongan yg sengsara di hari akhirat kelak

di dlm kubur, akan dibentangkan kpd mereka neraka pada setiap pagi dan petang.

"Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); 

dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): 

"Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!" [al-ghafir 40:46]

inilah nasib golongan yg sengsara kelak,

"Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: 

"Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?" [al-furqan 25:27]

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! [25:28]

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". [25:29]

ini pula golongan yg mendapat naungan Tuhannya, 
ade 7 golongan:

Sabda Rasulullah saw : “Tujuh Golongan yg dinaungi Allah dihari kiamat yg tiada tempat berteduh selain yg diizinkan Nya swt"

1. Pemimpin yg Adil

2. Pemuda yg tumbuh dengan beribadah pd Tuhannya

3. Orang yg mencintai masjid 

4. Dua orang yg saling menyayangi karena Allah, bersatu karena Allah dan berpisah karena Allah, 

5. Orang yg diajak berbuat hina oleh wanita cantik namun ia berkata : Aku Takut pd Allah 

6. Orang yang sedekah dalam keadaan sembunyi

7. Orang yg ketika mengingat Allah dalam kesendirian lalu berlinang airmatanya (Shahih Bukhari)

kisah syafaat nabi muhammad kepada ummatnya.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". 

Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWTyakni memakan buah khaldun (baca: khuldi) dan menyatakan نفسي ! نفسي ! (diriku! diriku!) 

Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. 

tambahan : Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Thursday, August 9, 2012

tazkirah gamek ibrahim mlm ke-22 (versi tahajjud)

tazkirah gamek ibrahim mlm ke-22 (tahajjud) berkaitan amalan 10 mlm terakhir ramadhan..

siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun.

"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [al-qadr:3]

Diriwayatkan dari ‘A`isyah, dia berkata: Aku bertanya: Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu kapan Lailatul Qadr (terjadi), apa yang harus aku ucapkan? Beliau menjawab: “Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR. At-Tirmidziy 3760 dan Ibnu Majah 3850, sanadnya shahih)

tambahan : Carilah lailatul qadar pada malam ganjil 10 malam terakhir. (riwayat Bukhari)

-qiam

Nabi s.a.w bersabda, 

"Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa." (riwayat Muslim)

(hadis ni ada dinyatakan dlm tazkirah sebelum ini bertajuk kelebihan qiamulail)

-melazimi amalan solat sunat cth: solat sunat dhuha

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan 

barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan

barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, 

barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, 

barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan 

tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," 
( Riwayat At-Thabarani ) 

-membaca al-quran

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya." (Riwayat Muslim)

-iktikaf di masjid

Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang.

tambahan : Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w beriktikaf pada setiap bulan Ramadan sebanyak 10 hari. Apabila tiba tahun yang baginda wafat padanya, baginda beriktikaf selama 20 hari. (riwayat Bukhari)

Aisyah r.a berkata, Rasulullah s.a.w apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah berfirman: Dan pada sebahagian daripada malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari. (al-Insan: 26)

Tujuan iktikaf ini ialah untuk membersihkan hati dengan mengingati Allah dan taqarrub (berdamping) dengan Allah Yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas. 

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir - hadis ke-6 imam nawawi

ganjaran syurga bagi mereka yang mendapat redha ALLAH

Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“Rasulullah s.a. w. bersabda : Allah ‘Azza Wajalla berfirman : Aku telah menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah tergambar dalam hati manusia. (pernah disebut dalam tazkirah sebelum ini berkaitan syurga)




Monday, August 6, 2012

di sebalik juzuk 18

ulasan syeikh nabil (imam solat terawih di kuliah handasah-engineering,gam3ah) berkaitan juz 18..

juz 18 drp al-quran mengandungi surah al-mukminun, an-nuur dan al-furqan..

amat bertepatan dgn peribadi seseorang mukmin...seseorang mukmin itu adalah cahaya bagi manusia lain dan merupakan pemisah (al-furqan) antara kebenaran dan kebatilan.

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; [al-mukminun 23:3]

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". [an-nuur 24:12]

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali.

Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). [an-nuur 24:40]





nuzul al-quran ke nuzul quran?

ceramah nuzul al-quran kt asrama mara td..

-sebutan yg benar dr sudut bahasa arab adalah nuzul al-quran نزول القرآن ..bukan nuzul quran نزل قرآن..

-kekhilafan terhadap tarikh nuzul al-quran..ada yg ckp 17 ramadhan , ada kata 24 ramadhan..

-ibnu abbas menyatakan tarikh nuzul al-quran adalah pada 24 ramadhan bersamaan 13 ogos 610 masihi..dalil yg diguna pakai ada 3..

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, [2:185]

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; [ad-dukhan 44:3]

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [al-qadr 97:1]

kenapa al-quran diturunkan secara beransur2?

1. supaya mudah difahami oleh bangsa arab jahiliyyah ketika itu..ketika zaman jahiliyyah mereka suka bersyair..

tp ble dpt ayat al-quran ni, dyorg terkejut..xpernah ada ayat yg setanding al-quran..ayat al-quran susunan nahunya yg begitu sempurna..dan ini sudah tentu bukan kalam manusia..

islam mula menyusup masuk ke dalam hati mereka secara beransur2..

2. mudah difahami dan dilaksanakan..anak saidina umar (abdullah ibnu umar) ni, dia amek satu ayat dan amalkan dahulu...bru hafal..

3. mudah utk dihafal

Dan orang-orang yang kafir berkata: 

"Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" 

Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. [al-furqan 25:32]

-al-quran juga mencabar orang kafir supaya mereka berfikir

Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: 

"Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " 

katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar". [hud 11: 13]

Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya? [hud 11:14]

(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!". [yunus 10:38]

tazkirah gamek ibrahim malam ke-18

tazkirah gamek ibrahim malam ke-18 menyentuh berkaitan al-quran dan perang badar..

-al-quran adalah kalam (kalimah) ALLAH..

-al-quran dapat menghidupkan hati

-suara rasulullah jika baca quran, menangis org yg mendengarnya.

-bulan ramadhan ni bulan yg mmg kita xde buat ape2 sgt selain drp ibadah..(klu nk banding dgn bulan2 lain, selalunya org sibuk)..dlm bulan ni la cuba latih diri dgn perbanyakkan zikir dan tilawah al-quran..

dlm bulan ni malaikat jibril menyemak (muroja3ah) al-quran bersama rasulullah.

Ibn Abbas r.a berkata:

"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.

surah al-anfal diturunkan khusus utk perang badar.Surah yang menceritakan perjalanan perang Badar dari mula hingga penghujung kisah. Dari persediaan muslimin hingga ke pengagihan harta rampasan dan urusan tawanan perang.

khatib ade sebut td..perang ni dikenali sbg furqan..(pemisah)..berasal drp perkataan farroqo (فرّق) yg bermaksud memisahkan antara ahli yg batil dan ahli yg haq (benar)..





ade 5 seruan dlm surah al-anfal tp khatib sebut 4 je...

1. Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya). [al-anfal 8:20]

2. Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. [8:24]

3. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). [8:27]

4. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. [8:39]





bley ke link ini utk refresh peristiwa perang badar

tazkirah gamek ibrahim malam ke-15

tazkirah gamek ibrahim mlm ke-15 smlm menyentuh berkaitan quran (sambungan tazkirah kelmarin),

-al-quran adalah mukjizat yg kekal hingga ke hari kiamat kelak

-al-quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." [2:185]

-al-quran bukan kalam (tulisan) manusia

-al-quran diturunkan dlm bahasa arab

tambahan : "Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya." [az-zukhruf 43:3]

para sahabat mengamalkan suruhan ALLAH yg termaktub di dalam al-quran dgn bersungguh2..

cth : kisah sahabat terdahulu berkaitan arak ,

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." [5:90]

"Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". [2:185]

-al-quran pengubat hati, (sy xtau nk translate yg ni...pandai2 je nie...tp ayat dy kt bawah ni la)

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." [3:139]

-ada org baca quran pakai akal, tp bukan dgn hati, yakni x menghayati isi2 dlm quran itu sendiri.

Sayyidina Umar yang mengambil masa 10 tahun menghafaz surah al-Baqarah. Sebagai tanda kesyukuran beliau telah menyembelih unta.

-al-quran adalah mulia dan terpelihara di lauh mahfuz,

"..Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi)." [80:11]

"Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya." [80:12]

"(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -" [80:13]

"Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -" [80:14]

"(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;" [80:15]

"(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti." [80:16]

-beramallah dgn al-quran dgn sebenar2nya, (pandai je tambah...tp ayat dy kt bawah ni)

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? 

Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh." [4:60]

semulia2 manusia di sisi ALLAH adalah mereka yg bertaqwa,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." [49:13]

berpeganglah kpd al-quran dan sunnah..

tambahan : "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku" [hadis riwat Imam Malik] 

di dlm al-quran terkandung syariah Allah..,.