tazkirah
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bursa saham tempatan yang tidak terlepas daripada kesan kejatuhan bursa saham dunia telah menyebabkan nilai kekayaan 40 rakyat Malaysia terkaya menyusut RM75.6 bilion pada tahun lalu, demikian menurut kaji selidik majalah, Malaysian Business.
Menurut majalah itu, kekayaan terkumpul kesemua 40 individu dalam senarai berkenaan telah jatuh kepada RM96.30 bilion pada 16 Januari ini berbanding RM171.9 bilion, tempoh sama tahun lalu.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) jatuh sebanyak 37 peratus sejak kaji selidik yang lalu ekoran krisis kewangan global yang turut menjejaskan harga saham dunia.
Menurut kaji selidik itu, jumlah kekayaan bagi hampir separuh 40 rakyat Malaysia terkaya jatuh sehingga 50 peratus atau lebih, menjadikan bilangan orang terkaya seramai 14 berbanding 19 orang tahun lalu.
Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok masih berjaya mengekalkan kedudukan dalam senarai itu dengan nilai kekayaan sebanyak RM26.6 bilion berbanding RM58.1 bilion, tahun lalu.
Majalah itu berkata, jurang antara beliau dan Ananda Krishnan selaku orang kedua terkaya, semakin kecil dengan harta berjumlah kira-kira RM20.1 bilion, diikuti oleh peneraju Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion) dan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation (RM7.4 bilion).
Tempat kelima dalam senarai dipegang oleh pemilik Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan yang memiliki harta bernilai RM4.5 bilion berbanding RM11.1 bilion, tahun lalu.
Majalah itu berkata, balu kepada pengasas Genting Group, Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Seri Lee Kim Hua muncul buat pertama kali dalam senarai dengan menduduki tempat keenam dengan nilai harta berjumlah RM3.5 bilion sekali gus menjadikan beliau wanita paling kaya di negara ini.
Individu lain dalam senarai 10 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary (RM3.18 bilion), Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group (RM1.79 bilion), Tan Sri Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau (RM1.64 bilion) dan Tan Sri Azman Hashim dari Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).
[Utusan Malaysia, 17 Februari 2009]
Kerugian berpuluh bilion itu bukanlah menjadi satu kerugian sekiranya ia hilang pada jalan Allah. Adalah lebih merugikan sekiranya untung masuk sepanjang masa, tapi tiada yang diinfakkan...
Tujuan enoll menulis bukanlah nak condemn jutawan-jutawan tuh. Cuma terfikir masa baca tadi, rupa-rupanya ramai orang kaya Malaysia eh. Harta sampai berpuluh-puluh bilion. Seronok...nak apa-apa pun boleh dapat..
Tapi ingat, ada 'sumthing' yang tak mampu dibeli dengan harta. Iaitu 'MARDHATILLAH' melainkan harta itu diinfak kpd jalanNya. Dan ingatlah kita, sentiasa bersyukur di kala susah, tidak berharta, sakit dan sebagainya kerana kita tidak tahu mampu atau tidak untuk hadapi ujian kesenangan, harta melimpah ruah, kesihatan. Ingatkah kita kepada Allah di saat penuh nikmat dunia? Kalau ingat, alhamdulillah...kalau tak ingat, nauzubillah...
Dalam apa jua keadaan pada diri, kembalilah kepada sirah Nabi SAW. Kayakah Nabi? Kaya iman...
Ada tak sahabat-sahabat yang kaya? Ada...contoh? Uthman r.a.
Bagaimana diuruskan hartanya Uthman r.a? MasyaAllah...terlalu banyak sumbangannya pada Islam.
Tapi kita? Jumpa orang minta sedekah tepi jalan...hulur tak sedikit wang? Tak..kenapa? Tak bawak duit...duit cukup-cukup je nak makan kat kuliah..
Tak hulur duit...hulur tak doa? Tak kaya duit pun, biar sentiasa kaya dengan doa, insyaAllah
Memetik kata-kata Allahyarham Rahmat Abdullah, "Lihatlah bedanya keluarga dunia, benda dan nafsu dibandingkan dengan keluarga akhirat, iman dan akhlak. Apa yang mampu dihasilkan keluarhga moden dengan kecukupannya dibandingkan keluarga para Rasul dan orang-orang saleh dalam kekurangan mereka. Soalnya bukan kaya atau miskin, tetapi keterikatan dan kesetiaan mereka kepada Allah."
Dari Urwah, dari Aisyah r.a, beliau pernah berkata: "Demi Allah wahai ananda, pernah kami memperhatikan hilal (bulan sabit), kemudian satu hilal, sampai 3 hilal dalam 2 bulan, tiada api yang menyala di rumah Rasulullah SAW." Aku bertanya: "Apa yang menghidupimu selama ini?" Beliau menjawab: "Air dan kurma. Hanya saja Rasulullah SAW punya tetangga yang memiliki kambing susu, mereka mengirimkan sebahagian susunya untuk minuman kami." [dipetik dari buku Untukmu KAder Dakwah, KH Rahmat Abdullah]
Zuhudnya Rasulullah SAW..namun insan itulah yang mencetus sinar Islam ke seluruh dunia yang ada pada hari ni...
No comments:
Post a Comment