لو أن قطرة من الزقوم قطرت في دار الدنيا لأفسدت على أهل الدنيا معايشهم فكيف بمن يكون طعامه
"Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya." [HR Tarmizi]
Makna hadis:
Setiap orang mempunyai dorongan tersendiri untuk melakukan amal kebaikan:
" Ada antara kita melakukannya kerana sukakan kebaikan itu sendiri.
" Ada juga yang melakukannya kerana inginkan balasan dan ganjaran.
" Ada pula yang melakukannnya kerana takutkan hukuman dan azab.
Dan banyak lagi dorongan yang lain.
Semakin kuat dorongan terhadap sesuatu amal kebaikan itu, semakin banyak kita melakukannya, dan sebaliknya.
Hadis ini merupakan satu bentuk dorongan kepada mereka yang melakukan amal kebaikan apabila berasa takut terhadap azab dan hukuman. Selain terdorong untuk memperbanyakkan amal, ia juga mendorong mereka kepada usaha menyucikan diri daripada maksiat dan dosa.
Sifat az-Zaqqum itu, sepertimana diterangkan dalam hadis, jika setitik air buah zaqqum itu dilemparkan ke dunia, maka akan hilanglah segala kehijauan dan hancurlah segala isi dunia ini.
Antara nas lain tentang sifat az-zaqqum ini:
1) Surah As-Saffat: 62-68
أَذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ نُّزُلاً أَمۡ شَجَرَةُ ٱلزَّقُّومِ (٦٢) إِنَّا جَعَلۡنَـٰهَا فِتۡنَةً۬ لِّلظَّـٰلِمِينَ (٦٣)إِنَّهَا شَجَرَةٌ۬ تَخۡرُجُ فِىٓ أَصۡلِ ٱلۡجَحِيمِ (٦٤) طَلۡعُهَا كَأَنَّهُ ۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَـٰطِينِ (٦٥) فَإِنَّہُمۡ لَأَكِلُونَ مِنۡہَا فَمَالِـُٔونَ مِنۡہَا ٱلۡبُطُونَ (٦٦) ثُمَّ إِنَّ لَهُمۡ عَلَيۡہَا لَشَوۡبً۬ا مِّنۡ حَمِيمٍ۬ (٦٧) ثُمَّ إِنَّ مَرۡجِعَهُمۡ لَإِلَى ٱلۡجَحِيمِ (٦٨)
2) Surah Ad-Dukhhan: 43-46
إِنَّ شَجَرَتَ ٱلزَّقُّومِ (٤٣) طَعَامُ ٱلۡأَثِيمِ (٤٤) كَٱلۡمُهۡلِ يَغۡلِى فِى ٱلۡبُطُونِ (٤٥)كَغَلۡىِ ٱلۡحَمِيمِ(٤٦
"(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya."
3) Surah al-Waqiah: 51-56
ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّہَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ (٥١) لَأَكِلُونَ مِن شَجَرٍ۬ مِّن زَقُّومٍ۬ (٥٢)فَمَالِـُٔونَ مِنۡہَا ٱلۡبُطُونَ (٥٣) فَشَـٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ (٥٤) فَشَـٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ (٥٥) هَـٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ (٥٦)
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu."
Tafsir "az-Zaqqum":
Ulama' menafsirkan 'az-Zaqqum' sebagai sebuah pokok yang tumbuh dari dasar Neraka Saqr atau Neraka Jahannam. Cabangnya bertingkat-tingkat. Buahnya menjadi makanan ahli neraka sehingga perut mereka dipenuhi olehnya. Buah ini panas seperti tembaga cair, mendidih di dalam perut mereka. Selepas memakannya, mereka akan minum 'al-Hamim' (air yang sangat panas dan menggelegak) seperti unta kehausan. Namun, mereka tidak akan merasa puas dengan hidangan ini selama-lamanya sehingga mereka mati.
Pengajaran daripada hadis:
1) Perlunya kita beriltizam dengan manhaj Allah SWT dengan melakukan ketaatan serta meninggalkan kemaksiatan dan dosa sebelum tibanya Hari Kiamat, dan sebelum az-zaqqum menjadi makanan dan al-hamim menjadi minuman buat selama-lamanya.
2)Dahsyatnya azab Neraka kelak, sehingga tidak terlihat dek mata, tidak terdengar oleh telinga, serta tidak terlintas di hati manusia, digambarkan oleh sifat az-zaqqum itu.
3) Hakikat ketenangan buat mereka yang berada di pihak kebenaran; walau apa sekalipun ahli batil lakukan terhadap mereka (menyiksa dan mengazab mereka), tidaklah ia menyakiti mereka sepertimana sakitnya ahli batil pada Hari Kiamat kelak.
4) Hukuman itu sebahagian daripada cara mendidik.
Rujukan:
Taujihat Nabawiyyah 'ala at-Toriq (Sayyid Muhammad Nuh)
p/s: carilah sumber dorongan untuk kita lakukan kebaikan..teruskanlah beramal, walau sekecil-kecil amal kebaikan..kerana dengannya pahala untuk kita, manfaat untuk 'mereka'..
"Today, give a stranger one of your smiles. It might be the only sunshine he sees all day."