Iman itu ibarat air di dalam sebuah telaga. Air dalam telaga itu tidak akan diganti oleh air baru selagi kita tidak menggunakannya. Jika kita mencedok keluar sebahagian air tersebut, maka air 'baru' akan menggantikannya. Namun, jika kita membiarkan telaga itu tidak digunakan, lama kelamaan air bertakung dalam telaga itu akan mula dicemari oleh habuk, jentik-jentik dsb. Begitulah juga iman kita. Sekiranya kita memberi sesuatu yang ada pada diri kita sebagai manfaat kepada orang lain, insyaAllah kita sebenarnya tidak kurang sedikit pun malah apa yang kita dapat adalah iman 'yang segar', yang sentiasa diperbaharui...*wink*
Life is strange with its twists & turns.. As everyone of us sometimes learns.. Whatever it is give what you take & don't hide.. But keep Islam as the best guide!!
Tuesday, September 21, 2010
Berubah, Mengubah, Senang hati dah?
Assalamualaikum wbt..
Membaca buku tulisan tokoh-tokoh Arab dalam bahasa mereka sememangnya sangat menarik dan memberi kefahaman yang lebih mendalam berbanding membaca terjemahannya. Namun, ia memerlukan satu mujahadah yang tinggi buat mereka yang tidak mahir dalam bahasa Arab atau tidak mempunyai asas, untuk memahami dengan jelas lenggok bahasa yang digunakan. Walaupun begitu, adalah penting untuk kita berusaha menguasai bahasa al-Quran ini dan jangan sesekali berhenti berusaha sekalipun anda bermula lambat berbanding orang lain dan sekalipun anda kurang berminat dalam mempelajari bahasa ini. InsyaAllah, setiap usaha itu akan menjadi pemberat mizan kebaikan kita kelak.
Apa yang ingin saya kongsikan dalam post ini juga adalah sebahagian daripada apa yang saya baca dalam buku Arab karangan Magdy Helaly yang bertajuk The Rescue Rope.
Dalam keadaan umat Islam sekarang yang tertindas dan hilang jati diri, kefardhuan mentarbiyah diri dan masyarakat tidak dapat lagi ditolak demi mengembalikan Islam sebagai ustaziyatul alam. Tidak mungkin kita hanya memperbaik diri dan tidak berdakwah kepada masyarakat atau berdakwah kepada masyarakat tetapi melupakan tarbiyah diri. Sepertimana disebut dalam ayat al-Baqarah:44..
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
Dalam ayat ini, Allah menerangkan bahawasanya kita tidak boleh menggalakkan orang buat itu dan ini sedangkan kita sendiri tidak melaksanakannya. Namun, ada yang merasakan bahawa tugas dakwah ini adalah tugas ustaz-ustazah atau alim ulamak atau mereka yang tertentu. Ini adalah salah faham yang sangat besar. Berdasarkan ayat di atas, mungkin ada yang menganggap: 'tidak boleh menyuruh orang lain ke arah sesuatu kebaikan sekiranya diri kita sendiri tidak melaksanakan kebaikan itu'. Sebenarnya, ayat ini tidaklah menggugurkan kewajipan dakwah kepada manusia lain, sebaliknya ia menekankan kemestian untuk kita turut melakukan setiap apa yang kita seru kepada orang lain.
So, adalah sesuatu yang pelik sekiranya kita beriya menyuruh orang melakukan kebaikan sebaliknya kita sendiri tidak melakukannya, dan adalah sesuatu yang selfish jika kita beramal tanpa mengajak orang lain. Tidak berusaha mengubah kemungkaran adalah sifat Bani Israel yang menyebabkan mereka ditimpa laknat Allah SWT seperti dijelaskan dalam ayat al-Maidah:78-79:
"Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan."
Jangan sampai laknat Allah SWT menimpa kita disebabkan ke'ignore'an kita dengan kefasadan orang sekeliling. Ingat, sekiranya bala Allah SWT menimpa, ia langsung tidak mengecualikan kita:
"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."
[al-Anfal:25]
...malah mungkin sahaja dimulakan dengan kita kerana kelalaian kita menyampaikan dakwah (daripada sebuah hadith)...nauzubillahi min zaalik.
After all, sekiranya kita tergolong dalam kedua-dua kumpulan (yang mentarbiyah diri dan yang menyeru kepada kebaikan), adakah kita telah confirm terlepas dari azab Allah SWT?
"...Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari azab yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi."
[al-'Araf:99]
Jadi, hanya mereka yang rugi sahaja yang merasa aman daripada azab Allah SWT!!! Berhati-hatilah sekiranya kita ni mudah berpuas hati dengan amal kita selama ni...
Moga mendapat manfaat daripada post ini. Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment