Friday, April 30, 2010

kebajikan..



assalammualaikum..
apa khabar iman sahabat2 skalian? insyaALLAH smakin meningkat..kerana semakin meningkat usia kita,semakin byk cabaran hidup yg kita perlu tempuhi..semakin jauh perjalanan hidup kita..terkadang futur(down) di tgh jalan..tp kita perlu sedar bahawa perjalanan hidup ini masih pjg..byk lg perkara yg kita harus lakukan ..byk lg bekalan yg harus kita topup utk kehidupan di ahkirat kelak..

ana xmo membebel pjg..juz nk share sumtin'..insyaALLAH myB beneficial 4 those who wanna take it..those who are so depressed with their life..those who don't ever see da light in front of them ..insyaALLAH..kita sama2 tadabur..

lately ana rse down sgt2..ana da xtau bagaimana ana harus teruskan kehidupan di dunia ni..semangat ana makin pudar..dgn pelbagai masalah dunia..

ana dpt rse yg ana makin jauh dgn ALLAH..ana dpt rse mutaba'ah amal ana makin berkurang..ana dpt rse betapa iman ana yg slama ni ana rse alhamdulillah pada tahap yg ok tiba2 makin merundum perlahan2 ibarat penyakit kronik yg makin menular tanpa disedari..

ana meluahkan semua ni bkn kerana nk membuka aib sendiri..tetapi sbg taujihad buat sahabat2 sekalian..betapa iman kita ni mudah utk menurun..merosot..kte x bley nk ckp iman kte sentiasa berada di tahap yg memuaskan. .ana mengaku slama ni ana mmg prnah futur..tp kali ni ana rse ana mmg diuji dgn tahap yg plg tinggi..sbb ana sendri menyalahkan takdir..takdir yg ana salahkan tu sbnarnye siapa?dgn siapa ana sdg berhadapan skrg?spe yg ana salahkan?

ana minta taujihad drp2 beberapa org akhawat..ana xmo perasaan ni membelenggu diri ana..ana nk menyumbang ke jln ALLAH..ana xmo ble kat akhirat kelak..bila mse dihimpunkan org2 yg berjuang di jalan ALLAH,nme ana xde pon dlm list tu..na'uzubillah..

bru2 ni ana xm..ana xdan abes bce..dan ana xrse pon ana berusaha dgn cukup..berusaha dgn bersungguh2..ana x bley nk ckp yg ana kne tawakal sbb da berusaha..sbb ana x rse pon usaha ana tu da cukup utk ana bertawakal..

sahabat2..slps dpt taujihad drp beberapa org akhawat,ana sedar...hidup di dunia ni amat sukar..hidup di jalan dakwah amat payah..sentiasa diuji..terasa langkah ini spt sudah terlalu pendek utk diteruskan..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "[ al-ankabuut:2]

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." [al-ankabuut:3]

alhamdulillah ana rse makin pulih..mmg manusia tu lemah..dan sentiasa perlu diingatkan..perlukan sahabat yg slalu memberi semangat dan taujihad supaya teruk maju ke hadapan dan meneruskan perjalanan hidup yg semakin berliku ni..

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. " [an-nisaa:28]

ana teringat seorg ukhti berkata..alhamdulillah..bersyukur sgt org yg ditimpa musibah dan penyakit..tanda ALLAH sgt syg kt mreka..

tajdid la niat sahabat2..klu antum rse diri terlalu sibuk kpd perkara2 kebaikan dan xdan nk study..sbnarnye ade masanya..yakin dgn janji ALLAH..janji ALLAH tu benar..
jom sama2 bersemangat!!bangkit sahabt2..hidup kt dunia ni mmg sntiasa sukar..ada kala futur ada kala bahagia..ada kala merana ..ada kala gembira..

Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. [al-kahfi:30]

"Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya." [al-kahfi:31]

"Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " [al-ankabuut:5]

allahu 'alam..

Monday, April 26, 2010

..semalam..

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

-sila klik lagu ni dlu-



Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...

Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan

Ampunkan segala dosa-dosa

Mo... ga... e.. sok ku kan lebih sempurna

Semalam

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...

jgn futur di tgh jalan wahai sahabat [dan diriku]..


dunia ini ibarat air laut..
tidak dapat diduga kedalamannya..
hendak menerobos ke dasarnya xmampu utk kulakukan dlm skelip mata..
dan tidak kutahu apa yg ada di dasarnya..
laut itu terkadang tenang..terkadang berombak kuat..

begitulah kehidupan..
kita tidak dapat menduga apa yg ada di hadapan kte..
kita tidak tahu apa yg bakal kita hadapi..
apa yg bakal kita harungi..
selangkah menuju ke hadapan..kita xkan mampu utk berpatah balik ke belakang..

hidup ini sentiasa mendambakan kemasyhuran..
tanpa kita sedari kemasyhuran yg dikejar itu tidaklah kekal abadi..
manusia punya neraca masing2..
neraca dunia yg mengimbangi tarbiyah dan keseronokan dunia..
hidup xkan sentiasa masyhur..
kemasyhuran pula tidaklah kekal lama..

setapak melangkah ke hadapan,langkahlah dengan rasa tawadhuk dan bukan melangkah dengan rasa bangga..
kerana manusia itu tidaklah sempurna..

Saturday, April 24, 2010

Doktor paling biadab di Britain

MANCHESTER: Seorang doktor semalam didakwa berkelakuan biadab hinggamenyebabkan lebih 800 pesakit lari untuk mendapatkan rawatan di pusatkesihatan umum lain dalam masa empat tahun.


Dr Henry Hart

Kebiadaban Dr Henry Hart yang melampau itu menyebabkan rakansejawatannya di Pusat Kesihatan Bayside di Ulbverstone terpaksa memintamaaf kepada pesakit bagi pihak dirinya.

Perkara itu didedahkan kepada panel disiplin Majlis Perubatan Am, (GMC), semalam.


Doktorberusia 45 tahun itu dilapor hanya menghadap komputernya bukan melihatpesakit di depannya dan sering memperlekeh atau menakut-nakutkan rakansekerjanya serta menggunakan bahasa kesat terhadap mereka di depanorang awam.


Semalam, Hart berdepan dengan pelbagai tuduhan disiplin sepanjang empat tahun menjadi ketua doktor di Pusat Kesihatan Bayside.


Sepanjang tempoh itu, 800 daripada 4,000 pesakit berpindah ke hospital lain.


“Diamengulangi kelakuan buruknya sepanjang tempoh berkenaan,” kata SharonBeattie, kaunselor GMC pada perbicaraan kelayakan untuk menjadipengamal perubatan.


“Dia begitu biadab dan agresif terhadapkakitangan, rakan sekerja dan juga pesakit.” Menurut Sharon, pernahseorang tukang besi datang mengadu sakit belakang, Hart menjawab:“Tukar pekerjaan kamu.” Seorang lagi pesakit membawa anaknya berusialapan tahun untuk mendapatkan rawatan tetapi Hart menggunakan bahasabegitu kasar hingga menyebabkan kanak-kanak itu menangis.


Diajuga didakwa sering duduk membelakangkan pesakitnya yang datang untukmendapatkan rawatan, tidak mempedulikan pesakit berkenaan, sebaliknyatertumpu pada komputernya.


Sharon memberitahu, kakitangan hospital juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran sikap kasar doktor itu.

“Pernah seorang penyambut tetamu meminta dia menemui seorang pesakit tetapi Hart menengking dengan berkata: ‘Pergi Jahanam. Saya tidak mahu menemui pesakit. Mereka semua lambat. Mereka perlu pergi ke hospital.’” Hart juga dituduh menyelongkar pejabat rakan doktornya yang lain di pusatberkenaan tetapi mengunci biliknya kerana takut mereka juga akanmelakukan perkara yang sama. — Agensi


Hmm...to doctors-to-be...appreciate what we learn in medical ethics and human rights..never3 put it aside!!

"Where there is love of medicine, there is love of humankind." - Hippocrates -

What if YOU are the patient? And the doctor said: Pergi Jahanam. Saya tidak mahu menemui pesakit!
And what if YOU have a friend who don't even respect your privacy?? That is why Ar-Rasul SAW teach us:

”Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”
[
Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Start from now. Kita kena belajar macamana nak BERAKHLAK DENGAN AKHLAK MULIA. Kalau dah sekarang pon biadap dengan cikgu/lecturer..hak2 kawan2 tak tertunai..cakap bahasa kasar2..tak ajar diri bersabar dan kurang merungut..x ajar diri untuk respect org lain..(semua yg ana sebut ni selalu je berlaku dalam kalangan kita)...semua ni akan effect the way we treat our patients!!

