Jauh perjalanan
Telah ku jelajahi
Membawa seribu impian
Berbekal pengalaman
Mampukah aku melangkah
Menuju satu daerah
Masihkah ada sinar yang menanti
Masa dijanji pasti tiba
Ku kan dijemput ke sana
Bimbang langkahku terhenti
Ku terpaut di persimpangan
Tak inginku mengingati
Detik hitam semalam
Tinggallah semua menjadi kenangan
Kerana MU kan ku gagahi
Untuk terus sisa hidup ini
Biar ku tebus segala dosa
Selagi jasad bernyawa
Leraikanlah resah hatiku
Padaku hanya ENGKAU yang Satu
Belum pernahku terasa hebatnya cintaMU
Sesungguhnya ENGKAU mengerti
Apa tersirat di dalam diri
Ku pohon rasa kasih yang abadi
Jujur ikhlaskah diri ini
MenyintaiMU sepenuh hati
Ataukah sekadar bila di uji
Rahmat dan kasihMu tiada sempadan
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai godaan..
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
ya Allah..izinkan aku menikmati kehebatan cinta-Mu..
masih ku menanti detik itu..
detik bilamana aku bersujud kepada-Mu..
air mata ini mengalir penuh syahdu..
bukan kerana beratnya beban ku terasa..
tapi cinta-Mu singgah menyapa..
biarpun mungkin hanya seketika..
mudahan rindu pada cinta-Mu menjelma..
rindu yang pasti menyinari..
jalan menuju syurga Firdausi..
ameen..
اللهم انت ربي لا اله الا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت .. أعوذ بك من شر ما صنعت .. ابوء لك بنعمتك علي وأبوء بذنبي فأغفر لي فأنه لا يغفر الذنوب الا أنت
سيد الاستغفار
1 comment:
indah puisi.
Post a Comment