Thursday, August 18, 2011

6 ciri2 umum syariah [bahagian 1]

ringkasan syarah drp kitab madkhul ila madrasah syariah Islamiyyah-Dr Yusuf qaradhawi

6 ciri2 umum syariah

1) rabbaniyyah
2) akhlaqiyyah
3) waqiyyah
4) insaniyyah
5) tanasuq
6) syumul

1)rabbaniyyah (ketuhanan)

a) hormat dan terima hukum syariah

dlm diri setiap umat Islam, kita perlu hormat dan terima hukum syariah seadanya walaupun hukum tersebut tidak dapat diterima oleh akal pemikiran yg waras.cth: ilmu ghaib yg di luar kotak pemikiran kita utk menerimanya.

ALLAH adalah Maha Pencipta.Dia lebih Mengetahui hikmah di sebalik penciptaan makhluk yg ada di langit mahupun di bumi.Ilmu ALLAH sgt luas dan xdpt ditandingi dgn ilmu manusia yg sekelumit cuma.

umat Islam perlu berpegang kpd istilah "Quran yg membenarkan dan membuktikan sesuatu kajian saintifik itu benar dan BUKANLAH kajian saintifik itu yg membuktikan segala yg ada dlm isi al-Quran itu benar."

sbg kesimpulannya, jika sesuatu kajian saintifik itu tidak bertepatan dgn isi al-Quran,tidak bermakna al-Quran adalah salah.tetapi kita harus percaya bahawa kajian saintifik masih belum lg menjumpai bukti yg terdapat di dlm al-Quran.

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".[al-Israa:85]

cth, jika ada selapisan langit yg apabila ditembusinya,pandangan manusia akan menjadi gelap seketika, tetapi jika saintis tidak menjumpai lapisan ini,ertinya saintis masih belum menembusi lapisan ini dan segala yg terdapat di langit dan di bumi ini adalah rahsia ALLAH.hanya mereka yg tahu sahaja yg mampu utk mempercayainya.tetapi alngkah sedikitnya bilangan mereka.

"..dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)." [an-nisaa:83]


b) cepat melaksanakan perintah syariat 

kecepatan seseorg muslim dlm melaksanakan perintah syariat bergantung kpd keteguhan iman yg ada dlm diri mereka.

cth, umat Islam di zaman sahabat dahulu mempunyai keimanan yg teguh sehinggakan mereka sanggup melaksanakan perintah syariat yg bertentangan dgn kehidupan mereka di zaman jahiliyyah mereka.

cth 1-pengharaman arak,
apabila turunnya ayat pengharaman arak ke atas mereka,mereka dgn cptnya mengosongkan tempayan2 berisi arak yg mereka miliki di setiap rumah mereka semata2 keteguhan iman mereka dlm melaksanakan hukum yg ditetapkan oleh Allah.sy difahamkan bahawa pd zaman sahabat dahulu sbelum ayat pengharaman arak diturunkan,setiap rumah sahabat mempunyai sebuah tempat utk menyimpan byk tempayan yg berisi arak.budaya mereka meminum arak ibarat meminum air masak.ayat al-quran turun secara beransur2 dlm langkah pengharaman minum arak drp menyatakan keburukan arak dan akhirnya mengharamkan minum arak scr total.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. [al-baqarah:219]

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [al-maaidah:90]

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? [al-maaidah:91]

cth 2-tukar arah kiblat,
penukaran kiblat drp masjid al-aqsa kpd masjid al-haram berlaku ketika mana umat Islam ketika itu sdg menunaikan solat.apabila turunnya ayat mengkhendaki mereka mengarahkan wajah mereka ke arah masjid al-haram [kaabah],mereka serta-merta menukar arah kiblat mereka semasa mereka sdg bersolat ke arah kiblat yg baru tanpa sedikit pon keraguan kerana keteguhan iman yg mereka miliki.

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). [al-baqarah:143]

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. [al-baqarah:144]

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah ber ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatkiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. [al-baqarah:145]

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-baqarah:148]

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. [al-baqarah:149]

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-baqarah:151]

c) melarang apa yg dihalang oleh syariat

kita sbg umat Islam haru mengamalkan amar makruf nahi mungkar [menyuruh kpd kebenaran dan menghindari kemungkaran].

dlm konteks masyarakat kini yg jauh drp kehidupan rasulullah dan para sahabat serta ulama yg makin berkurangan,tindakan amar makruf nahi mungkar harus dilakukan secara berhemah kerana masyarakat kini hanya melihat kepada 2 jalan penyelesaian.sama ada mengikut ataupun terus menolak kpd ajakan makruf.jgn sampai kesalahan seorg daie dlm menegur mad'u menyebabkan masyarakat memulaukan daie tersebut dan terus menolak secara total apa yg hendak disampaikan oleh daie tersebut krna kesalahannya dlm menjalankan amar makruf yg tidak mengambil kira kesesuaian penerimaan mad'unya.na'uzubillah min dzalik..

dgn kesedaran yg sedemikian,masyarakat harus diberi pendidikan tarbiyyah dan penerangan kpd merekA bukan kerana mereka tidak tahu tp mungkin mereka terlupa dgn perkara makruf yg harus dilakukan.

kenyataan ini boleh diibaratkan spt,

seorang pelajar yg tahu tarikh peperiksaannya yg akan tiba tidak lama lagi tetapi dia terleka dgn keseronokan dan hal2 selain drp mengulangkaji pelajaran.pelajar ini harus diingatkan berkenaaan tempoh masa mengulangkaji pelajarannya dan tarikh peperiksaan yg hampir tiba bukan kerana dia tidak tahu tp mungkin terlalai seketika dlm mengejar keseronokan dan hal2 selain drp mengulangkaji pelajarannya. 

jika kita tidak mampu menegur dgn perbuatan,tegurlah dgn kata2 dan jika tidak mampu,tegurlah dgn hati.jgn sampai kita lali dgn perbuatan maksiat yg dilakukan.



cth,di sepanjang jalan di tepi pantai,terlihat beberapa golongan yg bukan mahram duduk bersantai,bermadu asmara bersama tanpa menghiraukan persekitaran mereka.seolah2 dlm dunia ini hanya ada mereka berdua sahaja.apabila melepasi pasangan pertama,kita masih mampu menhalang dgn hati..melepasi pasangan kedua,masih mampu lagi menghalang dgn hati.selepas melepasi pasangan yg ke sepuluh,adakah kita masih mampu menghalang dgn hati atau kita sudah lali dan sebati dgn pandangan itu?mari kita duduk sebentar dan berfikir sejenak.bagaimana dgn iman kita hari ini dlm konteks masyarakat kini. 

d) sehingga pemerintah yg zalim pun tunduk kpd hukum syariat


teringat kisah sewaktu pemerintahan Hujjaj pada zaman umayyah.Hujjaj merupakan pemerintah yg sgt zalim.boleh rujuk kisahnya ketika menghukum pancung saed bin Jubair.

beliau yg zalim pun tunduk kpd hukum syariat.kisahnya, seorang pesalah melakukan jenayah mengganggu sebuah keluarga dan lari.utusan hajjaj telah berusaha mencari penjenayah tersebut dan akhirnya tidak menjumpainya.lantasan dgn itu,utusan hujjaj menangkap salah seorang ahli keluarga si penjenayah,Safari utk dijadikan umpan dgn harapan penjenayah akan kembali semula dan menyerah diri kpd hujjaj.

Safari membacakan ayat 78-79 drp surah yusuf di hadapan hujjaj..

MAksudnya “Merekapun merayu dengan berkata: "Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang sentiasa berbudi . Yusuf berkata: "Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim".

akhirnya hujjaj tunduk kpd firman ALLAH ini.

bley rujuk kisahnya di cni

e) hukum tanzimi

diambil drp perkataan nidzom yg bererti organisasi.yakni kita wajib menurut arahan pemerintah negara selagi tidak bertentangan dgn Islam dan tidak menyuruh kpd maksiat.

hikmah drp hukum tanzimi ini adalah supaya umat Islam tidak berpecah dan ALLAH akan membantu golongan yg mentaati perintah ketuanya xkira dlm peperangan mahupun pemerintah negara dan diingatkan kembali,perintah tersebut mestilah yg selari dgn syariah Islamiyyah.

f) beza syariat dgn qanun biasa

syariat adalah sesuai dan bertepatan dgn keadaaan sekeliling,manusia dan masyarakat tetapi qanun biasa hanya sesuai dgn beberapa kelompok masyarakat sahaja.

cth,penggunaan bahasa melayu sbg bahasa rasmi negara malaysia hanya sesuai diamalkan di malaysia sahaja dan tidaklah sesuai diamalkan oleh masyarakat arab di mesir yg lebih sinonim dgn bahasa arab.

g) contoh realiti

ketenteraan menuju fi sabilillah dan mempertahankan negara dikaitkan dgn mengejar syurga ALLAH.

menjaga ekonomi dikaitkan dgn zakat dan penggunaan dinar emas yg lebih stabil drp wang kertas yg dicetak.byk negara barat kini memperkenalkan dinar emas@gold coin di negara masing2 utk kestabilan ekonomi negara mereka.

cth,Canada memperkenalkan gold coin yg dinamakan sbg 'Canadian gold Maple leaf' sejak tahun 1979 lg.

akan bersambung insyaALLAH....

No comments: