Kepada sesiapa yang tidak menggemari ayat-ayat berbunga dan penuh perumpamaan yang bombastik serta kepada yang tengah pening-pening dengan urusan-urusa yang sungguh memeningkan, harap tidak membebankn otak anda dengan words of mine below keyh!~
Untuk aku yang ingin menjadi sahabat..
Ya, aku ingin menjadi seorang sahabat..
Yang memahami, yang fleksibel, yang setiasa mendampingi sahabatnya ketika susah mahupun senang..
Aku ingin cuba menjadi seorang sahabat..
Yang kalaupun dimusuhi oleh sahabatku dalam diam mahupun silent..
Sungguh aku ingin menjadi 'reservoir host' untuk si dia..
Supaya bilamana dia kesusahan, kesedihan dengan apa yang tidak dapat dia miliki..
Baginya...aku, sebagai pelengkap kepada apa yang tiada padanya...
Tidak mungkin, dan tidak ku mahu..
Diriku menjadi 'vector host' kepada si dia..
Kerana tidak akan ku biar apa yang tersirat di hatinya menjangkiti orang lain..
Sebaliknya ingin ku ubat dan rawat sehingga ia sembuh..
Sekalipun perlu menunggu selama berminggu-minggu..berbulan-bulan..
Sepertimana sukar merawat pembunuh King Oscar II..
TUBERCULOSIS!!
Ya..ingin ku jadi sahabat seperti itu..
Namun belum pun ku termampu..
Suatu ketika, aku lebih senang untuk menjadi 'musuh'..
Kenapa? Mengapa? Dan leyh??
Kerana terkadang, beralasankan sayang, marah ku jadi tidak terkawal..
Beralasankan sayang, aku mula memendam apa yang tidak patut dipendam..
Beralasankan sayang, tekanan demi tekanan dari si dia tidak lagi mampu ku bendung..
Kerana sayang, aku menghidap hypersensetivity..
Yang membina satu rasa against apa yang nature padaku..
Cuba membunuh rasa sayang kepada sahabat..yang sudah subur dan sebati dengan diriku..
Dan tika itu...ingin ku jadi musuh..
Namun ada satu rasa yang menghalang expand of the action of enrangement..
Sepertimana pleura me'limit'kan expand of lung..
Sekalipun ingin ku jadi musuh...
Menjadi parasite..yang sedia 'membunuh'..
Masih ada rasa ingin menjadi 'opportunistic parasite'..
Yang datang kepadanya dikala sahabatku itu kelemahan..
Kalaupun ingin ku jadi musuh..
Menjadi parasite..yang sedia 'membunuh'..
Masih ada rasa ingin menjadi 'facultative parasite'..
Ketika diri terkapai-kapai mencari sumber kekuatan tika diri tidak lengkap..
Tika diri memerlukan seorang sahabat...untuk diriku terus thabat...
Adapun ingin ku jadi musuh..
Ketahuilah kau yang bergelar sahabat..
Ku akui..katamu, sayang itu tiada dapat dipadam..
Tidak mungkin kita tahu dimana ia..
Tidak mungkin kita kesan dimana kedudukannya..
Untuk kita bunuh dalam diam mahupun nyata..
Buktinya...bila benar sayangnya itu kerana si Dia..
p/s: tak tau nak categorize ni sajak ke pantun ke syair ke cerpen ke karangan ke ucapan alu-aluan ke apa..kepada yang paham, tahniah..dan kepada yang kurang paham, pegi baca subjek parasit..hoho..
apapun, janganlah sekali-kali cuba jadi musuh kepada sahabat..nyata mahupun tersulit, terselit, tersepit, supaya tiada dirimu terkepit antara keinginan hati dan keinginan nafsu..
Dengarkanlah lagu ni..moga ada hati yang terubat~wassalam..
Antara Kita - Fareast