WASHINGTON: Dua satelit di ruang angkasa yang terletak ratusan kilometer dari bumi berlanggar, memusnahkan satelit komersial Iridium yang menyebabkan banyak rangkaian perkhidmatan komunikasi terputus.
Bethesda, syarikat yang berpangkalan di Maryland berkata, pihaknya kehilangan satelit berkenaan, semalam selepas ia bertembung dengan sebuah satelit Russia - yang dianggap pelanggaran besar pertama di ruang angkasa.
“Ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku kerana satelit Iridium direka bentuk khas bagi mengelak kejadian seperti ini menimpa," kata syarikat itu.
Syarikat itu kini sedang mengambil tindakan segera untuk menggantikan satelit terbabit dengan satelit gantian yang berada di orbit.
Satelit Iridium kendalian swasta itu mempunyai 66 rangkaian komunikasi dan kemalangan itu dianggap syarikat itu bukannya membabitkan kegagalan teknologi syarikat itu. - AFP
(Berita Harian - 12 Februari 2009)
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi."
(Yaasiin: 82)
~Tiada yang mustahil di tangan-Nya..hebat manusia, hanya dunia..tapi kalau Allah nak tunjuk hebat-Nya di dunia, sapa bleh lawan?~
~MAKA MENGAPA MEREKA MASIH MENYOMBONGKAN DIRI?~
No comments:
Post a Comment