Wednesday, March 2, 2011

Isu Vaksin HPV perlu dihadam secara rasional

By:
Dr. Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi
Hospital Sultanah Bahiyah


Kanser serviks merupakan kanser kedua yang paling kerap berlaku pada wanita selepas kanser payudara. Di negara-negara maju, kadar kejadian dan kematian disebabkan oleh kanser serviks adalah rendah tetapi di negara kita kadar kejadian dan kematian disebabkan oleh kanser serviks masih tinggi.


Kanser serviks boleh dicegah kerana sebelum sampai ke tahap kanser, ianya akan disusuli oleh sel prakanser dalam tempoh yang lama, manakala organ serviks atau pangkal rahim adalah organ yang mudah untuk dipantau atau diperiksa. Kunci kepada pencegahan ini adalah terletak pada ujian pap smear iaitu ujian calitan pada pangkal rahim yang dilakukan setiap 2-3 tahun sekali untuk mengesan kehadiran sel prakanser. Sekiranya terdapat sel prakanser, rawatan setempat pada pangkal rahim boleh dilakukan dan pesakit mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk sembuh sepenuhnya. Kaedah pencegahan secara Pap Smear ini adalah kaedah yang dikenali sebagai pencegahan sekunder.

Persoalannya, apakah yang menyebabkan sel-sel pangkal rahim berubah menjadi prakanser dan kanser? Kajian dan penemuan terbaru pada tahun 1980 oleh seorang saintis Germany menunjukkan 99.7% daripada kanser serviks mempunyai kaitan dengan sejenis virus yang dikenali sebagai Human Papilloma Virus atau HPV. Terdapat lebih dari 100 jenis virus HPV dan ianya boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu virus HPV yang berisiko rendah (virus berkaitan dengan wart atau kutil) dan virus HPV berisiko tinggi (virus yang berkait dengan prakanser dan kanser).

Hampir 85% transmisi virus ini terjadi secara hubungan seksual. Walaubagaimanapun, hampir 80% dari wanita yang mendapat jangkitan virus ini akan bebas dari jangkitan dalam tempoh 12 bulan melalui mekanisme pertahanan sistem dalam badannya sendiri. Virus yang tidak dapat dinyah akan meyebabkan kesan yang kronik dan perubahan sel menjadi prakanser dan kanser.

Seandainya jangkitan HPV ini boleh dicegah maka kejadian kanser serviks juga dapat dicegah. Vaksin atau immunisasi HPV adalah kaedah pencegahan primer. Pemberian vaksin ini pada wanita yang tidak pernah terdedah kepada virus ini/tidak pernah melakukan hubungan seksual akan meransang sistem imun untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini akan melawan dan menghalang jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Vaksin ini akan mencegah hampir 70% daripada kanser serviks, namun ujian Pap Smear masih perlu terus dilakukan.

Walaubagaimanapun, langkah pemberian vaksin HPV pada remaja telah mengundang pelbagai reaksi antaranya ialah seolah-olah pemberian vaksin ini sebagai lesen kepada gejala seks bebas. Ini adalah tidak berasas sama sekali kerana walaupun diketahui virus HPV dikaitkan dengan transmisi secara seksual, namun ianya boleh juga terjadi pada hubungan monogamy. Dalam ertikata yang lain, setiap wanita yang telah berkahwin dan melakukan hubungan seksual mempunyai potensi untuk mendapat jangkitan HPV dan kanser serviks sepertimana ramai dari kita yang telah berkahwin dan dalam hubungan monogamy mempunyai risiko untuk mendapat kanser ini. Justeru itu, pemberian vaksin pada remaja yang belum terdedah kepada hubungan seks boleh menghindarkan virus ini secara efektif.

Isu pemberian vaksin ini tidak sama sekali sama dengan pemberian kondom percuma bagi mengelakkan sebaran HIV kerana pemberian kondom secara terang-terangan menghalalkan hubungan seks bebas dan mengurangkan risiko jangkitan. Vaksin HPV hanya sebagai satu langkah untuk menguatkan pertahanan badan supaya tidak mudah mendapat jangkitan HPV kemudiannya.

Namun begitu, remaja dan masyarakat umumnya perlu diingatkan bahawa risiko jangkitan HPV akan meningkat pada mereka yang mengamalkan seks berbilang pasanagan dan seks bebas. Tambahan pula, pelbagai penyakit tularan seks seperti syphilis, gonorrhea, chlamydia dan berbagai lagi yang boleh merosakkan sistem peranakan wanita dan lelaki boleh terjadi disebabkan oleh salah laku seksual ini. Remaja perlu diperingatkan supaya mengamalkan akhlak yang baik, menjauhi zina kerana kesannya yang mudarat pada diri dan dosa yang besar dari perilaku ini.

Isu kedua yang dibangkitkan ialah kesan samping dari pemberian vaksin ini kerana terdapat kes-kes yang telah dilaporkan di serata tempat tentang kesan samping pemberian vaksin ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa setiap vaksinasi mempunyai kesan samping dan sebelum sesuatu vaksin itu diluluskan ianya telah melalui pelbagai fasa ujian untuk melihat dan menimbang baik buruknya vaksin ini pada masyarakat sejagat.

Sehingga Jun 2009, lebih dari 50 juta dos HPV vaksin telah diberi di serata tempat di dunia. Kadar terjadinya kesan samping yang serius adalah 0.05% pada kumpulan yang mendapat suntikan HPV dibandingkan dengan 0.02% pada kumpulan yang tidak menerima suntikan (placebo). Terdapat 18 kes kematian tetapi kematian itu bukan akibat langsung dengan pemberian vaksinasi. Pada April 2009, WHO Global Advisory Comittee telah membuat kesimpulan bahawa vaksin HPV adalah selamat dan kesan samping adalah sangat minima.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa kesan samping terhadap pengurangan insidens kanser serviks ini cuma akan dapat dilihat selepas 10-15 tahun program ini berjalan. Sementara itu, bagi saya seorang pakar sakit puan yang hampir setiap hari melihat kes baru dan susulan kanser serviks di hospital dan melihat penderitaan bukan sahaja pesakit tetapi anggota keluarganya merasakan bahawa vaksinasi HPV adalah aspek pencegahan yang baik untuk dilaksanakan.


Saya juga mengambil kesampatan ini untuk menyeru wanita yang telah berkahwin dan melakukan hubungan seks supaya menjalani pemeriksaan Pap Smear sebagai pencegahan sekunder sebelum terkena penyakit kanser serviks.

Dalam era globalisasi dan teknologi IT, banyak maklumat yang dapat diperolehi tetapi apabila kita ingin menilai maklumat saintifik, terdapat beberapa tahap kajian yang perlu diberi perhatian. ’Observational study’ atau cerapan kes dan kes report menpunyai nilaian saintifik yang paling rendah sedangkan kajian yang mempunyai kes dan kontrol serta kajian yang melibatkan intervention/tindakan menpunayi nilaian saintifik yag lebih tinggi. Maklumat tentang keburukan vaksinasi perlu dinilai sebelum kita membuat sebarang andaian.

Thursday, February 24, 2011

Bersegeralah

assalamualaikum wbt..

Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi..terlalu banyak yang tidak terungkap..terlalu banyak yang tersimpan kemas tanpa diluah...semuanya kerana terlalu banyak perkara berlaku..perasan tak?

Tiada manusia yang lebih kenal kita melainkan diri kita sendiri..

Kerana itu..terlalu banyak yang kita tahu tentang diri kita tapi tidak manusia lain ketahui..

Anda tahu anda bagaimana..saya juga tahu saya bagaimana..

Tapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya ada yang lebih mengetahui..yang melihat setiap perbuatan kita yang kita sorokkan daripada manusia lain..yang mampu membaca baik buruk hati kita..yang mendengar keluh kesah kita walau tidak diluahkan..

Berhati-hati duhai diri! Dia bukan sahaja mengetahui..bukan cuma melihat perbuatanmu..bukan juga hanya mendengar bisik hatimu..dan bukan juga sekadar membaca fikiranmu...sebaliknya semua itu telah direkod dengan penuh teliti.......

Ya...anda tahu, dan saya juga dah lama tahu apa yang saya cakapkan di atas...
Tapi kadang-kadang kita lupa...
Kadang-kadang...terlintas je di hati hakikat itu..namun kita 'terlena'....
Kerana itu kita melambat-lambatkan mencari jalan pulang..
Berhati-hati duhai diri!!!!
Bila senja menjelang...bila matahari terbenam..bila cahayanya berlarut hilang...
Tika itu, walau kita tersedar akan hakikat itu..mungkin kita telah berada di tengah-tengah hutan...dikelilingi kegelapan yang menelan...
Dan bahaya menanti di mana-mana...

Lalu bagaimana kita ingin mencari jalan pulang..?

Anda berdosa...saya berdosa...tiada yang menghapuskannya melainkan dua...
Tangan yang penuh dengan dosa itu menadah keampunan dari-Nya hingga basah tanah dicurah air mata...
Atau..
Azab yang menanti untuk terlaksana..

Sekarang anda ada pilihan...saya juga ada pilihan..untuk 'settle'kan dosa-dosa itu..
pilihlah...selesaikanlah...di dunia..atau kita tunggu malaikat maut tiba untuk pilihan yang kedua.

Hayatilah kalam Allah (az-Zumar: 53-55)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."

"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya."

Sunday, February 13, 2011

Suara Azan

Telah terdengar suara

Memanggil memuji yang Esa

Menyeru muslimin dan juga muslimat

Untuk segera bersolat



Suara azan

Di langit tinggi

Mengagungkan MU

Puji juga memuja

Allahuakhbar



Oh azan

Mendayu ingatan lima waktu

Panggilan menyembah MU

Tuhan yang satu



Bangun semua

Bingkas segera

Usah berlengah

Lupakan lelah

Majulah


Sunday, January 23, 2011

testi imtihan

p/s: ni diedit dr testi iluv islam..klu x jelas,sile minta dgn ana..hehe..robbana yusahhil buat teman2 yg sdg dan akan berimtihan xlama lg..kak ati ckp lg 19 hari...adakah kau lupa??

dlm sibuk menguruskan badan,mengulangkaji pelajaran di musim2 winter yg teramat seronok gka bergelumang di dalam selimut ini..jgn lupa uruskan rohani kitA..(rujuk post enol 22jan)..

setapak melangkah ke hadapan..sejarah silam jadikan tauladan..
jgn dilupakan sejarah yg silam kerana sejarah mengajar kita erti sebuah kehidupan..

bittaufik wan najjah!
minta dgn ALLAH krn Dialah sebaek2 tempat utk meminta..

Saturday, January 22, 2011

Anda Suka Study? Jangan Lupa Sesuatu!


Tersebut al-kisah seorang pemuda yang sangat gemar membaca. Setiap hari, pemuda yang miskin tersebut keluar dari rumah untuk mencari buku-buku, kemudian pulang dengan beberapa buah buku di tangan. Di rumah pula, dia suka menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku tersebut berulang kali. Hari demi hari, minggu berganti minggu..begitulah rutin pemuda tersebut.

Pemuda tersebut tinggal di rumah yang sangat usang bersama ibunya. Suatu hari, pabila tiba waktu makan, ibunya membawa sedulang buku dan dihidangkan sebagai makanan mereka. Pemuda yang sedang asyik membaca pada waktu itu terkejut melihat keanehan perilaku ibunya. Lalu ia bertanya,"Ibu, apa ibu buat ni? Mana boleh kita makan buku-buku ni. Kenapa dengan ibu?" Ibunya menjawab,"Haa, itulah kamu. Kamu tak sedar ke kita ni miskin. Yang kamu setiap hari bawa buku balik rumah kenapa? Mana duit untuk kita beli makanan? Dah takda apa-apa da kat rumah ni untuk kita makan. Yang tinggal buku-buku yang berlambak ni je!"

Pemuda yang sedih dengan kata-kata ibunya terus melangkah keluar dari rumahnya dan pergi ke sebuah masjid. Dia menangis...Tangisannya mencuri perhatian seorang imam. Lalu imam tersebut datang kepadanya dan bertanya,"Wahai pemuda, mengapa kamu menangis?"

Lantas diceritakan kepada imam tersebut tentang perilaku dan kata-kata ibunya. Imam berkata,"Jadi, bawakan aku kepada ibumu." Setelah tiba di rumah pemuda tersebut, imam menghulurkan sedikit wang untuk mereka mendapatkan makanan. Lalu ia berpesan,"Wahai pemuda, sungguhpun engkau gemar membaca, jangan engkau lupa juzuk lain dalam hidupmu yang lebih penting untuk kamu hidup."


Sahabat, apa yang anda dapat daripada cerita di atas? Moral yang ingin saya ketengahkan di sini (since we're in exam mode), mungkin kita sangat suka study, atau kita terlalu asyik study kerana banyak yang perlu diulangkaji, namun jangan lupa akan satu perkara yang sangat-sangat penting untuk survival jiwa dan rohanimu.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

Lalu bagaimana kita mampu menyatakan kita sedang berjalan menuju syurga sedang rohani kita tenggelam dek ilmu yang kita kejarkan itu?

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah sehingga ia kembali."

Maka bagaimana kita boleh dianggap berjihad dan mendapat ganjaran syahid sedang rohani kita kosong?

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dari golongan ilmu yang semestinya untuk digunakan mencari keridhaan Allah 'Azzawajalla, tetapi ia mempelajarinya itu tiada lain maksunnya, kecuali hendak memperoleh sesuatu tujuan dari keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan dapat menemukan keharuman syurga pada hari kiamat." Yakni bau harumnya syurga itu tidak akan dapat dirasakannya. [riwayat Abu Daud]

Last but not least, ucapan ALL THE BEST dan RABBUNA YUNAJJAH buat sahabat-sahabat yang sedang dan akan menempuhi peperiksaan!!!! Betulkan niatmu, seriringkan dengan amalmu, ilmu ini ilmu Tuhan-mu, sepatutnya ia membawa kita pulang kepada-Nya...dan jangan lupa: MUMTAZ UNTUK UMMAH!!! <-- (klik)




Friday, January 7, 2011

Malu Sebenar Seorang Muslimah


Tetamu sudah ramai di rumah, suasana riuh rendah sesekali diselitkan dengan gelak tawa sudah bertukar sepi. Ibu, ayah dan tetamu sudah bersedia di hadapan. Tiba-tiba namaku dipanggil, “Zaimah, mari ke depan nak..”

Hatiku bergetar. “Ya Allah, malunya mahu ke depan..”. Hari pertama aku akan melihat secara langsung si dia, ibu dan ayahnya diiringi Kak Su, naqibahku dan suaminya. Dalam hati aku memohon, agar perasaan malu yang menebal dalam diri ini kena pada tempatnya.


Malu Seorang Wanita

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Salah satu ciri kemuliaan wanita terletak pada sifat malu yang menebal dalam dirinya. Apa itu malu? Macam mana untuk malu? Bila masanya perlu malu?

Definisi malu menurut ulama, seperti Al Junaid menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah swt.” - dari kitab Madarijus Salikin karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah.

Malu sekarang sudah semakin mahal nilainya. Ibarat dalam urusan jual beli, barang yang sangat sukar diperolehi semakin melambung tinggi harganya. Malu dalam diri seseorang semakin sukar untuk ditemui. Manusia semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan mencalar definisi malu yang disebutkan ulama di atas, hatta melanggar sunnah Nabi saw dalam merealisasikan sifat malu.

“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.” (HR Ahmad – sahih)

Nabi bersabda lagi:

Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR Bukhari dan Muslim)

Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda: Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. (HR Bukhari)

Bermula dari serendah Iman adalah rasa malu, malu itu sentiasa mendatangkan kebaikan sehinggalah kepada perlian Rasulullah saw yang seharusnya menanamkan rasa bersalah dalam diri untuk mempertahankan sifat malu tersebut.

Disebabkan hilangnya sifat malu ini, maka semakin hari semakin banyak kita dengari timbulnya pelbagai gejala sosial melibatkan kaum wanita. Pembuangan bayi tidak akan berlaku sekiranya wanita itu malu untuk bersama seorang lelaki yang bukan mahramnya. Lari dari rumah di kalangan wanita (majoritinya) tidak mungkin timbul jika wanita itu ada rasa malu dengan Allah swt kerana menderhaka kepada kedua ibubapanya. Pendedahan aurat yang berleluasa di kalangan wanita tidak mungkin dapat dilihat sekiranya wanita itu malu ibarat malunya anak Nabi Syuaib untuk pergi berjumpa dengan Nabi Musa a.s. [Surah Al-Qasas: 22-28] yang antara petikannya:

“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25: al-Qasas)

Analogi biasa yang kita dengari, antara buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri dan buah yang telah rosak, busuk dan dimakan ulat, puncanya kerana apa? Sudah tentu kerana buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri itu datang dari tuan yang sentiasa menjaga buah tersebut, dibalut dengan kain, disiram dengan baja yang mencukupi, ditepis dari ulat dan lalat yang ingin datang mengganggu sedangkan buah yang buruk itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang perlindungan. Begitulah ibaratnya sifat malu yang ada dalam diri seorang wanita, secara tidak langsung akan terangkat martabat dirinya.

Malu wanita tidak menegahnya keluar untuk menuntut ilmu agama dan berdakwah

Ini yang dikatakan malu yang kena pada tempatnya. Malu seorang wanita tidak menghalang wanita tersebut agar mumtaz untuk ummah!

Malu yang menebal dalam diri tidak sampai kepada menjadikan seseorang wanita itu terperap di dalam rumah tanpa mengetahui keadaan dunia luar dan isu semasa atau lebih buruk lagi, menjadi bodoh dengan berada di rumah sahaja.

Buktinya?

Bukti pertama datang dari Ummul Mukiminin yang pertama, Siti Khadijah r.a. Khadijah seorang peniaga yang kaya-raya. Mana mungkin Saidatina Khadijah menjadi kaya tanpa beliau keluar untuk berdagang. Tetapi dengan diiringi perasaan malu untuk menjaga setiap tindak-tanduknya.

Bukti kedua adalah Saidatina Aishah r.a. Beliau adalah satu-satunya wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah saw. Terkenal dengan kecerdikannya sehinggakan ¼ daripada perundangan Islam dikeluarkan oleh beliau. Menjadi sumber rujukan sahabat ketika itu dan sehingga kini. Mana mungkin Saidatina Aishah r.a menjadi wanita yang sebegitu bijak tanpa beliau keluar dari rumah untuk menuntut ilmu.

Kita lihat pula kesungguhan para wanita/sahabiah di zaman Nabi saw. Abu Sai’id al-Khudri berkata:

“Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata “Wahai Rasulullah, orang-orang lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan.” Lalu Nabi saw menjawab: “Berhimpun pada hari sekian-sekian.” Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw.” (HR Bukhari dan Muslim – sahih)

Dalam athar ada menyebut:

“Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.”

Wanita dengan diiringi perasaan malu yang selayaknya tidak menghalang diri mereka untuk menjadi cemerlang dalam ilmu. Wanita juga mempunyai kewajipan yang sama seperti lelaki untuk berdakwah sepertimana disebutkan dalam firman Allah swt:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat baik dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”[At-Taubah: 71]


Beraninya Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rufaidah al-Aslamiyah merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma’ binti Abu Bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah Umar di khalayak ramai adalah sebahagian daripada contoh sahabiah yang keluar berjihad di jalan Allah swt. Mana mungkin semua contoh ini dapat kita dengari andai kata mereka tidak meletakkan sifat malu itu pada tempatnya!

Sebagai penutup, untuk renungan bersama:

Firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar: 9)

Wallahualam.

Oleh: Musfirah Ishkandar

Sumber: Laman Web ISMA Jordan

Wednesday, December 1, 2010

Romaji Title: sekai ni hitotsu dake no hana
Kanji Title: 世界に一つ だけの花
English Title: Flowers Unlike Any Others In The World
English Credits
Lyrics & Music : Makihara Noriyuki

(It's alright if you can't be No. 1
From the start you were a special Only one)

Lined up in front of a flower shop
I was looking at all kinds of flowers
Everyone has their own taste
But all of them are pretty
Without competing over
Which of them is the best
They are drawn up proudly and straight
In a bucket

Why do we humans compare ourselves
In spite of this
Even though each person is different
Why do we want to be number one?

Yes, we are flowers unlike any others
In the world
Each person has a different seed
We should focus our lives
On making that flower bloom

There are people who are always lost
As though they're troubled while they're laughing
It's inevitable, those flowers that tried their best to bloom
Are the prettiest
When at last that person
Comes out of the store
They're carrying a colorful bouquet
And they look happy

I didn't know their name
But on that day they made me smile
We're like flowers that bloomed
In a place where everyone is oblivious

Yes, we are flowers unlike any others
In the world
Each person has a different seed
We should focus our lives
On making that flower bloom

Small flowers and big flowers
None are the same
It's alright if you can't be No. 1
From the start you were a special Only one

kita adalah diri kita..jgn pandang rendah pd diri sendiri..mne yg buruk kita cuba baiki..mana yg baik jgn bangga diri..krana semua rahmat yg dikurniakan kpd kita adalah pinjaman semata2..ade Pemilik yg Hakiki terhadap segala kelebihan yg kita miliki..

so,juz nk stress kt cni..ape2 yg kte lakukan sumenye berbalik kpd niat kte sendiri..hati xpernah berbohong kpd diri sendiri..ble kte nk wt seswatu,cuba dgr kata hati kecil kita..adakah ia berdebar kerana rasa bersalah ataupun tidak..gka tidak,teguhkan kaki utk terus melangkah melalu jalan yg telah kita pilih itu..

gka tersalah langkah x bermakna kita gagal tp mungkin kita terlalu byk lagi usaha yg harus kita tingkatkan utk xberada dlm tampuk kegagalan di hari muka..yg penting kita telah cuba utk melangkah..dan bukan hanya berdiam sahaja..

k kawan2..jgn takut mengorak langkah ke arah kebaikan..ALLAH x bebani hambaNya melainkan sesuai dgn kadar kemampuan hamba2Nya..Dialah yg Maha Mengetahui segala yg tersembunyi dan zahir..sebalik langit dan bumi..


bley dgr lgu ni kt cni.. [^_^]V