Monday, August 6, 2012

tazkirah gamek ibrahim malam ke-15

tazkirah gamek ibrahim mlm ke-15 smlm menyentuh berkaitan quran (sambungan tazkirah kelmarin),

-al-quran adalah mukjizat yg kekal hingga ke hari kiamat kelak

-al-quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." [2:185]

-al-quran bukan kalam (tulisan) manusia

-al-quran diturunkan dlm bahasa arab

tambahan : "Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya." [az-zukhruf 43:3]

para sahabat mengamalkan suruhan ALLAH yg termaktub di dalam al-quran dgn bersungguh2..

cth : kisah sahabat terdahulu berkaitan arak ,

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." [5:90]

"Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". [2:185]

-al-quran pengubat hati, (sy xtau nk translate yg ni...pandai2 je nie...tp ayat dy kt bawah ni la)

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." [3:139]

-ada org baca quran pakai akal, tp bukan dgn hati, yakni x menghayati isi2 dlm quran itu sendiri.

Sayyidina Umar yang mengambil masa 10 tahun menghafaz surah al-Baqarah. Sebagai tanda kesyukuran beliau telah menyembelih unta.

-al-quran adalah mulia dan terpelihara di lauh mahfuz,

"..Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi)." [80:11]

"Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya." [80:12]

"(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -" [80:13]

"Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -" [80:14]

"(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;" [80:15]

"(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti." [80:16]

-beramallah dgn al-quran dgn sebenar2nya, (pandai je tambah...tp ayat dy kt bawah ni)

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? 

Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh." [4:60]

semulia2 manusia di sisi ALLAH adalah mereka yg bertaqwa,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." [49:13]

berpeganglah kpd al-quran dan sunnah..

tambahan : "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku" [hadis riwat Imam Malik] 

di dlm al-quran terkandung syariah Allah..,. 






No comments: