Thursday, December 31, 2009

The 2nd Red Sea...Where does it located?

Salam..

Undetectable..Neither in the world map nor by satellite images; but by naked eyes. Do you understand what i mean by this sentence?

2nd 'Red Sea'...

Sorry guys, i don't have much time to check 'bout this info which i got it through my mail, but i did search. Anywhere, do correct me if i'm forwarding wrong info, k.

Hmm..Why did i say: the location of this 2nd 'Red Sea' is undetectable neither by world map nor satellite images, but by naked eyes...? Because people are turning blind from days to days. They do know what big events like this held in certain places that exist in world map or even detectable by satellite, but do they act on 'em? No...they just watch and enjoy it by their naked eyes...let people doing nonsense.

If you show the pictures to others and ask 'em: Do you think this is good?
Even children in the kindergarten would answer the same with me -- No!!

Actually it's about 2 o'clock in the morning when i was posting this. And i got things to say no more because the experience of 'chronic dizziness' rite now (1.50am).

And i close this post with another question and another answer to wake my brothers and sisters up...
If just now you read 'bout '2nd Red Sea'...Do any place cross your mind if i ask you 'bout 'the precious RED LAND' which doesn't even exist in world map (though it SHOULD BE) but always the satellites keep on it....?



[it's the blood-stained Palestine land]

Monday, November 30, 2009

Why Are We (Muslims) So Passive??

assalamualaikum wbt..

Dalam buku karangan Amr Khaled, حتى يغيروا ما بأنفسهه, one of the law utk kita change ourselves is to be POSITIVE. Rata-rata penganut agama Islam skrg ni terlalu pasif, atau mungkin boleh kita kata ignorant, atau lebih menusuk kalau kita sebut MALAS. Dan sifat-sifat ni lah yang menyebabkan kita leka ttg tujuan penciptaan manusia dan amanah yg sedang kita pegang.

Cuba tanya pada diri..

Kalau kita jalan-jalan kat tepi jalan, pastu nampak kayu yang ada paku terpacak kat depan kita...berapa ramai antara kita yang akan alihkan mende tu? Berapa ramai pula yg akan langkah je mnde tu...dan pergi...? Pernah tak kita pikir: adakah semua org mampu utk melangkah je mende tu macam aku? Pernah tak kita pikir: bagaimana jika seorg buta lalu kat situ...?

Tanya lagi pada diri..

Sekiranya anda perokok (janganlah merokok, kan haram..kita cuba tinggalkan eh, moga kita tergolong dlm golongan muhsinin - yang sentiasa memperbaiki diri & amal, insyaAllah)..adakah anda hiraukan sign board 'Dilarang merokok' yg ada? Atau wat dek je sbb tu sign board yg ckp, bukan polis..Pernah tak kita pikir: aku ni slalu sgt merokok, org laen tak mudharat ke eh?

Kalau anda student, adakah anda selalu volunteer bila cikgu suh volunteer jwb soklan or pape je la...volunteer tak? Ada kawan saya penah cakap, org melayu bab2 volunteer ni susah sikit...hoho..Atau bila proffesor pening2 sebab tak mahir guna powerpoint, adakah anda org yg pertama pegi bantu?? Atau anda org pertama yg wat keputusan: takpelah, kita tggu jelah..boleh rest kejap..(dan membiarkan proffesor pening2 je kat depan smpai la dia smbung lecture)..
(kenapa saya bold kan part ni? Anda yg bersama saya dalam lecture tentu paham..fiki2rkan)

Isu Palestin..dan masalah2 umat yg laen...cakna tak ki
ta? Kita rasa tak kesedihan yg dorg rasa? Ada tak usaha kita nak bantu dorg? Kita doa tak kat dorg? Sedekah tak utk dorg? Boikot tak? Atau kita pikir: aku sorg boikot, org laen tak wat, xde kesan la maksudnye. sama je..baek xyah..

Why are we so ignorant? Kenapa bukan kita yg pertama bertindak? Kenapa kita tak pikir mudharat org lain, sedang kita sgt jaga diri kita supaya tak mudharat?

Jawapannya: sbb kita tak rasa mende tu ada kaitan ngn kita...atau kita pikir kalaupun kita buat takde pape pun yg berubah dalam dunia ni..dan mungkin jugak, kita bimbang dengan apa yg org akan kata jika kita bertindak....atau kita rasa mende tu remeh sbb org lain pon xwat...atau sbnrnye memang kita MALAS...betul tak?

Bahaya pasif!!!

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
[Al-Anfal:25]

Apa yg ditekankan dalam ayat ni? Pasif ni sbnrnye one type of 'zalim', btul x? Sbb kita spatutnye wat yang sepatutnye kita wat tuh, tp kita tak wat camtu..sedangkan kita mampu. Saya macam memperbesar2kan hal yg kecik ke? I'm sorry if u think so, but we should realise that every big thing starts with a single small thing. Macamana kita nak ubah umat jika kita tak mampu nak ubah satu mende yg simple pd diri kita; cth td nak alih kayu yg terpacak paku kat tepi jalan je pon, nak tinggalkan rokok, nak tolong cikgu, nak boikot israel..how can we learn add math without learning tambah n tolak kat tadika dulu?

Pernah satu ketika Allah SWT memerintahkan Jibril a.s utk memusnahkan 1 kampung ni, tapi Jibril tanya: Ya Allah, bukankah dalam kampung ni ada hamba-Mu yang sentiasa beribadah kpd-Mu? Lalu Allah SWT menjawab: Mulakan dengannya! Kerana mukanya tidak pernah mengubah kerosakan yg berlaku."


Anda nampak bahaya pasif skrg? Hmm..sama-sama fikir2kan.

Contoh2 mereka yang positif dan berani mengambil tindakan

1) Kisah burung hud-hud Nabi Sulaiman: Bagaimana Ratu Balqis dan rakyatnya memeluk agama Allah? Permulaannya hanyalah daripada seekor burung. Hud-hud telah membawa berita kemusyrikan Ratu Balqis dan rakyatnya yg menyembah matahari kepada Nabi Allah Sulaiman a.s, consequently Nabi Sulaiman amik tindakan (rujuk Quran) dan akhirnya Ratu Balqis dan kerajaannya kembali kpd agama Allah. Burung hud-hud tu tak penah pikir: ala, aku ni burung je pon, manelah mampu nak ubah manusia, dorg kan ciptaan Allah yg paling hebat. Sebaliknya, dia berani amik tindakan even sblm tu Nabi Sulaiman kata nak sembelih dia kalau dia lewat tanpa alasan kukuh.

2) Kisah Al-Habbab Ibn Al-Munzir: Beliau adalah salah seorg daripada ahli Badar. Sblm Perang Badar bermula, Nabi Muhammad SAW memerintahkan tenteranya untuk bina kem kat 1 tempat nih. Tapi Habbab berpendapat ada tempat yg lebih strategik yg blh bg kemenangan. Apa Habbab wat? Dia xkata lam hati: Ala...aku ni sapelah nak ckp pendapat aku. Rasulullah punye pendapat mesti paling bagus nye. Lagipun mesti suma org nak ikut Rasulullah. Tak! Dia x pk camtu! Sebaliknya, dgn hikmah Habbab tnya Rasullah, Ya Rasulullah, pndpt kamu ni berdasarkan petunjuk dari Allah ke sekadar strategi peperangan?" Rasulullah SAW mnjawab,"Tak, ianya strategi peperangan." Lalu Habbab berkata:"Kalau cmtu aku rasa ni bukan tempat yang paling strategik, (dan dia utarakan pendapatnya)." Rasulullah SAW menerima cadangan Habbab dan mereka menang dalam perang Badar.

3) Kisah seorang pelajar Muslim abad 21: Ada sorg pelajar ni tinggal kat sebuah 'negara Islam' (xtau negara mana cz penulis xbtau tp ia negara Islam yg ciri2 Islam ny xdelah jelas sgt sehingga di universiti2 tiada langsung surau or masjid, means dat org2 kat situ tak cakna pon psl solat). Masa 1st day dia masuk ke sebuah universiti di negara tu, bila masuk waktu solat, dia tercari2 masjid atau surau utk dia dirikan solat. Tapi dia xjumpa. Bila tanya2 org kat situ, suma org wat muka pelik seolah2 mencari tempat solat tu tak penah dibuat org. Akhirnya ada sorg tukang cuci ckp kat dia,"Takde masjid kat sini bang, kalau nak solat abang gi kat bawah, ada 1 bilik kosong. Bang solat ar kat situ eh." So dia pon g la kat bilik yg dimaksudkan...sampai2 je...gelap, berhabuk, no ventilation. Apa ni? Ni tempat solat ke? Dia kata,"Tak! Aku takkan solat underground, solat bawah tanah cmni!"

Apa yg dia wat? Dia gi ke tgh2 kampus, laung azan pastu solat. Beberapa hari jugak dia wat cmtu, sorang2 plak tu. Minggu seterusnya, ada pelajar yg dah mula terkesan dan ada kesedaran bahawa solat tu wajib, kene tunaikan. Dorang pun join student mula2 tu. Makin lama makin ramai. Sampailah satu hari, Dean universiti tu tgk; ada masalah timbul - budak2 amik wudhuk masuk kuar toilet tinggal tapak kasut merata2, pastu time solat kasut bersepah2. Side effect dia apa? Dean tu bina masjid. Kesan daripada pembinaan masjid di universiti tersebut, universiti2 lain di negara tersebut pun turut membina masjid & surau utk pelajar2 solat.

Hmm..jom pk sejenak. Kalau kita jadi pelajar tu, kita akan wat cmtu tak? Atau kita solat je kat bilik bwh tanah tu? Apa akan jadi kalau pelajar td pasif, dia solat je kat bawah tu? Entah bila biah solehah akan wujud dalam kalangan remaja di universiti2 kat negara tu. Dan sehingga sekarang, berapa banyak saham pahala setiap org yg solat dlm masjid di universiti tu dan universiti2 sekitarnya td kembali kepada pelajar yg sgt positif td!! MasyaAllah....

Kesimpulan

Sebelum kita ubah umat, atau ubah sesiapa sahaja, kita sendiri kene ubah diri kita dengan menjadi POSITIF! OPTIMIS! Kalau kita pasif, kita hanya akan tinggalkan kesan yg buruk kepada generasi akan datang, anak-anak, cucu-cucu. Kalau kita nak Islam kembali, jadilah SESEORANG dalam dunia. Kalau belum mampu utk jadi seseorang dalam hal yg besar...mulakanlah dengan sekecil2 hal sepertimana contoh2 di awal post td.

Dan jangan lupa, sekiranya anda mampu utk ubah diri anda menjadi seorg yg positif, anda perlu mengubah diri mereka yg lain utk jd positif jugak. Mengubah orang memerlukan hikmah yg tinggi. Nak quote skit 1ayat yg saya penah baca: A good example is twice the value of a good value! Dan 1 lagi, Prof Dr Abd Latif Mohamad penah quote kata2 sumbody: You are what you think, if you think you can, you are right. If you think u can't, you are right.



Wallahu'alam.

Friday, November 13, 2009

if u ask me..

salam..
moga semua berada dlm keadaan sihat insyaALLAH..
harini xde artikel yg nk dipost..juz wanna share a beautiful nasheed by Yusuf Islam..stdy da lyrics by ur heart..moga kte sama2 dpt manfaat..insyaALLAH..

If You Ask Me
Insa ultum al meela hum
Far ra rahman nur raheem
Anza la sha rah haneefa
Rah ma tanleel alameen
Rah ma tanleel alameen

Insa ultum an kitabee
Fah rah quranur kareem
Dum ma dushtu ral hayatee
Wa ha wanu ral mobeen
Wa ha wanu ral mobeen

If you ask me who my God is
And whose name I call
If you ask me who my God is
He's the God of us all
Allah the merciful.

If you ask me what my book is
That I hold in my hand
If you ask me what my book is
It's the Holy Quran The Holy Quran.

Insa ultum al nabee
Fah rah insanu azeem
Al lagana sa uluman
Ja ma adoon ya wadeen
Ja ma adoon ya wadeen.

Insa ultum an aduri
Fa ra shaitanurajeem
Qah iloon ya de ooh ne qufareen
Wa yo enoool muttadeen
Wa yo enoool muttadeen.

If you ask me who my Prophet is
I'll say haven't you heard
His name is Muhammad (SAW)
Have mercy to the world
Have mercy to the world.

Is you ask me who my enemy is
I'll say don't you know
If you ask me who my enemy is
He's that same old devil
That same old devil.

Insa ultum al meela hum
Far ra rahman nur raheem
Insa ultum an kitabee
Fah rah quranur kareem
Fah rah quranur kareem

Insa ultum al nabee
Fah rah insanu azeem
Insa ultum an aduri
Fa ra shaitanurajeem.

Aaoozobillahiminashshaitaunirrjeem

Monday, November 9, 2009

lumrah alam..renung2kan..

bismillah..


salam.. ape khabar iman sahabat2?harap semua dlm keadaan kheir insyaALLAH..
lme da x lawat blog ni..maklumlah..minggu2 winter ni..sejuk..sampai nk tulis pon tangan beku...(cewah..)

saja nk bg sket tazkirah kt blog ni..alang2 da lawat,ape salahnye klu cairkan sket tangan utk menaip urop2 yg insyaALLAH klu ditaip2..akhirnye jadilah ruangan tazkirah utk muhasabah bersama..


ape nk ckp td..


nk cte sket pasal kehidupan..





semua manusia ade 24jam sehari..xde 30 jam sehari ye kawan2..ni la sunnatullah...lumrah alam..tp ade yg masih mengeluh...masa x cukup..satu hari xcukup nk buat semua benda..masa makin pendek..winter sudah mari..xdpt buat semua kerja..jam loceng mish shaghal (x berfungsi:padahal da tutup dlm mimpi)..


saya nak bawak semua sahabat2 berfikir..hidup ni hanya sementara..terpulanglah kepada kita utk menentukan cara hidup kita..ALLAH da bg al-quran dan sunnah rasulullah sbg panduan..Islam sbg cara hidup..

surah al-anaam ayat 31:
Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata: Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia! Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.

igtlah wahai teman..pabila kita asyik dgn nikmat dunia,akhirat makin dilupakan..nauzubillah..saya pn terkadang berfikir...cmne kte bley dok statik atas kerusi bersweaterkan sweater di kala winter berjam2 utk menelaah pelajaran..tapi nk buka 2-3 m/s kalam ALLAH yakni al-quran pn begitu payah dan liat..astaghfirullah..


manusia makin leka dgn hal dunia..dunia ni pendek je..bak kata pujangga..dunia ni ladang akhirat..kita d dunia ibarat musafir lalu..mengutip bekalan utk dibawa ke akhirat kelak..klu kt dunia ni kte asyik dan menyalahgunakan nikmat yg ada utk tujuan yg xbetul pd caranya,ape bekalan kte di akhirat kelak?wang ringgit ke genih ke?laptop yg terkandung pelbagai movie ke?..fikir2kan lah wahai teman..hayat kita ddunia ni pendek je..buatlah amal sebelum ditarik nyawa..jom muhasabah bersama..



Wednesday, October 28, 2009

khallidu bil quran


salam alaik..lme da x update blog..almaklum la..nk dkt2 xm ni..[doakan kami]

juz wanna share a song by finalis AQ 1 season (akademi quran)..mari hayati bersama..
ma3lish (maaf) xdpt tulis pjg..

insyaALLAH lps xm ni saya update..insyaALLAH.. jazakumullah kpd yg sudi membuka dan meneropong blog kami ini..

sila klik di sini

Monday, October 5, 2009

Jangan Zalimi Dirimu

Assalamualaikum wbt...

Saya ter'induce' dgn kata-kata ukhti A utk menulis post baru setelah sekian lama tak update. Jazakillah kerana 'mengetuk' pintu fikiran ini untuk terus istiqamah dalam pekerjaan saya walaupun indirectly. Actually, I didn't have any intention to post something new unless i've finished the topic khasyiatillah; but her words reminded me that dakwah is not just when we have intention to do it..dakwah is a job for those who willingly work 'full day' for Allah SWT..that is: whenever they're still breathing, still have strenght, no matter what are their social status or their background or living condition and so on...they are not paid by riya', takabbur, money, nor praises..but the only payment for doing this job is from The Boss, Allah The Almighty..because of the 'diamonds' in their heart: IKHLAS & ISTIQAMAH.

Jangan zalimi dirimu..jangan letakkan dirimu pada tempat yang tidak sepatutnya..agak-agak apa jadi kalau kita terseterika tangan dgn seterika panas? Melecur...sbb bukan di permukaan panas tu tempatnya utk kulit kita. Apa jadi kalau kalau merokok? Mudaratnya takyah sebut, banyak sangat...Sbb apa mudharat? Sbb apa badan sakit? Sbb bukan nafsu bertuankan akal, tp akal bertuankan nafsu! Bukan di situ tempatnya akal..

Maka janganlah zalimi diri sendiri. Bukannya maksud zalimi diri tu pada yg zahir terlihat pada diri kita ni saja, tapi jugak kepada yang 'di dalam' itu...jangan zalimi...apa dia? Iman.

Bila tengah ulang-ulang hafal ayat surah al-Qalam:

"Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika dia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. Kalaulah dia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah dia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan dia ditempelak (kerana salah silapnya)."

Saya jadi fikir panjang..

Mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yunus yg ditelan ikan paus seperti diterangkan dalam ayat di atas, cukup utk menimbulkan rasa bimbang dlm diri. Dalam kisah Nabi Allah Yunus a.s ni, Baginda lari dari kaumnya dgn keadaan marah, dan berputus asa. At last Allah takdirkan Baginda ditelan ikan paus. Masa dlm perut ikan paus tu, Baginda mula menyesali perbuatan melarikan diri dari kaumnya tu.

"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.'"
[Al-Anbiya':87]


'..inni kuntu minaz zholimin.' - kata Nabi Allah Yunus a.s. Kenapa Baginda ckp sedemikian? Kerana Baginda merasakan Baginda telah menzalimi diri dengan melarikan diri dari kaumnya. Baginda pada ketika itu hilang sabar dgn kaumnya. Apapun, taubat Nabi Allah Yunus a.s diterima Allah SWT..alhamdulillah.

Kawan2 yg dikasihi sekalian, tempatnya iman adalah di hati kita sebagai penguasa. Jika kita membiarkan sebarang perasaan atau makhluk lain menggantikan iman itu..maka zalimlah kita terhadapnya, nauzubillah. Anda marah? Ya..tapi bersabarlah, kerana bersabar itu sebahagian daripada iman. Jangan zalimi iman kita. Ketika diuji dalam pelbagai bentuk ujian; jika perlu buat pilihan, pilihlah dengan rasional berdasarkan iman..jika perlu bangun dari sebuah kejatuhan, thabatlah dengan berbekalkan iman...jika perlu mengatasi keputusasaan, atasilah ia dengan mentajdid iman..
Jangan menzalimi iman dgn membelakanginya..

Satu lagi pengajaran dr kisah Nabi Allah Yunus a.s: jangan sekali-kali kita terlalu melayan perasaan dengan musibah yg menimpa diri mahupun terlalu selesa dengan apa yg ada pd diri kita kerana kedua-duanya boleh menjadikan kita lupa pada Allah SWT. Sentiasalah berwaspada dengan hal2 yg bermain di fikiran kita. Diri ni memang sentiasa lagha...bukan saja ngan hiburan, friendship, hobbies and so on...tp juga dgn mnde yg kita rasa 'ia sebuah kebaikan'..cthnye, memikirkan penyelesaian masalah muslim yg berpecah belah. Kita mungkin akan emosional sehingga timbul pergaduhan dsb. Niat yg pada asalnya ingin memperbaik kepincangan yg berlaku dah makin lupa. Dan makin lama hanyut dgn masalah tersebut dan tidak ada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Penyelesaian datang dari akal semata, bukan iman; sedang akal tu begitu mudah dikuasai syaitan dan nafsu tetapi tidak iman. Mungkin ada yg kurang paham perenggan ni, namun saya sbnrnye merujuk kpd satu isu yg saya bukan orang yg layak utk membincangkannya secara terbuka.

Anyway, kisah Nabi Allah Yunus a.s ni jelas membuktikan kps kita Allah SWT tu Maha Kuasa. Dia mampu jadikan org yg tak pernah lupakan-Nya, lupa kpd-Nya walau hanya seketika; & vice versa. Mintalah perlindungan dari Allah SWT semoga diri kita sentiasa terpelihara dari menzalimi diri & iman...ameen.

Wallahu a'lam

Thursday, September 24, 2009

Lirik Untukku Dan Yang Sejiwa Denganku (ceh..!)

Muhasabah dan mentajdid iman...

Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan.
Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan, namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
Haruskah aku mengalah,
namun jiwa kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan, uji keimanan,
Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan, setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah, perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.
Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata, PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,

Segalanya dariMU.



Langkah Tercipta - UNIC

Wednesday, September 16, 2009

Why You Must Quit Smoking??

Bismillahirrahmanirrahim..

Maybe i'm not the best person to talk bout this..or maybe i'm not the best person to advice you..or maybe i'm not the best person to force you to stop 'it'...

But i'm the best person who should speak for my own right..i have the right to leave happily..and i have the right to prevent myself from diseases..and i have the right to advice 'you' when i think you're doing 'wrong'..

"By (the Token of) Time (through the ages), Verily Man is in loss, Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy."
[Surah al-'Asr]

Okay, back to the point. Do you know why you (if you're a smoker) SHOULD stop smoking? I give you some points..

  • maybe i'm not good in fiqh, but there's only 2 opinions in fiqh that i hear up till now, that is - smoking is either HARAM or MAKRUH. According to the verse below..i take it as HARAM. And you? (just like Dr Muhd Asri Zainul Abidin said: it's okay if we're not agree with each other, but we must agree that whatever stated in Quran or Sunnah is the best!)
“...he [the Prophet] commands them what is just, and forbids them what is evil; he allows them as lawful what is good, and prohibits them from what is bad..."
[al-A'raf: 157]

  • If you're a medic student, i'm sure you know the dangers of tobacco use very well. What? Actually tobacco use may increase the risk of getting 40 serious diseases e.g lung cancer, heart diseases, stroke etc up to 10 or 20 times compared to non-smoking person. It may cause you to suffer very much especially when you start to get peptic ulcer, constipation and even loss of memory! Hmm..The Prophet SAW said: "Knowledge without works is like a tree without fruit." You know it causes harm to yourself!! Work it! (what?) Do prevent yourself from those harms! Do you agree if i assume smoking equals to killing one's self silently?
"And spend of our substance In the cause of Allah, And make not your own hands Contribute to (your) destruction; But do good; For Allah loveth those Who do good."
[al-Baqarah:195]
  • Not just the smoker's, but also a silent killer of people around him/her. Sincerely, i'm telling you - i hate smokers very much (just when they smoke la) because of THIS! For me, if you don't mind about your own life, please...do mind about others'.
  • Other than that, physically smokers look unhealthy as they really are. They appear thin and weak. There is impaired in smell and taste sense. Also, for male, be careful with...impotence!(also infertility for females).. So many others illness produced by tobacco use..deafness, impaired vision, mouth or gum infections and so and so...
"A strong devout Muslim is better and more beloved by Allah than the weak devout Muslim in every good deed."
[narrated by Muslim]

Hmm...so why do you choose to be weak? What is more than Allah's love?? If you quit smoking, you'll have more time in your life to perform ibadah, trust me..because 50% of smokers died every year because of the diseases due to tobacco use, accelerated death, huh?

"But Allah wronged them not: nay, they wronged their own souls."
[an-Nahl:33]

And more, some doctors said that smokers are actually having mental problems...they are mental patients..because most of them smoke when they are in stress, they can't overcome their stress well except by smoking..hmm hmm hmm..dear friends, bear in your mind that we as Muslims always have Allah SWT by our side..

I know its not easy to stop smoking. But trust yourself and Allah's help..insyaAllah kheir.

Wallahu'alam.


Tuesday, September 15, 2009

pengumuman..laman web akan ditutup slama 20 menet..

salam ramadhan buat semua..cmne ibadah kwn2?insyaALLAH kheir..rebut la peluang utk bertemu mlm yg lbey mulia drp sribu bulan di 10 mlm terakhir ramadhan ni..


terkejut dgn tajuk kali ini?sabar2..tarik nafas pjg2..lepasss...bce artikel ni smpai habis dlu..

td saya ada trbce dlm akhbar brita harian..artikel yg pd pandangan sy mmg agak menarik..tentang penutupan laman web akhbar d jeddah slama 20 menet..(bukan laman web lukisan dr jiwa ni ye kwn2 =P)

sbb ape ditutup??oo..bkn sbb baik pulih..tp sbb memberi laluan kpd parA pembcenye utk mnunaikan rukun islam ke-2 di awl waktu..menarik kan?




saya berpendapat,inisiatif sebegini harus dijadikan contoh kpd akhbar2 lain..ade yg mmbantah penutupan tersebut..dgn alasan bahawa objektif ini pasti xkn dpt tercapai gka yg melayari laman web tsebut merupakan org yg bkn beragama Islam..



bg saya,hal ini x menjadi masalah krana laman web tersebut bkn dtutup spjg hari tp hanya 20 menet..ape lah sgt 20 mnet tu..sekejap j..xkn mse tu la nk tutup mse tu lah mreka berkeinginan utk melayari laman web tersebut..byk lg mse len..



inilah dia manusia akhir zaman..hendak seribu cara xhendak seribu dalih..tepuk dada tanya iman..



wallahhu'alam..



sspe yg nk bce artikel yg sy olah ni bley klik kt sini

Monday, September 14, 2009

ketika hati berkata..

salam ramadhan..post kali ni x pjg..sje nk share sket..
smlm sy balik dr market..bli ayam..sampai di rumah..saya spt biasa mengambil tugas pak cik butcher kt market td..kununnye nk buat sup..

sy dgn rambangnya..mengambil seeko ke?xpe la..kaki ayam yg da dipotong tu..niat: nk potong kecik lg supaya bley masok dlm sup..guna pisau biasa..result->x lut..amek pisau butcher yg besaa tu..[cm nk blah kambing seko..]

"ayam ni ade kuku..potong la kuku dia.."
alat:pisau butcher tu..
pap!putus jari dia..

ttbe sy terfikir..cmne r org bley lapah daging org sndri..hmm..kt mne sifat perikemanusiaan tu..ni bru ayam..klu org yg dilapah..dipotong2 disiat2..cm kambing?hmm..cmne laa..dunia yg semakin tua..penuh dgn manusia yg pelbagai sifat dan rupa..
perikemanusiaan ntah ilang ke mne..
renung2kan..

Saturday, September 12, 2009

Khasyiatillah (Part 3): Wujudkah 'khasyiatillah' dalam diri kita?

assalamualaikum wbt..

Agak lambat meng'update' tajuk khasyiatillah ni..huhu..hope one day i can read arabic books well..ameen.Anyway, again..this is one of subtopics in a book titled "Islah Qulub" by 'Amru Khaled; i'm just elaborating in Malay for sharing purpose (dan mungkin hanya sedikit penambahan isi; juga sebagai perkongsian, insyaAllah). Well friends, sebelum kita masuk kpd isi-isi dalam bahagian kali ni..jom refresh dulu apa yg tlh dibincangkan dalam 2 bahagian yg lepas secara ringkas..supaya kita sama-sama dapat kaitkan dan fahamkan dengan mantap tentang khasyiatillah ni insyaAllah..

1) Definisi khasyiatillah: Secara mudahnya, rasa takut kepada Allah SWT yg disertai kecintaan kepada-Nya.. 2) Hari kiamat sebagai salah satu medium pencetus rasa khasyiatillah.. (anda boleh merujuk kpd post2 lepas utk ulasan lebih lanjut..these were just main points.)

Sebenarnya utk tajuk kali ni, point nye diulas di awal topik dalam buku tersebut. Tapi saya menyusunnya balik ke bahagian 3 supaya lebih sesuai dgn cara penulisan dan untuk pemahaman saya sendiri..

Ok kita bermula dengan tanyakan pada diri:

هل نحن نخشى الله عز وجل؟؟

Hmm..nak jawab soklan ni, kita kena amik beberapa contoh yg berlaku dalam masyarakat untuk memilih jawapan samada 'ya' atau 'tidak' bg soalan di atas.

1) Penderhakaan terhadap ibu bapa

Penulis bertanya kpd kita..berapa ramai ibu yg menangis kerana perbuatan anaknya? Dan saya tambah, berapa ramai bapa yg jasa keringatnya dibalas dgn hadiah 'sebuah rumah' oleh anaknya? --> rumah orang2 tua :(

Kenapa kita melihat khasyiatillah dr aspek ini?
"Dan Tuhanmu tlh perintahkn spy engkau x mnyembah mlainkn kpdNya smata2 & hndklh engkau brbuat baik kpd ibubapa. Jk slh seorg dr keduanya atau kedua2nya skli, smpai kpd umur tua dlm jagaan & peliharaanmu, mk jgnlh engkau brkata kpd mereka (sbarang prkataan kasar) sekalipun prkataan "ah" & jgnlh engkau mnengking mnyergah mereka, ttp kataknlh kpd mereka prkataan yg mulia (yg brsopan santun). Dan hndklh engkau mrendah diri kpd kduanya krn belas kasihan & kasih sayangmu & doaknlh (utk mereka, dgn brkata): Wahai Tuhanku! Cucurilh rhmt kpd mereka brdua sbagaimana mereka tlh mncurahkn kasih sygnya mmelihara & mndidikku sms kecil." [al-Isra':23-24]

Lihat perkataan yg di'bold' pd ayat di atas. Ia adalah sesuatu yg besar apabila ALLAH PERINTAHKAN!! Macamana kita boleh ckp kita ada khasyiah dalam masa yg sama tidak menjalankan perintah-Nya? Macamana nak ckp kita ni jatuh cinta tp kata2 Kekasih itu tidak dituruti?

Sabda Nabi SAW: "Keredhaan Allah terletak pd keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pd kemurkaan ibubapa." (Riwayat at-Tarmizi)

Hmm..saya ibaratkan di sini..perjalanan menuju keredhaan Allah SWT itu seolah2 kita ingin merentasi sebuah sungai dari satu tebing ke tebing yg satu lagi di mana adanya redha Allah itu. Sungai itu adalah sungai kemurkaan-Nya..kita memerlukan jambatan yg kukuh supaya perjalanan itu selamat dan kita mendapat apa yg diimpikan...dan jambatan itu adalah jambatan keredhaan ibu bapa..

2) Dosa-dosa lidah
Penulis minta kita muhasabah lidah kita..berapa byk perkataan2 halal & haram keluar dari mulut kita hari ini? Berapa byk ghibah, namimah, perkataan dusta? Dan berapa byk pula zikrullah, selawat, perkataan2 yg bermanfaat?

Ketahuilah bahawa orang yg ada khasyiatillah adalah org yg berfikir sebelum berkata-kata..

Sabda Nabi SAW: "Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, tidak akan lurus pula hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya." [Riwayat Ibnu Abid-Dunya]

Dan sabda Rasulullah SAW lagi dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim: "Sesiapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah yg baik ataupun diam sahaja."

Hmm...dalam hadith2 di atas, lidah dikaitkan terus dengan keimanan seseorang...bukankah itu menunjukkan ia sesuatu yg besar utk dijaga?

Maka sama-samalah kita menjaga lidah daripada memungkiri janji, bergurau berlebihan, memaki hamun, berkata2 yg tak perlu, mengadu domba, membocorkan rahsia, mengumpat dsb. (saya highlight kan 2 contoh di atas kerana kita seringkali lupa or tak perasan dengannya..astaghfirullah..)

Untuk penjelasan yg lebih baik saya syorkan anda ke sini

3) Pandangan
Penulis bertanya lagi..di mana khasyiatillah pada mata? Terpeliharakah mata ini ketika menonton televisyen, melayari internet dsb..? Sejauh mana kita jaga pandangan kita kerana adanya khasyiatillah?

قل للمؤمنين يغضوا من أبصرهم
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)"
[an-Nur:30]


Maka dalam ayat ni, sekali lagi diseru kepada ORANG-ORANG YANG BERIMAN untuk menjaga pandangan..bukankah ia satu seruan yg besar? Terkesankah kita dengan ayat ini jika benar hadirnya khasyiatillah di hati??

Dan bagaimana pula dengan wanita2 yg menjadikan dirinya 'bahan pameran'?
  • yang langsung tidak menutup aurat
  • yang berhijab tapi sebahagian rambutnya dinampakkan
  • yang bertudung dan berpakaian lengkap tapi ibarat balutan nangka pakaiannya itu
  • dan mungkin ada yg lebih teruk daripada 3 contoh di atas...
وقل للمؤمنت يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.." [an-Nur:31]

Sekali lagi kepada perempuan2 YANG BERIMAN..jagalah pandangan dan peliharalah kehormatan..bukankah ia satu seruan yg besar? Terkesankah kita dengan ayat ini jika benar hadirnya khasyiatillah di hati??

4) Syabab (Pemuda pemudi)

Paling ketara bila bicara tentang syabab di zaman ini adalah hubungan antara lelaki dan perempuan..
  • Malu yang hilang
  • Azam yang luntur
  • Determination yang lemah
Maka terjadilah pelbagai masalah yg merosakkan akidah serta iman mereka..jangan kata yg tak belajar agama, yg celik agama pun turut sama hanyut..ibadah yg menjadi pengikat hati antara seorang hamba dan Tuannya tidak lagi terlaksana..yang fardhu tidak sempurna, yg sunat ditinggalkan, qiamullail tidak lagi didirikan; kecuali sebahagian kecil dari mereka..

Tanya pada diri, duhai diri..bilakah kali terakhir mata ini basah kerana takutkan Allah? Bilakah kali terakhir ia basah kerana rindukan cinta-Nya? Bilakah solat yg terakhir yg menjadikan kita rasa sangat dekat dengan-Nya?

Lihatlah al-Quran di dalam rumahmu...mungkin sekali ia dipenuhi debu kerana kurangnya yang membaca..

Lihatlah di masjid2 pada waktu solat fardhu...dimanakah pemuda2?

Apakah yg menjadikan pemuda-pemuda kita ni sangat syaghal (busy) sehingga al-Quran itu tidak terbelek, masjid2 itu tidak dipenuhi..? Kitab Suci itu tidak lagi menjadi hafalan mereka kerana fasihnya lagu2 artis pujaan dinyanyikan setiap hari..dan masjid2 itu kosong kerana penuhnya tempat2 hiburan..

Mereka sibuk dengan: siapa yang paling kaya sekarang..siapa menang anugerah Oskar, siapa yang paling hebat main bola sepak..siapa..siapa..dan siapa...????? Tetapi tidak hadir sedikit pun di hati2 itu..siapakah orang2 beriman?

[al-Mukminun: 1-11]
  • Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
  • Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
  • Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
  • Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
  • Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
  • Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
  • Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
  • Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
  • Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
  • Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
  • Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Di manakah letaknya ayat2 al-Quran dan hadith2? Apakah ia memberi kesan kpd hati ini?

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
[al-Baqarah:74]

Dan ingatlah ayat ini:
فويل للقسية قلوبهم
"..Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya.."
[az-Zumar:22]

Maka kembali kepada hati2 ini...tanyakan pada ia..wahai hati, berserahkah kamu dengan apa yg diseru kepadamu dari Tuhanmu? Wahai hati, bergetarkah kamu tatkala mendengarkan alunan2 kalamullah? Wahai hati, terhiburkah dikau oleh ayat-ayat Allah di kala musibah melanda?

Jika 'tidak'..hadirkah khasyiatillah dalam diri ini?

Kita bersama2 dalam jalan tarbiyah..sama2 ingin membaiki hati, membersihkan diri..menghadirkan diri dalam majlis2 ilmu, mendengar beribu pengisian dsb...tapi ketahilah bahawa usaha itu takkan membuahkan hasil selagimana hati kita enggan khusyuk..

"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya). Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang."
[al-A'la:9-13]

Kesimpulannya, khasyiatillah itu tekut beserta cinta kpd Allah SWT. Tidak dipanggil 'takut kpd-Nya' sekiranya tidak bergetar jiwa tatkala mendgr ayat2 yg menceritakan kerasnya azab Allah. Dan tak diistilahkan 'cinta kpd-Nya' jika tidak terdetik di jiwa utk menghampiri-Nya tatkala mendgr seruan2 kpd Yang Maha Esa...

InsyaAllah next part kita adalah part terakhir...dan kita sentuh sedikit sirah Nabi SAW dan kisah para sahabat yg menunjukkan hadirnya khasyiatillah dalam hati mereka..sebagai pemberi semangat utk sama2 kita pupuk ia dlm hati kita insyaAllah..

Wallahu'alam..

Just A Favour....COFFEE!!

Assalamualaikum wbt..

Maybe it's not the right time to talk about coffee, huh..but this is just for sharing..
Lately, my biological clock is not working well..haha..i slept in the morning instead of night and vice versa..haiyya~~jet lag? haha..maybe, because i did have digestive probs, headache, fatigue, mild depression and obviously irregular sleep patterns.

Staying up at night always induces me to take coffee..(meansits not that i drink coffee to stay up but i drink if i stay up...paham ke? hoho)..well, actually i'm a coffee die-hard-fan la. So, this post is just about COFFEE.

i don't know much bout coffee in general but at least i do know bout the coffee that i drink. There are several species of coffee tree all around the world. But here, i don't wanna talk about the tree, nor the beans, nor the contents..but the coffee recipes served in coffee shops. Hmm..so what is it - frappe, mocha, cappucino, latte...and lastly, my new favourite white coffee =)

All of 'em are usually from espresso (brewed strong black coffee) but white coffee is from white espresso and it is highly caffeinated (3 times regular espresso)..woah, that makes me a lil 'high' after takin' it. It gives stronger effect than regular coffee but i advice to those who easily 'stimulated' by coffee not to take it because you may have moderate headache, it's just my opinion because i used to take coffee but not necessarily affected, sometimes. But this one, really gives me mild headache...but it's really nice!

What is frappe? Or some call frappucino. It's actually an ice blended coffee recipe. For me, the taste is more or less in between cappucino and latte..but it is more sweet than both previous because it contains sugar. Not an issue..if you love ice blended coffee..then it is frappe, generally speaking lah.

Cappucino = espresso + steamed milk + frothed milk..so simply it's coffee with milk..the same goes to latte..but latte adds more milk.

Mocha (not my favourite..i call it the hypocrite type of coffee..hahahaha) = coffee + cocoa + creamer/milk + sugar..bahasa kampong panggil neslo (nescafe + milo --> dua2 muqat..haha). I don't prefer mocha because its taste less coffee..very least. And plus, i don't prefer cocoa as drink actually.

That is it. If you think i give wrong info to you, do correct me keyh! it's just based on my taste buds..haha~ c ya *wink*

KITA MINOM DULU!!

Thursday, September 3, 2009

Sebuah Permulaan Yang Belum Pun Bermula

Sekadar sedikit luahan dari jiwa seorang hamba..

kadang-kadang..kita semangat nak memulakan sstu yg baru..
sebuah kehidupan yg baru...

sebuah harapan yg baru...
dan seorang diri yang baru...

tapi hakikatnya, tidak mudah untuk memulakan semua yg baru itu..

aku sudah mula melangkah sebelah kaki..
untuk memulakan perubahan pada diri...
namun langkahan pertama itu diiringi ujian Ilahi..
yg menguji bersediakah kau duhai hati...
nyata sekali langkahan itu terhenti...

entah kenapa..berat kakiku terasa..
untuk memulakan langkahan kedua..
apakah kudrat sudahpun tiada...
untuk mengiringi langkahan pertama..
muhasabah, ku tanya diri..mengapa?

lama aku mencari di mana hilangnya sema
ngat tadi..
lama aku mencuba untuk melangkah lagi..
lama ku tanya hati, kenapa begini...
dan lambat sekali aku menyedari..
jawapan untuk semua ini..


kaki itu tidak melangkah kerana di depan ku ada arus deras..
arus sungai air mata yang mengalir tanpa henti..
mana mungkin aku melangkah untuk merentas..
kerana bimbang bahaya pada diri...
dan apakah kesudahannya langkahan tadi?

ia telah pun berhenti..
malah arus tadi mula menghakis tanah yg hampir di kaki..

kaki yg tadinya memulakan lngkahan pertama..

terpaksa melangkah ke belakang semula..
dan kembali ke tempat berdirinya aku seperti awalnya..

aku sudahpun memulakan sesuatu yg baru itu...
namun yg lama masih bersamaku...
kerana derasnya air mata yg menghalang langkah ku..
sekarang ku tanya hati..mengapa begitu deras arus sungai itu?
jawab hati..kerana aku masih tiada bersedia wahai tuanku..

duhai diri..hidup ini memerlukan pengorbanan..
yg mungkin tak sanggup untuk kau buat pilihan..

selagimana belum ada persediaan..
semua 'yg baru' itu hanyalah angan-angan..

berhentilah air mata..teruskan perjuangan..

Saturday, August 29, 2009

di mnekah perkataan "ibu"?

assalammualaikum..

harap sume sihat..da masok ramadhan ke-9..

mcm mana ibadah sahabat2 skalian?insyaALLAH..moga kheir dan istiqamah..

rse da lme da kt mesir ni..tringat mak kt rumah..

tadi saya semak peti masuk emel..housemate saya berikan sesuatu yg saya terdetik utk mengeposnye kt cni..mungkin kawan2 pernah terbaca artikel ni di mana2..mmg artikel ni saya x edit pun..sy forwardkan je..

sama2 kita renungkan ye kawan2..moga kita sama2 dpt mengambil ibrah (pengajaran) drp ape yg sy forwardkan ni..insyaALLAH..[kredit 2 my housemate] =)

pasangan Vs ibu


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT...
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

hargailah ibu bapa kita slagi mereka masih wujud di dunia ni..nnt ble mreka da xde..kt spe lg kte nk bermanja..kt spe lg kte nk ckp,"mak,saya da berjaya ni.." or "mak,tgk la ijazah saya ni"..
"abah,tgk anak abah skrg ni,abah da xyah risau da..saya da berjaya" or "abah,saya da jd manusia,skrg..hasil didikan abah dulu.."..

hargai mereka..

walaupun hari ini bkn hari ibu or hari bapa..tp bg saya,hari2 adalah hari ibu dan bapa saya..

..THANX MOM N DAD..



"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. "



Tanya pada diri..[Tadabbur Ayat...Al-A'raf: 179]

Assalamualaikum wbt..

Bagaimana Ramadhan anda dan saya setakat ni? Rasa 'dijemput' ke Open House Allah ke x? Ada tak rasa ianya berbeza dari Ramadhan yg lepas2? InsyaAllah, moga sama-sama kita dapat baiki diri, islah hati dan mendapat cinta Allah dengan bertaqarrub kpd-Nya..ameen =)

Just nak share sedikit pasal sebuah ayat yg saya dengar dari bacaan Sheikh Hatem dalam solat terawih mlm ke-9 (maksudnya juzuk 9 laa cz 1 malam 1 juzuk)..ayatnya berbunyi...

ولقد ذرأنا لجهنم كثيرا من الجن والإنس
لهم قلوب لا يفقهون بها ولهم أعين لا يبصرون بها ءاذان لا يسمعون بها
أولئك كالأنعم بل هم أضل
ألئك هم الغفلون

"Dan ssgguhnya Kami jdkn utk neraka jahanam byk dr jin & manusia yg mpy hati (tetapi) tdk mahu mmahami dgnnya (ayat2 Allah) & yg mpy mata (tetapi) tdk mahu mlihat dgnnya (bukti keEsaan Allah) & yg mpy telinga (tetapi) tdk mahu mndgr dgnnya (ajaran & nasihat); mrk itu spt binatang ternak, bahkn mrk lbh sesat lg; mrk itulah org2 yg lalai."
[al-A'raf:179]

Dalam post ni, saya mungkin akan banyak bertanya kepada anda dan diri saya soalan2 yg ada antara jawapan2nya yg kita sama2 simpan dalam dada; kerana ianya hanya untuk stimulate pemikiran kita bersama..boleh kan? <---soalan pertama..hehe ~~ 1st skali, apakah tujuan penciptaan manusia?
وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
"Dan (ingtlah) Aku tdk mnciptakn jin & manusia melainkan utk beribadat kpd-Ku."
[Adz-Zaariyat: 56]

Jadi, diciptakan hati pd manusia utk apa? Diciptakan mata pd manusia utk apa? Diciptakan telinga pd manusia utk apa? Jawapannya hanya satu iaitu utk BERIBADAH kpd Allah.

Beribadah yg mcmana dimaksudkan dalam ayat ini?
  • hati --> fahami ayat2 Allah
  • mata --> melihat tanda2 kebesaran Allah
  • telinga --> mendengar Kalamullah
Tanya lagi pada diri kita...sejauh mana kita menghayati ayat2 Allah jika dibandingkan dgn menghayati ayat demi ayat dalam novel2, memahami cerita2 best dalam TV sampai sanggup ulang2 tengok or sanggup on-time tggu episod bermula sbb takut terlepas then tak phm episod seterusnya....tanya pd diri; sejauh mana wahai diri?

- ada kita stay-up sampai tgh mlm hanya sebab nak khatamkan Quran sehebat stay-up nak exam or nak habiskan baca novel? Tanya pd diri..
- Ada kita tadabbur ayat berulang-ulang sampai paham sebanyak ulangan tgk cerita kat ASTRO? Tanya pada diri..
- Ada kita peruntukkan masa yg tetap setiap hari utk hati ini menghayati ayat2 al-Quran sepertimana teraturnya j
adual utk menonton drama bersiri kesukaan kita spt Nur Kasih setiap minggu? hehe..

Tanya pada diri...pasti anda dan saya tahu jawapan yg tersimpan di hati...dan soalan
confirmationnya --> adakah hati ini milik seorang yg lalai?

Tanya lagi pada diri..Sejauh mana mata ini dibawa utk melihat tanda2 kebesaran Allah SWT jk dibandingkan dgn menonton Akedemi Fantasia contohnya, atau berdepan dgn laptop 24jam, atau jeling sana jeling sini sampai juling...tanya pada diri; sejauh mana wahai diri?

- Cuba atur kaki kita, melangkah keluar dr rumah..berjalan dan melihat di keadaan sekeliling..apakah pandangan mata kita mengingatkan kita ttg ayat2 surah an-Naba' (6-16) yg mengajak kita berfikir ttg kejadian semesta; dan bagaimana sekiranya ia musnah spt digambarkan dalam surah2 selepasnya (ttg Hari Kiamat)...? Tanya pd diri..
-
Bagaimana pula jika mata itu melihat pd tingginya bangunan2, mewahnya kereta2...atau melihat barang2 di shopping complex ketika window-shopping, adakah pandangan itu mengingatkan kita ttg kebinasaan kaum2 terdahulu yg tdk bersyukur kpd-Nya sptmana diceritakan dlm al-Quran?

Tanya pada diri...pasti anda dan saya tahu jawapan yg tersimpan di hati...dan soalan
confirmationnya --> adakah mata ini milik seorang yg lalai?

Tanya dan tanya lagi pada diri..sepeka mana telinga ini mendengar Kalamullah dibaca dan dilagukan jk dibandingkan dgn ke'alert'an mndengar lagu2 penyanyi pujaan, atau mndgr gosip2 hangat di radio, atau mendengar 'ketupat'2...Tanya pada diri; pekakah aku atau pekak?

- Adakah terhenti kalam kita tika Kalam Allah dilagukan? Atau ditutup sumber ayat2 itu utk tidak mengganggu perbualan? Tanya pd diri..

- Adakah kita cuba utk paham, hayati & tadabbur ayat2 tersebut tatkala ia menyapa telinga sepertimana
khusyuknya kita mendengar lagu artis pujaan utk menghafal lirik, jadikan ringtone, dan tuju2kan lagu tu kat org di radio...?

Tanya pada diri...pasti anda dan saya tahu jawapan yg tersimpan di hati...dan soalan confirmationnya --> adakah telinga ini milik seorang yg lalai?

Orang yg lalai adalah org yg tak bersyukur...setuju tak?

(monolog) Haish!! Banyak sungguh soklan!! Kenapa nak care sgt pasal hati, mata & telinga ni?? Nak ckp aku ni xcukup bersyukur ke?? Kan aku dah jaga hati supaya tak kene penyakit, jaga mata supaya tak kene keratitis, & jaga telinga supaya tak kne otitis media!! Aku jaga amanah Allah! Tu tandanya aku bersyukur dgn nikmat-Nya! (monolog)

"Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. " [as-Sajadah:9]

Apakah maksud syukur dalam ayat di atas? Hmm, actually saya pernah baca dalam satu artikel (betulkan saya kalau saya salah), katanya dalam kitab Ihyaa 'Ulumuddin karangan Imam Ghazali, rukun syukur ada tiga:
  1. Ucap syukur dgn lidah (Alhamdulillah)
  2. Mengaku dgn hati bhw nikmat itu adalah anugerah dr Allah SWT
  3. GUNA NIKMAT DI JALAN YG DIREDHAI ALLAH SWT
إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا...

"...sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." [Al-Isra':36]

Fikir-fikirkan ayat di atas..

Berbalik kpd ayat surah al-'Araf:179 td, kenapa Allah SWT ckp 'lebih sesat dari binatang'? Sbb binatang takde akal utk bezakan apa yg baik dan apa yg buruk atau bahaya utk dirinya serta bagaimana mengawal hati, mata dan telinga..tp manusia dianugerahi akal utk lakukan semua tu, kalau tak gunakannya, lebih kuang je ngan kambing ke, lipas ke, tikus ke..atau lebih teruk coz tak pandai nk bersyukur nikmat akal tu sehingga membawa diri kepada bahaya di akhirat kelak..nauzubillah~

Ya Allah, jauhilah kami dari sifat2 lalai..ameen

Wallahu'alam

Thursday, August 27, 2009

..ramadhanku..

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Alhamdulillah..da masuk hari ke-7 kte berpuasa..mcm mana ramadhan sahabat2 semua?insyaALLAH kheir..ambillah peluang di bulan ramadhan ni utk memperbaiki dan memperbanyakkan ibadah2 sunat..tp yg fardhu jgn tinggal juga.kang sibuk kejar terawih..solat fardhu yg lain rompong ssh jugak..[talk 2 myself 2]..sama2 kte muhasabah ramadhan yg lalu..moga ramadhan kali ini lbey baik drp ramadhan sblomnye..insyaALLAH..

Cte sal ramadhan..

Smlm iftar kt rumah baba khamis kt mandarah..alhamdulillah baba mmg pemurah..since awal ramadhan lg ajak iftar sama2..smpai da x larat nk mkn..nk tolak segan tp klu da slalu ajak,ape lg..mkn..jarang ade org nk tolak rezeki..=)

..bez buka mkanan arab..ade bamiah bi tomatim (bendi masak tomato),tahina (yg enol suka tu..siap gaul ngn makarona lg..=P),air kurma (kurma kering rebos dlm air masak+gula I think..),makarona bi tomatim..(makarona berperisa tomato?)..syurbah lahmah..sup daging yg sgt empuk dan lembut..mncair di dlm mulot..sdapnyee..[lbey2 plak..]

Sorg dpt 1 mangkuk makarona dan ade la dlm 2 pinggan nasi arab..wah..nikmat!sbb mknan yg dihidang tu mmg ala arab..so,dyorg expect ktorg perut bersaiz arab..so,ade la yg x abes di situ..ade makarona ngn nasi yg mmg ktorg x sentuh lagi..so,pulang balik kt baba..baba sedih ktorg x abeskn juadah yg dihidangkan..tp ktorg da bg penjelasan kt baba..ktorg asean..perut kecik..mkn sikit da kenyang..(ermm?)baba pon paham..tp lps tu dia ajak lagi minum shai (teh) ngn mkn buah pear..baba oh baba..

On da way b4 iftar..

Dlm pjalanan p iftar tu,ktorg naik tramco..mmg suasana sunyi sepi..almaklumlah..tym2 nk buka ni..sume dok prepare juadah bbuka..mmg nk cri tramco p mandarah tu amatlah payahnye..sume stop kt cd beach..ade yg smpai abu ‘ir ja..xpe..cuba lg..

Sambil2 menuggu tramco,terlihat di langit yg nk dekat senja tu lukisan alam yg sgt menarik perhatian saya..matahari diselubungi awan..subhanallah..mmg cantik..betapa agungnya ciptaan ALLAH..saya kagum seketika..

“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?” [al-mulk : 3]

Xlama pastu,ade sbuah tramco bg signal lampu..alhamdulillah..ade kosong..kami pon naik la tramco..pak cik asto (driver) tu da cm cacing kepanasan sbb da nak buka pose da..merempit la dy..smpai2 kt pantai Miami I think..dia stopped..saya pelik sbb saya xde dgr pon ade org ckp ‘ala gam (ayat yg org slalu guna ble nk soh teksi or tramco brenti..tp klu nek tram@train xboley guna ayat ni ye kwn2..)..saya pon tgk le kt lua nu..oo..ade org bg iftar rupanya..stiap org dlm tramco tu dpt 1bukgkus makanan tok iftar..dlm tu ade air kotak se..kurma 2 bijik..ade biskut 1 paket..baguih btol mreka..blumba2 nk dptkn pahala sedekah..alhamdulillah..

Rasululllah SAW bersabda “Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi).

Hari ini iftar di mansurah pula..=P

Slamat berpuasa kwn2..

Tuesday, August 25, 2009

Kurma Obama

Bismillahirrahmanirrahim..

i've read an article in Berita Harian last Sunday..

Penjual Mesir namakan kurma terbaik 'Obama'

it's not dat i'm jealous because they didn't put my name..haha..
hmm..i just can't stand when a Muslim said this: "Kami suka Obama dan kami menamakan kurma terbaik kami mengambil sempena namanya. Kami meletakkan kurma manis di dalam mulut Obama dan satu mesej pada telinganya. Tolong bawa keamanan kepada dunia ini.Kami menaruh harapan tinggi kepada anda."

I don't know whether the word 'kami' there refer to just himself or a population of Muslim people. But i tell u bro, that's not true..Whatever Obama is doing now, that he said tryin' to make US relationship with Islam World better or so, we must hold with a stand that ISLAM IS PEACE!! Nobody can bring us peace except Islam itself. Practice Islam..you'll leave peacefully.

O Muslim, don't you ever ask help from a man, whether he's a Muslim or non...ask it from Allah SWT..
Allah says: Ud'uni fastajib lakum..
Just a piece of disappointed words from me..

Allah Jemput Kita!!

assalamualaikum wbt..

Post ni agak terlambat sket..anyway, this is just a refreshment for us since i know anda semua sudah pun paham tentang apa yg akan dibaca di bawah.."Untuk bg semangat kat akhwat semua dalam menempuh Ramadhan yg mulia ini," katanya ukhti yg menaklifkan saya utk mmberi tazkirah pasal ni..hehe *wink*

Well, hope it DOES give u 'SEMANGAT' keyh!!

OPEN HOUSE ALLAH SWT

i'm sure u noe this hadith...

إذا جاء رمضان فتحت ابواب الجنة وفتحت ابواب النار و صفدت الشياطين

"Apabila tibanya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka, serta diikatlah syaitan-syaitan."
(Riwayat Abu Hurairah)


Common hadith rite? Well, what did u get from it? Tak rasa hadith ni menarik ke? Menarik kan? =)

Ia ibarat Open House Allah, dimana Allah menjemput hamba-hamba-Nya utk datang meramaikan syurga-Nya!! Adakah anda dijemput? Hehehe..kad jemputan telahpun diedarkan dalam al-Quran dan hadith-hadith, dalam tu banyak diceritakan tentang kelebihan-kelebihan Ramadhan..supaya hamba-hamba-Nya 'memenuhi jemputan'-Nya sempena bulan mulia ini..maka orang-orang yang dijemput adalah orang-orang yg sedar dengan akalnya tentang kelebihan Ramadhan ini, orang-orang yang hatinya sentiasa rindukan kasih Yang Esa lebih-lebih lagi pada bulan ini, dan orang-orang yg menggerakkan anggota-anggota badannya utk beribadah kepada-Nya pada bulan ini...merekalah (insyaAllah kitalah tu) yg dijemput Allah utk melangkah masuk ke pintu-pintu syurga yang terbuka luas sekarang!!!

Bayangkan kita ni tengah datang satu open house...(pejam mata anda..dan bayangkaaaaannnnnn....)

Okeyh, bukak balik mata...nanti takleh baca plak ayat2 seterusnye nih...hohoho..
Apa yg dapat anda bayangkan?
Kita mesti nak jumpa tuan rumah kan? kalau yg belum kenal, kenal-kenal ngn tuan rumah dulu...
Makan free; minum free...
Kalau tertumpah air ke terpecah pinggan ke, xdenye tuan rumah nak marah, halau balik rumah ke apa...(jangan plak g open house orang anda cuba2 pecahkan pinggan nak tengok die marah ke tak ye...buatnya die bad mood masa tu..naya!)

Sama la jugak keadaannya di Open House Allah ni..malah jauh lebih baik sebenarnya!
Siapa tuan rumah yg kita akan jumpa? ALLAH!!
kalau yang belum kenal Allah, inilah peluang utk bertaqarrub kepada-Nya, kerana sesungguhnya Dia lebih inginkan kita memperkenalkan diri kepada-Nya...datang kepada-Nya...
Kalau kat rumah org kita ni xde la bebas sgt, nak huha-huha pon xleh sgt...tp kat syurga; masyaAllah...meluas nikmat-Nya! Bukan setakat makan free, minum free..Tak caye bace kad jemputan yg ada pada anda! (al-Quran)..byk diceritakan nikmat-nikmat dalam syurga..
Kate la anda terbuat salah macam pecah pinggan tumpah air tadi....ketahuilah bahawa pengampunan Allah SWT pada bulan ini amat lah luas..xcaye kita tgk hadith satu lagi kat bawah eh.. =)

Sebelum nak pegi open house, mesti kene ada transport nyer..
Anda nk naik apa agak2? F1 ke motor ke kereta ke mercedes ke lori ke tram ke (sejenis kenderaan di mesir) tramco ke (juga kenderaan mesir) ke.....jalan kaki?
Terpulang kepada anda...tp kenderaan yg saya maksudkan kat sini adalah AMAL SOLEH.
Takkan org lain k=naik F1 nak sampai cepat kat open house kita nk jalan kaki je..? Lambat la sampai...ntah2 tak sempat sampai...sebab syaitan tetiba dah terlepas dari ikatan...kita pon melencong la ke jalan lain...road to ramadhan telahpun tersasar..nauzubillah..

Maksudnye kat sini..kalau kita sekadar puasa + amal2 fardhu yg lain di bulan ni, sama je la...satu dunia, seluruh umat Islam pn wat mnde yg sama cz mnde tu wajib..nak tingkatkan speed 'kenderaan' anda? Maka sekaranglah masanya utk kita 'berlumba-lumba' melakukan amalan sunat!!! (tp jgn abaikan amalan fardhu..yg ni kene utamakan eh!) kalau kita tambah terawih dalam amalan..org lain pn wat terawih. Haish xleh jd ni, tambah lg!!! Khatamkan Quran (xleh byk kali, skali pon jd)..bykkan qiamullail..kurangkan bergelumang dgn perkara2 lagha..dsb. Tak semua mampu jalani Ramadhan sebagai bulan yg berbeza dgn bulan2 lain...tp kita kena mujahadah!! (<--tanda seru menunjukkan nada menjerit dengan semangat..hoho)

KEMPEN PEMBAYARAN SAMAN SEDUNIA


Hidup kita kat dunia ini sememangnya seolah-olah sebuah perlumbaan kereta or motor..ada yg berlumba ke arah kebaikan, ada yg berlumba ke arah kemungkaran, ada yg berlumba kepada pembangunan, ada yang berlumba kepada duit dan harta, dan banyak lagi perlumbaan. Persoalannya, adakah kita berlumba di tempat yg sepatutnya? Adakah kita berlumba di litar yg disediakan, atau merempit di jalanan? Dunia ni ada peraturan, wahai sahabat shabiat. Speed kat litar kene saman tak? Speed kat jalan2 biasa kene saman x? Speed 90km/j (xmacam speed pon) kt lebuh raya kene saman x? Speed 300km/j kat lebuh raya yg sama kene saman x? Dan sebenarnye kita telahpun banyak mengumpul saman di dunia ini...saman kerana melanggar peraturan Allah...mendekati larangan-Nya..tak menunaikan apa yg disuruh-Nya...terlalu byk saman...

Dan inilah bulan pembayaran saman sedunia..'saman2' yg terkumpul tu ibarat bertukar dakwat, dr dakwat pen ke dakwat pensel yg mudah dipadam tanpa meninggalkan kesan. Tapi bagaimana?


من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفرله من تقدم من ذنبه, ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه

"Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadr dengan penuh iman & mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu; dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan ganjaran Allah, diampunkan dosa-doasanya yang telah lalu."
(Riwayat Abu Hurairah)

Jadi, apa pemadam 'saman2' tadi??

1- Beribadah kepada Allah pd mlm Lailatul Qadr
2- Berpuasa di bulan Ramadhan

....dengan syarat: DENGAN PENUH KEIMANAN DAN MENGHARAP GANJARAN ALLAH!!

Senang tak? Err..susah jugak kan. Tapi sama2 kita mintak Allah SWT supaya mudahkan kita, supaya dekatkan kita kepada mlm yg lebih baik dr 1000 bulan itu, dan supaya puasa ini hanyalah untuk-Nya...ameen insyaAllah~

Hmm, utk masyarakat di Malaysia..ubahlah trend Ramadhan kita!! Di Mesir, ianya sangat berbeza (hmm, mungkin kalau ada masa, saya akan cuba bercerita dlm post yg lain insyaAllah)

Dalam Quran dan hadith tiada disebut secara khas ganjaran mereka yg memeriahkan 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri); tiada disebut secara khas juga ganjaran mereka yg menyambut Maulidur Rasul pd bulan Rabiulawal; tiada juga tentang Bulan Kemerdekaan, Hari Ibu, harijadi kawan baik dsb..tapi disebut terlalu byk tentang ganjaran mereka yg memeriahkan Ramadhan...

Kalau kita mampu sambut perayaan2 dan event2 lain dengan meriah, kenapa tidak Ramadhan yg jelas2 dijanjikan ganjaran yg hebat dr Allah?? Fikir2kan...

Keyh!! SEMANGAT KAWAN2!!! Ramadhan dah berlalu beberapa hari! Jangan terlambat utk hadiri OPEN HOUSE tu ye! Jangan terlupa 'padam' saman2 yg terkumpul selama ni eh!

Wassalam..

Wednesday, August 19, 2009

..NESTLE vs DASANI..


salam'alaik buat peneropong2 blog skalian..

hari ni rse terpanggil utk mncoret lukisan dr gwa..

hmm..

swatu ptg, dlm pjalanan p kls quran..sy p ngn sorg kwn..cuaca kt mesir ni..almaklum la musim panas..mmg r trse bahang dunianye.. sampai2 kls quran..kwn sy berkata "Ya ALLAH..lupo nk bawok ayo..adess..abesla..tekak x basah..[lbey kuang cmni laa..maap atas adaptation..]"

sy pon dgn volunteernye ckp..xpe..sy bley cari ayo dkt2 cni..ade je kdai runcit..byk..ade r dlm 2 buah..[byk la sgt..2 je pon..]
*byk= lbey drp 1

dy pon dgn redhanye ckp..ok..

1st shop..

sy:salam'alaik..fi maiyah?
(ade air mineral?)

hagah 1:aiwah..fi..
(mak cik:ye..ade..)

sy:shufi..
(tunjukkan sy..)

hagah 1:di..
(ni ha..)

diberinye sy sbotol air mineral nestle yg sjok..nmpak sdap..dgn titisan air luaq botol tu hasil drp kondensasi air yg sjok ngn udara psekitaran..pergh..klu dpt minom steguk..nyaman sungguh kerongkong ni..

prasaan nk bli tros membuak2..tp ttbe penglihatan sy tertumpu pd label biru yg tertulis trademark NESTLE..

sy:di bas?
(ni je?)

hagah 1:enti aizah kem?
(awk nk bpe?)

[hagah ni salah paham maksud aku la plak]

sy:lak..NESTLE bas?
(NESTLE je?)

hagah 1:aiwah..

[ma'as salamah la hagah oii..~]
*slamat tinggal mak cik..

2nd shop:

sy:salam'alaik

hagah2 :wa'alaikumussalam..aiwah..

sy:fi maiyah?
(rujuk perbualan hagah 1)

hagah 2:aiwah..enti aizah eh?NESTLE wala dasani?
(utk pengetahuan tuan2 dan puan2 dasani ni air mineral bwh syarikat cola ke pepsi tah..tp area2 tu la..)

sy:oo..ana mish aizah NESTLE WA DASANI..(tanpa segan silunye)

hagah pon cuba mempromote kt sy..

hagah 2:NESTLE ahsan min kullu maiyah..
(NESTLE ni bagus sgt drp air len2..)

air dy sdap la...xde rse paet laa..hagah oo hagah..klu r dy tau ape yg sy maksudkn..tp akhirnye sy tertewas..sy terpaksa bli gak air dasani..dgn prasaan xrela..sy kuakan duit bli dasani botol kecik 1 botol..

botol tu sy beri kpd kwn sy..sy sian dy haus..tp da ni j yg ade..klu sy xbeli kt mne sy nk cri lg..kwn sy tnye..npe sy x minum?sy terdiam..seribu erti..
mcm mana sy nk minumm..sy sndri yg perjuangkan boikot2 ni..tp akhirnye sy sndri tertewas..
sedih sy ble pk balik..

sy nk tlg sdara2 sy kt palestin..nk pegang senjata mmg la sy xmampu..sy still blaja kt cni..doa dan boikot je la yg sy mampu..
sy xmampu jd kanak2 Palestin yg mampu dgn hanya berbekalkan senjata seketul batu melawan tentera Israel yg berperisaikan kereta kebal yg jauh lbey canggih drp seketul batu..

tp kanak2 tu tetap berani mempertahankan bumi tanah kelahiran mereka..bumi aqsa!!

sdara2 skalian..
bygkan ape yg adik2 kte yg seumur dgn mereka buat di Malaysia skrg ni..
pagi pergi ke kelas ..

loceng pertama berbunyi..--> REHAT..mkn2..kt kantin..hari2 lauk sama..xpe aiman xkesah~

loceng kedua berbunyi..--> BALIK!!kami da pulang emak buat cucur..cucur lemak adabi namenye..nyum2..

bygkan pula kanak2 Palestin di bumi Aqsa..

bom pertama meletup--> di mana abi??adakah abi masih hidup lg di medan perang sana??

bom kedua meletup--> di mana umi??adakah umi masih setia menunggu adik di rumah sana??

kanak2 itu sendri xde di samping keluarga mreka..sentiasa berjuang dgn batu2nya..

kanak2 itu xdpt bersekolah dgn aman spt adik2 kte di Malaysia..

cuba bayangkn sahabat2ku skalian..

mreka bkn mls belaja..bahkan mereka ingin sgt duduk sambil belaja dgn aman..tp mereka mempunyai tanggungjawab yg jauh lbey berat drp umur dan pemikiran mereka..
mempertahankan Aqsa..

sahabat2 skalian..walaupn anda xmampu berbuat apa2..sdarlah..

anda masih mampu berdoa utk kemenangan mereka..saudara2 kte di Palestin sana..

anda masih mampu memBOIKOT brg2 yg menyumbang kpd peluru2 yg membedil Aqsa dan tubuh si kecil darah anak kelahiran Palestin..

percayalah..wlau sekecik mne pn sumbangan dan pengorbanan anda..ALLAH ade utk menilai segalanya..jgn berhenti berharap..troskan memBOIKOT Israel..

ISRAEL IS NOT REAL!!
KULLUNA FALESTIN..