Sunday, February 22, 2009

Best Wishes From My Akhawati

Assalamualaikum wbt..

Sejak belajar tentang ukhuwah fillah, terlalu banyak ujian mengenai ukhuwah datang menimpa. Meminjam kata-kata seorang ukhti, “Takpelah, ukhuwah fillah tu yang membawa kepada syurga. Nabi SAW sebut dalam hadis bahawasanya dua orang yang bersaudara kerana Allah akan masuk syurga. So, memanglah susah. Bukan senang nak masuk syurga, sebab tu bukan senang nak berukhuwah kerana Allah. Yang penting berapa banyak kita melangkah, mencuba untuk mencapai ke arah itu, sebab Allah tahu setiap usaha yang kita dagangkan.” Jazakillahu khairan kathiran ya ukhti!

Dan masa tengah-tengah exam ni, mak ayah takde, tapi kita kena sentiasa ingat bahawasanya ukhuwah kerana Allah itu adalah lebih mulia daripada persaudaraan darah. Bila mak ayah takde, ade ukhti datang teman. Bila dalam masalah, ada ukhti bagi sokongan. Bila susah dalam pelajaran, ada ukhti bagi bantuan.

Tekanan exam tetap ada…apatah lagi pointer2 yang lepas tak memberansangkan sangat. Usaha kena berganda2. Pegang amanah rakyat, guna duit mereka…kalau study tak score, rasa bersalah je. Anyway, mungkin terlambat untuk share these with you sebab exam dah separuh dah, tapi nak share gak. Antara kata2 perangsang dari akhawati yang disayangi:


[Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri...Perbaikilah kekuranganmu, gunakanlah kelebihanmu ke arah menjadi muslimah yang diredhai Allah...Gudluck in your exam; Bittaufik wannajah, insyaAllah...]


["Dan bahawasanya seorg manusia tiada memperoleh selain apa yang diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya kelak akan diperlihatkan kepadanya, kemudian akan dibei balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna (53: 39-41)]


[To: Enoll - All d best in ur exams. Rabbuna yunajjah, insyaAllah. "Dan brgsiapa bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia menjadikn baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2 dan barangsiapa bertawakal kpd Allah, maka Dia itu cukup baginya." (at-Talaq: 2-3)]



[Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh2 menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya (84: 6)]


[Imam Syafie berkata: "Sesiapa yang tidak mahu merasai kepahitan belajar yang seketika cuma, dia akan meneguk kehinaan di sepanjang kehidupannya." - STUDY UNTUK ISLAM!]


[Dear ukhti enol~Berjihad kerana matlamat..bukan kerana semangat..kerana menerusi matlamat akan lahir semangat..Yalla! Sama2 menjadi dikalangan tokoh2 terbilang Islam =) syudda hillak!!]

Kata-kata semangat..yang dipetik dari kalam Tuhan..betapa banyaknya pengajaran dari setiap ayat Allah.."Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" [al-Qamar:22]

Sungguh aku dan kamu berada di jalan jihad fisabilillah, maka susah itu sebagai perhiasan, kerna cantiknya belum kelihatan, tapi manisnya tetap kau rasakan, jika hatiku dan hatimu ikhlas mengerjakan...insyaAllah~

Akhir kata..jazakunallahu khairan kathiran ya akhwati!! Uhibbukunna fillah wa lillah!

Wassalam...

1 comment:

Syafiq Shahbudin said...

salem3lekom ya bent~

ahsan ahsan geddan... kater hadith bita3ak...

shokran lel kutob fey heyna.

p/s: ba3den emtihan yalla reodah fel monsoura!! hehe~

~7elw~