“nak, bukak
surah al-imran.syeikh tgh bce surah tu td.bukan sambungan sebelum ni..”,
tegur
seorang mak cik yg sudah separuh abad usianya setelah melihat aku terkedek2
membelek2 mencari halaman surah yg sedang dibaca oleh syeikh utk terawih rakaat
ke-3.
“Oh..mesyi2..
(baik2),” aku membalas.
Surah al-imran
sudah dibuka tp halaman yg dibaca masih tidak jelas kelihatan..
“alamak,
syeikh da abes bce fatehah…xpe la..ikut flow je la cmni.” Aku mengangkat
takbir.
Setelah selesai
rakaat ke-4, mak cik td yg bersolat disebelah kananku menegurku kembali sambil
mengeluarkan mushafnya.
“nak, ayat
ni..kamu igt ayat ni dan buka mushaf kamu..igt ya..”
Mak cik itu
seakan2 fhm keadaan ku..manalah tidaknya,aku menutup musafku kembali setelah
ayat yg dicari2 tidak dijumpai.
Mak cik
itu, wlaupun sudah berusia hampir separuh abad, hafazannya tidak pernah hilang
drp ingatannya.walaupun tidak mampu berdiri lama, bersolat secara duduk, tapi
dia masih bersemangat utk menghadiri terawih yg panjangnya sejuzuk setiap
malam..jika istiqamah, mau habis satu quran serentak dengan berakhirnya
ramadhan.
Peristiwa itu
mengingatkan aku kembali terhadap diriku yg dulu..zaman silamku.solat hanya yg
fardhu.terawih jarang sekali..klu p, mau yg 8 rakaat dan bacaannya harus
berkelajuan kereta lumba formula 1 yg dipandu oleh setidak2nya alex yoong.
Aku masih
teringat tika mana aku merangkak2 membaca al-quran..walaupun sudah meningkat
remaja.bila mana ada tilawah al-quran, akulah yg berada di barisan paling terkebelakang
supaya org lain tidak perasan kewujudanku..
Aku masih
teringat tika mana aku tidak mahu berkongsi al-quran bersama org lain ketika di
asrama bukan kerana aku kedekut tp malu dan segan sekali jika mereka mendengar
bacaanku yg merangkak2..mungkin kura2 pun lebih laju drp bacaanku.
Aku malu..pernah
satu ketika , bila mana aku menghadiri qiam perdana sekolahku, surau ketika itu
gelap.qiam la katakan…org ckp afdhal gelap..lebih khusyuk..aku duduk di barisan
paling hadapan.entah kenapa tiba2 aku bersemangat utk berada di saf paling
hadapan pada ketika itu..ketika itu solat tasbih..itulah kali pertama aku
melakukan solat sunat tasbih dlm hidupku..
Seusai solat
sunat, kami berzikir..aku dpt merasakan bahawa itulah zikir yg paling menyentuh
hatiku..itulah zikir yg membuka pintu hatiku..suara imam sgt mendayu2 mengikuti
rentak zikir yg dialunkan..khusyuk sungguh imam itu.
Secara beransur2
aku dpt merasakan spt ada satu cahaya ketenangan yg masuk ke dalam
jiwaku..apakah perasaan ini? Adakah ini hidayah drpMu?
Air mata
begitu deras mengalir di pipiku..aku xpernah merasa kehangatan spt itu..mulai saat
itu, aku berazam utk berubah.mencari hidayah Ilahi yg akhirnya Alhamdulillah aku
temui di sini..di bumi para nabi ini..di bumi di mana nabi musa beruzlah utk bertemu
Tuhannya..bumi di mana penduduknya walaupun miskin tp semangat mereka utk
meneruskan hidup xpernah putus.
Beratur panjang
di pagi hari utk menunggu roti eish utk dijadikah sarapan pagi.
Mengejar bas
yg sedang bergerak dan melompat masuk ke dalam bas utk ke tempat kerja.
Ini adalah
rutin harian yg seringkali kelihatan di sini.
Di sini aku
mengikuti proses dakwah dan tarbiyah yg lama kelamaan mengubah diriku,
mengislah diriku menjadi lebih baik.aku bersahabat dgn org2 yg sentiasa
mengingatkan aku berkaitan solat di awal waktu, amalan sunat, kebajikan terhadap
org miskin, amalan membaca al-quran dan zikir ketika waktu lapang.
Walaupun pada
awalnya aku agak memberontak kerana ada saja alasan yg bermain2 di fikiranku.
“jgn
hipokritlah!”
“ini bukan
aku”
“Ko xkn
istiqomah la..percayalah 2-3 hari lepas ni ko akan penat je..and back to the
normal,”
“lecehla,
dyorg sume mmg budak baik..senanglah nk buat mcm2 amalan sunat .”
Tp aku
cuba..aku cuba sedaya upaya menepis semua alasan2 ini..mujahadah itu mmg
pahit..dan setiap kali aku cuba utk bermujahadah, aku akan jatuh gedebup! Dan sakitnya
mmg amat terasa..pedihnya menghiris hati..kerana aku igt menjadi baik tp kenapa
sesusah ini?...
sahabat2
seusrahku dan murabbiku xpernah pun nk mengkritik percubaanku.walaupun dlm
usrah itu, aku merasakan akulah yg paling tidak sempurna berbanding mereka, maklumlah
mereka drp keluarga yg alim2..berkopiah dan bertanda di dahi..aku hanyalah
berasal drp keluarga elit yg menjulang tinggi akademik..slogan ringkas,
“tiada
ilmu, kita bukan siapa2..”
“org lain
akan pijak kita klu kita tidak berilmu”
Tp aku
terus memberikan harapan pada diriku..
“klu org
lain boleh, kenapa tidak aku?”
“mereka
manusia, aku pun manusia, jd apa bezanya?”
Inilah kata2
yg mendorong aku utk terus berada di atas jalan ini..dan aku percaya, yg lebih
penting adalah pandangan ALLAH bukan pandangan manusia.
Dan demi hidayah
ini, aku terus di sini.setiap kali aku melihat sahabat2 ku yg masih mencari2
jalan yg sebenar, aku terlihat sisi gelapku suatu ketika dahulu.hendak sahaja
aku menarik tangan mereka menyuluh dan memandu mereka menuju jalan yg sama dgn
ku..tp apakan daya, hidayah itu milik ALLAH..mungkin belum sampai masanya
mereka merasai apa yg aku rasa.
Dlm sujudku
aku selalu berdoa agar ALLAH thabbitkan (teguhkan) diriku atas jalan
ini.walaupun jalan ini xpernah mudah,xpernah menjanjikan kesenangan hidup di
dunia, namun tidap mengapa kerana balasan yg kekal abadi itu masih menunggu2
mereka yg berjuang di jalanNya..
ALLAH,teguhkan
hati ini di atas jalan ini..jgn Kau pesongkan hatiku setelah Engkau Berikan
PetunjukMu.tunjukkan kami jalan yg lurus, jalan yg Engkau Redhai , bukan jalan
yg Engkau Murkai.