Tuesday, September 21, 2010

Berubah, Mengubah, Senang hati dah?

Assalamualaikum wbt..

Membaca buku tulisan tokoh-tokoh Arab dalam bahasa mereka sememangnya sangat menarik dan memberi kefahaman yang lebih mendalam berbanding membaca terjemahannya. Namun, ia memerlukan satu mujahadah yang tinggi buat mereka yang tidak mahir dalam bahasa Arab atau tidak mempunyai asas, untuk memahami dengan jelas lenggok bahasa yang digunakan. Walaupun begitu, adalah penting untuk kita berusaha menguasai bahasa al-Quran ini dan jangan sesekali berhenti berusaha sekalipun anda bermula lambat berbanding orang lain dan sekalipun anda kurang berminat dalam mempelajari bahasa ini. InsyaAllah, setiap usaha itu akan menjadi pemberat mizan kebaikan kita kelak.

Apa yang ingin saya kongsikan dalam post ini juga adalah sebahagian daripada apa yang saya baca dalam buku Arab karangan Magdy Helaly yang bertajuk The Rescue Rope.

Dalam keadaan umat Islam sekarang yang tertindas dan hilang jati diri, kefardhuan mentarbiyah diri dan masyarakat tidak dapat lagi ditolak demi mengembalikan Islam sebagai ustaziyatul alam. Tidak mungkin kita hanya memperbaik diri dan tidak berdakwah kepada masyarakat atau berdakwah kepada masyarakat tetapi melupakan tarbiyah diri. Sepertimana disebut dalam ayat al-Baqarah:44..

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

Dalam ayat ini, Allah menerangkan bahawasanya kita tidak boleh menggalakkan orang buat itu dan ini sedangkan kita sendiri tidak melaksanakannya. Namun, ada yang merasakan bahawa tugas dakwah ini adalah tugas ustaz-ustazah atau alim ulamak atau mereka yang tertentu. Ini adalah salah faham yang sangat besar. Berdasarkan ayat di atas, mungkin ada yang menganggap: 'tidak boleh menyuruh orang lain ke arah sesuatu kebaikan sekiranya diri kita sendiri tidak melaksanakan kebaikan itu'. Sebenarnya, ayat ini tidaklah menggugurkan kewajipan dakwah kepada manusia lain, sebaliknya ia menekankan kemestian untuk kita turut melakukan setiap apa yang kita seru kepada orang lain.

So, adalah sesuatu yang pelik sekiranya kita beriya menyuruh orang melakukan kebaikan sebaliknya kita sendiri tidak melakukannya, dan adalah sesuatu yang selfish jika kita beramal tanpa mengajak orang lain. Tidak berusaha mengubah kemungkaran adalah sifat Bani Israel yang menyebabkan mereka ditimpa laknat Allah SWT seperti dijelaskan dalam ayat al-Maidah:78-79:

"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan."

Jangan sampai laknat Allah SWT menimpa kita disebabkan ke'ignore'an kita dengan kefasadan orang sekeliling. Ingat, sekiranya bala Allah SWT menimpa, ia langsung tidak mengecualikan kita:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."
[al-Anfal:25]

...malah mungkin sahaja dimulakan dengan kita kerana kelalaian kita menyampaikan dakwah (daripada sebuah hadith)...nauzubillahi min zaalik.

Iman itu ibarat air di dalam sebuah telaga. Air dalam telaga itu tidak akan diganti oleh air baru selagi kita tidak menggunakannya. Jika kita mencedok keluar sebahagian air tersebut, maka air 'baru' akan menggantikannya. Namun, jika kita membiarkan telaga itu tidak digunakan, lama kelamaan air bertakung dalam telaga itu akan mula dicemari oleh habuk, jentik-jentik dsb. Begitulah juga iman kita. Sekiranya kita memberi sesuatu yang ada pada diri kita sebagai manfaat kepada orang lain, insyaAllah kita sebenarnya tidak kurang sedikit pun malah apa yang kita dapat adalah iman 'yang segar', yang sentiasa diperbaharui...*wink*

After all, sekiranya kita tergolong dalam kedua-dua kumpulan (yang mentarbiyah diri dan yang menyeru kepada kebaikan), adakah kita telah confirm terlepas dari azab Allah SWT?

"...Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari azab yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi."
[al-'Araf:99]

Jadi, hanya mereka yang rugi sahaja yang merasa aman daripada azab Allah SWT!!! Berhati-hatilah sekiranya kita ni mudah berpuas hati dengan amal kita selama ni...

Moga mendapat manfaat daripada post ini. Wallahu'alam.


Monday, September 20, 2010

Diagnosis...some tips



Assalamualaikum wbt..

'Clinical' is coming so soon..huhu..I asked myself:
  • have u prepared something before going through your clinical course?

  • what about your basic knowledge..?
  • and your basic skills..?

I do read something on medic so that it made me feel 'not so easy'..huhu..and at least i got these to share with you =) --some tips while diagnosing a disease--

1) Build up your knowledge all the time by reading, seeing patients, listening to & observing colleagues. Grab this chance while we are still students! Don't ever play truant! Draw thousands of benefits from this clinical course (also when you have been a doctor)..

2) Work out which organ is affected & what process is going on by knowing the different characteristics for different diseases & their cardinal symptoms. So, nothing in your previous pre-clinical course is useless! Nothing...not histology nor biochemistry.

3) Make sure that you understand exactly what the patients mean by any term that they use e.g. does 'weakness' mean true muscle weakness or are they simply tired? This might be another problem for us who studying abroad. We have to choose the best word to match the symptoms told by the patient in 'our various languages'!! And a big problem for those who have to work in an unfamiliar place with an unfamiliar language...huhu..[only Malaysians understand this]

Anyway, nothing is easy for a success. Be patience if we really wanna treat patients =) --innAllaha ma'a assobirin--

Wallahua'lam.

Saturday, September 18, 2010

Dr Nor Ruzaini: Senyumlah & bersyukurlah anda dipilih menjadi seorang doktor

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah masuk 8 bulan bertugas di hospital di tanah air sendiri. Pada mulanya ingatkan “impossible” atau tidak mungkin saya akan “survive” di hospital Malaysia. Bagi kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara dan tidak pernah ada pengalaman belajar di hospital di Malaysia, bekerja di Malaysia seolah-olah satu mimpi buruk. Saya sendiri termimpi-mimpi seminggu dua sebelum mula bertugas, tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya bekerja di Malaysia.

Iftar i-MEDIK ISMA September 2009

Lapan bulan berlalu dengan begitu pantas. “Rotation medical” telah berlalu dan kini ortopediks pula. Lagi sebulan di ortopediks, kemudian ke pembedahan pula. Sebulan pertama kerja, memang bukan ‘the best of time’. Mula kerja pukul 7 pagi. “Average” waktu pulang ke rumah dalam 11 malam. Waktu itu, timbul perasaan menyesal menjadi seorang doktor. Mungkinkah saya tersalah pilih kerjaya? Memang ada terasa di hati mahu “resign”. Kerjaya sebagai doktor rupanya tak seindah yang disangka. Tidak seindah seperti yang kita bayang-bayangkan sebelum ni. Maklumlah, baru kerja, pagi-pagi lagi kene tengking dengan “Medical Officer” (MO), datang “specialist”, kene pula dengan “specialist”. Fakta-fakta “medical” memang banyak tak ingat, cara kerja di Malaysia pula tidak sama dengan di Australia. Bila bertanya sahabat doktor yang lain, rupanya orang lain pun fikir begitu, ada yang terfikir nak kerja di “lab”, nak jadi ahli farmasi, ada yang nak tukar jadi doktor gigi. Saya pula teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa.

Kini, 8 bulan telah berlalu, sedikit demi sedikit mula menerima hakikat yang saya seorang doktor. Tapi kalau nak difikirkan balik, kalau tidak dapat menerima hakikat pun, saya masih seorang doktor. Tak boleh lari. Saya selalu teringatkan kata-kata seorang doktor yang bekerja di Adelaide, Australia

“Whether you like it or not, you’ll be stuck in this profession for at least 20-30 years, so might as well like it, and enjoy it. Kalau kamu “enjoy” pun kamu seorang doktor, kalau kamu tak “enjoy” pun kamu tetap seorang doktor, baik enjoy kalau macam tu, daripada terseksa emosi dan mental.”

Kata-kata doktor tersebut selalu berulang-ulang di fikiran sewaktu menjalankan tugas di hospital, walaupun memang sukar untuk “enjoy” kerjaya dalam keadaan yang mencabar emosi dan fizikal. Maklumlah, Ia bukan kerjaya ‘fancy’. Tidak ada pejabat, tidak ada meja sendiri yang kita boleh hias-hias dengan alat tulis dan gambar keluarga. Tidak ada ‘outstation’ di hotel-hotel. Kebanyakkan perkara yang berlaku sepanjang saya bergelar doktor adalah perkara yang tidak disukai ramai, kene tengking, tak tidur malam, balik lewat dan tak dapat bermain dengan anak, penat berjalan ke hulu dan kehilir, naik turun tangga, kadangkala boleh jadi terpaksa berdepan dengan perkara menjijikkan (“direct contact” dgn specimen air kencing, najis, kaki pesakit berulat, kene muntah pesakit dan lain-lain). Apakah semua ini? Begini rupanya menjadi seorang doktor. Dulu tiada ada pula orang sebut tentang semua ni. Sebelum ni, yang kita dengar tentang kerjaya sebagai doctor, indah-indah belaka.

Bagi setiap penyakit, tentu ada penawarnya. Begitu juga dengan “penyakit” tak mahu menjadi seorang doktor ini. Saya percaya bukan saya seorang saja yang berpenyakit seperti ini. Memandangkan ramai lagi yang bakal bergelar seorang doktor, saya ingin berkongsi bagaimana saya “counter- act” fikiran-fikiran negatif dalam fikiran saya sepanjang bergelar seorang doktor di Malaysia. Bukan apa, sepanjang saya bertugas ni belum pernah bertemu dengan rakan doktor yang memang suka jadi “houseman”. Mungkin sedikit sebanyak boleh bantu saudara dan saudari.

  1. Bagi mengatasi masalah sedih, dan “down-graded” selepas dimarahi/ ditengking bos. fikirlah bahawa seperti di dalam hadith yang kita pelajari, orang yang tak dapat mengawal marah itu adalah selemah-lemahnya manusia. Satu lagi, bagus juga kene marah, dapat belajar. Tak apa kena marah asalkan pesakit kita selamat.
  2. Bagi mengatasi masalah penat oncall semalaman, ‘patient’ tak berhenti masuk, “zero sleep” semasa oncall- bayangkan bagaimana sewaktu Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat kapal dari hujung bukit ke hujung bukit dalam satu malam, dan pada paginya pula sambung perperangan, pastinya mereka juga mendapat “zero sleep”, no pain, no gain.
  3. Bagi mengatasi masalah sedih meninggalkan anak di rumah- tidak semestinya lagi banyak masa kita luangkan untuk anak bermaksud lebih baik, yang penting adalah keberkatan waktu kita bersamanya. Disini, saya sarankan banyakkan berdoa untuk tabahkan hati. Saya juga sarankan bakal doktor dptkan rumah dekat dengan hospital supaya boleh balik tengahari. Saya kerap pulang ke rumah pada tengahari walaupun hanya balik setengah jam sahaja.
  4. Bagi mengatasi masalah takutkan sesetengah doktor yang dikatakan garang, terutamanya bila dialah yang menjadi MO kita ataupun ditakdirkan kita akan oncall bersamanya- fikirlah bahawa sebagai seorang islam, kita tak dibenarkan takut kepada makhluk lain selain Allah. Kalau MO tersebut kuat marah, dialah selemah-lemah manusia. Kita patut bersyukur tak menjadi seperti MO tersebut. Tapi kena ingat juga, kalau memang kita yang salah, ambilah pengajaran.
  5. Untuk mengatasi masalah menyesal menjadi seorang doktor- percayalah bahawa setiap yang berlaku pada saat ini adalah yang terbaik buat kita, tiada yang lebih baik. Lagipun, kalau kita hayati kerjaya ini, memang banyak mutiara-mutiara, pengajaran-pengajaran yang kita boleh kutip sepanjang bekerja. Ada satu malam saya on-call, 4 pesakit meninggal malam tu, saya kena “attend”. Saya ambil peluang itu untuk muhasabah tentang kematian. Setiap pesakit ada cerita masing-masing, tidak semuanya manis. Ini peluang untuk kita bergaul bersama mereka, saya ambil peluang ini untuk bergaul dengan masyarakat dan selami hati mereka dan masalah mereka untuk mendapatkan gambaran keadaan masyarakat kita masa kini.

Sekian dulu sedikit perkongsian dari saya yang baru setahun jagung di dalam profesion ini. Kesimpulannya, bagi bakal-bakal doktor, terutamanya graduan luar Negara, tahniah, anda bakal menjadi seorang doktor. Jadi senyumlah dan bersyukurlah dengan kenyataan tersebut. Itulah yang terbaik buat anda.

oleh: Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman
(blog: http://truecaliph.wordpress.com/)
Hospital Besar Melaka