Thursday, April 1, 2010

Kerana Anda Dan Saya Hanyalah Hamba

assalamualaikum wbt..

Dah lama tak update..sedikit busy dengan dunia akhir2 ni..namun busy bukan alasan utk kita tak istiqamah dalam beramal, mungkin kita tiada peluang utk lakukan secara berkala atau istiqamah dalam sesuatu perkara (cth: blogging) bilamana datangnya sesuatu perkara lain yang menuntut masa dari kita, tp kita masih boleh gantikannya atas niat yang sama...iaitu setiap pekerjaan itu diniatkan sbg ibadah kepada-Nya..insyaAllah, pahala kia pun akan 'istiqamah mengalir'..

Terlalu banyak perkara yang berlaku. Kadang-kadang diri kita terasa futur (putus asa) untuk terus berdiri tegak. Hidup ni macam maraton. Kalau kita tak cukup stamina untuk berlari sepanjang track maraton yang panjang tu, pasti ada ketika kita terpaksa berhenti berjalan. Kalau kita kita cukup stamina, insyaAllah kita mampu je nak berlari sepanjang track tu. Tp ada 2 points yang ana nak tekankan kat sini:

  • Sesuatu yang cukup pasti bermula dengan tidak cukup. Contoh stamina tadi, mana mungkin we gain enough stamina without any exercise and regular training.
  • Once we don't have enough stamina to complete larian tu, sure there comes rasa nak berenti or menyerah kalah kat tengah-tengah jalan tu. Tambah lagi kita diexposed' dgn cabaran orang lain yang sorang demi sorang memintas kita. Tambah jugak lagi dengan perasaan nak memenangi yang dah pudar sebab dah ketinggalan. When we are in this situation, will we confirm that we gonna finish it?
Begitulah juga hidup ni. Kadang-kadang kita sebenarnya bersemangat untuk berjaya dalam sesuatu pada awalnya. We started working for it. But we should realize that to be a successful person never easy. Sure there will be tests from Allah time by time. Kalaulah masa kita diuji tu kita tak 'cukup stamina' macam kes marathon tu..pasti terasa sukar untuk hadapi ujian tersebut. 'Stamina' di sini ana maksudkan bukanlah stamina fizikal tp stamina rohaniah......iaitu IMAN.

At that time, pada kita hanya ada 2 kemungkinan, either 1) kita teruskan sekalipun terpaksa 'berjalan' instead of 'berlari' kerana beratnya terasa ujian tu....atau 2) kita give up. Masa nak buat pilihan ni, ingatlah bahawasanya ujian tu datang dari Allah, maka kepada Dia-lah kita kembalikan kerana pasti padaNya ada penyelesaian. Memang hanya padaNya sahaja penyelasaian itu. Ini cuma exam dari Allah, untuk membuktikan adakah kita layak dikurniakan kejayaan. Macam exam (katakanlah untuk course medic), soalan-soalan yg kita kene jawab tu semuanya lecturer dah sediakan jawapannya dalam skema jawapan. Terserah kepada kita je nak buat sungguh-sungguh untuk exam tu atau selamba-selamba je. Kalau gagal, siapa nak bagi kita jadi doctor? It's a big job. Memberi kerja tu kpd org yg tak layak is just like giving killing-license kepadanya.

Begitulah ujian Allah...Dia lebih tahu kelayakan atau apa yang perlu dilatih untuk ada dalam diri kita.untuk kita menjadi seseorang yang kita nak jadi tu (cth: pendakwah ke, doctor ke, ibu ke..). The point here is mampu tak kita finish up kalau iman tak cukup kuat untuk hadapi ujian dari-Nya dalam matlamat kita untuk berjaya tu? Ya, memang kita tak berani nak cakap iman kita dah cukup...tiada siapa berani. Tp kita kena sentiasa berusaha untuk mencukupkan iman tu setiap detik lebih-lebih lagi ketika diuji oleh Allah coz dengan cara tu je kita akan tertolak untuk tidak futur dan meneruskan 'perlumbaan' sekalipun sedikit lambat berbanding orang lain akibat 'terjatuh di tengah-tengah perjalanan'.

Kita hanyalah hamba-Nya. Seorang hamba....kalau kita sebut perkataan ni...pasti kita rasa kedudukan tu amat rendah...serba kurang...makan pakai tuan yang tanggung...apa saja tuan suruh kena buat...xboleh berkhidmat untuk tuan yang lain...tak mampu hidup tanpa pertolongan tuan tempat bergantung hidup...tapi itulah hakikat kita di dunia ni, seorang hamba kepada Tuannya....mungkin Kalam Allah lebih hebat dan menyentuh hati kalian:

و استعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخشعين...الذين يظنون أنهم ملقوا ربهم وأنهم إليه رجعون
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
[al-Baqarah:45-46]

Mintalah pertolongan dengan sabar...hanya Dia yang memudahkan...tau! Jangan putus-putus mintak pertolongannya. Kejayaan hanya dari sisiNya (...wa man nasru illa min 'indillah..al-Anfal:10)..harap ana dapat kongsi sesuatu dari post ni. Ambillah yang baik daripadanya. Walluha'alam.

No comments: