Wednesday, August 8, 2012

kerana Dia


“nak, bukak surah al-imran.syeikh tgh bce surah tu td.bukan sambungan sebelum ni..”,

tegur seorang mak cik yg sudah separuh abad usianya setelah melihat aku terkedek2 membelek2 mencari halaman surah yg sedang dibaca oleh syeikh utk terawih rakaat ke-3.

“Oh..mesyi2.. (baik2),” aku membalas.

Surah al-imran sudah dibuka tp halaman yg dibaca masih tidak jelas kelihatan..

“alamak, syeikh da abes bce fatehah…xpe la..ikut flow je la cmni.” Aku mengangkat takbir.

Setelah selesai rakaat ke-4, mak cik td yg bersolat disebelah kananku menegurku kembali sambil mengeluarkan mushafnya.

“nak, ayat ni..kamu igt ayat ni dan buka mushaf kamu..igt ya..”

Mak cik itu seakan2 fhm keadaan ku..manalah tidaknya,aku menutup musafku kembali setelah ayat yg dicari2 tidak dijumpai.

Mak cik itu, wlaupun sudah berusia hampir separuh abad, hafazannya tidak pernah hilang drp ingatannya.walaupun tidak mampu berdiri lama, bersolat secara duduk, tapi dia masih bersemangat utk menghadiri terawih yg panjangnya sejuzuk setiap malam..jika istiqamah, mau habis satu quran serentak dengan berakhirnya ramadhan.

Peristiwa itu mengingatkan aku kembali terhadap diriku yg dulu..zaman silamku.solat hanya yg fardhu.terawih jarang sekali..klu p, mau yg 8 rakaat dan bacaannya harus berkelajuan kereta lumba formula 1 yg dipandu oleh setidak2nya alex yoong.

Aku masih teringat tika mana aku merangkak2 membaca al-quran..walaupun sudah meningkat remaja.bila mana ada tilawah al-quran, akulah yg berada di barisan paling terkebelakang supaya org lain tidak perasan kewujudanku..

Aku masih teringat tika mana aku tidak mahu berkongsi al-quran bersama org lain ketika di asrama bukan kerana aku kedekut tp malu dan segan sekali jika mereka mendengar bacaanku yg merangkak2..mungkin kura2 pun lebih laju drp bacaanku.

Aku malu..pernah satu ketika , bila mana aku menghadiri qiam perdana sekolahku, surau ketika itu gelap.qiam la katakan…org ckp afdhal gelap..lebih khusyuk..aku duduk di barisan paling hadapan.entah kenapa tiba2 aku bersemangat utk berada di saf paling hadapan pada ketika itu..ketika itu solat tasbih..itulah kali pertama aku melakukan solat sunat tasbih dlm hidupku..

Seusai solat sunat, kami berzikir..aku dpt merasakan bahawa itulah zikir yg paling menyentuh hatiku..itulah zikir yg membuka pintu hatiku..suara imam sgt mendayu2 mengikuti rentak zikir yg dialunkan..khusyuk sungguh imam itu.

Secara beransur2 aku dpt merasakan spt ada satu cahaya ketenangan yg masuk ke dalam jiwaku..apakah perasaan ini? Adakah ini hidayah drpMu?

Air mata begitu deras mengalir di pipiku..aku xpernah merasa kehangatan spt itu..mulai saat itu, aku berazam utk berubah.mencari hidayah Ilahi yg akhirnya Alhamdulillah aku temui di sini..di bumi para nabi ini..di bumi di mana nabi musa beruzlah utk bertemu Tuhannya..bumi di mana penduduknya walaupun miskin tp semangat mereka utk meneruskan hidup xpernah putus.

Beratur panjang di pagi hari utk menunggu roti eish utk dijadikah sarapan pagi.

Mengejar bas yg sedang bergerak dan melompat masuk ke dalam bas utk ke tempat kerja.

Ini adalah rutin harian yg seringkali kelihatan di sini.

Di sini aku mengikuti proses dakwah dan tarbiyah yg lama kelamaan mengubah diriku, mengislah diriku menjadi lebih baik.aku bersahabat dgn org2 yg sentiasa mengingatkan aku berkaitan solat di awal waktu, amalan sunat, kebajikan terhadap org miskin, amalan membaca al-quran dan zikir ketika waktu lapang.

Walaupun pada awalnya aku agak memberontak kerana ada saja alasan yg bermain2 di fikiranku.

“jgn hipokritlah!”

“ini bukan aku”

“Ko xkn istiqomah la..percayalah 2-3 hari lepas ni ko akan penat je..and back to the normal,”

“lecehla, dyorg sume mmg budak baik..senanglah nk buat mcm2 amalan sunat .”

Tp aku cuba..aku cuba sedaya upaya menepis semua alasan2 ini..mujahadah itu mmg pahit..dan setiap kali aku cuba utk bermujahadah, aku akan jatuh gedebup! Dan sakitnya mmg amat terasa..pedihnya menghiris hati..kerana aku igt menjadi baik tp kenapa sesusah ini?...

sahabat2 seusrahku dan murabbiku xpernah pun nk mengkritik percubaanku.walaupun dlm usrah itu, aku merasakan akulah yg paling tidak sempurna berbanding mereka, maklumlah mereka drp keluarga yg alim2..berkopiah dan bertanda di dahi..aku hanyalah berasal drp keluarga elit yg menjulang tinggi akademik..slogan ringkas,

“tiada ilmu, kita bukan siapa2..”

“org lain akan pijak kita klu kita tidak berilmu”

Tp aku terus memberikan harapan pada diriku..

“klu org lain boleh, kenapa tidak aku?”

“mereka manusia, aku pun manusia, jd apa bezanya?”

Inilah kata2 yg mendorong aku utk terus berada di atas jalan ini..dan aku percaya, yg lebih penting adalah pandangan ALLAH bukan pandangan manusia.

Dan demi hidayah ini, aku terus di sini.setiap kali aku melihat sahabat2 ku yg masih mencari2 jalan yg sebenar, aku terlihat sisi gelapku suatu ketika dahulu.hendak sahaja aku menarik tangan mereka menyuluh dan memandu mereka menuju jalan yg sama dgn ku..tp apakan daya, hidayah itu milik ALLAH..mungkin belum sampai masanya mereka merasai apa yg aku rasa.

Dlm sujudku aku selalu berdoa agar ALLAH thabbitkan (teguhkan) diriku atas jalan ini.walaupun jalan ini xpernah mudah,xpernah menjanjikan kesenangan hidup di dunia, namun tidap mengapa kerana balasan yg kekal abadi itu masih menunggu2 mereka yg berjuang di jalanNya..

ALLAH,teguhkan hati ini di atas jalan ini..jgn Kau pesongkan hatiku setelah Engkau Berikan PetunjukMu.tunjukkan kami jalan yg lurus, jalan yg Engkau Redhai , bukan jalan yg Engkau Murkai.

No comments: