Saturday, December 24, 2011

Fall So Many Times?

Assalamualaikum. It has been a while since our last update. Feel like wanna share something from my deep heart...though i'm not the best who can speak bout this...let's reflect ourselves together.

Ever fall? Ever stand back after falling down? How many times? Ever despair? Ever create new hopes after the despair? And fail again? Countless times of failures? Does it hurt you? Did you ever call yourself as a loser? Or feeling like a loser? These questions…are not unfamiliar to you, right?

I believe all of us have experienced, at least once, an event we call – FAILURE. However, only some of us realized that ‘failure’ is a subjective word. I’m sorry if I categorized people who define failure objectively is heartless. You, have to know the definition of ‘failure’ by your own words. Because if you stick to other’s definition, and you fail, you’ll probably fall to the ground and never ever be able to stand again.

Yes, life is an exam, for Allah to evaluate His servants. But the grades are subjective, only Allah knows who’s the best among the people. People can say: you are a loser / you have failed. But at the end, we are the one who will categorize ourselves. 

What will happen when you make a circle around yourself and say if you go outside the boundary, then you are fail…..? If something happens, pushing you out from the boundary, you know that YOU HAVE FAILED, right? This is how we are mentally killed by our own attitude. This is what I mean by defining ‘failure’ objectively.

If we cannot manage to achieve our goals, it is not a FAILURE. It is just a reminder that: WE LACK SOMETHING. Find what is that ‘something’, correct it, and try again. If we still can’t achieve the goal, it seems like we lack another ‘something’. Correct it, and try again. Until we succeed. Isn’t this the way how we develop everything? The new technology, new medications, new science, new theories…do you expect it appears after one or two experiments / research / trials? What if we give it up at 67th trial when Allah had predetermined it to be succeed at 68th trial?

We are humans. Humans are ‘natural loser’. We won’t forever succeed in everything we aim, we will face events of failures. And show some gratitude towards those failure for they are the alarming signs of our weaknesses / misjudgments / imperfections..but never ever point to others as the cause of your failure. Don’t abuse your ego by doing that. Know that:

A man may fall many times, but he won’t be a loser until he says someone pushed him.



Last but not least, sometimes we might fall to the point that we don’t know how to start again. How?

And keep yourself patient (by being) with those who call upon their Lord..
[al-Kahfi: 28]

Isn’t He’s there waiting to reply your dua’? May He guide us to the best way J

Thursday, August 18, 2011

6 ciri2 umum syariah [bahagian 1]

ringkasan syarah drp kitab madkhul ila madrasah syariah Islamiyyah-Dr Yusuf qaradhawi

6 ciri2 umum syariah

1) rabbaniyyah
2) akhlaqiyyah
3) waqiyyah
4) insaniyyah
5) tanasuq
6) syumul

1)rabbaniyyah (ketuhanan)

a) hormat dan terima hukum syariah

dlm diri setiap umat Islam, kita perlu hormat dan terima hukum syariah seadanya walaupun hukum tersebut tidak dapat diterima oleh akal pemikiran yg waras.cth: ilmu ghaib yg di luar kotak pemikiran kita utk menerimanya.

ALLAH adalah Maha Pencipta.Dia lebih Mengetahui hikmah di sebalik penciptaan makhluk yg ada di langit mahupun di bumi.Ilmu ALLAH sgt luas dan xdpt ditandingi dgn ilmu manusia yg sekelumit cuma.

umat Islam perlu berpegang kpd istilah "Quran yg membenarkan dan membuktikan sesuatu kajian saintifik itu benar dan BUKANLAH kajian saintifik itu yg membuktikan segala yg ada dlm isi al-Quran itu benar."

sbg kesimpulannya, jika sesuatu kajian saintifik itu tidak bertepatan dgn isi al-Quran,tidak bermakna al-Quran adalah salah.tetapi kita harus percaya bahawa kajian saintifik masih belum lg menjumpai bukti yg terdapat di dlm al-Quran.

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".[al-Israa:85]

cth, jika ada selapisan langit yg apabila ditembusinya,pandangan manusia akan menjadi gelap seketika, tetapi jika saintis tidak menjumpai lapisan ini,ertinya saintis masih belum menembusi lapisan ini dan segala yg terdapat di langit dan di bumi ini adalah rahsia ALLAH.hanya mereka yg tahu sahaja yg mampu utk mempercayainya.tetapi alngkah sedikitnya bilangan mereka.

"..dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)." [an-nisaa:83]


b) cepat melaksanakan perintah syariat 

kecepatan seseorg muslim dlm melaksanakan perintah syariat bergantung kpd keteguhan iman yg ada dlm diri mereka.

cth, umat Islam di zaman sahabat dahulu mempunyai keimanan yg teguh sehinggakan mereka sanggup melaksanakan perintah syariat yg bertentangan dgn kehidupan mereka di zaman jahiliyyah mereka.

cth 1-pengharaman arak,
apabila turunnya ayat pengharaman arak ke atas mereka,mereka dgn cptnya mengosongkan tempayan2 berisi arak yg mereka miliki di setiap rumah mereka semata2 keteguhan iman mereka dlm melaksanakan hukum yg ditetapkan oleh Allah.sy difahamkan bahawa pd zaman sahabat dahulu sbelum ayat pengharaman arak diturunkan,setiap rumah sahabat mempunyai sebuah tempat utk menyimpan byk tempayan yg berisi arak.budaya mereka meminum arak ibarat meminum air masak.ayat al-quran turun secara beransur2 dlm langkah pengharaman minum arak drp menyatakan keburukan arak dan akhirnya mengharamkan minum arak scr total.

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. [al-baqarah:219]

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [al-maaidah:90]

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? [al-maaidah:91]

cth 2-tukar arah kiblat,
penukaran kiblat drp masjid al-aqsa kpd masjid al-haram berlaku ketika mana umat Islam ketika itu sdg menunaikan solat.apabila turunnya ayat mengkhendaki mereka mengarahkan wajah mereka ke arah masjid al-haram [kaabah],mereka serta-merta menukar arah kiblat mereka semasa mereka sdg bersolat ke arah kiblat yg baru tanpa sedikit pon keraguan kerana keteguhan iman yg mereka miliki.

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). [al-baqarah:143]

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. [al-baqarah:144]

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah ber ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatkiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. [al-baqarah:145]

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-baqarah:148]

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. [al-baqarah:149]

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-baqarah:151]

c) melarang apa yg dihalang oleh syariat

kita sbg umat Islam haru mengamalkan amar makruf nahi mungkar [menyuruh kpd kebenaran dan menghindari kemungkaran].

dlm konteks masyarakat kini yg jauh drp kehidupan rasulullah dan para sahabat serta ulama yg makin berkurangan,tindakan amar makruf nahi mungkar harus dilakukan secara berhemah kerana masyarakat kini hanya melihat kepada 2 jalan penyelesaian.sama ada mengikut ataupun terus menolak kpd ajakan makruf.jgn sampai kesalahan seorg daie dlm menegur mad'u menyebabkan masyarakat memulaukan daie tersebut dan terus menolak secara total apa yg hendak disampaikan oleh daie tersebut krna kesalahannya dlm menjalankan amar makruf yg tidak mengambil kira kesesuaian penerimaan mad'unya.na'uzubillah min dzalik..

dgn kesedaran yg sedemikian,masyarakat harus diberi pendidikan tarbiyyah dan penerangan kpd merekA bukan kerana mereka tidak tahu tp mungkin mereka terlupa dgn perkara makruf yg harus dilakukan.

kenyataan ini boleh diibaratkan spt,

seorang pelajar yg tahu tarikh peperiksaannya yg akan tiba tidak lama lagi tetapi dia terleka dgn keseronokan dan hal2 selain drp mengulangkaji pelajaran.pelajar ini harus diingatkan berkenaaan tempoh masa mengulangkaji pelajarannya dan tarikh peperiksaan yg hampir tiba bukan kerana dia tidak tahu tp mungkin terlalai seketika dlm mengejar keseronokan dan hal2 selain drp mengulangkaji pelajarannya. 

jika kita tidak mampu menegur dgn perbuatan,tegurlah dgn kata2 dan jika tidak mampu,tegurlah dgn hati.jgn sampai kita lali dgn perbuatan maksiat yg dilakukan.



cth,di sepanjang jalan di tepi pantai,terlihat beberapa golongan yg bukan mahram duduk bersantai,bermadu asmara bersama tanpa menghiraukan persekitaran mereka.seolah2 dlm dunia ini hanya ada mereka berdua sahaja.apabila melepasi pasangan pertama,kita masih mampu menhalang dgn hati..melepasi pasangan kedua,masih mampu lagi menghalang dgn hati.selepas melepasi pasangan yg ke sepuluh,adakah kita masih mampu menghalang dgn hati atau kita sudah lali dan sebati dgn pandangan itu?mari kita duduk sebentar dan berfikir sejenak.bagaimana dgn iman kita hari ini dlm konteks masyarakat kini. 

d) sehingga pemerintah yg zalim pun tunduk kpd hukum syariat


teringat kisah sewaktu pemerintahan Hujjaj pada zaman umayyah.Hujjaj merupakan pemerintah yg sgt zalim.boleh rujuk kisahnya ketika menghukum pancung saed bin Jubair.

beliau yg zalim pun tunduk kpd hukum syariat.kisahnya, seorang pesalah melakukan jenayah mengganggu sebuah keluarga dan lari.utusan hajjaj telah berusaha mencari penjenayah tersebut dan akhirnya tidak menjumpainya.lantasan dgn itu,utusan hujjaj menangkap salah seorang ahli keluarga si penjenayah,Safari utk dijadikan umpan dgn harapan penjenayah akan kembali semula dan menyerah diri kpd hujjaj.

Safari membacakan ayat 78-79 drp surah yusuf di hadapan hujjaj..

MAksudnya “Merekapun merayu dengan berkata: "Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang sentiasa berbudi . Yusuf berkata: "Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim".

akhirnya hujjaj tunduk kpd firman ALLAH ini.

bley rujuk kisahnya di cni

e) hukum tanzimi

diambil drp perkataan nidzom yg bererti organisasi.yakni kita wajib menurut arahan pemerintah negara selagi tidak bertentangan dgn Islam dan tidak menyuruh kpd maksiat.

hikmah drp hukum tanzimi ini adalah supaya umat Islam tidak berpecah dan ALLAH akan membantu golongan yg mentaati perintah ketuanya xkira dlm peperangan mahupun pemerintah negara dan diingatkan kembali,perintah tersebut mestilah yg selari dgn syariah Islamiyyah.

f) beza syariat dgn qanun biasa

syariat adalah sesuai dan bertepatan dgn keadaaan sekeliling,manusia dan masyarakat tetapi qanun biasa hanya sesuai dgn beberapa kelompok masyarakat sahaja.

cth,penggunaan bahasa melayu sbg bahasa rasmi negara malaysia hanya sesuai diamalkan di malaysia sahaja dan tidaklah sesuai diamalkan oleh masyarakat arab di mesir yg lebih sinonim dgn bahasa arab.

g) contoh realiti

ketenteraan menuju fi sabilillah dan mempertahankan negara dikaitkan dgn mengejar syurga ALLAH.

menjaga ekonomi dikaitkan dgn zakat dan penggunaan dinar emas yg lebih stabil drp wang kertas yg dicetak.byk negara barat kini memperkenalkan dinar emas@gold coin di negara masing2 utk kestabilan ekonomi negara mereka.

cth,Canada memperkenalkan gold coin yg dinamakan sbg 'Canadian gold Maple leaf' sejak tahun 1979 lg.

akan bersambung insyaALLAH....

Friday, August 5, 2011

tp.....sy malulaa...

"sy malula kak..sume org pon x mcm sy..sume updates ngn fashion,movies,lagu2 baru,cte2 baru,artis2 baru..mcm2 lah!tp sy??sy xtau sume tu..sy xtau cmne nk masuk ngn dyorg sume tu..sy malula kak.sy rse mcm sy ni sorg2..pelik..anek..makhluk asing barangkali.."..begitulah luahan seorg ukhti kpd sy baru2 ni..

sy terpanggil utk menulis artikel ini krna sy rse ini merupakan tanggungjawab sy sbg seorg muslim utk sntiasa memberi ingatan dan menerima peringatan drp org lain juga..krna iman kte xkan sentiasa selamanya berada dlm keadaan zon yg selamat dan xkan sentiasa selamanya berda dlm keadaan zon yg merbahaya..

Umar bin al-Khatthab radhiyallahu’anhu mengatakan kepada para sahabatnya, “Marilah, kita berkumpul sejenak untuk meningkatkan iman.”

Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu mengatakan, “Duduklah bersama kami sejenak, kita akan menambah keimanan.” Beliau juga sering mengatakan di dalam doanya, “Ya Allah, tambahkanlah kepada kami iman, keyakinan, dan kepahaman.”

Abdullah bin Rawahah radhiyallahu’anhu memegang tangan sekelompok orang dari para sahabatnya seraya mengatakan, “Marilah, kita beriman barang sejenak. Marilah, kita mengingat Allah dan menambah keimanan dengan ketaatan kepada-Nya semoga Allah mengingat kita dengan ampunan-Nya.”

Abud Darda’ radhiyallahu’anhu mengatakan, “Salah satu bukti kepahaman seorang hamba adalah ketika dia mengetahui apakah dia sedang menambah atau mengurangi.” Maksudnya adalah iman. “Dan bukti kepahaman seseorang ialah tatkala dia mengetahui dari manakah datangnya bujukan syaitan kepadanya.”

Umair bin Habib al-Khazhami radhiyallahu’anhu mengatakan, “Iman itu bertambah dan berkurang.” Maka ada orang yang bertanya kepada beliau, “Apa yang dimaksud dengan bertambah dan berkurangnya?” Beliau menjawab, “Apabila kita mengingat Allah ‘azza wa jala dan memuji-Nya dan menyucikan-Nya maka itulah pertambahannya. Dan apabila kita lalai, menyia-nyiakan dan lupa maka itulah berkurangnya.”

ramai org yg merasa malu apabila rakan2 melabel mereka sbg alim,warak,ustazah,org baek,budak rajin,muka buku,kamus bergerak, sehinggakan ade segelintiran individu dlm golongan ini cuba berubah mengikut kemahuan masyarakat..tidaklah salah untuk berubah mnjadi fleksibel tetapi yg salah adalah berubah mengikut kemahuan dan kehendak era zaman kini yg makin tersasar dgn hadaf atau tujuan serta matlamat seseorang muslim itu tanpa mengkaji baik buruknya sesuatu akhlak itu..fokus utama:xnk dilabel asing dlm masyarakat.lupakah kte tujuan kte dihidupkan di dunia ini..


“ Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (adz-Dzariyat: 56)


“Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanya mengenai apa yang kamu pimpin.” (hadis riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829)

....dan rmai pula yg berbangga apabila mereka terkenal sbg kaki buli,couple of the year,ratu cantik,ratu kebaya..sehinggakan ada yg tanpa disedari ghairah menceritakan keadaan yg akhirnya membuka aibnya sendiri..na'uzubillah..

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus". [al-baqarah:142]

sewajarnya kte tidak merasa jemu dlm melakukan amar makruf nahi mungkar.xkisahlah org nk kata apa.janji kte x meninggalkan suruhan ALLAH..berkata mmg mudah..melakukannya amatlah berat sekali..namun org yg beruntung adalah mereka yg melakukan suruhan Allah dlm keadaan susah mahupun senang,kan?percayalah pada janji2 ALLAH..

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan Allahdadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.[al-anaam:125]

sekiranya kte futur [berputus asa] dgn suasana sekeliling yg kurang membantu,percayalah bahawa ALLAH sentiasa ada utk kte dan sentiasa ingin mendengar luahan hati kite walaupun tidak kte luahkan,namun Allah telah sedia maklum dgn apa yg terjadi kpd hamba2Nya..krana Dialah yg menciptakan kte.."tp npe nk kne luah klu ALLAH da tau?"..mungkin pertanyaan sebegini ada bermain2 di benak fikiran sahabat2 sekalian.ya,mmg ALLAH da tau dan sedia maklum dgn apa yg kte lakukan scr zahir mahupun yg tersembunyi namun luahan itu sendiri bukanlah bererti utk memberitahu ALLAH ape yg terjadi dlm hidup kte dlm segenap hari..namun ia adalah utk mengukuhkan kepercayaan kte sendiri..sejauh mana kte mencari ALLAH dlm membina kekuatan diri kte sendiri..sejauh mana ALLAH di hati kte apabila kte ditimpa musibah..sejauh mana pegangan kte kpd ALLAh setiap kali kte berasa keseorangan...

igtlah bahawa pertolongan ALLAH itu dekat..sgt dkt dgn kte..

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. [al-baqarah:107]

"Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. [al-baqarah:120]

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. [al-baqarah:153]

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [a-baqarah:214]

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.[al-imran:126]

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

bersabarlah dlm melakukan ketaatan..sesungguhnya nilai syurga itu sgtlah mahal..semakin byk dugaan yg mencabar keimanan semakin tinggi nilai kemanisan iman itu sendiri.insyaALLAH..yakin dgn janji ALLAH!dan byk2 beristighfar krna mungkin dlm masa yg sama kte melakukan kebaikan itu terselit sikap ujub dlm hati kita sndri..wallahu'alam.


rujukan:
tafsir quran
ringkasan kitab jalan mereka yang menuju ALLAH jilid 1
memberi nasihat
tujuan penciptaan manusia
orang yg asing

Monday, August 1, 2011

dipercayai lebih utama drp dicintai

by iluvislam

Ramai sahabat yang menggiat agar saya mengulas isu-isu politik kontemporari. Tetapi saya belum tergerak untuk itu. Sikap tidak berpihak kepada mana-mana parti politik bukan ertinya saya tidak berpendirian. Tetapi itulah pendirian saya.

Politik terlalu kompleks dan saya tidak punya ilmu, maklumat dan pengalaman mendalam mengenainya. Jadi biarlah saya menulis sesuatu yang benar-benar saya fahami, hayati dan rasai. Biarlah orang yang benar-benar "ahli" menanganinya. Jika tidak, yang keruh akan bertambah hodoh!

Pernah saya mendapat teguran daripada seorang pengunjung blog yang menyifatkan jalur dakwah berbanding siasah yang saya pilih sekarang adalah suatu langkah yang tidak praktikal dan tidak sunnah.

Saya diamkan saja, namun tegurannya saya paparkan. Tentu dia punya sebab untuk berkata demikian, saya hormatinya. Dan saya juga ada sebab untuk bersikap begini. Saya harap pendirian saya juga dapat difahami. Mudah-mudahan kita semakin matang menguruskan perbezaan dan memanfaatkan persamaan.

Sebahagian pandangan politik saya telah saya jelaskan dalam buku Dilema Melayu - Islam : Kurang Fikir Atau Kurang Zikir? Insya-Allah, sedikit sebanyak input-input dalam buku itu mula dihadam oleh khalayak. Soal diterima atau ditolak, itu soal kedua. Sekurang-kurangnya saya sudah berbuat sesuatu untuk menyatu padukan saudara seagama dan sebangsa.

Selain itu saya terus melaksanakan berbagai-bagai program latihan dalam agensi swasta, badan-badan korporat dan kerajaan serta tazkirah-tazkirah di surau masjid. Dengan keterbatasan waktu, saya turut menulis beberapa buah buku dan artikel-artikel di dalam majalah. Mudah-mudahan, dalam usaha memperbaiki diri sendiri, dapat disepadukan untuk menyeru orang lain.

Mudah-mudahan Allah izinkan kita semua memainkan peranan untuk Islam walau di mana, di bidang apa dan sebagai apa jua pun peranan kita dalam masyarakat. Kecil sekalipun jika ikhlas pasti berbekas. Insya-Allah.
Kita perlu akui bahawa semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai. Padahal kalau ditanyakan apakah syarat utama untuk menjadi seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah yang cabarannya. Terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masakini. Di Amerika, dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan:

"We thought we could trust the military,

but then came Vietnam,
We thought we could trust the politicans,
But then came Watergate,
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster.


Tanpa kepercayaan, kita hilang segala-galanya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan dalam satu-satu perhubungan, samada yang berbentuk personal mahupun profesional. Bila ada kepercayaan, prasangka, cemburu, marah, hasad dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin.

Ingat, kepimpinan adalah pengaruh. Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga bagainda digelar Al Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq (benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai, samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.
Apabila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.
Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa. Kepercayaan lebih utama!



Saturday, July 23, 2011

Kesilapan yang berpahala…

by Dr Z

Adalah menjadi rutin harian saya untuk bangun di awal pagi sejak daripada sekolah lagi. Ketika di belajar di MRSM Kuantan dulu, saya bangun seawal jam 4.15-4.30 pagi untuk membaca dan mengulangkali pelajaran. Memang saya adalah seorang yang agak ‘book worm’ semasa muda-muda dulu.
Menjelang subuh biasanya saya akan mengetuk beberapa bilik kawan-kawan yang memesan agar dikejutkan untuk subuh sebelum saya melangkah ke surau untuk melaungkan azan. Ada juga di kalangan kawan-kawan dan abang-abang yang senior yang tak suka dengan ‘bising’ yang saya buat di setiap awal pagi di MRSM.
Di satu pagi Jumaat pada tahun 1980 (form 2 MRSM Kuantan)….

Entah apa kisahnya yang berlaku pada malam sebelumnya menyebabkan saya terbangun lewat pada pagi Jumaat tersebut. Dalam keadaan kelam-kabut saya melihat jam telah pun menunjukkan pukul 5.45 pagi. Tanpa membuat tugasan rutin seperti di pagi-pagi yang lain, saya terus bergegas ke surau dan segera melaungkan azan. Pelik sedikit pagi tersebut kerana ramai kawan-kawan serta adik baru juga yang ketawa dan bersembang-sembang ketika saya bersolat rawatib sebelum subuh.

Apabila melihat jam yang tergantung di dinding baru menunjukkan jam 5 pagi, barulah saya sedar bahawa saya telah melaungkan azan mungkin pada 4.50 pagi tadi. Saya hanya menutup muka kerana malu yang amat sangat kerana jelas kedengaran beberapa pelajar yang bersembang dan ada yang ketawa termasuklah pelajar-pelajar puteri yang masuk ke bahagian belakang surau juga turut kedengaran suara mereka ketawa.
Tiba-tiba masuk Ustaz M yang juga merupakan warden asrama di sekolah pada ketika itu. Dia terus menegur pelajar-pelajar yang bersembang dan menyarankan mereka agar bersolat tahajjud.

Saya dihampiri oleh Ustaz M di dalam keadaan saya masih saya menakup muka sendiri pada ketika itu. “Kenapa ni Zainur, kamu malu ye? Sapa Ustaz M. “Saya malu ustaz, tak tau nak letak muka di mana?” Jawab saya menagih simpati. “Jangan risau kerana kamu dapat pahala. Pertama pahala azan walaupun silap waktu kerana Allah nilai niat dan amalan kamu. Ke duanya, Allah nak memberikan peluang kawan-kawan kamu bersolat tahajjud pagi Jumaat yang mulia ini” Nasihatnya yang begitu melegakan saya.

Terhakis sudah lebih separuh daripada ketebalan kulit muka akibat malu pada pagi tersebut. “Ingat Zainur, kita seharusnya malu dengan Allah dan bukan dengan kawan-kawan. Tapi kamu jangan buat lagi azan jam 4 pagi ye? Ustaz M menutup bicara dengan gurauan yang menyejukkan hati saya.

Terima kasih Ustaz M… Jasa Ustaz mendidik kami di MRSM sehingga kami kenal erti kehidupan dan juga dunia dakwah akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Semoga amalan baik Ustaz M diterima dan diganjari dengan Jannah Allah swt.

Monday, July 4, 2011

reshape life N smile

Setiap pengakhiran merupakan satu permulaan yg baru

Kes 1

Seorang pelajar tidak lulus dalam peperiksaan akhir tahun dan terpaksa mengulangi peperiksaannya untuk kali kedua..

Ada kalanya dia akan merasa futur atau berputus asa kerana apa yg terjadi tidak seperti apa yg diharapkan..namun igtlah Allah telah berfirman dlm surah al-baqarah ayat 155,

“berilah berita gembira kpd org2 yg sabar,iatu org2 yg ketika musibah,mereka berkata: sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kte kembali.”

“dan Kami akan menguji kamu dgn keburukan dan kebaikan sbg cubaan,dan kpd Kamilah kamu semua kembali.” [al-anbiya:35]

A006

A007

A008

“ketahuilah!sesungguhnya manusia benar2 melampaui batas,krn melihat dirinya serba cukup.sesungguhnya kpd Tuhanmulah kamu kembali.” [al-alaq:6-8]

A002

A003

“apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” [al-ankabut:2-3]

“ujian yg tidak henti2 menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan,yg menimpa dirinya sendri,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar,ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” [hadis tirmizi]

Kes 2

Seorang sahabat telah berpisah dengan sahabat karibnya kerana sahabatnya telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar Negara

-dia akan lebih menghargai sahabatnya dlm setiap keadaan dan masa yg diluangkan bersama sahabatnya melalui skype,ym atau low-rate voip akan dimanfaatkan sepenuhnya.

“apabila seseorang kamu mengasihi saudaranya,dia hendaklah memberitahunya.” [hadis tirmizi dan abu daud]

(iza ahabba ahadukum akhoohu falyu’limhu)

“doa seseorang muslim utk saudaranya tanpa pengetahuannya adalah diperkenankan.ketika berdoa,malaikat akan berada di sisi kepalanya yg akan berkata setiap kali dia mendoakan kebaikan utk saudaranya:Ya Allah.perkenankanlah dan semoga kamu sama2 memperolehinya.” [Hadis muslim dan abu daud]

“jauhilah kamu drp berprasangka buruk krn prasangka buruk itu adalah percakapan yg paling dusta.” [hadis bukhari,muslim,malik,abu daud,dan tirmizi drp abu hurairah r.a]

“haram kepada seseorang mukmin menjauhi (tidak bertegur sapa) seseorang mukmin yg lain lebih drp 3 hari.Apabila berlalu 3 hari,hendaklah dia bertemu dgnnya dan member salam kpdnya.sekiranya dia menjawab salam,kedua2nya mendapat ganjaran pahala.sekiranya dia tidak menjawabnya,org yg member salam tlah terlepas dr kesalahan tidak bertegur sapa.” [hadis Abu Daud]

Kes 3

Seorang insan telah kehilangan org yg tersayang

-dia akan lebih menghargai orang yg masih hidup yg berada di sekelilingnya kerana dia sedar bahawa setiap yg hidup pasti akan menemui Tuhannya.

-dia akan lebih menghargai hidupnya krna dia sedar bahawa hidup ini xkan kekal untuk selama-lamanya.hidup ini hanya sementara.

“katakanlah,kesenangan di dunia ini hanya sebentar.” [an-nisa:77]

“Kami lebih mengetahui apa yg akan mereka katakan ketika org yg paling lurus jalannya mengatakan,Kamu tinggal (di dunia),tidak lebih dr hanya sehari saja.” [surah taha:104]

slalu kita dgr ungkapan “drp ALLAH kte dtg dan kpdNya kte kembali”.kpdNya kite kembali…kte akan dibangkitkan semula setelah mati utk ditontonkan kpd diri kte sendiri dan dikhalayak umum apa amalan yg telah kte lakukan di dunia ini..xkan telepas sedikit pun drp hisab ALLAH..walau kebaikan yg kte buat tu sekecil zarah..walau kejahatan yg kte buat tu sekecil zarah.

Kita selalu rebah apabila kte ditimpa masalah..

Kte slalu rse x bersemangat apabila kita ditimpa musibah..

Ini adalah lumrah manusia kerana mereka diciptakan dlm keadaan lemah dan berkeluh kesah..

A004

“sungguh,Kami telah Menciptakan manusia dalam susah payah” [al-balad:4]

Tp ke mana harus kita hadapkan wajah kta ble kte ditimpa masalah?

Kpd siapa kte harus mengadu di saaat pertama kte ditimpa musibah?

Ibu kte?

Kwn baik kte?

Ahlil bait kte?

Ayat ke-5 dan ke-7 dlm surah yg sama ada jwpannya,A005

“apakah dia (manusia) itu mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yg berkuasa atasnya?” [al-balad:5]

A007

“apakah dia mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yg melihatnya?” [al-balad:7]

ALLAH da sediakan jalan kpd kte..dgn siapa harus kte mengadu pd awalnya..

A010

“dan Kami telah Menunjukkan kpdnya 2 jalan (kebajikan dan kejahatan)” [al-balad:10]

Dan apa yg harus kte cuba lakukan pabila ditimpa musibah?

“sama saja bagi kita,apakah kita berkeluh kesah atau sabar,tidak ada tempat untuk melarikan diri” [Ibrahim:21]

“sabda Rasulullah,Dan tidaklah seseorang itu diberi suatu pemberian yg lebih baik dan lebih lapang drp sabar.” [hadis bukhari dan muslim]

“tiada musibah apa pun yg menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yg mengenai dirinya.” (hadis bukhari dan muslim)

“tiada suatu musibah pun yg menimpa diri seseorang kecuali dgn izin Allah,dan barangsiapa yg beriman kpd Allah,nescaya Allah akan member petunjuk kpd hatinya.” [hadis bukhari]

“barangsiapa yg pernah ditimpa musibah lalu ia igt akan musibah itu,serta memperbaharui ucapan istirja’ (innalillahi wa inna ilaihi roji'un) walaupun sudah berlalu masanya, maka Allah akan member pahala kpdnya sebesar pahala di saat ia ditimpa musibah saat itu.” [hadis ahmad dan ibnu majah]

masyaALLAH..betapa indahnya ajaran Islam kpd umatnya dlm menangani musibah yg menimpa.

Akhir sekali,igtlah dan gunakan sebaiknya 5 nikmat yg selalu kte terlepas pandang dan ambil mudah dlm kehidupan seharian kte..

Spt dlm lagu raihan,

Igt 5 perkara sebelum 5 perkara

Muda sebelum tua

-kata2 umar al-khattab : jika diberi satu bilik atau ruang kosong dan ditanya kpdnya dgn apakah akan dipenuhinya bilik yg kosong itu.Dia akan memenuhkan bilik itu dgn syabab2..(pemuda2)..

Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit:penuhkan jiwa dgn aktiviti rohani dan jasmani.katakan tidak pada ‘sedentary life’.

Sihat sebelum sakit

hidup sebelum mati…

“siapakah org yg paling bijak di kalangan org beriman?rasulullah s.a.w menjawab: org yg paling bijak ialah org yg paling byk mengingati mati dan yg paling hebat persediaanya menghadapi mati.”[hadis ibnu majah]

Sama2 kte islah diri menuju destinasi hakiki..Wallahu’alam..

Sumber:

buku jalan mereka yg menuju Allah (imam ahmad bin qudamah al-maqdisi)

tazkiyatun nafs (ibnu rajab al-hambali,ibnu qayyim al-jauziyyah,imam al-ghazali)

rahmat di sebalik dugaan (kasmuri selamat)

Wednesday, June 1, 2011

Jadilah seperti air

Assalamualaikum wbt..

Baru-baru ini, 1 tazkirah daripada buku 'Zero to Hero' karangan Solikhin Abu Izzudin benar-benar membuat saya berfikir panjang. Ia mengaitkan diri kita dengan air.

Dalam kehidupan kita di dunia yang singkat ini, sebenarnya kita tidak putus-putus dimotivasikan oleh Allah melalui pelbagai wasilah atau cara,sama ada nyata atau tersirat. Namun, kebanyakan manusia melihat motivasi atau peringatan itu hanya dalam sesetengah perkara, contohnya apa yang menimpa diri mereka. Tidak ramai yang cuba memaksimumkan motivasi-motivasi tersembunyi yang Allah selitkan di setiap masa dan di mana sahaja kita berada.

Tadabbur alam. Apa yang kita boleh dapat daripada alam ciptaan Allah yang sungguh luas ini? Adakah langit itu hanya untuk pilot atau astronomi? Adakah laut itu hanya untuk nelayan atau mereka yang terlibat dengan marine? Adakah tanah itu hanya untuk petani atau archeologist? Tidak. Bahkan alam ini jika ditadabbur, sungguh, ia mampu membangkitkan iman yang lesu, membangunkan semangat yang lemah bahkan menjadi titik tolak perubahan dalam diri seseorang! Bagaimana?

Pernahkah anda terfikir, kenapa para Rasul, Nuh a.s contohnya, seringkali memberi peringatan kepada kaumnya dalam bentuk persoalan tentang alam? Cuba buka tafsir, hayati tafsiran surah Nuh. Nuh a.s memberi peringatan kepada kaumnya supaya mereka berfikir tentang langit, bulan, matahari, tanah, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa sebenarnya jika kita benar-benar melihat dan berfikir tentang alam, orang yang sebelumnya tidak beriman, dengan mudah akan beriman. Orang yang imannya lesu, akan bangkit dengan penuh segar.

Iman pun mampu dibangkitkan, ini kan pula hanya semangat yang hilang. Begitulah impak alam yang kita hidup di dalamnya setiap hari, begitu besar. Sekiranya hati kita tidak sedikit pun tersentuh dengan keagungan alam ciptaan Allah ini, mungkin kita perlu muhasabah, tengok balik hati kita, amalan kita...terlalu keras atau hitamkah untuk mengambil pengajaran dari bukti keagungan Allah SWT...

Ingin saya sampaikan kembali apa yang penulis tulis tentang air dan bagaimana air menjadi salah satu daripada falsafah hidupnya.

Bila ditanya, apakah air yang bersih? Air yang suci itu sifatnya suci lagi menyucikan, barulah boleh dimanfaatkan oleh manusia. Sebaliknya air kumbahan, atau air longkang, tidaklah memberi manfaat kepada manusia melainkan ia dikitar semula menjadi air bersih yang boleh digunakan. Inilah hakikat insan. Seorang insan sepatutnya memastikan dirinya 'bersih' dahulu sebelum 'membersihkan' orang lain. Jadi nak tak nak, kita seharusnya memperbaik diri sebelum memperbaiki masyarakat sekitar.

Apa akan jadi kalau kita sendiri 'tidak bersih' atau tidak elok akhlaknya tetapi kita nak 'membersihkan' masyarakat? Kita hanya akan menambah penyakit dalam masyarakat, sepertimana manusia boleh terkena pelbagai jenis penyakit jika menggunakan air yang tidak bersih atau tercemar. Ringkas. Mudah difahami. Memberi inspirasi.

Macam-macam lagi iktibar yang boleh kita ambil daripada alam sekeliling, sahabat. Dengan syarat, kita melihat dengan hati, bukan dengan mata  yang seakan-akan buta...

Salah faham amalan bulan Rejab


Alhamdulillah…hari ni merupakan hari pertama bagi bulan Rajab. Menunjukkan kita sudah semakin hampir dengan bulan barakah yakni Ramadhan. Sedarkah kita, sebenarnya terdapat banyak amalan @ hadis yang selalu diungkapkan berkenaan dengan bulan ini yang sebenarnya perkara itu tidak datang daripada baginda Rasulullah S.A.W.
Berikut merupakan antara fatwa-fatwa semasa yang dikeluarkan oleh ulama’ agung Dr Yusuf Qardawi mengenai bulan Rajab.
Rujukan:
FATWA-FATWA SEMASA
(AL-FATAWA AL-MU’ASARAH)
Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi

BULAN REJAB

Soalan:
Kita sering mendengar dari para khatib solat Jumaat – khususnya tiap permulaan bulan Rejab – berbagai hadis diriwayatkan mengenai keutamaan bulan tersebut dan mengenai pahala besar yang dijanjikan Allah bagi orang yang berpuasa dalam bulan tersebut walau hanya sehari. Di antara hadis-hadis itu ialah: “REJAB ADALAH BULAN ALLAH, SYA’BAN BULANKU DAN RAMADHAN BULAN UMMATKU.”Bagaimanakah pendapat ustaz mengenai hadis-hadis seperti itu? Apakah isi hadis tersebut dipandang benar (sahih)?
Apakah hukumnya bagi orang yang menyampaikan kepada orang ramai hadis-hadis palsu dan dikatakannya berasal daripada Rasulullah SAW?

Jawab: (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi)
Tidak ada riwayat yang benar mengenai bulan Rejab selain yang menerangkan bahawa bulan tersebut termasuk empat bulan yang disebut Allah SWT dalam Al-Quran :

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, menurut ketetapan Allah pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi, di antaranya adalah empat bulan yang suci..” (Surah Al-Taubah: 36)
Empat bulan itu ialah: Rejab, Zulqa’idah, Zulhijjah dan Muharram. Tidak ada hadis sahih menyebutkan kekhususun bulan Rejab sebagai bulan yang mempunyai keutamaan. Yang ada hanyalah hadis hasan (baik) yang menyebutkan: Bahwasanya Rasulullah SAW BANYAK berpuasa dalam bulan Sya’ban. Ketika dbeliau ditanya mengenai hal itu, baginda menjawab:
“Bulan itu (Sya’ban) ialah bulan yang (sering) dilupakan orang (iaitu) antara Rejab dan Ramadhan.”
Dari hadis tersebut dapat diambil pengertian bahwa bulan Rejab mempunyai keutamaan.
Adapun hadis yang menyebut: “REJAB ALLAH BULAN ALLAH, SYA’BAN BULANKU DAN RAMADHAN BULAN UMMATKU.” Adalah hadis munkar (hadis yang sama sekali tidak dapat dipercayai kebenarannya kerana diriwayatkan oleh seorang yang terkenal berkelakuan buruk dan tercela) dan sangat dhaif (sangat lemah). Bahkan banyak ulama’ yang menilainya sebagai hadis maudhu’ (palsu) dan tidak bernilai sama sekali, baik dilihat dari sudut ilmu mahupun agama. Demikian juga hadis-hadis lain yang diriwayatkan orang mengenai fadhilat bulan Rejab, seperti; Barangsiapa solat begini dan begitu, dia memperoleh pahala sekian, sekian. Barangsiapa beristighfar satu kali, dia beroleh pahala sekian, sekian…….! Semua itu merupakan hal yang sangat melebih-lebihkan dan jelas merupakan satu kepalsuan.
(Teks ini ada sambungannya tetapi saya tidak memanjangkan tulisan fatwa Dr. Yusoff al-Qardhawi kerana ‘kita’ memfokuskan kepada jawapan hadis tersebut dan tentang kelebihan bulan Rejab)

PUASA BULAN REJAB

Soalan:
Pada suatu hari saya pernah mendengar Ustaz (Al-Syeikh Dr. Yusoff) berbicara tentang bulan Rejab. Ustaz mengatakan bahawa mengenai itu tidak ada hadis sahih yang berasal daripada Rasulullah SAW. Jadi bagaimanakah hukumnya puasa bulan Rejab? Apakah itu termasuk sunnah ataukah bid’ah?

Jawab: (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi)
Saya tidak pernah mengemukakan masalah puasa bulan Rejab dalam kuliah saya yang didengar oleh saudara. Yang saya katakan ialah bahawa bulan Rejab termasuk empat bulan hurum (bulan mulia/diharamkan berperang padanya), dan berpuasa di dalam bulan-bulan hurum ini adalah maqbul (diterima) dan mustahab (dibolehkan). Tidak ada riwayat yang berasal daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa beliau berpuasa sebulan penuh, selain dalam bulan Ramadhan. Dalam bulan-bulan hurum itu Rasulullah SAW paling kerap/sering berpuasa di dalam bulan Sya’ban, tetapi tidak sebulan penuh. Itulah sunnah Nabi SAW. Dalam masa empat bulan itu beliau ada kalanya berpuasa dan ada kalanya tidak, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud:

“Beliau berpuasa hingga kami katakan (sangka) bahawa beliau tidak berbuka-buka. Dan beliau berbuka sehingga kami katakan (sangka) beliau tidak berpuasa-puasa.”
Kini, ada orang yang dalam bulan Rejab berpuasa sebulan penuh, seperti yang kita lihat dahulu di beberapa tempat. Saya (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi) pernah menyaksikan sendiri ada sejumlah orang yang berpuasa terus-menerus selama bulan-bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Bahkan ditambah lagi dengan berpuasa enam hari pada permulaan bulan Syawal iaitu hari-hari yang mereka namai “Hari-hari Putih” (Ayyamul-Bidh). Setelah itu barulah mereka berhenti puasa. Mereka berhari raya pada tanggal 8 Syawwal, sebab pada tanggal 1 Syawal mereka tidak berpuasa. Tegasnya ialah mereka berpuasa terus-menerus selama tiga bulan dan eman hari. Hanya satu hari saja (1 Syawal) mereka tidak berpuasa. Berpuasa secara demikian itu tidak berasal daripada Nabi SAW, tidak berasal daripada para sahabat Nabi dan tidak pula berasal daripada kaum salaf yang soleh.
Yang terbaik ialah berpuasa beberapa hari dan tidak berpuasa beberapa hari, tidak berturut-turut tanpa putus-putusnya. Sebagaiman telah saya (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi) sebutkan pada bab terdahulu: Mengikut Jejak Salaf Adalah Kebaikan, dan Merekacpta Ibadah Adalah Keburukan. Oleh kerana itu sesiapa yang mengikuti jejak yang benar dan menginginkan pahala yang sempurna hendaklah dia mengikuti jejak Rasulullah SAW. Beliau tidak berpuasa sebulan penuh dalam bulan Rejab dan tidak pula dalam bulan Sya’ban.
Ditulis semula oleh:
RAIHAN BIN AZIZ
Imam BIMB
Jabatan Syariah.

Monday, May 23, 2011

Daurah: Kembali Bernilai!!



Setiap makhluk dicipta dengan nilai-nilai & tujuannya tersendiri. Jadi, apakah nilai atau kedudukan kita sebagai seorang manusia? Dan apa pula tujuan penciptaan kita diciptakan? Sudahkah ia tercapai? Pernah tak soalan-soalan seperti ini terdetik di hati kita?


“Qimaatul insaan” (Nilai-nilai Insan) karangan Dr Yusof Qardawi bakal menjawab persoalan yang bermain di minda anda...


وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِى ءَادَمَ وَحَمَلْنَـهُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَـهُمْ مِّنَ الطَّيِّبَـتِ وَفَضَّلْنَـهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً 
"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."
(al-Isra':70)

Tuesday, May 3, 2011

Kecintaan Agung (Teguran Halus Buat Daei)

Memiliki impian bertemankannya di syurga. Mengharapkan diri memiliki sifat-sifat kesempurnaanya.
Insan yang jelas matlamat hidupnya semata-mata kerana ingin meraih redha Allah pada setiap gerak langkahnya. Menghadapkan cita-citanya memberikan pengislahan kepada umat yang menjadi kecintaannya. Sekalipun perit jalan hidupnya, tidak pernah sekalipun mulutnya lancar membicarakan kalimah kepenatan, keletihan.
Butir-butir keikhlasan dan kemuliaannya jitu terpasak dalam jiwanya. Walau setiap jalan itu ditaburi mehnah yang menyakitkan, yang hanyak layak buat insan yang benar-benar kukuh pergantungannya dengan Allah.
‘Ya Allah, ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku.’
Catatan sejarah takkan pernah menolak dan mengingkari keindahan akhlak dan jiwanya. Teguh implementasi yang terzahir, jua mengukuhkan umat pada kebenaran hidupnya yang semata-mata berlandaskan wahyu semata-mata, tidak pernah dicampuri oleh hawa nafsu.
Rasulullah menyatakan :” Seorang mukmin menjadi mulia kerana agamanya, mempunyai keperibadian kerana akalnya, dan menjadi terhormat kerana akhlaknya.” 
(Riwayat Hakim)
Dan Rasulullah juga bersabda yang bermaksud, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” 
(Riwayat Tirmizi)
Sungguh, kecintaan ini perlu direalisasikan. Bukan hanya manis mulut yang berkata-kata.
Daripada Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda kepadaku : “Wahai anakku, jika kamu boleh berada pada pagi dan petang dengan iman di hatimu, tiada penipuan terhadap seseorang, lakukanlah.“ Kemudian baginda bersabda lagi : “Wahai anakku, demikian juga dari sunnahku, sesiapa yang menghidupkan sunnahku, ia telah cinta kepadaku dan sesiapa yang cinta padaku, ia pasti bersamaku di dalam syurga.”                               
(Riwayat Tirmizi)
Itulah insan yang jiwanya menolak rasa ketuanan yang melebihkan dirinya dari insan lain. Kukuh penghambaan yang dipasakkan kepada yang berhak, Yang Maha Agung. Sehinggakan kepastian janji Allah yang meliputi ganjaran syurga yang amat pasti itu tidak meletakkan dirinya pada zon keselesaan sekalipun tika bersendirian. Dan di malam-malam sepi itu, dia masih teguh mendirikan ibadah untukNya. Pernah baginda terjatuh, kerana kakinya bengkak disebabkan terlalu lama berdiri. Jasadnya pasrah menanggung kelemahan sekalipun jiwanya menggunung ingin menggapai kecintaan ubudiyyah itu.
Tatkala isterinya melontarkan pertanyaan buat sang suami, “Ya Rasulullah, bukankah dirimu telah dijamin syurga. Mengapakah masih bersusah payah sebegini?” Baginda tenang memberikan refleks, “ Ya Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba. Sesungguhnya aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur.
Jiwanya tawadhu’, zuhud memandang dunia persinggahan. Tanpa dilupakannya pada tugas yang terpikul. Dan ikhlas jiwanya tertanam dengan kecintaan buat sasaran pengislahan jiwa itu. “Ummati… Ummati… Ummati…”
Malah kehidupan sehariannya terukir rapi dengan akhlak yang mulia, menghiasi peribadi agung seorang hamba.
Tangannya sendirilah yang menampal pakaiannnya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya. Tatkala pulang ke rumah, dan didapati tiada makanan yang siap untuk dimakan, baginda tersenyum sambil menyingsing lengan baju dan turut sama membantu isterinya. Malah, baginda sendiri memerah susu kambing bagi keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Pada suatu pagi, baginda pulang ke rumah dengan rasa lapar. Tetapi, dilihatnya tiada makanan untuk dijadikan sarapan. Juga tidak didapatinya makanan mentah kerana Saidatina Aisyah  belum ke pasar.
Lantas baginda bertanya, “ Belum ada sarapan ya Humaira’?”. Saidatina Aisyah menjawab dengan serba-salah, “ Belum ada apa-apa ya Rasulullah.
Tatkala mendengar jawapan sang isterinya, baginda tenang berkata, “jika begitu, aku berpuasa hari ini.” Jawapan yang berbalas tidak sedikitpun disertai dengan perasaan kesal di wajah baginda.
Sebaliknya, Rasulullah sangat marah apabila seorang suami mengasari seorang isteri. Dengan sahutan kata-kata baginda, “Aku tidak bertanya alasanmu, tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu.”
Dan sabdanya mengiringi yang bermaksud,  Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.
Indahnya peribadi Rasulullah. Teramat mulia perilakunya sekalipun baginda adalah seorang pemimpin. Yang sinonimnya tergambar di benak fikiran bahawa pemilikan seorang penguasa adalah sangat luas pada kebendaan dan juga kekuasaan pada taklukan.
Tapi, jiwa baginda tawadhu’ pada merealisasikan kebenaran tarbiyyah Ilahi buatnya. Yang pada satu ketika, baginda mengimamkan solat bersama sahabat. Ketika itu, sahabat-sahabat mendapati kesusahan pada Rasulullah tiap kali baginda ingin berpindah dari rukun ke rukun yang lain serta terdengar bunyi-bunyi yang aneh. Seusai solat, sahabat baginda, Saidina Umar al-Khattab bertanya,
Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Apakah engkau sakit ya Rasulullah?
Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar.”
Ya Rasulullah, mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah sendi-sendi tubuh engkau yang saling bergeseran? Kami yakin engkau sedang sakit.
Disebabkan desakan sahabat baginda, Rasulullah akhirnya mengangkat jubahnya. Sejurus itu, para sahabat tergamam melihat perut baginda yang kempis dililit dengan sehelai kain yang berisi batu-batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Justeru, batu-batu itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi aneh ketika solat sebentar tadi.
Para sahabat pun berkata, “ya Rasulullah, adakah bila engkau menyatakan rasa lapar itu dan tidak mempunyai makanan untuk dimakan, kami tidak akan mendapatkannya untukmu?
Baginda menjawab dengan penuh kelembutan,” Tidak wahai para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan kamu korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti di hadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini menjadi hadiah buatku dari Allah, agar kelak umatku tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Subhanallah. Betapa agungnya peribadi Rasulullah sehingga apabila para sahabat ditanya oleh seorang badwi tentang akhlak Rasulullah SAW, lantas para sahabat terus menangis kerana tidak sanggup menggambarkan betapa mulianya akhlak baginda.
Baginda tidak pernah memandang enteng dalam hal yang berkaitan dengan kemanusiaan sehinggakan bagindalah orang yang paling berlemah lembut dengan mereka yang berada di sekeliling, tidak pernah berdendam, penuh kasih sayang dan berhikmah. Malahan, baginda menangis tatkala mengetahui bahawa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hinggakan baginda berusaha bersungguh-sungguh membawa dan membimbing umatnya mentauhidkan Allah yang Maha Esa.
Sungguh, kecintaan baginda amat tinggi buat umatnya. Tapi, gambaran yang jelas terzahir pada terpesongnya umat hari ini dari jalan petunjuk-Nya membutuhkan golongan yang mampu membantu mengisi jalan dan mendokong serta meneruskan kembali rentetan kecintaan Rasulullah yang menginginkan kebaikan  buat umatnya, sehingga akhirnya kita akan ditemukan kembali dalam keadaan yang tersenyum dan bahagia, bukan sebaliknya yang menjadi natijah pada tiap pilihan hidup yang tersasar dari redha-Nya.
Oleh: Harlequin_mujahidah
Sumber: ISMA-Mesir
Ya Allah..jauhnya jika nak dibandingkan kecintaan daku kepada umat ini berbanding cintamu yang sungguh suci..Moga kita dikurniakan keikhlasan, rasa kasih kepada umat, dan kesungguhan dalam mengislah (memperbaik) masyarakat ini.
Sebahagian daripada kita, apabila melihat kepada maksiat yang berlaku, mungkin lebih laju mulutnya melatah, mengutuk atau memandang hina si pelaku maksiat tersebut. Ya, tidak dinafikan kita benci kepada maksiat/perkara-perkara dosa. Tapi, tidak seharusnya kita membenci si pelaku maksiat itu..kerana mereka memerlukan kasih sayang kita untuk menyelamatkan mereka dari azab Allah SWT. Mungkin mereka tidak meminta kecintaan itu daripada kita, tapi kita yang bertanggungjawab menzahirkan rasa cinta ini.
Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dengan kecintaan agungnya terhadap umat ini. Tidak sekalipun Baginda mencerca, berkata kesat mahupun memandang dengan pandangan hina terhadap masyarakat sekelilingnya yang masih belum menerima hidayah.
Wahai daei, hidayah itu milik Allah. Namun, kita yang merasakan beban tanggungjawab ini lah yang perlu menjadi mediator hidayah tersebut. Lalu, bagaimanakah kita mahu 'menghulurkan hidayah' yang suci dengan hati yang penuh benci kepada si pelaku maksiat? Jangan hanya menyebarkan video tentang realiti umat akhir zaman, kemudian membiarkan mereka yang di dalam video tersebut dikutuk dicerca...tetapi tanganmu tidak mengubah apa-apa....
Ya Allah, jauhilah diri kami dari kebencian yang salah..kurniakan kecintaan yang meninggi dalam diri kami agar ummah menyedari betapa kasihnya kami kepada mereka....ameen.