Saturday, July 23, 2011

Kesilapan yang berpahala…

by Dr Z

Adalah menjadi rutin harian saya untuk bangun di awal pagi sejak daripada sekolah lagi. Ketika di belajar di MRSM Kuantan dulu, saya bangun seawal jam 4.15-4.30 pagi untuk membaca dan mengulangkali pelajaran. Memang saya adalah seorang yang agak ‘book worm’ semasa muda-muda dulu.
Menjelang subuh biasanya saya akan mengetuk beberapa bilik kawan-kawan yang memesan agar dikejutkan untuk subuh sebelum saya melangkah ke surau untuk melaungkan azan. Ada juga di kalangan kawan-kawan dan abang-abang yang senior yang tak suka dengan ‘bising’ yang saya buat di setiap awal pagi di MRSM.
Di satu pagi Jumaat pada tahun 1980 (form 2 MRSM Kuantan)….

Entah apa kisahnya yang berlaku pada malam sebelumnya menyebabkan saya terbangun lewat pada pagi Jumaat tersebut. Dalam keadaan kelam-kabut saya melihat jam telah pun menunjukkan pukul 5.45 pagi. Tanpa membuat tugasan rutin seperti di pagi-pagi yang lain, saya terus bergegas ke surau dan segera melaungkan azan. Pelik sedikit pagi tersebut kerana ramai kawan-kawan serta adik baru juga yang ketawa dan bersembang-sembang ketika saya bersolat rawatib sebelum subuh.

Apabila melihat jam yang tergantung di dinding baru menunjukkan jam 5 pagi, barulah saya sedar bahawa saya telah melaungkan azan mungkin pada 4.50 pagi tadi. Saya hanya menutup muka kerana malu yang amat sangat kerana jelas kedengaran beberapa pelajar yang bersembang dan ada yang ketawa termasuklah pelajar-pelajar puteri yang masuk ke bahagian belakang surau juga turut kedengaran suara mereka ketawa.
Tiba-tiba masuk Ustaz M yang juga merupakan warden asrama di sekolah pada ketika itu. Dia terus menegur pelajar-pelajar yang bersembang dan menyarankan mereka agar bersolat tahajjud.

Saya dihampiri oleh Ustaz M di dalam keadaan saya masih saya menakup muka sendiri pada ketika itu. “Kenapa ni Zainur, kamu malu ye? Sapa Ustaz M. “Saya malu ustaz, tak tau nak letak muka di mana?” Jawab saya menagih simpati. “Jangan risau kerana kamu dapat pahala. Pertama pahala azan walaupun silap waktu kerana Allah nilai niat dan amalan kamu. Ke duanya, Allah nak memberikan peluang kawan-kawan kamu bersolat tahajjud pagi Jumaat yang mulia ini” Nasihatnya yang begitu melegakan saya.

Terhakis sudah lebih separuh daripada ketebalan kulit muka akibat malu pada pagi tersebut. “Ingat Zainur, kita seharusnya malu dengan Allah dan bukan dengan kawan-kawan. Tapi kamu jangan buat lagi azan jam 4 pagi ye? Ustaz M menutup bicara dengan gurauan yang menyejukkan hati saya.

Terima kasih Ustaz M… Jasa Ustaz mendidik kami di MRSM sehingga kami kenal erti kehidupan dan juga dunia dakwah akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Semoga amalan baik Ustaz M diterima dan diganjari dengan Jannah Allah swt.

Monday, July 4, 2011

reshape life N smile

Setiap pengakhiran merupakan satu permulaan yg baru

Kes 1

Seorang pelajar tidak lulus dalam peperiksaan akhir tahun dan terpaksa mengulangi peperiksaannya untuk kali kedua..

Ada kalanya dia akan merasa futur atau berputus asa kerana apa yg terjadi tidak seperti apa yg diharapkan..namun igtlah Allah telah berfirman dlm surah al-baqarah ayat 155,

“berilah berita gembira kpd org2 yg sabar,iatu org2 yg ketika musibah,mereka berkata: sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kte kembali.”

“dan Kami akan menguji kamu dgn keburukan dan kebaikan sbg cubaan,dan kpd Kamilah kamu semua kembali.” [al-anbiya:35]

A006

A007

A008

“ketahuilah!sesungguhnya manusia benar2 melampaui batas,krn melihat dirinya serba cukup.sesungguhnya kpd Tuhanmulah kamu kembali.” [al-alaq:6-8]

A002

A003

“apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” [al-ankabut:2-3]

“ujian yg tidak henti2 menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan,yg menimpa dirinya sendri,hartanya,anaknya,akan tetapi ia tetap bersabar,ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” [hadis tirmizi]

Kes 2

Seorang sahabat telah berpisah dengan sahabat karibnya kerana sahabatnya telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar Negara

-dia akan lebih menghargai sahabatnya dlm setiap keadaan dan masa yg diluangkan bersama sahabatnya melalui skype,ym atau low-rate voip akan dimanfaatkan sepenuhnya.

“apabila seseorang kamu mengasihi saudaranya,dia hendaklah memberitahunya.” [hadis tirmizi dan abu daud]

(iza ahabba ahadukum akhoohu falyu’limhu)

“doa seseorang muslim utk saudaranya tanpa pengetahuannya adalah diperkenankan.ketika berdoa,malaikat akan berada di sisi kepalanya yg akan berkata setiap kali dia mendoakan kebaikan utk saudaranya:Ya Allah.perkenankanlah dan semoga kamu sama2 memperolehinya.” [Hadis muslim dan abu daud]

“jauhilah kamu drp berprasangka buruk krn prasangka buruk itu adalah percakapan yg paling dusta.” [hadis bukhari,muslim,malik,abu daud,dan tirmizi drp abu hurairah r.a]

“haram kepada seseorang mukmin menjauhi (tidak bertegur sapa) seseorang mukmin yg lain lebih drp 3 hari.Apabila berlalu 3 hari,hendaklah dia bertemu dgnnya dan member salam kpdnya.sekiranya dia menjawab salam,kedua2nya mendapat ganjaran pahala.sekiranya dia tidak menjawabnya,org yg member salam tlah terlepas dr kesalahan tidak bertegur sapa.” [hadis Abu Daud]

Kes 3

Seorang insan telah kehilangan org yg tersayang

-dia akan lebih menghargai orang yg masih hidup yg berada di sekelilingnya kerana dia sedar bahawa setiap yg hidup pasti akan menemui Tuhannya.

-dia akan lebih menghargai hidupnya krna dia sedar bahawa hidup ini xkan kekal untuk selama-lamanya.hidup ini hanya sementara.

“katakanlah,kesenangan di dunia ini hanya sebentar.” [an-nisa:77]

“Kami lebih mengetahui apa yg akan mereka katakan ketika org yg paling lurus jalannya mengatakan,Kamu tinggal (di dunia),tidak lebih dr hanya sehari saja.” [surah taha:104]

slalu kita dgr ungkapan “drp ALLAH kte dtg dan kpdNya kte kembali”.kpdNya kite kembali…kte akan dibangkitkan semula setelah mati utk ditontonkan kpd diri kte sendiri dan dikhalayak umum apa amalan yg telah kte lakukan di dunia ini..xkan telepas sedikit pun drp hisab ALLAH..walau kebaikan yg kte buat tu sekecil zarah..walau kejahatan yg kte buat tu sekecil zarah.

Kita selalu rebah apabila kte ditimpa masalah..

Kte slalu rse x bersemangat apabila kita ditimpa musibah..

Ini adalah lumrah manusia kerana mereka diciptakan dlm keadaan lemah dan berkeluh kesah..

A004

“sungguh,Kami telah Menciptakan manusia dalam susah payah” [al-balad:4]

Tp ke mana harus kita hadapkan wajah kta ble kte ditimpa masalah?

Kpd siapa kte harus mengadu di saaat pertama kte ditimpa musibah?

Ibu kte?

Kwn baik kte?

Ahlil bait kte?

Ayat ke-5 dan ke-7 dlm surah yg sama ada jwpannya,A005

“apakah dia (manusia) itu mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yg berkuasa atasnya?” [al-balad:5]

A007

“apakah dia mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yg melihatnya?” [al-balad:7]

ALLAH da sediakan jalan kpd kte..dgn siapa harus kte mengadu pd awalnya..

A010

“dan Kami telah Menunjukkan kpdnya 2 jalan (kebajikan dan kejahatan)” [al-balad:10]

Dan apa yg harus kte cuba lakukan pabila ditimpa musibah?

“sama saja bagi kita,apakah kita berkeluh kesah atau sabar,tidak ada tempat untuk melarikan diri” [Ibrahim:21]

“sabda Rasulullah,Dan tidaklah seseorang itu diberi suatu pemberian yg lebih baik dan lebih lapang drp sabar.” [hadis bukhari dan muslim]

“tiada musibah apa pun yg menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yg mengenai dirinya.” (hadis bukhari dan muslim)

“tiada suatu musibah pun yg menimpa diri seseorang kecuali dgn izin Allah,dan barangsiapa yg beriman kpd Allah,nescaya Allah akan member petunjuk kpd hatinya.” [hadis bukhari]

“barangsiapa yg pernah ditimpa musibah lalu ia igt akan musibah itu,serta memperbaharui ucapan istirja’ (innalillahi wa inna ilaihi roji'un) walaupun sudah berlalu masanya, maka Allah akan member pahala kpdnya sebesar pahala di saat ia ditimpa musibah saat itu.” [hadis ahmad dan ibnu majah]

masyaALLAH..betapa indahnya ajaran Islam kpd umatnya dlm menangani musibah yg menimpa.

Akhir sekali,igtlah dan gunakan sebaiknya 5 nikmat yg selalu kte terlepas pandang dan ambil mudah dlm kehidupan seharian kte..

Spt dlm lagu raihan,

Igt 5 perkara sebelum 5 perkara

Muda sebelum tua

-kata2 umar al-khattab : jika diberi satu bilik atau ruang kosong dan ditanya kpdnya dgn apakah akan dipenuhinya bilik yg kosong itu.Dia akan memenuhkan bilik itu dgn syabab2..(pemuda2)..

Kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit:penuhkan jiwa dgn aktiviti rohani dan jasmani.katakan tidak pada ‘sedentary life’.

Sihat sebelum sakit

hidup sebelum mati…

“siapakah org yg paling bijak di kalangan org beriman?rasulullah s.a.w menjawab: org yg paling bijak ialah org yg paling byk mengingati mati dan yg paling hebat persediaanya menghadapi mati.”[hadis ibnu majah]

Sama2 kte islah diri menuju destinasi hakiki..Wallahu’alam..

Sumber:

buku jalan mereka yg menuju Allah (imam ahmad bin qudamah al-maqdisi)

tazkiyatun nafs (ibnu rajab al-hambali,ibnu qayyim al-jauziyyah,imam al-ghazali)

rahmat di sebalik dugaan (kasmuri selamat)