Monday, July 22, 2013

Tips Mendapatkan Anak Yang Soleh Dan Solehah

Suami misali

Bismillah…

“Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah Al Furqan, 74)



Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah..orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi”

1.Untuk mendapat anak yang soleh\solehah tidak dapat tidak mereka(ibu bapa)perlu solehkan diri mereka dahulu sebelum berkahwin lagi.. Oleh itu sesiapa yang telah memasang niat untuk mendirikan rumah tangga maka peliharalah kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan ke atas seorang muslim,banyakkan amalan sunat dan banyakkan berdoa agar Allah mengurniakan zuriat soleh\solehah(minta dikurniakan anak2 soleh\solehah bermula ketika zaman bujang lagi).

2. Pilih pasangan yang faham agama dan berakhlak mulia

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat,kerana hartanya,kerana keturunannya,kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama,nescaya kamu berbahagia.”

(Hadith ini telah direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain)

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.Ulama berpendapat hadith ini juga terpakai buat wanita dalam memilih pasangan hidup.

Untuk mendapatkan pasangan yang beragama\soleh maka anda perlu solehkan diri anda terlebih dahulu..Bila anda soleh insha Allah anda akan mendapat jodoh yang solehah..Demikian sebaliknya,bila anda seorang yang solehah,maka Allah akan jodohkan anda dengan seorang lelaki yang soleh.. dan jangan lupa selalu minta pada Allah agar menjodohkan anda dengan pasangan yang beragama\soleh\berakhlak.

3.Sebelum berkahwin,jaga batasan syarak antara anda dengan bakal suami\isteri anda.Elakkan dari berjumpa..kerana bila berjumpa anda akan betentang mata,bila bertentang mata anda akan mula berpegang tangan dan seterusnya anda terdedah untuk melakukan muqaddimah zina dan selepas itu mungkin akan “terlajak”..

Kesannya,keberkatan perkahwinan anda semakin berkurang atau langsung tidak mendapat berkat..dan “perbuatan” anda dengan pasangan anda sebelum berkahwin itu juga akan mempengaruhi zuriat anda nanti.

4. Ketika nak melakukan persetubuhan baca doa yang Nabi ajarkan supaya Syaitan tidak masuk campur ketika hubungan jenis sedang berlangsung dan jika Allah rezekikan anak hasil dari persetubuhan tersebut,Syaitan tidak akan dapat mengganggu anak anda..Bila syaitan tak boleh ganggu,takde la anak berperangai macam syaitan..Sebenarnya ramai anak-anak yang “bermasalah” disebabkan ibu bapa tidak membaca doa ketika bersetubuh..

Doa tersebut ialah:
اللـــــــــــهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya :

“Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dan jauhilah Syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami”

5.Ketika isteri mengandung lakukan seperti berikut :

-Suami hendaklah membaca al-Quran setiap hari....Surah apa nk baca?berapa ayat?Terpulang nak baca surah apa dan berapa ayat sekali baca..setengah orang baca surah Maryam,yusuf dan lokman..Pada saya tidak kisahlah surah apa dan berapa ayat..yang penting lakukannya secara istiqamah sebagai rutin harian..Kalau suami mampu sehari setengah muka surat pun dah ok..Lebih bagus khatamkan..Dapat khatamkan sebelum isteri bersalin itu lebih baik..

- Isteri perlu selalu baca al Quran..Jika menghafaz itu lebih baik..Sehari hafaz dua ayat pun ok dah janji istiqamah..mulakanlah dengan juz amma..

- Isteri perlu melazimi mendengar tilawah al Quran dan ceramah-ceramah agama..elakan dari menonton derama-derama\filem yang lagho dan berkata sesuatu yang boleh membawa dosa..

- Suami isteri mesti selalu bercakap perkara-perkara yang baik dengan anak dalam kandungan..

6.Bila anak telah dilahirkan :

- Suami hendaklan azankan ditelinga anaknya..

Diriwayatkan bekas hamba Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.),ia berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. azan,seperti azan solat di telinga al-Hasan bin Ali,ketika Fatimah radhiyallahu ‘anha melahirkannya”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud,at-Tirmizi,al-Baihaqi dalam al-Kubro dan ath-Thabrani dalam al-Kabir dan Abdur-Razzaq dll dikalangan hufaZ..

- Beri anak nama-nama yang baik..

Dari Abu Basrah,Nabi s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani.Lihat: Sahih Jami’no.3269)

Ibu bapa jangan hanya fikir nak beri nama-nama yang sedap tapi maknanya tidak tahu atau tidak memberi makna yang baik..dan jika nak panggil anak dengan nama-nama timbangan(nama manja)pastikan nama itu juga tidak membawa maksud yang tidak elok..contoh:

-Mamat:biasanya Mamat cuma nama panggilan atau nama manja,nama penuhnya adalah Muhammad..Tahukah anda bahawa Mamat bermaksud mati..Kasihan kat budak tu..elok-elok namanya Muhammad nama Rasulullah dan ia bermaksud yang terpuji dipendekkan Mamat(mati)

Syeikh Dr.Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyatakan:“Kunyah (nama panggilan) kepada bayi juga akan mendatangkan kesan yang amat besar ke atas dirinya. (Rujuk: Tasmiyat al-Maulud, m/s. 706,oleh Sheikh Dr.Bakr)

7.- Hendaklah ditahnikkan bayi itu.

Dari Abu Musa r.a katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma.Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

- Melakukan akikah

Kata Imam Ahmad bin Hanbal :“Sesungguhnya akikah itu menghidupkan sunnah dan aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.”

8.Bila menyusukan anak mulakan dengan bismillah

9.Jika anak anda ada buat salah jangan sesekali anda menghemburkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka walaupun apa yang telah mereka lakukan itu satu kesilapan yang besar.Contoh “Bodoh sangat kenapa” “Jahat la Along ni,nape buat adik”..Bimbang kata-kata itu benar-benar jadi kenyataan..maka anak itu betul-betul jadi bodoh..betul-betul jahat..

10. Doakan kebaikkan buat anak-anak anda setiap hari..Kalu setiap kali lepas solat itu lebih baik..Doa dari ibu dan bapa pasti Allah makbulkan cuma cepat atau lambat sahaja.percayalah Allah tidak akan mensia-siakan doa anda..DIA pasti mustajabkan doa anda..percayalah..Doa ibu bapa itu sangat sangat power..Oleh itu jika anak-anak anda bermasaalah, terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merempit,terlibat dengan kumpulan-kumpulan atau geng-geng yang tidak bermoral,kaki gaduh,melawan cakap anda,tidak mahu solat dll maka teruskanlah berdoa..dan doa dan doa agar mereka diberi hidayah oleh Allah..Agar mereka menjadi anak yang soleh..Jangan pernah berputus asa dalam mengharapkan apa yang anda harapkan dari Allah,disamping beri nasihat kepada mereka dan jaga lidah anda dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap mereka.Secara peribadi,ramai yang telah saya lihat anak-anak yang dahulunya seperti yang disebutkan tadi mereka berubah berkat kesabaran dan doa ibu bapa yang tidak putus-putus..

11. Beri makan dan minum kepada anak-anak dari sumber rezeki yang halal dan baik..

Antara faktor anak-anak bermasaalah dan melawan cakap ibu bapa adalah kerana darah daging mereka telah sebati dengan makan dan minum dari hasil yang haram atau syubhah yang disuapkan ibu bapa mereka..


hidup mulia mati syahid

".. rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "" Sunnatullah "" (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan "" Sunnatullah "" itu." [Faatir - ayat 43]

cukuplah ALLAH sebaik2 Penjaga.

Tuesday, April 16, 2013

hidup ini adalah satu anugerah..


bismillah...keheningan malam yg begitu sepi pada hari ini mengusik jiwaku utk mencoret luahan rasa yg terpendam buat muhasabah diri yg sentiasa lupa dan leka terhadap nikmat yg telah ALLAH berikan yg hanya sementara..

aku punya seorang sahabat kecil yg sentiasa meluangkan masa bersamaku..kami saling berjumpa dan bertuka2 nasihat..dia seorang yg masih muda remaja..apa yg menggembirakan hatinya akan dilakukan dan bilamana dia bersemangat melakukan sesuatu kerja, dia akan melakukannya bersungguh2 kadang2 dia dgn sifat keanak2kannya mengelat jika dia rasa diri tidak diperlukan di suatu tempat..

oh..hati....kau telah lama berada di atas singgahsana indah....sekali sekala tercalar, luka remuk yg tersangat dalam..nasihat org tidak kau dengari..nasihatmu engkau mahu org turuti....engkau mmg tidak bersyukur..ego itu umpama firaun yg hanya mahu manusia menyembahnya...pengakhirannya? dia diawet utk tatapan generasi akan dtg..mahukan engkau berada di tempatnya?atau qarun yg tenggelam bersama harta yg diagungkannya?

apa yg nk dinukilkan hanya luahan rasa buat muhasabah bertulis dan peringatan yg x pernah habis..bilamana kita bergaul dengan pelbagai ragam manusia, kesabaran yg amat tinggi perlu ada dlm diri...persediaan utk dikritik harus dipersiapkann..mentaliti dan kekuatan hanya kepada Ilahi itu harus ada..jika tidak, kau akan mudah rebah dan putus asa.

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - (ar-ra'd : 22)


ALLAH sentiasa ada utk mendengar keluhanmu dan memberikan engkau jln keluar dr arah yg x disangka2..xperlu gusar..xperlu tertekan..berjalanlah tanpa jemu..kerana ALLAH ada sbg Pelindungmu dan Dialah sebaik2 Pelindung kan..

"siapa yg bertaqwa kpd Allah, akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yg tidak dia sangkakan." At-Talaq 2-3.

Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya). (ar-ra'd : 9)

akhir skali mahu ke mana ukhti? iktikaf dan menyerah diri kepada Ilahi adalah pengubat hati yg lebih sejati dan abadi drp mengeluh seorg diri bertemankan lampu dan meja stdy..



Friday, March 29, 2013

cinta dan hakikat mencintai

apa itu cinta?

cinta itu mempunyai makna yg luas...(boleh cari sendiri kt google atau mana2 rujukan ustaz ustazah dan ahli akademik yg selainnya)

ada org bercinta kerana fikrah yg sama..ada orang bercinta kerana minat yg sama dan ada yg bercinta kerana suka sama suka..

bagiku cinta itu adalah tempat di mana kita berkongsi perasaan, penyatuan hati dan rasa serta pembekal kekuatan utk terus thabat di jalanNya.

fitrah seorang manusia utk merasakan nikmatnya cinta..fitrah seorang manusia utk mendambakan cinta..tetapi cinta yg bagaimana hendak kita cari? cinta yg bagaimana hendak kita gapai?

soalan ini berlegar2 di fikiranku..adakah kita bercinta sekadar suka2?atau mempunyai hala tuju yg lebih jauh dalam mengharungi suka dan duka?

hati dan perasaan itu berbolak balik..terkadang suka terkadang benci..tp atas dasar apa segala perasaan itu dihimpunkan sekali?

fikiran meracau2..mencari cinta yg abadi...aku sedar diri ini hanya seorang hamba yg mendamba kasih abadi..namun kasih dan cinta itu harus kuberikan padaMu Rabbi..cintai ALLAH sebelum mencintai duniawi..

ALLAH, thabbit qalbi ala diinik..
bantu aku utk thabbat di jalan ini..
jalan yg asing namun tidak terasing..
jalan yg jauh namun ganjaran yg berpuluh2...
jalan yg lelah namun xpernah berhenti melangkah..
jalan yg pasti mendapat redha Ilahi..

ALLAH, jgn Kau pesaongkan hati ini setelah Kau beri petunjukMu...
aku hanya insan biasa yg hanya mengharapkan rahmat dan redhaMu..
aku berjalan atas jalan ini semata2 atas hidayah dan kasih sayangMu..
pandanglah aku ya Rabb.....aku ini hambaMu..walaupun aku kerdil di sisi Mu..
aku adalah para pencariMu..

perkenankan doaku...kekalkan hidayahMu kepadaku.....

Thursday, January 31, 2013

Siapakah si kaya? Dan siapa pula si miskin?

Sumber: ISMA web


Terlalu banyak jalan dan cara untuk mencari kekayaan dunia dan harta benda. Akan tetapi semua tahu bahawa pencarian itu semua tidak akan berhenti pada mana-mana batas kerana Baginda s.a.w  sendiri ada menyatakan tentang sikap manusia bahawa sekiranya anak-anak Adam  itu mempunyai dua wadi emas dia akan mencari yang ketiganya. Sememangnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah Allah kurniakan.
Kerana itulah baginda s.a.w menunjukkan dan melakarkan jalan yang sepatutnya kita ikuti agar kekayaan yang kita cari adalah kekayaan hakiki.
Dari Abu Hurairah r.a:
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Bukanlah kekayaan itu yang banyak hartanya …. akan tetapi kekayaan itu adalah yang kaya jiwanya.
(Sahih  Muslim, Kitab az-Zakat, no. 1051)

Di dalam hadis ini baginda s.a.w menegaskan bahawa kekayaan hakiki bukanlah diukur pada banyaknya harta di dunia akan tetapi kaya yang sebenar ialah apabila seorang hamba itu merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan dan merasa reda dengan apa yang Allah beri. Merekalah yang dipanggil sebagai yang kaya jiwanya.

Jiwa Yang Kaya
Jiwa yang kaya adalah lahir dari rasa reda dengan ketentuan Allah dan menyerahkan segala urusan hanya kepadaNya. Kerana ia tahu bahawa apa yang dari Allah adalah lebih kekal dan lebih baik. Dan kerana dia tahu pilihan dan ketentuan Allah adalah yang terbaik buatnya. Dia juga reda dengan apa yang Allah beri kepadanya kerana dia yakin rezeki Allah tidak akan pernah habis.
Jiwa yang kaya juga adalah yang lebih mengutamakan syariat dalam pengurusan hartanya. Ia lebih mengutamakan harta yang halal walaupun sedikit berbanding yang harta yang melimpah-limpah tetapi tidak pasti halal haramnya.  Kerana ia lebih yakin bahawa harta yang halal dan dicari mengikut syariat adalah lebih berkat.
Maka saat itu, ia akan hidup dengan hati yang tenang dan jiwa yang bahagia. Pada ketika itu, ketenangan dan kemuliaan yang diterima adalah jauh lebih berharga dari segala perhiasan dan kekayaan di dunia.
Jiwa Yang Miskin
Jiwa yang miskin adalah jiwa yang tidak reda dengan ketentuan Allah, tidak pernah merasa cukup dengan apa yang Allah beri bahkan ia sering saja meminta tambah dari mana sahaja yang ia boleh. Dan sekiranya apa yang dicari itu hilang atau tidak diperoleh , ia akan bersedih dan berdukacita. Maka mereka itu bukan setakat miskin harta malah miskin juga hatinya.
Jiwa yang miskin juga adalah jiwa yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Tidak pernah merasa puas dengan kesenangan  yang diterima.  Sentiasa sibuk untuk memenuhi nafsu dan mencari perhiasan dunia. Mereka kaya harta tetapi miskin jiwanya.
Jiwa yang miskin juga ialah yang sanggup menggadaikan iman dan mendahulukan kekayaan berbanding larangan Tuhan. Kerana ia lupa bahawa yang memegang rezeki ialah Allah. Ia juga lupa bahawa kelak ia akan ditanya tentang hartanya. Ke mana ia dibelanjakan dan dari mana ia mendapatkannya.
Neraca Yang Betul
Di dalam hadis ini  Baginda s.a.w mengajak kita umatnya supaya mempunyai neraca pemikiran yang betul. Baginda mahu supaya kita memikirkan hakikat sebenar sesuatu perkara. Kejar nikmat yang kekal abadi dan tinggalkan nikmat yang sementara.
Baginda juga ingin menekankan bahawa dalam segala hal dan perkara, iman dan akhlak adalah yang paling utama. Nilai itulah yang dilihat oleh Allah SWT. Nilai itulah sebenarnya yang akan menentukan kehidupan kita di alam abadi kelak.
Lihatlah Kepada Mereka Yang Di Bawahmu
Sekiranya manusia hanya melihat kepada mereka yang lebih kaya dan berharta darinya, maka ia akan menyebabkan hatinya sentiasa merasa tidak pernah cukup dengan apa yang ada padanya.  Oleh sebab itu Allah melarang kita dari melihat-lihat apa yang ada di tangan manusia dalam perkara keduniaan.
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِۦٓ أَزْوَٰجًۭا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌۭ وَأَبْقَىٰ
Dan janganlah Engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Thaha, 20:131)
Kerana itulah baginda s.a.w berpesan kepada kita:
Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah darimu dan janganlah kamu melihat kepada mereka yang lebih tinggi darimu. Maka sesungguhnya ia sangat penting supaya kamu tidak mempertikaikan nikmat Allah ke atas mu. (Tirmizi, Kitab Sifat al-Qiyamah, no. 2513)
Maka dengan itu, redalah dengan nikmat Allah kerana Rasulullah s.a.w mengatakan:
Redalah dengan apa yang telah Allah beri nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya.(Tirmizi, Kitab az-Zuhdi, no 2305)
Mereka yang reda ialah mereka yang punyai sifat qanaah. Qanaah ialah merasa cukup dengan pemberian Allah. Ia tidak mahu hartanya menjauhkannya dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuknya. Maka ia bersyukur dengan nikmat Tuhannya.
Baginda Rasul s.a.w sangat sayang kepada kita. Baginda tidak mahu kita hanyut dengan tipu daya dunia dan kealpaan yang sementara. Baginda s.a.w mahu kita pohon kepada Allah agar memelihara kita dari kecelakaan ini. Maka untuk menjauhkan kita dari perasaan tamak dan tidak pernah merasa cukup ini, Baginda s.a.w mengajarkan kepada kita sebuah doa iaitu seperti mana di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam;
اللهم إني أعوذ بك من علم لا ينفع، ومن قلب لا يخشع، ومن نفس لا تشبع، ومن دعوة لا يستجاب لها
Ya Tuhanku.  Aku berlindung dari Mu dari  ilmu yang tidak berguna, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah kenyang dan dari doa yang tidak dimakbulkan. (Sahih Muslim, Kitab az-Zikr wa ad-Du’a, no. 7081)
Oleh,
Ustazah Suriani binti Sudi
Ahli Majlis Pembangunan Belia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Sumber: Majalah Iman, Bil No.10