Thursday, January 14, 2010

Menjelang Exam

Bismillahirrahmaanirrahim..

Exam menjelang tiba. Mungkin ramai yg dah tension. Yang risau, camne la nak khatamkan silibus yg byk ni..yg risau markah exam2 kecik yg lepas kurang memuaskan, yg risau apa natijah yg akn dapat at the end of the year nnt..yang tetiba homesick melampau..dan mungkin yg hampir futur (berputus asa) pun ada...

Di musim exam sebegini, kita semua amat memerlukan motivasi yg tinggi utk meneruskan jihad ni. Rasanya semua pun tahu bahawasanya study tu 1 of jihad, right? Persoalannya, adakah kita benar2 faham jihad tu bagaimana? Nak mendefinisikan sesuatu perkataan melalui lisan atau tulisan mungkin mudah, tapi nak mendefinisikan sesuatu yg kita faham melalui cara yg sama, terkadang tak terluah di mulut mahupun tangan. Cukup hanya tersemat kemas di dada.

Dan untuk mendapatkan kefahaman tu bukannya senang macam ABC. Jihad adalah satu perkara yg besar, yg hanya mampu dilakukan oleh jiwa2 yg suci, yg ingin melakukan segalanya kerana agama ini. Mana mungkin jiwa yg pemarah mampu paham apa itu tenang selagimana ia belum mencuba utk sabar. Dan mana mungkin hati yg banyak berprasangka mampu paham apa itu ukhuwah selagimana ia belum cuba utk berlapang dada. Dan mana mungkin fikiran yg bercelaru mampu paham apa itu keringanan selagimana ia belum kembali kpd Tuhan. Begitu jugalah dgn jihad. Mana mungkin kita mampu paham apa itu jihad dalam study selagimana kita tidak sanggup berkorban dalam banyak hal.

Kita bersungguh2 study utk dapatkan keputusan cemerlang. Dan setelah dapat keputusan yg cemerlang tu, kemana kita? Jadi doktor, contohnya. Selepas jd doktor, kemana pula? Beruma tangga, contohnya. Selepas itu? Further study. Kemudian? Dah jadi pakar, bukak klinik, pegi program2 kat tv bg talk kesihatan, ke skolah2 mmberi pendedahan..dsb. Dalam masa yg sama keluarga berkembang luas; cucu, cicit, anak kepada cicit, cucu kpd cicit, cicit kepada cicit. Umur pon katelah mampu cecah 100tahun. Lps tu ke mana? Ke kubur juga.

Itu perancangan kita. Bagaimana pula perancangan Allah? Kita tidak tahu. Yg kita tahu, perancanganNya adalah yg terbaik, right? Err...tiba2, (katekanlah) Allah bg awal2 lg perancangan kita td dah gagal, that is, kita gagal dlm exam (nauzubillah). Ke mana kita? Masa tu depress x? After all....i fail!! Unbelievable!!! (cry....) [ni contoh monolog dlmn je].

Maka waktu tu kalau betul niat di hati adalah untuk jihad, sesungguhnya kita takkan terbawak2 dengan depress tu. Sebab apa? Mana mungkin seseorg yg berjihad kerana Allah dan agamaNya bersungguh2 tapi Allah berikan keburukan kpdNya! Mana mungkin seseorg yg berjihad kerana Allah dan agamaNya bersungguh2 tp mengharapkan impak yg baik2 je dr Allah. Waktu tu kita check balik pertamanya, niat study tu, keduanya, tahap pergantungan kita pd Allah.

Mungkin pada asalnya niat kita betul, tp dlm pelaksanaan niat tu ada yg 'cacat' sket. Sebagai contoh: kita dah usaha bersungguh2, hafal itu ini, sampai lukisan kat muka dpn buku pun hafal, index pon hafal....tp at last tetiba dlm exam, kita blur jap. Haish, tak dapat idea ni!!! Macamane??? Maka kita pun menggunakan nikmat Allah SWT (tp bukan pd jalanNya), jeling-menjeling sehingga juling pon takpe la, janji aku score. Wktu tu da xingt da niat yg asal2 td. Dan tak ingt dah kepada siapa kita meletakkan pergantungan. Hmm..

Nak quote ayat sorg ukhti, "Tipu2 ni nanti tak mumtaz..haaa." So, saya mengambil kesempatan ni, mengajak diri dan kawan2, tinggalkanlah budaya tiru-meniru, bincang membincang, juling-menjuling dan yg sewaktu dgnnya ni. Takutlah pd hari bilamana kita dihisab nanti:

"Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."
[An-Nur:24]

Anda dan saya sama2 beriman kpd rukun iman ke5 ni. Jd kenapa nk teruskan perlakuan2 tersebut? (Saya bold kan perkataan 'beriman' tu supaya anda dan saya sentiasa sedar bahawasanya ini bukan mende kecik untuk kita terus ulang2 buat).

Hmmm..ok. Bagaimana pula kalau kita dah berusaha bersungguh2 untuk study, sehingga minum air dakwat buku yg dibancuh supaya melalui pencernaan ia diserap pegi ke liver untuk diproses dan dihantar ke seluruh sel badan, menjadikan badan itu penuh dgn ilmu (ini adalah gurauan semata2, hakikatnya saya nk bagitau yg diboldkan tu je)....lepas tu dlm setiap usaha tu takda pulak cacat cela; x meniru, jg hubungan dgn manusia & Allah, tunaikan hak badan dsb...tapi pengakhirannya: gagal..jugak(nauzubillah). Macamana?

Kecewa tak? Mampu tak hati ni nak terima ketentuan tu? Susah....tapi masa tu ingatlah!!!!!! BAHAWASANYA SEMUA TU ADALAH APA YG ALLAH NAK!! Bukan Allah itu tidak adil, bukan Allah menzalimi hambaNya...tp itu yg terbaik utk kita.

Tapi, memang utk menerima itu susah, kerana kita kena ada persediaan awal utk mnghadapi apa saja ketentuan Allah tu. Saya tak tau la apa lagi nak ckp, saya tau anda dah sdia maklum dgn mende ni tp saya cuma nak saya dan kawan2 semua kuat! Tak kisah sebelum, semasa, atau selepas exam nnt. Kuat tau!! Jangan futur sebelum, semasa mahupun setelah berperang di medan jihad ni. Tak boleh! Kita tak boleh futur tau kawan2!!! (semangat tak baca ayat ada tanda seru banyak2? - jangan lupa jerit2 sikit ketika membacanya supaya terus semangat..tp utk akhwat, kalau anda di cybercafe, jgn jerit2 plak..risau2).

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[Ali-Imran:200]

Tadabbur ayat di atas. Itu adalah ciri2 org yg berjaya DI SISI ALLAH SWT!!!! Di sisi Allah tau, kawan2. Bukannya Allah ckp syaratnya kena 4.0 br dikira berjaya (i mean, in case x dapat, jgn kecewa cz nilai kejayaan di sisi Allah adalah berbeza dgn apa yg manusia nilai). So, kita cuba utk berusaha di jalan halal dan jgn buruk sangka ngn natijah yg Allah bg tau, jgn sesekali.

Amik la yg baik dr post ni, just my 2 cent. (sorila kalau penulisan tak berkualiti ye) Anyway, ni ada 1 artikel buat motivasi kawan2 semua (klik sini) Wallahu'alam.


No comments: