Showing posts with label dari jiwa. Show all posts
Showing posts with label dari jiwa. Show all posts

Thursday, September 24, 2009

Lirik Untukku Dan Yang Sejiwa Denganku (ceh..!)

Muhasabah dan mentajdid iman...

Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan.
Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan, namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
Haruskah aku mengalah,
namun jiwa kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan, uji keimanan,
Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan, setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah, perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.
Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata, PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,

Segalanya dariMU.



Langkah Tercipta - UNIC

Thursday, September 3, 2009

Sebuah Permulaan Yang Belum Pun Bermula

Sekadar sedikit luahan dari jiwa seorang hamba..

kadang-kadang..kita semangat nak memulakan sstu yg baru..
sebuah kehidupan yg baru...

sebuah harapan yg baru...
dan seorang diri yang baru...

tapi hakikatnya, tidak mudah untuk memulakan semua yg baru itu..

aku sudah mula melangkah sebelah kaki..
untuk memulakan perubahan pada diri...
namun langkahan pertama itu diiringi ujian Ilahi..
yg menguji bersediakah kau duhai hati...
nyata sekali langkahan itu terhenti...

entah kenapa..berat kakiku terasa..
untuk memulakan langkahan kedua..
apakah kudrat sudahpun tiada...
untuk mengiringi langkahan pertama..
muhasabah, ku tanya diri..mengapa?

lama aku mencari di mana hilangnya sema
ngat tadi..
lama aku mencuba untuk melangkah lagi..
lama ku tanya hati, kenapa begini...
dan lambat sekali aku menyedari..
jawapan untuk semua ini..


kaki itu tidak melangkah kerana di depan ku ada arus deras..
arus sungai air mata yang mengalir tanpa henti..
mana mungkin aku melangkah untuk merentas..
kerana bimbang bahaya pada diri...
dan apakah kesudahannya langkahan tadi?

ia telah pun berhenti..
malah arus tadi mula menghakis tanah yg hampir di kaki..

kaki yg tadinya memulakan lngkahan pertama..

terpaksa melangkah ke belakang semula..
dan kembali ke tempat berdirinya aku seperti awalnya..

aku sudahpun memulakan sesuatu yg baru itu...
namun yg lama masih bersamaku...
kerana derasnya air mata yg menghalang langkah ku..
sekarang ku tanya hati..mengapa begitu deras arus sungai itu?
jawab hati..kerana aku masih tiada bersedia wahai tuanku..

duhai diri..hidup ini memerlukan pengorbanan..
yg mungkin tak sanggup untuk kau buat pilihan..

selagimana belum ada persediaan..
semua 'yg baru' itu hanyalah angan-angan..

berhentilah air mata..teruskan perjuangan..

Sunday, June 28, 2009

kerana ia sebuah kekuatan

hari ni, berpisah lagi..
setiap yg bertemu pasti berpisah..
walaupun sementara, namun kita belum tentu bersua..
yg ada cuma doa..supaya aku layak bersamamu ukhti..
di Jannah-Nya..

eceh, opening xleh blah.. =P
anyway, ye..hari ni berlaku satu lagi perpisahan sementara yg sgt memberi kesan pada diri enoll..tidak banyak yg boleh enoll kongsikan mengenai ukhti tersebut..sebab segalanya hanya tersimpan di hati..

namun, tak macam perpisahan2 yg dulu..tiada lagi air mata enoll yg mengiringi langkah ukhti itu..(biasanye cengeng..keje nak nangis je)..

dalam hati, ada rasa sedih..
dalam fikiran, ada pelbagai andaian..
mampukah aku terus 'kuat'..
mampukah aku terus berdiri..
walau mungkin ukhti tidak sedar betapa bermakna dirinya kepada enoll..
betapa banyak kekuatan yg dia tanam dalam diri enoll..
betapa hebat contoh yg dia tunjukkan pada enoll..
atau mungkin dia tak pernah tahu berapa nilai dirinya di sisi enoll..
sungguh ukhti, mengenalimu hanya seketika, manfaatmu tidak terhingga..
Jazakillah..atas segalanya..

mengapakah tidak mengalir air mata perpisahan yg dulunya sentiasa mengiringi orang2 yg tersayang? tidakkah aku sayang padamu ukhti?

ya, inni uhibbuki fillah insyaAllah..
dan keringnya air mata itu kerana pergimu memberi satu kekuatan padaku..
satu kekuatan yg sebelum ini belum pernah ku huni..
Jazakillah ukhti!!

