Tuesday, August 25, 2009

Allah Jemput Kita!!

assalamualaikum wbt..

Post ni agak terlambat sket..anyway, this is just a refreshment for us since i know anda semua sudah pun paham tentang apa yg akan dibaca di bawah.."Untuk bg semangat kat akhwat semua dalam menempuh Ramadhan yg mulia ini," katanya ukhti yg menaklifkan saya utk mmberi tazkirah pasal ni..hehe *wink*

Well, hope it DOES give u 'SEMANGAT' keyh!!

OPEN HOUSE ALLAH SWT

i'm sure u noe this hadith...

إذا جاء رمضان فتحت ابواب الجنة وفتحت ابواب النار و صفدت الشياطين

"Apabila tibanya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka, serta diikatlah syaitan-syaitan."
(Riwayat Abu Hurairah)


Common hadith rite? Well, what did u get from it? Tak rasa hadith ni menarik ke? Menarik kan? =)

Ia ibarat Open House Allah, dimana Allah menjemput hamba-hamba-Nya utk datang meramaikan syurga-Nya!! Adakah anda dijemput? Hehehe..kad jemputan telahpun diedarkan dalam al-Quran dan hadith-hadith, dalam tu banyak diceritakan tentang kelebihan-kelebihan Ramadhan..supaya hamba-hamba-Nya 'memenuhi jemputan'-Nya sempena bulan mulia ini..maka orang-orang yang dijemput adalah orang-orang yg sedar dengan akalnya tentang kelebihan Ramadhan ini, orang-orang yang hatinya sentiasa rindukan kasih Yang Esa lebih-lebih lagi pada bulan ini, dan orang-orang yg menggerakkan anggota-anggota badannya utk beribadah kepada-Nya pada bulan ini...merekalah (insyaAllah kitalah tu) yg dijemput Allah utk melangkah masuk ke pintu-pintu syurga yang terbuka luas sekarang!!!

Bayangkan kita ni tengah datang satu open house...(pejam mata anda..dan bayangkaaaaannnnnn....)

Okeyh, bukak balik mata...nanti takleh baca plak ayat2 seterusnye nih...hohoho..
Apa yg dapat anda bayangkan?
Kita mesti nak jumpa tuan rumah kan? kalau yg belum kenal, kenal-kenal ngn tuan rumah dulu...
Makan free; minum free...
Kalau tertumpah air ke terpecah pinggan ke, xdenye tuan rumah nak marah, halau balik rumah ke apa...(jangan plak g open house orang anda cuba2 pecahkan pinggan nak tengok die marah ke tak ye...buatnya die bad mood masa tu..naya!)

Sama la jugak keadaannya di Open House Allah ni..malah jauh lebih baik sebenarnya!
Siapa tuan rumah yg kita akan jumpa? ALLAH!!
kalau yang belum kenal Allah, inilah peluang utk bertaqarrub kepada-Nya, kerana sesungguhnya Dia lebih inginkan kita memperkenalkan diri kepada-Nya...datang kepada-Nya...
Kalau kat rumah org kita ni xde la bebas sgt, nak huha-huha pon xleh sgt...tp kat syurga; masyaAllah...meluas nikmat-Nya! Bukan setakat makan free, minum free..Tak caye bace kad jemputan yg ada pada anda! (al-Quran)..byk diceritakan nikmat-nikmat dalam syurga..
Kate la anda terbuat salah macam pecah pinggan tumpah air tadi....ketahuilah bahawa pengampunan Allah SWT pada bulan ini amat lah luas..xcaye kita tgk hadith satu lagi kat bawah eh.. =)

Sebelum nak pegi open house, mesti kene ada transport nyer..
Anda nk naik apa agak2? F1 ke motor ke kereta ke mercedes ke lori ke tram ke (sejenis kenderaan di mesir) tramco ke (juga kenderaan mesir) ke.....jalan kaki?
Terpulang kepada anda...tp kenderaan yg saya maksudkan kat sini adalah AMAL SOLEH.
Takkan org lain k=naik F1 nak sampai cepat kat open house kita nk jalan kaki je..? Lambat la sampai...ntah2 tak sempat sampai...sebab syaitan tetiba dah terlepas dari ikatan...kita pon melencong la ke jalan lain...road to ramadhan telahpun tersasar..nauzubillah..

Maksudnye kat sini..kalau kita sekadar puasa + amal2 fardhu yg lain di bulan ni, sama je la...satu dunia, seluruh umat Islam pn wat mnde yg sama cz mnde tu wajib..nak tingkatkan speed 'kenderaan' anda? Maka sekaranglah masanya utk kita 'berlumba-lumba' melakukan amalan sunat!!! (tp jgn abaikan amalan fardhu..yg ni kene utamakan eh!) kalau kita tambah terawih dalam amalan..org lain pn wat terawih. Haish xleh jd ni, tambah lg!!! Khatamkan Quran (xleh byk kali, skali pon jd)..bykkan qiamullail..kurangkan bergelumang dgn perkara2 lagha..dsb. Tak semua mampu jalani Ramadhan sebagai bulan yg berbeza dgn bulan2 lain...tp kita kena mujahadah!! (<--tanda seru menunjukkan nada menjerit dengan semangat..hoho)

KEMPEN PEMBAYARAN SAMAN SEDUNIA


Hidup kita kat dunia ini sememangnya seolah-olah sebuah perlumbaan kereta or motor..ada yg berlumba ke arah kebaikan, ada yg berlumba ke arah kemungkaran, ada yg berlumba kepada pembangunan, ada yang berlumba kepada duit dan harta, dan banyak lagi perlumbaan. Persoalannya, adakah kita berlumba di tempat yg sepatutnya? Adakah kita berlumba di litar yg disediakan, atau merempit di jalanan? Dunia ni ada peraturan, wahai sahabat shabiat. Speed kat litar kene saman tak? Speed kat jalan2 biasa kene saman x? Speed 90km/j (xmacam speed pon) kt lebuh raya kene saman x? Speed 300km/j kat lebuh raya yg sama kene saman x? Dan sebenarnye kita telahpun banyak mengumpul saman di dunia ini...saman kerana melanggar peraturan Allah...mendekati larangan-Nya..tak menunaikan apa yg disuruh-Nya...terlalu byk saman...

Dan inilah bulan pembayaran saman sedunia..'saman2' yg terkumpul tu ibarat bertukar dakwat, dr dakwat pen ke dakwat pensel yg mudah dipadam tanpa meninggalkan kesan. Tapi bagaimana?


من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفرله من تقدم من ذنبه, ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه

"Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadr dengan penuh iman & mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu; dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan mengharapkan ganjaran Allah, diampunkan dosa-doasanya yang telah lalu."
(Riwayat Abu Hurairah)

Jadi, apa pemadam 'saman2' tadi??

1- Beribadah kepada Allah pd mlm Lailatul Qadr
2- Berpuasa di bulan Ramadhan

....dengan syarat: DENGAN PENUH KEIMANAN DAN MENGHARAP GANJARAN ALLAH!!

Senang tak? Err..susah jugak kan. Tapi sama2 kita mintak Allah SWT supaya mudahkan kita, supaya dekatkan kita kepada mlm yg lebih baik dr 1000 bulan itu, dan supaya puasa ini hanyalah untuk-Nya...ameen insyaAllah~

Hmm, utk masyarakat di Malaysia..ubahlah trend Ramadhan kita!! Di Mesir, ianya sangat berbeza (hmm, mungkin kalau ada masa, saya akan cuba bercerita dlm post yg lain insyaAllah)

Dalam Quran dan hadith tiada disebut secara khas ganjaran mereka yg memeriahkan 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri); tiada disebut secara khas juga ganjaran mereka yg menyambut Maulidur Rasul pd bulan Rabiulawal; tiada juga tentang Bulan Kemerdekaan, Hari Ibu, harijadi kawan baik dsb..tapi disebut terlalu byk tentang ganjaran mereka yg memeriahkan Ramadhan...

Kalau kita mampu sambut perayaan2 dan event2 lain dengan meriah, kenapa tidak Ramadhan yg jelas2 dijanjikan ganjaran yg hebat dr Allah?? Fikir2kan...

Keyh!! SEMANGAT KAWAN2!!! Ramadhan dah berlalu beberapa hari! Jangan terlambat utk hadiri OPEN HOUSE tu ye! Jangan terlupa 'padam' saman2 yg terkumpul selama ni eh!

Wassalam..

No comments: