Monday, August 6, 2012

tazkirah gamek ibrahim malam ke-4

tazkirah gamek smlm menyentuh berkaitan amal soleh.. 

ada 5 perkara utama..(tp x brapa fhm sgt)

antaranya,

-bykkan selawat dan ketaatan kpd ALLAH
-beribadat kpd Allah tanpa menyekutukannya dgn apa sahaja (tidak terkecuali perniagaan dan harta)
-menjaga solat terutamanya solat wusto yakni solat asar dan solat isya..

sbb klu asar : org da penat balik drp kerja..kdg2 terlepas solat ni..
solat isya : da mlm sgt,kdg2 org terlelap hingga ke subuh bru sedar.

-menunaikan solat 5 waktu..kt sini ditekankan pasal wudhuk..kita wudhuk 5x..dy bg cth kereta..mana lg bersih,kereta yg basuh dgn kerap atau sekali sekala sahaja...samalah dgn jiwa kita..solat adalah penyediaan jiwa menghadap ALLAH..

-baca al-quran

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." [2:185]

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya." ( Riwayat Muslim )

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." ( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

-bulan ramadhan adalah bulan perjuangan dan ihsan.

No comments: