Tuesday, March 10, 2009

Islam Memuliakan..It's Time To Move!!

Assalamualaikum wbt..

Artikel ni enoll dapat from a forum, jazakallah to the one who posted it..
Do read it keyh! I'll write ma opinion at the bottom =)

Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan "PALESTINA" setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan "PALESTINA". Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah... .



Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.


Right then, nice. Kad kuning pon..kuning laaaaa~~Allah knows best! Congratz Kanoute!

Anyway, ermm..tindakan beliau sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada enoll untuk tajdid balik hadaf dan ghayah diri..

I'm suprised? I have to say 'yea'..
Bukan apa, orang yang hidup senang macam pemain bola sepak yang terkenal ni pun masih kekal memberi sumbangan untuk agama, tunaikan hak akh nya, ada hadaf dan ghayah yg jelas..bukanlah maksud enoll nak bandingkan orang kaya dengan orang miskin, tapi ujian dalam bentuk kesenangan itu pada enoll lebih bahaya berbanding dalam bentuk kesusahan. Tapi kalau mampu maintain beribadah kepada-Nya, masyaAllah, kagum!

Artikel ni sedikit sebanyak juga 'push me a step forward' to leave arsenal day by day..susah nak tinggal kelab tersayang ni!! Huhu..pity me. Pemain dia best2..
Tapi bila baca artikel ni, tertanya pada diri.."Hai, takkan nak tinggalkan kelab kesayangan pun susah kot? Tak guna duit, tak guna tenaga pun. Kanoute sumbang banyak untuk umat Islam kat tempat dia, ko nak tinggal Arsenal untuk tunjuk how much you love Palestine pon tak mampu ke?"

ZZUUPPP!!!~hati kene 'panah'~haha..

I almost leave Arsenal..yeah!! come on noll!!! You can do it!!
How?
Easy...
Specified your interest to personal skill..not team spirit..
BUT ISLAM SPIRIT!!!
Kerana yang memuliakanmu adalah Islam, sepertimana kata-kata Saidina Umar r.a..
Bukannya kelab yang mengisi peluru ke senapang Israel..

Anyway, whatever you feel, whatever you wish, whatever you do..nyata atau tersembunyi..pastikan nawaitu kita sentiasa LILLAH..insyaAllah, Allah akan bantu~

إنه عليم بذات الصدور
(al-Mulk:13)

wassalam..

No comments: