Tuesday, March 10, 2009

Khasyiatillah (Part 1): Definisi الخشية dan Dalil

Assalamualaikum wbt...

Pernah enoll ditaklifkan untuk memberi tazkirah bertajuk 'الخشية'(al-Khasyiah)..
Dan bahannya daripada buku Islah Qulub karangan penceramah terkenal Mesir, 'Amru Khaled..
Terdetik di hati untuk share dengan para sahabat tentang khasyiah ni..
But 1st of all, jazakillah to dearest ukhti 'M' for teaching me Arabic *wink*
Panjang dihuraikan tentang khasyiah ni, jadi mungkin enoll akan cuba huraikan dalam beberapa part..insyaAllah~

Apakah itu خشية ?

Dalam buku ni diterangkan khasyiah dari segi lughahnya bermaksud 'takut'. Bahasa Arab ni kaya, kadang-kadang satu kalimah dia yang tak mampu diungkap oleh Bahasa Melayu dalam hanya satu perkataan. Complex huh? Contohnya kalimah الخشية ni sendiri..

Kalau sebut 'takut' sahaja...tak memadai kerana perlu dijelaskan pula apa bezanya dengan kalimah الخوف (al-khauf) yang juga dari segi lughahnya bermaksud 'takut'..

Jadi, dijelaskan dalam buku ni, الخوف dari segi istilah membawa maksud takut tanpa hub (rasa sayang); yakni bila kita ada khauf tu, kita rasa nak lari, rasa gelisah, dan membawa kita jauh daripada benda yang kita takut tu..macam takut hantu la lebih kurang..atau mat rempit takut polis..atau kene kejar anjing..atau murid takut cikgu sebab tak siap keje skolah..

Manakala الخشية pula diistilahkan sebagai takut disertakan rasa cinta untuk membesarkan Allah, mengagungkan-Nya, dan lagi membawa kita dekat kepada-Nya.
Dalilnya:

وأزلفت الجنة للمتقين غير بعيد
هذا ما توعدون لكل أواب حفيظ
من خشى الرحمن بالغيب وجآء بقلب منيب


Maksudnya: Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. [Qaf: 31-33]

Kenapa disebut dalam ayat ni, الرحمن sebagai sifat Allah bukan القهار atau الجبار atau القوي? Sebab itulah dikaitkan khasyiah dengan rasa cinta kepada Allah~

Kita bukannya nak al-khauf kerana takut itu akan berakhir; hantu hilang da tak takut, polis dah tak buat road-block mat rempit da tak takut, anjing kena panggil dek tuannya tak kena lari laju-laju dari anjing dah, cikgu tak jadi masuk kelas sebab mesyuarat murid-murid yang tak siap keje skolah mesti dah lega...
Tapi apa yang kita 'aim'kan adalah takut besertakan cinta terhadap Allah yg tidak mungkin pudar..iaitu الخشية الله

Dalam buku ni juga banyak dijelaskan tentang Hari Kiamat..
Persoalannya, adakah kita takut kepada Allah..atau Hari Kiamat?

Bersambung insyaAllah~
Wassalam

Islam Memuliakan..It's Time To Move!!

Assalamualaikum wbt..

Artikel ni enoll dapat from a forum, jazakallah to the one who posted it..
Do read it keyh! I'll write ma opinion at the bottom =)

Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan "PALESTINA" setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan "PALESTINA". Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah... .



Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.


Right then, nice. Kad kuning pon..kuning laaaaa~~Allah knows best! Congratz Kanoute!

Anyway, ermm..tindakan beliau sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada enoll untuk tajdid balik hadaf dan ghayah diri..

I'm suprised? I have to say 'yea'..
Bukan apa, orang yang hidup senang macam pemain bola sepak yang terkenal ni pun masih kekal memberi sumbangan untuk agama, tunaikan hak akh nya, ada hadaf dan ghayah yg jelas..bukanlah maksud enoll nak bandingkan orang kaya dengan orang miskin, tapi ujian dalam bentuk kesenangan itu pada enoll lebih bahaya berbanding dalam bentuk kesusahan. Tapi kalau mampu maintain beribadah kepada-Nya, masyaAllah, kagum!

Artikel ni sedikit sebanyak juga 'push me a step forward' to leave arsenal day by day..susah nak tinggal kelab tersayang ni!! Huhu..pity me. Pemain dia best2..
Tapi bila baca artikel ni, tertanya pada diri.."Hai, takkan nak tinggalkan kelab kesayangan pun susah kot? Tak guna duit, tak guna tenaga pun. Kanoute sumbang banyak untuk umat Islam kat tempat dia, ko nak tinggal Arsenal untuk tunjuk how much you love Palestine pon tak mampu ke?"

ZZUUPPP!!!~hati kene 'panah'~haha..

I almost leave Arsenal..yeah!! come on noll!!! You can do it!!
How?
Easy...
Specified your interest to personal skill..not team spirit..
BUT ISLAM SPIRIT!!!
Kerana yang memuliakanmu adalah Islam, sepertimana kata-kata Saidina Umar r.a..
Bukannya kelab yang mengisi peluru ke senapang Israel..

Anyway, whatever you feel, whatever you wish, whatever you do..nyata atau tersembunyi..pastikan nawaitu kita sentiasa LILLAH..insyaAllah, Allah akan bantu~

إنه عليم بذات الصدور
(al-Mulk:13)

wassalam..

Monday, March 9, 2009

Selawat Buat Junjungan Mulia

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassolatu wassalamu 'ala asyrafil anbiya-i mursalin wa'ala aalihi wasohbihi ajma'in..Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wa baarik wasallim..

Terdetik di hati ingin menulis sesuatu bersempena Maulidur Rasul..
Terkadang tertanya pada diri...Ya Rasul rindukah aku padamu?

Nak belajar merindui Rasulullah SAW bukan mudah..bukan setakat lafaz di mulut..bukan setakat hajat di hati..bukan setakat menunaikan sunnahnya..tapi 1st skali kita kena kenal siapakah itu Muhammad..mana mungkin kita merindui seseorang yg tidak kita kenali..

Jazakillah buat ukhti yg banyak mendorong enoll untuk mengenal Rasulullah walaupun enoll ni bukanlah org yg mudah untuk menghafal story by story in history. Sedikit sebanyak melalui kelas tafaquh dan program-program yg enoll join bersama akhawati, pengetahuan tentang sirah Nabi SAW semakin bertambah, alhamdulillah.

Namun, selama hidup dah nak masuk 2 dekad ni, bertahun-tahun sambut Maulidur Rasul, baru tahun ni enoll merasai apakah maksudnya rindu kepada Rasulullah..Thank You Allah for givin' me chance even it's seem too late for me to know him..tapi Allah masih bagi peluang kepada enoll mengenal Rasulullah. Kepada anda yg masih tak 'top-up' sirah Nabi SAW, lakukannya skrg juga. You should and you must to! Then u'll realize what love means, u'll know why mujahideens offer their lives, u'll cry for a man you knew not before..

But then, i still wonder..to hear words from the people - "It's outdated, be in the current situation, please.." (though indirectly)..and also - "Ko ingat aku Nabi? Nabi boleh la sabar-sabar ni! Manusia biasa ada tahap sabar die!!" (cakap bukan sebarang cakap, enoll sendiri penah dengar words lebih kurang macam ni)

Let us put all the comics, anime, movies, hatta your course books; aside..and start to read this Last Sermon..

In the Name of Allah Most Beneficient and Most Merciful

O People, lend me an attentive ear, for I don't know whether, after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you carefully and take this words to those who could not be present here today.

O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your Lord, and that He will indeed reckon your deeds. ALLAH has forbidden you to take usury (Interest), therefore all interest obligation shall henceforth be repealed.

Beware of Satan, for your safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.

O People, as much as you have your rights over your women, they too have their rights over you. If they have fulfilled your rights then they too deserve the rights to be fed and clothed in kindness. Treat your women well and be kind to them for they are your partners and comitted helpers. And your rights over them are to disallow anyone you dislike into your houses and you are forbidden to commit adultery.

O People, listen to me in earnest, worship Allah, perform the five daily prayers (Solah), fast during the month of Ramadhan, perform Zakat from your wealth, perform Hajj if you can afford to. Know that every Muslim is the brother of another Muslim. (All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white) You are all equal. Nobody is more superior than the other except in piety and good action.

Remember, that one day you will appear before Allah and be accountable for every deed you have committed. So beware, do not ever be lead astrayed from the path of righteousness after I am gone.

O People, No Prophet or Apostle will come after me and no new faith will be born. Therefore, O People, reason well, understand my words which I have conveyed to you. I leave behind two things; which if you hold to both strongly, forever, you will never be lead astrayed. That is - the QUR'AN and my SUNNAH

All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me direcly. I bear witness O Allah that I have conveyed Your Message to Your people.


Terlaksanakah wasiat Baginda kepada kita? Kenapa kita masih teragak-agak untuk mengikuti yang hak? Kenapa mesti kita condemn others; saying they are wrong, they are lead astray, they are...they are...and they are...whereas they are our brothres and sisters in Islam? Don't we have a better way? Don't we need to study before making conclusion on 'em? Apakah sebabnya berlaku semua ni? Apakah tidak sampai kepada kita pesan Nabi SAW? Apakah belum disempurnakan oleh Baginda messages from God? Tidakkah kita bersama para sahabat bersaksi bahawasanya Muhammad telah menyampaikan risalah-Nya? 'Ya'..who dare to say 'no', right? But then why everything goes wrong nowadays in our ummah? Tidak tertunai wasiat Baginda dari generasi kita...isn't?

Saya dan anda tidak mahu mengiyakan my last sentence above..

Kepada yg menolak hukum al-Quran dan sunnah dari sekecil-kecil hal; ketahuilah keringat Rasulullah SAW telah banyak tumpah di jalan-Nya dan jangan pula keringat kita menenggelami diri di Hari Kiamat nanti, sehingga terpaksa berenang di dalamnya.

Kepada yang mengatakan, "Aku bukan Nabi, boleh sabar-sabar, boleh lawan apa sahaja godaan syaitan, Nabi tu maksum!"
Ketahuilah wahai saudara seakidahku, tidak diutuskan Muhammad melainkan sebagai QUDWAH; bukan untuk dipamer ketinggian akhlaknya semata sehingga mana tidak termampu untuk dicontohi umat! Ketahuilah bahawasanya diutuskan Muhammad bukan untuk kita mengatakan 'mustahil' kepada apa yg dilakukannya..tapi sebagai QUDWAH..

Belajarlah membezakan apa yg hanya pada Nabi dan apa yg ditunjukkan untuk dicontohi. Nabi ada mukjizat, memang kita tak mampu. Nabi maksum, memang kita tak mampu. Nabi menaiki Buraq untuk berjumpa Allah swt, memang kita tak mampu.

Habis tu apa yg kita mampu?
Diutuskan Muhammad untuk menyempurnakan akhlak manusia..tidak mampukah kita untuk bersabar? Berbataskah sabar itu? Tidak mampukah kita dirikan qiam untuk merasakan khasyiah terhadap Tuhan? Berbataskah waktu untuk Rabbmu? Tidak mampukah kita meng'islah' hati sehingga bersih, untukmu saudara seakidah, tiada zhon? Berbataskah 'baja dan air' buat cinta yg ditanam Nabi SAW dalam hati-hati kita supaya ia subur?

Bukannya hajat dihati menyindir sahabat-sahabat..ditujukan kata-kata ni juga kepada diri sendiri..

Ya Rasul..kau telah pergi..
Apakah bakal ku rasai hadirmu di sisi?
Atau terus ku biar diri 'ditenggelami'..
Beralasankan 'kerana kau tiada bersama kami'..

Jom banyakkan berselawat!! Balaslah cinta Rasulullah kepada umatnya yang dizahirkan hingga hujung hayat Baginda!!



salam Maulidur Rasul dari enoll carpet~