Sunday, January 23, 2011

testi imtihan

p/s: ni diedit dr testi iluv islam..klu x jelas,sile minta dgn ana..hehe..robbana yusahhil buat teman2 yg sdg dan akan berimtihan xlama lg..kak ati ckp lg 19 hari...adakah kau lupa??

dlm sibuk menguruskan badan,mengulangkaji pelajaran di musim2 winter yg teramat seronok gka bergelumang di dalam selimut ini..jgn lupa uruskan rohani kitA..(rujuk post enol 22jan)..

setapak melangkah ke hadapan..sejarah silam jadikan tauladan..
jgn dilupakan sejarah yg silam kerana sejarah mengajar kita erti sebuah kehidupan..

bittaufik wan najjah!
minta dgn ALLAH krn Dialah sebaek2 tempat utk meminta..

Saturday, January 22, 2011

Anda Suka Study? Jangan Lupa Sesuatu!


Tersebut al-kisah seorang pemuda yang sangat gemar membaca. Setiap hari, pemuda yang miskin tersebut keluar dari rumah untuk mencari buku-buku, kemudian pulang dengan beberapa buah buku di tangan. Di rumah pula, dia suka menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku tersebut berulang kali. Hari demi hari, minggu berganti minggu..begitulah rutin pemuda tersebut.

Pemuda tersebut tinggal di rumah yang sangat usang bersama ibunya. Suatu hari, pabila tiba waktu makan, ibunya membawa sedulang buku dan dihidangkan sebagai makanan mereka. Pemuda yang sedang asyik membaca pada waktu itu terkejut melihat keanehan perilaku ibunya. Lalu ia bertanya,"Ibu, apa ibu buat ni? Mana boleh kita makan buku-buku ni. Kenapa dengan ibu?" Ibunya menjawab,"Haa, itulah kamu. Kamu tak sedar ke kita ni miskin. Yang kamu setiap hari bawa buku balik rumah kenapa? Mana duit untuk kita beli makanan? Dah takda apa-apa da kat rumah ni untuk kita makan. Yang tinggal buku-buku yang berlambak ni je!"

Pemuda yang sedih dengan kata-kata ibunya terus melangkah keluar dari rumahnya dan pergi ke sebuah masjid. Dia menangis...Tangisannya mencuri perhatian seorang imam. Lalu imam tersebut datang kepadanya dan bertanya,"Wahai pemuda, mengapa kamu menangis?"

Lantas diceritakan kepada imam tersebut tentang perilaku dan kata-kata ibunya. Imam berkata,"Jadi, bawakan aku kepada ibumu." Setelah tiba di rumah pemuda tersebut, imam menghulurkan sedikit wang untuk mereka mendapatkan makanan. Lalu ia berpesan,"Wahai pemuda, sungguhpun engkau gemar membaca, jangan engkau lupa juzuk lain dalam hidupmu yang lebih penting untuk kamu hidup."


Sahabat, apa yang anda dapat daripada cerita di atas? Moral yang ingin saya ketengahkan di sini (since we're in exam mode), mungkin kita sangat suka study, atau kita terlalu asyik study kerana banyak yang perlu diulangkaji, namun jangan lupa akan satu perkara yang sangat-sangat penting untuk survival jiwa dan rohanimu.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

Lalu bagaimana kita mampu menyatakan kita sedang berjalan menuju syurga sedang rohani kita tenggelam dek ilmu yang kita kejarkan itu?

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah sehingga ia kembali."

Maka bagaimana kita boleh dianggap berjihad dan mendapat ganjaran syahid sedang rohani kita kosong?

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dari golongan ilmu yang semestinya untuk digunakan mencari keridhaan Allah 'Azzawajalla, tetapi ia mempelajarinya itu tiada lain maksunnya, kecuali hendak memperoleh sesuatu tujuan dari keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan dapat menemukan keharuman syurga pada hari kiamat." Yakni bau harumnya syurga itu tidak akan dapat dirasakannya. [riwayat Abu Daud]

Last but not least, ucapan ALL THE BEST dan RABBUNA YUNAJJAH buat sahabat-sahabat yang sedang dan akan menempuhi peperiksaan!!!! Betulkan niatmu, seriringkan dengan amalmu, ilmu ini ilmu Tuhan-mu, sepatutnya ia membawa kita pulang kepada-Nya...dan jangan lupa: MUMTAZ UNTUK UMMAH!!! <-- (klik)




Friday, January 7, 2011

Malu Sebenar Seorang Muslimah


Tetamu sudah ramai di rumah, suasana riuh rendah sesekali diselitkan dengan gelak tawa sudah bertukar sepi. Ibu, ayah dan tetamu sudah bersedia di hadapan. Tiba-tiba namaku dipanggil, “Zaimah, mari ke depan nak..”

Hatiku bergetar. “Ya Allah, malunya mahu ke depan..”. Hari pertama aku akan melihat secara langsung si dia, ibu dan ayahnya diiringi Kak Su, naqibahku dan suaminya. Dalam hati aku memohon, agar perasaan malu yang menebal dalam diri ini kena pada tempatnya.


Malu Seorang Wanita

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Salah satu ciri kemuliaan wanita terletak pada sifat malu yang menebal dalam dirinya. Apa itu malu? Macam mana untuk malu? Bila masanya perlu malu?

Definisi malu menurut ulama, seperti Al Junaid menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah swt.” - dari kitab Madarijus Salikin karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah.

Malu sekarang sudah semakin mahal nilainya. Ibarat dalam urusan jual beli, barang yang sangat sukar diperolehi semakin melambung tinggi harganya. Malu dalam diri seseorang semakin sukar untuk ditemui. Manusia semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan mencalar definisi malu yang disebutkan ulama di atas, hatta melanggar sunnah Nabi saw dalam merealisasikan sifat malu.

“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.” (HR Ahmad – sahih)

Nabi bersabda lagi:

Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR Bukhari dan Muslim)

Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda: Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. (HR Bukhari)

Bermula dari serendah Iman adalah rasa malu, malu itu sentiasa mendatangkan kebaikan sehinggalah kepada perlian Rasulullah saw yang seharusnya menanamkan rasa bersalah dalam diri untuk mempertahankan sifat malu tersebut.

Disebabkan hilangnya sifat malu ini, maka semakin hari semakin banyak kita dengari timbulnya pelbagai gejala sosial melibatkan kaum wanita. Pembuangan bayi tidak akan berlaku sekiranya wanita itu malu untuk bersama seorang lelaki yang bukan mahramnya. Lari dari rumah di kalangan wanita (majoritinya) tidak mungkin timbul jika wanita itu ada rasa malu dengan Allah swt kerana menderhaka kepada kedua ibubapanya. Pendedahan aurat yang berleluasa di kalangan wanita tidak mungkin dapat dilihat sekiranya wanita itu malu ibarat malunya anak Nabi Syuaib untuk pergi berjumpa dengan Nabi Musa a.s. [Surah Al-Qasas: 22-28] yang antara petikannya:

“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25: al-Qasas)

Analogi biasa yang kita dengari, antara buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri dan buah yang telah rosak, busuk dan dimakan ulat, puncanya kerana apa? Sudah tentu kerana buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri itu datang dari tuan yang sentiasa menjaga buah tersebut, dibalut dengan kain, disiram dengan baja yang mencukupi, ditepis dari ulat dan lalat yang ingin datang mengganggu sedangkan buah yang buruk itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang perlindungan. Begitulah ibaratnya sifat malu yang ada dalam diri seorang wanita, secara tidak langsung akan terangkat martabat dirinya.

Malu wanita tidak menegahnya keluar untuk menuntut ilmu agama dan berdakwah

Ini yang dikatakan malu yang kena pada tempatnya. Malu seorang wanita tidak menghalang wanita tersebut agar mumtaz untuk ummah!

Malu yang menebal dalam diri tidak sampai kepada menjadikan seseorang wanita itu terperap di dalam rumah tanpa mengetahui keadaan dunia luar dan isu semasa atau lebih buruk lagi, menjadi bodoh dengan berada di rumah sahaja.

Buktinya?

Bukti pertama datang dari Ummul Mukiminin yang pertama, Siti Khadijah r.a. Khadijah seorang peniaga yang kaya-raya. Mana mungkin Saidatina Khadijah menjadi kaya tanpa beliau keluar untuk berdagang. Tetapi dengan diiringi perasaan malu untuk menjaga setiap tindak-tanduknya.

Bukti kedua adalah Saidatina Aishah r.a. Beliau adalah satu-satunya wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah saw. Terkenal dengan kecerdikannya sehinggakan ¼ daripada perundangan Islam dikeluarkan oleh beliau. Menjadi sumber rujukan sahabat ketika itu dan sehingga kini. Mana mungkin Saidatina Aishah r.a menjadi wanita yang sebegitu bijak tanpa beliau keluar dari rumah untuk menuntut ilmu.

Kita lihat pula kesungguhan para wanita/sahabiah di zaman Nabi saw. Abu Sai’id al-Khudri berkata:

“Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata “Wahai Rasulullah, orang-orang lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan.” Lalu Nabi saw menjawab: “Berhimpun pada hari sekian-sekian.” Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw.” (HR Bukhari dan Muslim – sahih)

Dalam athar ada menyebut:

“Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.”

Wanita dengan diiringi perasaan malu yang selayaknya tidak menghalang diri mereka untuk menjadi cemerlang dalam ilmu. Wanita juga mempunyai kewajipan yang sama seperti lelaki untuk berdakwah sepertimana disebutkan dalam firman Allah swt:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat baik dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”[At-Taubah: 71]


Beraninya Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rufaidah al-Aslamiyah merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma’ binti Abu Bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah Umar di khalayak ramai adalah sebahagian daripada contoh sahabiah yang keluar berjihad di jalan Allah swt. Mana mungkin semua contoh ini dapat kita dengari andai kata mereka tidak meletakkan sifat malu itu pada tempatnya!

Sebagai penutup, untuk renungan bersama:

Firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar: 9)

Wallahualam.

Oleh: Musfirah Ishkandar

Sumber: Laman Web ISMA Jordan