Sunday, July 18, 2010

apa nak buat kalau tak dapat jawab soklan exam?


wat macam ni...haaa...lepas tu angkat tangan, cakap kat orang yg jaga exam tu..."soalan ni xjelas. tolong panggilkan prof boleh x?" Prof datang, sure korang dpt jwb lepas tu. Sebab kena sebijik kat kepala yg membuatkan memori2 yg tersembunyi pulih semula..hehe.


saje je, boring2 study. anyway, dun cheat (meniru) in xm huh!! meminjam kata2 prof pharma:

" Nabi SAW bersabda: Sesiapa yg menipu, bukanlah daripada kalanganku. SO, DON'T CHEAT!! THOSE WHO CHEAT WILL GO TO HELL. YOU WANNA GO TO HELL BECAUSE OF PHARMACOLOGY EXAM???" (lebih kuang la..tp completely in english actually)

sounds funny, yet meaningful! =)

Jersi Yang Haram

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik. Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka. Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam. Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.


me said:

frederic kanoute (sevilla's player) penah menolak utk menyarung jersi sevilla yg ade lambang sebuah syarikat arak...

u said?

p/s: HIDUP BIAR ADE JATI DIRI...dan jati diri kita sbg Muslim - laa ilaaha illa Allah!

~ اللهم إنا نعوذ بك أن نشرك بك شيء نعلمه ونستغفرك لما لا نعلمه ~

Saturday, July 17, 2010

jalan pulang

salam..

tak sempat menyempat nak posting panjang2...kongsi nasyid pon jadi la ye =)





رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ
"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi."
(QS. Al-A’raf : 23)

p/s: ..semoga kita tergolong dalam golongan org2 bertaubat...ameen..

..memberi..

Alhamdulillah..

Ana rse bersyukur sgt sbb masih diberikan pinjaman nyawa dan roh drp yg Maha Pencipta pd hari baik dan bulan yg baik ni..masih lg diberikan fungsi paru2 yg masih dapat menghirup udara yg segar ini..alhamdulillah..

Smlm ana terdetik utk mendengar IKIM.fm..ntah ape mimpi nk bukak radio mse2 xm ni..tp xpe..ana pon buka la radio on9 streaming tu..mse tu ade tazkirah..dlm hati ana,mintak2 la tazkirah ni kene ngn diri ana..alhamdulillah..sbenarnye.tazkirah ni kene x kene mmg akan kene..[ayat ape ni?]..yela..mne x nyer..tazkirah tu kan berasal drp perkataan zikir..yg membawa kepada maksud ingat..peringatan..

k..xmo ckp pjg lebar..ana xswe suara ustaz mne yg bg tazkirah tu..sbb mse ana dgr tu da masuk kpd isi..bukan intro lg..xpe..yg penting isinye..ok2..tajuk tazkirah tu ialah-Memberi.


Selalu kte dgr peribahasa melayu dulu2..org berbudi kte merasa,org MEMBERI, kte MERASA..hmm..ana mula rasa ada yg xkena dgn peribahasa ini..cuba bygkan,k..masa gap xm,tiba2 perut lapar..biasalah,stdy di rumah..bilik pulak dekat dgn dapo..lg byk la kebarangkalian utk ke dapo tu..bukak peti ais,jumpa ayam atyab [koki boycott ye kwn2] seketul..besaaaaa….big size!uish..sedap klu digoreng dan mkn bersama sos cili thai..goreng2..bau satu dapo..[xtau la klu dapo korg kedap bau..bley sedut terus ke luar rumah tanpa meninggalkan sebarang kesan bau..kan..]

Teringat kt ousmetz yg xmkn lg..kt bilik..ok,niat hati: siap masak ayam ni, bg la sket kt ousmetz..sian dyorg lapar..[padahal,ayam seketul je ni]..xpe..sket je pon kot dyorg nk rasa..mula berjalan ke bilik masing2 utk memberikan seketul ayam utk dirasa oleh seisi rumah..kan ade peribahasa, org member kte merasa..insyaALLAH dyorg mkn sket je..

Ousmetz len tgh lapar ni..dtg plak ayam atyab yg sedap..wah!rezeki2!!masing2 mula meratah ayam tadi dengan lahapnye..dan….akhirnye…..sampai la kpd org yg memberi td sedikit isi ayam dan tulang yg hampir cerah kelihatan..ALLAH..org yg memberi td mula la menyalahkan peribahasa tadi..SEPATOTNYE KLU DA SKET TU,MKN LA SORG SKET!tension2!..

ok..melihat kepada jangkaan org yg memberi..dia meletakkan jangkaan kepada apa yg telah dilakukannya..dgn mengatakan SEPATOTNYE..sebenarnye klu nk ikotkan kehidupan seharian yg kte lalui ini x seharusnya kte meletakkan jangkaan kte kpd perkara yg kte lakukan..kerana jangkaan2 seperti inilah yg akhirnya dpt mengurangkan perhambaan kte kepada ALLAH..cth lain: SEPATOTNYE AKU DPT JWB SOKLAN XM NI SBB AKU BCE BUKU DR PAGI SAMPAI TGH MLM..XTDO KOT..TP BLE DPT SOKLAN XM,SATU BENDA PON AKU XDPT JWB..BENDA SENANG PON AKU BLEY SALAH..



sahabat2 yg sy kasihi,

seharusnya,kepercayaaan kte,tawakal kte tu seharusnya diserahkan kepada ALLAH..kerana segala apa yg terjadi ni semuanya telah tertulis sejak azali lg..

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [al-hadiid 57:22]

“(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” [al-hadiid 57:23]

Ok..berbalik kpd jangkaan2 yg kte letakkan td..klu nk ikot adil x adil..kan..byk benda yg x adil berlaku kt dunia ni..tp ape2 pon berbalik kpd niat kte..cuba utk sedar bahawa segala yg ada di dunia ni hanya sementara..ape yg kte harapkan sebenarnye?jgn terlampau meletakkan jangkaan2 kepada perkara dunia..kerana apabila jangkaan kte meleset,kte mula rasa futur [putus asa]..jgn sampai kte putus asa dgn rahmat ALLAH..na’uzubillah..

Igtlah,ALLAH xpernah menzalimi hamba2Nya..segala yg ada kt dunia ni semua adalah pinjaman semata2..cuba bygkan klu tbe2 malaikat jibril dtg kpd kte..ketok pintu rumah dan ckp,ok skrg tempoh pinjaman gas oksigen anda sudah habis..dan saya dtg utk mengembalikan pinjaman tersebut kpd ALLAH..sedangkan ALLAH xbegitu..ALLAH Maha Kaya..dan apa yg diberikan kpd hamba2Nya iaitu segala mcm nikmat yg ada di dunia ni xkan dpt mengurangkan sedikit pon drp kekayaan ALLAH..subhanallah..


Sahabat2..mari kte sama2 tajdid niat balik..ape tujuan kte hidup di muka bumi ini..adakah sekadar utk diri sendri merasa senang?atau..memberi manfaat kpd org lain..akhir kata,renung2kan oo bukan sekadar merenung,tp fikir dan tadabur ayat di bawah ini..moga kte dpt manfaat bersama..dan menjadi insan yg lebih baik..kerana,makin bertambah usia kte,kte makin mendekati mati secara lumrahnya..dan makin kte mendekati mati..makin bertambahlah kesedaran dan kedekatan kte kepada Pencipta kte..sekian..mari kte baiki diri..insyaALLAH..ALLAH musta’an..

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” [al-baqarah:245]

[17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa;

[18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,

[19] Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,

[20] Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi [al-lail:17-20]

p/s:segala kisah yg diceritakan di atas tiada kaitan dgn org2 yg ana kenal..ahli2 beit ana sume baik2 blaka k..slamat stdy..=)