Wednesday, June 3, 2009

"korg penah x ada masalah mcm aku ni?"

this was one of my post in a forum..i shared with the forummers there...and now, wish to share it here..satu luahan rasa yg lama terbuku di hati enoll...hingga sekarang..

salamullahi 'alaik..

aku..nak bercerita pasal kekasih 'gelap' aku..
straight to d point ya

~aku sayang sangat kekasih 'gelap' aku ni..
sebabnye?

sebab:

1) Dia tak pernah clash aku..mcmana nak clash, declare kapel pon xpenah..hehe..tp aku tau, dia sayang aku..(sbbnye, selain no1 ni)
2) dah sayang tu..dia setia, x pernah curang..x pernah lupa kan aku..
3) Dia sentiasa je ada bila aku sedih
4) Dia bagi aku macam2..smpai aku tak tau cmna nak balas..aku tau dia yang bagi, tp kadang2 aku cam xnmpk die yg bg sume tu..huhu
5) Dia kenal mak ayah aku dengan rapat sekali! (aku xpernah plak kenalkan dorg..tp bleh plak de kenal mak ayah aku)
6) Dia tak pernah tengok kekurangan aku..menerima aku seadanya
7) Dia tak pernah gaduh ngan aku..aku je yang asek cari problem
8) Dia ikhlas terhadap aku...aku tau..sbbnye, (selain dr sbb yg no 8 ni)
9) Aku penah tinggalkan dia berkali2(sbb aku x rs pon die tu kekasih aku so buat ape nak ambik berat lebih2), tp dia ok je..still ada di sisi aku..
10) Dia banyak tolong aku..aku rasa takleh hdup kalau dia x tolong...aku tau je die yg tolong, tp mcm no4 td laa..kadang2 aku xnmpk
11) Aku terlanjur dlm banyak perkara, dia still terima aku
12) Aku 'menduakan' cintanya dalam tidak sedar(sbb mmg aku rs aku xcintkan dia..huhu)..dan dia tau..tp dia tetap bersamaku
13) Dia perfect! Aku takkan jumpa yang laen seperfect dia! (tp still aku nak kat org laen)
14) Dia sntiasa paham keadaan aku (tp aku nak jugak luah kat org laen..bukan kat dia)
15) Masa aku gembira, aku slalu je lupe kat dia...masa aku sedih baru aku cari dia..
16) Kadang2, bila masalah datang..aku jd terpikir kat die..hati ak tenang balik
17) dalam kalamnya..dia yakinkan aku..bahawa dia cinta sejati aku..tp aku biarkan je die
18) dia antar 2org bodyguards untuk tengok2kan aku..haha..aku tau je, cuma aku still buat apa aku nak buat so aku buat dek je..
19) dia ceritakan kpd aku byk mende..supaya aku jdkan pengajaran..esok2 aku xwat gitu..sayangnye die kat aku
20) dia buat aku rasa aku ada tujuan untuk hidup ni....

tp korang nak tau apa terjadi ngan hubungan ni?
aku jatuh hati kt org laen...aku pon tak tau..,aku jd lupa kat dia bila aku duk ngan org tu...org tu..xdelaa seperfect dia ni..mmg xleh challenge ar! bagai langit ngan bomi!

tp aku stil nak kat org tu..kenapa ek? mungkin ke org tu cintenye lagi hebat dr cinta dia td?

korg penah x rs cm aku ni ha? huhu....

hmm...bg la komen mahupun nasihat korang kat enoll ye...jzkk..
for my upcoming post...i'll write here the comments from some forummers there to this post..
k..tata~

Sunday, April 5, 2009

Kalaupun Ingin Ku Jadi Musuh

Kepada sesiapa yang tidak menggemari ayat-ayat berbunga dan penuh perumpamaan yang bombastik serta kepada yang tengah pening-pening dengan urusan-urusa yang sungguh memeningkan, harap tidak membebankn otak anda dengan words of mine below keyh!~

Untuk aku yang ingin menjadi sahabat..

Ya, aku ingin menjadi seorang sahabat..
Yang memahami, yang fleksibel, yang setiasa mendampingi sahabatnya ketika susah mahupun senang..

Aku ingin cuba menjadi seorang sahabat..
Yang kalaupun dimusuhi oleh sahabatku dalam diam mahupun silent..
Sungguh aku ingin menjadi 'reservoir host' untuk si dia..
Supaya bilamana dia kesusahan, kesedihan dengan apa yang tidak dapat dia miliki..
Baginya...aku, sebagai pelengkap kepada apa yang tiada padanya...

Tidak mungkin, dan tidak ku mahu..
Diriku menjadi 'vector host' kepada si dia..
Kerana tidak akan ku biar apa yang tersirat di hatinya menjangkiti orang lain..
Sebaliknya ingin ku ubat dan rawat sehingga ia sembuh..
Sekalipun perlu menunggu selama berminggu-minggu..berbulan-bulan..
Sepertimana sukar merawat pembunuh King Oscar II..
TUBERCULOSIS!!

Ya..ingin ku jadi sahabat seperti itu..
Namun belum pun ku termampu..

Suatu ketika, aku lebih senang untuk menjadi 'musuh'..
Kenapa? Mengapa? Dan leyh??
Kerana terkadang, beralasankan sayang, marah ku jadi tidak terkawal..
Beralasankan sayang, aku mula memendam apa yang tidak patut dipendam..
Beralasankan sayang, tekanan demi tekanan dari si dia tidak lagi mampu ku bendung..
Kerana sayang, aku menghidap hypersensetivity..
Yang membina satu rasa against apa yang nature padaku..
Cuba membunuh rasa sayang kepada sahabat..yang sudah subur dan sebati dengan diriku..

Dan tika itu...ingin ku jadi musuh..
Namun ada satu rasa yang menghalang expand of the action of enrangement..
Sepertimana pleura me'limit'kan expand of lung..

Sekalipun ingin ku jadi musuh...
Menjadi parasite..yang sedia 'membunuh'..
Masih ada rasa ingin menjadi 'opportunistic parasite'..
Yang datang kepadanya dikala sahabatku itu kelemahan..

Kalaupun ingin ku jadi musuh..
Menjadi parasite..yang sedia 'membunuh'..
Masih ada rasa ingin menjadi 'facultative parasite'..
Ketika diri terkapai-kapai mencari sumber kekuatan tika diri tidak lengkap..
Tika diri memerlukan seorang sahabat...untuk diriku terus thabat...

Adapun ingin ku jadi musuh..
Ketahuilah kau yang bergelar sahabat..
Ku akui..katamu, sayang itu tiada dapat dipadam..
Tidak mungkin kita tahu dimana ia..
Tidak mungkin kita kesan dimana kedudukannya..
Untuk kita bunuh dalam diam mahupun nyata..
Buktinya...bila benar sayangnya itu kerana si Dia..

p/s: tak tau nak categorize ni sajak ke pantun ke syair ke cerpen ke karangan ke ucapan alu-aluan ke apa..kepada yang paham, tahniah..dan kepada yang kurang paham, pegi baca subjek parasit..hoho..
apapun, janganlah sekali-kali cuba jadi musuh kepada sahabat..nyata mahupun tersulit, terselit, tersepit, supaya tiada dirimu terkepit antara keinginan hati dan keinginan nafsu..

Dengarkanlah lagu ni..moga ada hati yang terubat~wassalam..


Antara Kita - Fareast

Tuesday, March 10, 2009

Islam Memuliakan..It's Time To Move!!

Assalamualaikum wbt..

Artikel ni enoll dapat from a forum, jazakallah to the one who posted it..
Do read it keyh! I'll write ma opinion at the bottom =)

Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan "PALESTINA" setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan "PALESTINA". Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah... .



Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.


Right then, nice. Kad kuning pon..kuning laaaaa~~Allah knows best! Congratz Kanoute!

Anyway, ermm..tindakan beliau sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada enoll untuk tajdid balik hadaf dan ghayah diri..

I'm suprised? I have to say 'yea'..
Bukan apa, orang yang hidup senang macam pemain bola sepak yang terkenal ni pun masih kekal memberi sumbangan untuk agama, tunaikan hak akh nya, ada hadaf dan ghayah yg jelas..bukanlah maksud enoll nak bandingkan orang kaya dengan orang miskin, tapi ujian dalam bentuk kesenangan itu pada enoll lebih bahaya berbanding dalam bentuk kesusahan. Tapi kalau mampu maintain beribadah kepada-Nya, masyaAllah, kagum!

Artikel ni sedikit sebanyak juga 'push me a step forward' to leave arsenal day by day..susah nak tinggal kelab tersayang ni!! Huhu..pity me. Pemain dia best2..
Tapi bila baca artikel ni, tertanya pada diri.."Hai, takkan nak tinggalkan kelab kesayangan pun susah kot? Tak guna duit, tak guna tenaga pun. Kanoute sumbang banyak untuk umat Islam kat tempat dia, ko nak tinggal Arsenal untuk tunjuk how much you love Palestine pon tak mampu ke?"

ZZUUPPP!!!~hati kene 'panah'~haha..

I almost leave Arsenal..yeah!! come on noll!!! You can do it!!
How?
Easy...
Specified your interest to personal skill..not team spirit..
BUT ISLAM SPIRIT!!!
Kerana yang memuliakanmu adalah Islam, sepertimana kata-kata Saidina Umar r.a..
Bukannya kelab yang mengisi peluru ke senapang Israel..

Anyway, whatever you feel, whatever you wish, whatever you do..nyata atau tersembunyi..pastikan nawaitu kita sentiasa LILLAH..insyaAllah, Allah akan bantu~

إنه عليم بذات الصدور
(al-Mulk:13)

wassalam..

Sunday, February 22, 2009

Best Wishes From My Akhawati

Assalamualaikum wbt..

Sejak belajar tentang ukhuwah fillah, terlalu banyak ujian mengenai ukhuwah datang menimpa. Meminjam kata-kata seorang ukhti, “Takpelah, ukhuwah fillah tu yang membawa kepada syurga. Nabi SAW sebut dalam hadis bahawasanya dua orang yang bersaudara kerana Allah akan masuk syurga. So, memanglah susah. Bukan senang nak masuk syurga, sebab tu bukan senang nak berukhuwah kerana Allah. Yang penting berapa banyak kita melangkah, mencuba untuk mencapai ke arah itu, sebab Allah tahu setiap usaha yang kita dagangkan.” Jazakillahu khairan kathiran ya ukhti!

Dan masa tengah-tengah exam ni, mak ayah takde, tapi kita kena sentiasa ingat bahawasanya ukhuwah kerana Allah itu adalah lebih mulia daripada persaudaraan darah. Bila mak ayah takde, ade ukhti datang teman. Bila dalam masalah, ada ukhti bagi sokongan. Bila susah dalam pelajaran, ada ukhti bagi bantuan.

Tekanan exam tetap ada…apatah lagi pointer2 yang lepas tak memberansangkan sangat. Usaha kena berganda2. Pegang amanah rakyat, guna duit mereka…kalau study tak score, rasa bersalah je. Anyway, mungkin terlambat untuk share these with you sebab exam dah separuh dah, tapi nak share gak. Antara kata2 perangsang dari akhawati yang disayangi:


[Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri...Perbaikilah kekuranganmu, gunakanlah kelebihanmu ke arah menjadi muslimah yang diredhai Allah...Gudluck in your exam; Bittaufik wannajah, insyaAllah...]


["Dan bahawasanya seorg manusia tiada memperoleh selain apa yang diusahakannya. Dan bahawasanya usahanya kelak akan diperlihatkan kepadanya, kemudian akan dibei balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna (53: 39-41)]


[To: Enoll - All d best in ur exams. Rabbuna yunajjah, insyaAllah. "Dan brgsiapa bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia menjadikn baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka2 dan barangsiapa bertawakal kpd Allah, maka Dia itu cukup baginya." (at-Talaq: 2-3)]



[Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh2 menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya (84: 6)]


[Imam Syafie berkata: "Sesiapa yang tidak mahu merasai kepahitan belajar yang seketika cuma, dia akan meneguk kehinaan di sepanjang kehidupannya." - STUDY UNTUK ISLAM!]


[Dear ukhti enol~Berjihad kerana matlamat..bukan kerana semangat..kerana menerusi matlamat akan lahir semangat..Yalla! Sama2 menjadi dikalangan tokoh2 terbilang Islam =) syudda hillak!!]

Kata-kata semangat..yang dipetik dari kalam Tuhan..betapa banyaknya pengajaran dari setiap ayat Allah.."Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" [al-Qamar:22]

Sungguh aku dan kamu berada di jalan jihad fisabilillah, maka susah itu sebagai perhiasan, kerna cantiknya belum kelihatan, tapi manisnya tetap kau rasakan, jika hatiku dan hatimu ikhlas mengerjakan...insyaAllah~

Akhir kata..jazakunallahu khairan kathiran ya akhwati!! Uhibbukunna fillah wa lillah!

Wassalam...

Tuesday, November 25, 2008

He is The Best for me

assalamualaikum wbt..

i haven't write for about 1 month..what a lucky day..
lama tak menulis, banyaklah jugak yang accumulate..
apa sekalipun yang terjadi dan akan terjadi, sebenarnya adalah yang membentuk diri kita..

sometimes..it's okay to cry, for us to appreciate the last smile..
sometimes..it's okay to hurt, for us to live without the 'dirt'..
sometimes..it's a fair to give, if it's a 'payment' for a relief..
sometimes..it's okay to lose, if it's a pace for a dream becomes truth..

Everything goes out of control. Pity me. But it's okay because it actually made me realize Who's The One controlling me and 'the people'..Who holds our hearts..

Tapi adakala, di saat susah, hadir seseorg yang meringankan, di kala air mata mengalir, hadir seseorang menenenangkan, di saat hati terluka, hadir seseorang memberi dakapan. Maka terubatlah segala-galanya..at least untuk sedikit masa.

Tapi kita terkadang tak sedar di mana diletakkan pergantungan kita yang sebenar? Pada seorang ibu? ataupun ayah? Pada seorang teman? Atau seorang kekasih? Dan kita biarkan Dia yang merindukan rintihan kita berpanjangan...

This post is specially dedicated to my beloved sis..and to a beloved friend. Thanks for stimulating me to think. Manusia, memang inginkan perhatian atau kasih sayang yang dizahirkan. Mereka tend untuk mengadu kepada orang yang memahami. Sehingga membelakangkan pergantungan kepada-Nya. Meminjam kata-kata seorang ukhti (semoga dalam jaggan-Nya),"Masalah itu datangnya dari Allah, dan pasti penyelesaian yang terbaik untuk masalah itu juga ada pada-Nya." Jadi, mengapa kita mencari-cari manusia di saat kesedihan, kesusahan sebelum kita mencari Yang Maha Penyayang? Ukhti tu menjelaskan lagi,"Bukanlah bermaksud kita tak boleh mengadu kepada manusia. Kadang-kadang kita tak tau bahawa Allah mengirimkan si dia itu sebagai 'mediator' sbb dia ada pengalaman atau sebagainya. Cuma apa yang saya nak tekankan, dahulukanlah Allah."

Kesimpulannya, Dia Maha Mendengar, Dia Maha Melihat, Dia Maha Besar, Dia Maha Memberi Rahmat....kembalilah kepada-Nya..

RAHMAT UJIAN (by MESTICA)

Dalam derita ada bahgia, dalam gembira mungkin terselit duka..
Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu..
Bibir mudah mengucap sabar, tapi hatilah yang lenguh menderita..
Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran..

Segala takdir, terimalah dengan hati terbuka..
Walau tersiksa, ada hikmahnya..

Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma..
Itu jelas nak membuktikan Allah mengasihimu setiap masa..
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan..
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya..

Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan..
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi..
Maka bersyukurlah selalu..

Saturday, October 4, 2008

Fallin' in Love With You Mr R

Kau hadir ke sisiku membawa berita
Khabar gembira buat aku yang berduka
Khabar cahaya penerang jiwa
Khabar cinta...Yang Maha Esa

Namun terkadang ego berkuasa
Ku turutkan nafsu mengalahkan segala
Ku biarkan janjimu terhias di jendela
Ku anggap dirimu sekadar sahaja

Dalam diam kau suburkan perasaan
Dalam diriku ia dirasakan
Sukar diungkap, tidak dilisankan
Indahnya rohani dihiasi iman

Wahai teman..kini ku rasa kehilangan
Kehadiranmu hanyalah satu persinggahan
Kehangatanmu masih dapat ku rasakan
Namun apakan daya, daku telah kau tinggalkan

Kau pergi bersama hati ku kau curi
Kau pergi tinggalkan daku di sini
Kau pergi namun janjimu kau tepati
Kau pergi...dan apakah mungkin kau kan kembali?

Perginya dirimu satu penghabisan
Perginya dirimu juga satu permulaan
Hadirmu dulu satu penghayatan
Membina ikatan berjantungkan iman

Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan
'Teman' yang Kau kirim, daku telah persiakan
Masihkah wujud satu kemungkinan
Untukku cari teman, yang dulu ku tinggalkan

Ya Allah..satukanlah kami
Jika masih ada kurnia untuk si dia ku temui
Jadikan aku hamba-Mu yang menghargai
Kerna setiap kali dia pergi...
Aku tak pasti...
apakah dia akan kembali....

I was fallin' in love with Mr R. 'He' took my heart away. We've met so many times but i never appreciate 'him'. This was the first time i felt that he's so meaningful to me...How sad i am..

Tapi apapun, kehadirannya menghubungkan sebuah cinta, mengikat satu janji setia, menjanjikan sebuah kehidupan yang tiada akhirnya, mempertemukan yang beriman di syurga. Mr R, aku harap kau kembali berada di sisiku. Aku harap aku masih lagi berpeluang meluangkan masa bersamamu, menjadi teman di saat aku bermujahadah, mendorongku ke arah cinta-Nya Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah...

p/s: Mr R tiada kaitan dengan Raja, Raju, R Surendran mahupun Roslin Hasyim...Mr R adalah Ramadhan al-Mubarak...yang perginya ditangisi segenap alam...Moga kita berkesempatan menemuinya lagi..insyaAllah.
[inilah anak bulan kpd yg belum pernah tgk]