ceramah nuzul al-quran kt asrama mara td..
-sebutan yg benar dr sudut bahasa arab adalah nuzul al-quran نزول القرآن ..bukan nuzul quran نزل قرآن..
-kekhilafan terhadap tarikh nuzul al-quran..ada yg ckp 17 ramadhan , ada kata 24 ramadhan..
-ibnu abbas menyatakan tarikh nuzul al-quran adalah pada 24 ramadhan bersamaan 13 ogos 610 masihi..dalil yg diguna pakai ada 3..
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, [2:185]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; [ad-dukhan 44:3]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [al-qadr 97:1]
kenapa al-quran diturunkan secara beransur2?
1. supaya mudah difahami oleh bangsa arab jahiliyyah ketika itu..ketika zaman jahiliyyah mereka suka bersyair..
tp ble dpt ayat al-quran ni, dyorg terkejut..xpernah ada ayat yg setanding al-quran..ayat al-quran susunan nahunya yg begitu sempurna..dan ini sudah tentu bukan kalam manusia..
islam mula menyusup masuk ke dalam hati mereka secara beransur2..
2. mudah difahami dan dilaksanakan..anak saidina umar (abdullah ibnu umar) ni, dia amek satu ayat dan amalkan dahulu...bru hafal..
3. mudah utk dihafal
Dan orang-orang yang kafir berkata:
"Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?"
Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. [al-furqan 25:32]
-al-quran juga mencabar orang kafir supaya mereka berfikir
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan:
"Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! "
katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar". [hud 11: 13]
Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya? [hud 11:14]
(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!". [yunus 10:38]
No comments:
Post a Comment