Kalau tak latih dari sekarang, ana bimbang pada masa depan, kebanyakan doctor perangainya sama/lebih kurang je ngan mat rempit, atau gangster...huhu =(

Ingat, kita tidak layak merasakan diri kita mulia berbanding org lain..jgn sesekali! Dalam satu hadis qudsi disebutkan:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Allah Azzawajalla berfirman, “Kemuliaan adalah sarungKu dan kesombongan itu adalah selendangKu, sesiapa yang mencabut daripadaKu salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyiksanya.”
[Riwayat Muslim]

So, beware of yourself!

p/s: All the best untuk semua yg akan menghadapi exam! Study lillah!~

Wassalam.


Thursday, April 15, 2010

Dekatnye..

Bismillahirrahmanirrahim..

Buntu nak taip apa. Just now terfikir..kaki tengah sakit. Bila ntah nak sembuh, mane taknye, tiap2 hari jalan..turun naik tangga..nak jumpa doc ke x? slalu rasa cm xde masa...tp sebenarnye bila muhasabah balik, banyak je waktu habis kat mnde2 yg kurang muhim banding ngan kesihatan diri. Pastu tadi, terbaca 1 hadis Nabi SAW: "Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu."

KEBABO!!! Adeh, kena atas hidung. Tau je hadith tu..tapi yelah, manusia..kadang2 lupa. (jap..ape motif muqaddimah ni?hoho). Anyway, mungkin kita rasa susah bila sesuatu mudharat menimpa kita, tp jgn lupa sentiasa ade org yg lebih berat ujiannya. Kita rasa betapa susahnya kalau x cukup anggota..ana sendiri, turun tangga terjatuh mcm nangka busuk baru2 ni, sbb kaki xkuat da lps2 dua2 da cedera..hr tu, sorg professor yg ajar kelas ana terpaksa gunakan tangan kirinya utk lukis kat papan putih, sbb tangan kanannya patah (she's right-handed, so lukisan dia cm x cantik sgt, dia pun kutuk lukisan dia..huhu)..semalam, ada adik tahun 1 pegi exam dgn kaki yg xboleh jalan cz excident. Segala-galanya yg Allah pinjamkan kpd kita pd awalnya, kemudian jika Dia ambil kejap pinjaman tu, pasti kita akan jatuh dlm keadaan yg sukar.

Tak kiralah apa sahaja bentuk pinjaman tu. Kalau ia adalah perasaan kasih, pasti kita akan terasa berat di saat kematian/kehilangan org yg kita kasihi tu. Kalau ia adalah harta, maka di saat kita kekurangan wang pasti kita sesak nafas. Kalau ia adalah barang2 yg kita sayang, pasti mood kita berubah jika barang tersebut rosak atau hilang.

Jadi, kenapa Allah bagi, kemudian Allah tarik balik? Kenapa? Ada orang yg meraung2 meratapi pemergian org yg tersayang sambil bertanya, "Kenapa Kau ambil dia? Kenapa tidak aku? Uwaaaa.." Ada org yg muflis, bunuh diri. Ada orang yg keretanya eksiden sikit, bawak kuar parang nak bergaduh sbb kereta dia kereta baru. Jadi kenapa Allah tarik atau 'cacatkan' nikmat yg Dia pinjam kat kita tu sedangkan ia membawa kpd mudharat kpd hamba-Nya yg menanggung?

Ana tanya diri sendiri dan kalian..sekiranya kita ni seorg pelajar tajaan MARA, belajar medic kat luar negara, MARA bg duit bukan cukup makan bahkan terlebih makan sampai naik berat badan..untuk pengajian kita di rantauan tu. The aim is..we gonna be a good doctor. But wut if kita main2 je study, lupa hadaf (tujuan) kita dihantar ke luar negara, atau sibuk sgt berpersatuan/aktiviti2 lain sampai study kita terabai secara tak langsung...at the end, result kita tak memuaskan pihak MARA. Adakah MARA berhak bagi surat amaran kat kita supaya kita beware? Ana tak tau kalau ada yg jawab xberhak, tapi totally ana kate..berhak.

Begitu juga dengan hal pinjaman2 Allah td. Allah ambil insan2 tersayang, lenyapkan sebahagian harta, rosakkan benda yg kita sayang, takdirkan anggota kita tercedera dalam eksiden dsb...apa tujuan-Nya? Tak lain tak bukan untuk ingatkan kita kepada Dia dan nikmat-Nya. Segalanya milik Allah SWT, bumi dan kandungannya, langit dan ahlinya..tiada satu pun milik kita. Kita cuma pinjam dari Allah org yg kita syg tu, supaya kita tak sepi di dunia ni, kita pinjam harta dari Allah supaya mudah untuk jalani kehidupan, kita pinjam kereta dari Allah, supaya mudah pergerakan kita sehari-hari, kita pinjam anggota badan dari Allah supaya kita 'berfungsi'.

But once Dia amik balik sekejap/selamanya, maka waktu tu, ingatlah bahawa bukan mudharat yg Allah ingin timpakan pd kita, tp sebuah peringatan supaya kita tak lalai dalam mengingati-Nya cz kadang2 manusia ni nmpk apa yg dia dapat hari2, tp lupa dari sumber mana dia acquire mnde tu.

Dekatnya nikmat-nikmat Allah kepada kita setiap hari. Terlalu dekat. Perasan tak? Oksigen, cinta, harta, makanan dsb...setiap hari kita dapat. Dekat sangat ngan kita. Kenapa? Sebab memang sesungguhnya Allah tu dekat dengan kita:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.
[al-Baqarah:186]

Maka instead of kita marah2, mengeluh tika ditimpa sesuatu, lebih baik kita ucap 'Alhamdulillah' kerana:

1. Itu menunjukkan kita redha menerima ketentuan-Nya, sebagai tanda ketaatan kpd Allah SWT.
2. Perkara tu sebenarnya peringatan dr Allah, seolah2 seseorang mencuit kita dari belakang, kemudian kita menoleh...lalu ia bertanya."Masih ingat aku?" Peringatan supaya kita tak lupa Dia...
3. Sebagai tanda syukur kita kerana dengan musibah tu terhapuslah dosa2 kita sedikit sebanyak jika kita bersabar...

Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Maka senyumlah..dan teruskanlah kehidupanmu dengan hati yg aman =)


Wassalam.

Monday, April 5, 2010

andai aku disisi-Mu

Salam.


Tanggal 4hb, ana bertolak ke suatu daerah di negeri Mesir ni utk menghadiri satu talk drp org yg amat berpengaruh dan ilmunye klu nk banding ngn ilmu ana jauh skali..melangit tinggi..

Ana terkesan dgn talk yg diberikan..amat bermakna...beliau menyatakan bahawa,


“ seorang qudwah yg terbaek terhasil drp peringkat bawah lagi..qudwah terbaek lahir drp seorg jundi (tentera) yg terbaek..”


Kisah ini disebutkan ketika zaman sahabat..

Ketika khalid al walid dilantik menjadi panglima perang..umat Islam ketika itu amat yakin dgn kepahlawanan khalid al walid..

tetapi apabila melihatkan kejadian itu..saidina Umar al khattab yg pada ketika itu merupakan khalifah,mengutuskan surat kpd khalid al walid utk menyerahkan kuasa panglima perang kpd Abu Ubaidah setelah berperang..kerana saidina Umar khuatir bahwa umat Islam ketika itu akan hanya bergantung kpd kekuatan dan kepahlawanan khalid al walid sbg panglima perang tanpa yakin bahawa kemenangan itu merupakan pertolongan drp ALLAH..tanpa kebergantungan kepada ALLAH..


maka slps berperang,khalid al walid tanpa sebarang persoalan tros menyerahkan kuasa mengetuai perang yg dipegangnya sebelum ini kpd Abu Ubaidah..begini lah sifat mereka yg fakih terhadap apa yg mreka anuti..iaitu Islam itu sendiri..


Ana selalu berfikir utk menjadi yg terbaek..memberikan contoh yg terbaek..tetapi ana x pernah terfikir utk menjadi org bawahan yg terbaek..selama ni yg ana kejar hanyalah utk menjadi contoh yg terbaik..dan ana kini sedar bahawa utk menjadi qudwah ikutan yg terbaik haruslah bermula dr peringkat bawah lagi..

Alhamdulillah..selama ni ana mengaku bahawa ana slalu takut utk membuat kesalahan..ana hanya slalu menyalahkan org lain dan benda yg berada di sekeliling ana..makhluk2 Allah yg lain..astaghfirullah..ana x pernah terfikir utk menyalahkan diri ana sendri..jika sesuatu hal itu berpunca drp ana sendri,ana tetap akan mncari jln utk menyalahkan org dan persekitran ana..

Ya ALLAH..betapa alpanya jiwa seorg hamba..

Dlm perjalanan utk ke daerah itu,ana diuji dgn pelbagai bentuk ujian..ana terasa sepi..xde tempat utk mengadu..tp ana tau ALLAH sentiasa bersama ana..ana tau ujian tu hanya utk menduga ana..ana tetap teguhkan kepercayaan ana bahawa janji ALLAh itu benar..


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [al-ankabut:2]


Alhamdulillah..terasa bersyukur yg amat..doa ana dimakbulkan..segala perancangan ana yg mulanya kelihatan makin parah akhirnya bertambah baek..dgn pertolongan ALLAH..ana merancang dan ALLAH juga Merancang dan ALLAH sebaek2 Perancang..


“..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [al-baqarah:216]


“..Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”

[at-taubah:51]


Syukur alhamdulillah..ana masih ade akhawat yg membantu dan menyokong ana di saat ana rebah..di saat ana tersungkur..di saat ana lemah dan x mampu bangun utk melawan arus dunia yg makin kencang dgn maksiat yg bergolakan..

Alhamdulillah..ya Rahim..



Friday, April 2, 2010

Aku Menangis

Aku menangis..
Tatkala membaca coretan hati itu..

Betapa jauh dalam lubuk hatiku..
Masih tersimpan kasih setia padamu..
Namun tidak lagi ku mampu..
Membiarkan diri penyebab pilu..
Terus merobek, menyiat perasaanmu..
Kerana itu, jauh - pilihanku.


Aku menangis..

Tanda ku sesali perjalan ini..
Mensia-siakan kurnia Ilahi..
Indah manis ikatan ini..
Duka, tangis bersama dilalui..
Gelak tawa pengubat hati..
Namun akhirnya pedih menyelubungi..
Bila hati mula meragui.

Aku menangis..
Cuba ku telan segala kepahitan..
Patah hati aku abaikan..

Ego yang tinggi aku korbankan..
Rindu itu aku biarkan..
Berat hati membuat pilihan..
Namun hanya ini dapat ku lakukan..
Untuk menebus dosaku padamu teman.

Aku menangis...

Hingga kini harapan masih berbunga..
Namun memori itu menghentikan segala..
Terasa mustahil untuk memulakan semula..
Bimbang ku ulang silap yang lama..

Dari kejauhan doa ku pinta..
Agar teman sentiasa bahagia..
Walau aku bukan penyebabnya..

Asalkan bersamamu teman yang lebih setia.

Aku menangis..

Kalau dulu di bahumu airmata ini tumpah..
Tapi sekarang ia hanya membasahi tanah..
Namun aku bersyukur dengan apa yang berubah..
Kerana padanya ada nilai yang indah..
Kini, setahun sudah kita terpisah..
Berkata aku kepada diri..ketahuilah..

Bahawa hanya milikNya setiap ukhuwah.


p/s: Sajak ntah pape ni sesuai untuk org yg pernah mensia-siakan ukhuwah...hoho...tp itu dulu, mungkin sekarang kita smua lebih menghargai nilai ukhuwah itu..insyaAllah. Untuk ukhti itu, ana masih sayang pada enti..dan kali ini,ianya lillah. insyaAllah.



Thursday, April 1, 2010

Kerana Anda Dan Saya Hanyalah Hamba

assalamualaikum wbt..

Dah lama tak update..sedikit busy dengan dunia akhir2 ni..namun busy bukan alasan utk kita tak istiqamah dalam beramal, mungkin kita tiada peluang utk lakukan secara berkala atau istiqamah dalam sesuatu perkara (cth: blogging) bilamana datangnya sesuatu perkara lain yang menuntut masa dari kita, tp kita masih boleh gantikannya atas niat yang sama...iaitu setiap pekerjaan itu diniatkan sbg ibadah kepada-Nya..insyaAllah, pahala kia pun akan 'istiqamah mengalir'..

Terlalu banyak perkara yang berlaku. Kadang-kadang diri kita terasa futur (putus asa) untuk terus berdiri tegak. Hidup ni macam maraton. Kalau kita tak cukup stamina untuk berlari sepanjang track maraton yang panjang tu, pasti ada ketika kita terpaksa berhenti berjalan. Kalau kita kita cukup stamina, insyaAllah kita mampu je nak berlari sepanjang track tu. Tp ada 2 points yang ana nak tekankan kat sini:

  • Sesuatu yang cukup pasti bermula dengan tidak cukup. Contoh stamina tadi, mana mungkin we gain enough stamina without any exercise and regular training.
  • Once we don't have enough stamina to complete larian tu, sure there comes rasa nak berenti or menyerah kalah kat tengah-tengah jalan tu. Tambah lagi kita diexposed' dgn cabaran orang lain yang sorang demi sorang memintas kita. Tambah jugak lagi dengan perasaan nak memenangi yang dah pudar sebab dah ketinggalan. When we are in this situation, will we confirm that we gonna finish it?
Begitulah juga hidup ni. Kadang-kadang kita sebenarnya bersemangat untuk berjaya dalam sesuatu pada awalnya. We started working for it. But we should realize that to be a successful person never easy. Sure there will be tests from Allah time by time. Kalaulah masa kita diuji tu kita tak 'cukup stamina' macam kes marathon tu..pasti terasa sukar untuk hadapi ujian tersebut. 'Stamina' di sini ana maksudkan bukanlah stamina fizikal tp stamina rohaniah......iaitu IMAN.

At that time, pada kita hanya ada 2 kemungkinan, either 1) kita teruskan sekalipun terpaksa 'berjalan' instead of 'berlari' kerana beratnya terasa ujian tu....atau 2) kita give up. Masa nak buat pilihan ni, ingatlah bahawasanya ujian tu datang dari Allah, maka kepada Dia-lah kita kembalikan kerana pasti padaNya ada penyelesaian. Memang hanya padaNya sahaja penyelasaian itu. Ini cuma exam dari Allah, untuk membuktikan adakah kita layak dikurniakan kejayaan. Macam exam (katakanlah untuk course medic), soalan-soalan yg kita kene jawab tu semuanya lecturer dah sediakan jawapannya dalam skema jawapan. Terserah kepada kita je nak buat sungguh-sungguh untuk exam tu atau selamba-selamba je. Kalau gagal, siapa nak bagi kita jadi doctor? It's a big job. Memberi kerja tu kpd org yg tak layak is just like giving killing-license kepadanya.

Begitulah ujian Allah...Dia lebih tahu kelayakan atau apa yang perlu dilatih untuk ada dalam diri kita.untuk kita menjadi seseorang yang kita nak jadi tu (cth: pendakwah ke, doctor ke, ibu ke..). The point here is mampu tak kita finish up kalau iman tak cukup kuat untuk hadapi ujian dari-Nya dalam matlamat kita untuk berjaya tu? Ya, memang kita tak berani nak cakap iman kita dah cukup...tiada siapa berani. Tp kita kena sentiasa berusaha untuk mencukupkan iman tu setiap detik lebih-lebih lagi ketika diuji oleh Allah coz dengan cara tu je kita akan tertolak untuk tidak futur dan meneruskan 'perlumbaan' sekalipun sedikit lambat berbanding orang lain akibat 'terjatuh di tengah-tengah perjalanan'.

Kita hanyalah hamba-Nya. Seorang hamba....kalau kita sebut perkataan ni...pasti kita rasa kedudukan tu amat rendah...serba kurang...makan pakai tuan yang tanggung...apa saja tuan suruh kena buat...xboleh berkhidmat untuk tuan yang lain...tak mampu hidup tanpa pertolongan tuan tempat bergantung hidup...tapi itulah hakikat kita di dunia ni, seorang hamba kepada Tuannya....mungkin Kalam Allah lebih hebat dan menyentuh hati kalian:

و استعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخشعين...الذين يظنون أنهم ملقوا ربهم وأنهم إليه رجعون
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
[al-Baqarah:45-46]

Mintalah pertolongan dengan sabar...hanya Dia yang memudahkan...tau! Jangan putus-putus mintak pertolongannya. Kejayaan hanya dari sisiNya (...wa man nasru illa min 'indillah..al-Anfal:10)..harap ana dapat kongsi sesuatu dari post ni. Ambillah yang baik daripadanya. Walluha'alam.