Monday, November 29, 2010

Kenapa Melayu?

Fokus Melayu atas dasar “Waqiiyyah Jiddiah” by Ustaz Annuar Salleh

Antara ciri-ciri gerakan Islam adalah “Waqiiyyah Jiddiah”, maka memahami realiti Malaysia dan bangsa Melayu adalah asas membuat perubahan. Kita ingin menegakkan Islam di Malaysia dan bangsa majoriti yang menganut Islam adalah Melayu.

Syarat utama Islam dapat ditegakkan ialah umat Islam ini bersatu, bekasih sayang dan saling tolong menolong sesama mereka bagi mengembalikann identiti Islam tulen sebagaimana generasi sahabat r.a. Selagi umat Islam khususnya bangsa Melayu tidak bersatu sebagaimana bersatunya kaum Aus dan Khazraj dan berkasih sayang antara mereka seperti Muhajirin dan al-Ansor maka kemenangan Islam masih jauh. Inilah strategi ISMA yang difahami daripada seerah perjuangan Nabi s.a.w.

Oleh itu apa sahaja perjuangan Islam dan manhajnya tetapi tidak menjurus kepada kesatuan hati di kalangan ummah, apatah lagi menjadikan memburuk-burukkan orang lain sebagai bahan dakwah mereka; ia adalah metodologi yang tidak mengikut sunnatullah.

“Jiddiah” pula mewajibkan gerakan Islam mengemukakan solusi yang tepat bagi menyelesaikan kemelut yang menimpa bangsa Melayu. Realiti hari ini bangsa Melayu tidak merasa bertanggungjawab menjadi murabbi bagi mendidik diri mereka dan keluarga mereka agar kembali menghayati identiti para sahabat… apatah lagi untuk menyeru bangsa-bangsa lain.

Oleh itu fokus “khitab” atau seruan kepada bangsa Melayu adalah fokus fasa ini yang menjadi fokus nabi juga semasa permulaan dakwahnya. Nabi s.a.w. secara sedar menyeru kaum-kaum Arab dengan menyebut nama-nama kabilah mereka.

Al-Quran juga menggunakan uslub yang sama; wahai bani Israil, wahai anak-anak Adam, wahai manusia, wahai orang-orang beriman…

Justeru ISMA menyeru: “Wahai bangsa Melayu! Bangkitlah, kamu adalah pendokong risalah Islam di Malaysia. Jika kamu tidak memahami, menghayati dan menyampaikan, kamu dianggap menyembunyikan Islam yang diamanahkan Allah kepada kamu untuk menyampaikannya.”

Walaupun Ustaziatul ‘Alam menjadi matlamat akhir gerakan Islam, matlamat tersebut perlu diasaskan kepada terlaksannya tertib-tertib amal yang telah digariskan.

Arus liberalisme di Malaysia cuba melenyapkan identiti Islam dalam bangsa Melayu dengan slogan Malaysian Malaysia dan Bangsa Malaysia dengan meminimakan implimentasi penghayatan Islam kepada syiar-syiar semata-mata.

Adapun isu ‘alamiyyah atau sejagat ia adalah ciri-ciri Islam itu sendiri yang bersifat sejagat yang sesuai kepada semua bangsa, bahasa, keturunan dan generasi tidak seperti ajaran nabi-nabi terdahulu yang hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja.

Namun setiap kaum dan bangsa wajib memulakan dakwah kepada kaum dan bangsanya kerana kesatuan bahasa. Tidak dinafikan bahawa perlu dilakukan usaha untuk mengIslamkan bangsa-bangsa lain tetapi gerakan Islam perlulah lihat kekuatan dan tenaga yang ada.

Sekiranya telah wujud institusi yang berusaha untuk mengislamkan masyarakat bukan Melayu seperti PERKIM, Jabatan-jabatan Agama Islam, JAKIM dan sebagainya, maka sikap gerakan Islam adalah memberi pertolongan sekadar termampu.

Matlamat membawa rahmat Islam ke seluruh dunia akan tercapai apabila Islam menjadi Ustaziatul ‘Alam, matlamat ini akan tercapai setelah Khalifah Islam dikembalikan di dunia Islam, sebelum itu negara-negara Islam perlu dikembalikan kepada sistem Islam dan yang menjadi asas sesebuah negara diperintah oleh Islam ialah wujudnya masyarakat Islam yang mengimplimentasikan 100% akhlak, adat, budaya dan sistem Islam dalam muamalat sesama ahli masyarakat.

Oleh kerana ahli masyarakat adalah gabungan sistem kekeluargaan Islam maka mewujudkan dan mengembalikan semua keluarga Islam di Malaysia agar melaksanakan tanggungjawab khalifah Islam dalam keluarga adalah satu sasaran dakwah dan ia hanya wujud apabila wujud identiti Islam yang hidup di bawah naungan al-Quran.

Inilah manhaj dan metodologi dakwah ISMA. Oleh kerana ahli-ahli ISMA majoritinya Melayu maka fokus utama ISMA adalah mengembalikan jatidiri Melayu agar menjadi Islam tulen.

Inilah implimentasi kepada ciri pertama gerakan Islam “Waqiiyyah Jiddiah”.
-----------------------------------------------
Artikel di atas mungkin sedikit sebanyak dapat menjelaskan keraguan tentang halatuju atau kaitan perjuangan bangsa Melayu sebagai tunjang kebangkitan Islam. Bukan ASSOBIYAH, bukan juga MENAFIKAN BANGSA LAIN yang muslim. Sekali lagi saya nak tekankan isi penting di atas yang membawa persoalan, mengapa Rasulullah SAW menyatukan Aus dan Khazraj juga Muhajirin dan Ansar? Kerana hakikatnya, tiada apa sebenarnya yang membezakan mereka dari segi bahasa, budaya dan cara hidup. Tapi yang menjadikan mereka BERPECAH-BELAH adalah ASSOBIYAH. So, dapat tak bezakan antara ASSOBIYAH dengan pernyatuan bangsa?
Suka untuk saya mengulas sedikit tentang apa yang saya faham daripada kata-kata Mustafa Masyhur dalam salah satu bukunya: " Setiap orang Islam wajib melakukan amal dakwah menurut kemampuannya sekiranya tidak ada orang yang melakukan amal tersebut. Juzu'-juzu' amal dakwah yang telah ada orang melaksanakan, gugurlah kewajipannya pada amal tersebut. Apa yang tidak termampu, dia tidak dituntut untuk melakukannya."
Daripada kata-kata tersebut, saya keluarkan beberapa persoalan untuk kita masing-masing fikirkan:
1) Berpandukan keadaan di Malaysia sekarang, pada pendapat anda, wujudkah satu gerakan yang benar-benar menyatupadukan orang Melayu?
2) Siapakah yang DIWAJIBKAN berdakwah kepada BANGSA MELAYU di MALAYSIA?
3) Sekiranya kita tidak menyampaikan dakwah kepada bangsa kita sendiri, wujudkah golongan/bangsa lain yang LEBIH MAMPU daripada kita sendiri untuk menggugurkan kewajipan pada amal tersebut?
Kesimpulannya, saya menyokong perjuangan ini sebagai salah satu wasilah yang mengikut sunnah dalam mengembalikan Islam sebagai Ustaziyatul 'Alam! Mari kembali kepada JATI DIRI MELAYU = ISLAM!!
--MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT--
Wallahu'alam.

No comments: