Monday, August 6, 2012

tazkirah gamek ibrahim malam ke-11

alhamdulillah..tazkirah gamek ibrahim mlm ke-11 arini berkaitan kebersihan dan bersuci (thoharoh)..

-kebersihan adalah separuh drp iman 

-dlm islam, kita diseru utk menjaga kebersihan tempat,badan (zahiriyah)..cthnya: sebelum solat, perlu berwudhuk..kita solat pula 5x..x ke bersih klu setiap kali solat kita wudhuk atau perbaharui wudhuk, kan?

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;" [al-maidah 5:6]

-kita juga digalakkan mandi..klu xlarat sgt nk mandi, sekurang2nya mandilah seminggu sekali..yakni hari jumaat..

عن أبي سعيد الخدري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال الغسل يوم الجمعة واجب على كل محتلم 

Dari Abu Said Al-Khudriy r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Mandi pada hari Jumaat itu adalah wajib atas setiap orang yang sudah baligh.” (Sahih Bukhari dan Muslim) -wajib di sini adalah sunat yg digalakkan..

sbb apa? hari jumaat adalah hari berhimpunnya umat islam utk menunaikan solat jumaat beramai2 di masjid..digalakkan mandi supaya tidak mengganggu kekhusyukkan makmum2 lain semasa solat..

-kita juga digalakkan bersugi (baca: berus gigi)

Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “.
( Riwayat Baihaqi )

Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda : 
“ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “. ( Riwayat Ahmad )

-ALLAH suka benda2 yg baik
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. [hadis ke-10 imam nawawi]

-ALLAH sukakan kecantikan..

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) . 

Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud, 

“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas).” (Surah Al-A’raaf, ayat 31)

-khatib juga ada mengingatkan berkaitan kebersihan di jalan2..sesuai dgn tema "negara bersih "

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” – (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.

Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.

p/s : jgn pandang sebelah mata ya..kebajikan yg kecil xsiapa yg tahu perhitungannya di sisi ALLAH kelak.

-khatib mengingatkan supaya tidak membuang sampah (baca : mencampak sampah) keluar drp tingkap kenderaan masing2..jaga kebersihan jalan. 

-khatib juga mengingatkan berkaitan lampu isyarat
-klu lampu merah perlu berhenti
-lampu kuning perlu juga berhenti
-kebanyakan org pakai langgar je..xikut peraturan jalan

akhir sekali, khatib mengingatkan kita kembali bahawa islam itu luas bukan sekadar solat dan sedekah sahaja..

No comments: