Saturday, September 20, 2008

Lembu oooo Lembu...Aduhai...


assalamualaikum wbt..


Akhir-akhir ni, diriku sering dikaitkan dengan peristiwa lembu..Lemboo oooo lembooo...Booo sama kamooo...huhu (tak solehah laa enol!) ~Lembu dan haiwan-haiwan serta tumbuhan-tumbuhan, batu dan sebagainya sentiasa berzikir kepada Allah SWT..kita? so janganlah kita mengutuk mereka..sekalipun kita tak menggemarinya..~huhu, i dun like cat!


Yang jadi mengutuk lembunya bukan sebab lembu tuh..Lembu otak 'singkat' kalau nak banding dengan manusia. Tapi ada jugak manusia yang otaknya Allah SWT jadikan 'panjang' tp dia tak suka nak menggunakannya, jadilah lebih 'singkat' dari otak lembu..(kasarkah? huhu..kalau bunyiknya kasar ayat ni, bacalah dengan intonasi yang lembut ye..)


Nak dijadikan cerita, satu ketika dulu (masa enol skola menengah dulu), ada sedara meninggal dunia sebab terlanggar lembu. Kepala masuk lam stereng..innanillah. Bukan nak salahkn lembu, mungkin dah ajalnya sampai situ, tak boleh nak elak dah. Kes lembu tak tambat, nyawa seorang insan tergadai. Agaknya lembu tu kata, Äpa nak salahkan aku plak? Daa tuan aku tak tambat!" Hmmm..


Dalam bulan puasa ni jugak, sepupu enol plak terlanggar lembu di saat musafir. Habis remuk kereta! Tak leh pakai daa! Tapi Alhamdulillah, tuannya selamat. Kes lembu tak tambat gak. Tetiba je keluar naik atas jalan. Aduhai...Tapi lembu tu mati di tempat kejadian laa..innanillah.


Latest!! Kalau yang tadi masalah lembu tak tambat..yang ni masalah lembu tertambat plak..(aiii, tak tambat pon salah, tak tambat pon salah..) Perang LEMBU VS MANUSIA tercetus pada tanggal 19hb September 2008 bertempat di rumah ku, ber'jeneral'kan abahku, ber'askar'kan keluargaku, di bawah panji-panji menuntut kemerdekaan..turun demi mempertahankan 'kedamaian'..Peristiwa tercetus apabila bau hasil kumuhan lembu mula menusuk hidung terutama masa bukak puasa. Hal ini menyebabkan hilangnya kedamaian semasa berbuka..Ini tak leh jadi nih!! Mula-mula perang mulot...


"Wei lembu! Gi laa meragut jaoh-jaoh nuh! Bau dio sajo nih!"


Lembu menjawab, "Moooooo..." (entah ape maksud dia)


Perang mulot diteruskan..."Wei lembu! Mano gak tuwe mung nih?? Dop cekak nok royak dowh nih! Oyak ko tuwe mung gi tambat jaoh-jaoh nuh!! Tambat tepi umoh oghe..nok makey dop lalu!" ~Padahal selama ni duk makan daging lembu jugak..haha~


Lembu tu jawab lagi! "Mooooo"..(agaknya, dia cakap.."Oyak dowh ko tuwe kito, dio dop pehe ambo kecek gapo!")


Maka kesabaran sudah mencapai hadnya, esoknya tercetus laa perang yang dimaksudkan.


KEBABO!!! SERANG!!! JANGAN BAGI PELUANG KAT DIA!!!

~mercun dilemparkan ke arah lembu...alaahh, bedey gessek jah pom!~

Tapi hasilnya...Lembu buat dek je..sebab bunyik tak kuat sangat kot..

Dan kami kembali, membawa 'bom tangan' bernama mercun bola..Lari bertembiaran lembu tu (xde laa bertempiaran sangat, hiperbola je tuh..lari 5,6 langkah je pon..sebab kene tambat)


Kejam kan? Tapi dah takda cara laen..Dah cakap kat tuan lembu tu banyak kali (sebab hal ni dah lama) tapi dia still buat, sedangkan padang rumput kat situ luas lagi. Aduhai, diletaknya jugak di tepi rumah orang sehingga bau-bau t*** memenuhi ruang makan itu..huhu..


So, what's the issue here? Hmm..that we call - amanah. Betulkan kalau enol salah ye. Pada pendapat enol, lembu tu adalah amanah kepada tuannya. Si tuan kena bagi makan kat lembu tu, tambat elok-elok, tak biar gitu je...jaga makan pakai dia (eh, ada ka? haha)..Namun mungkinlah sikap mengambil ringan menyebabkan kita terabaikan amanah.


Mari mengklasifikasikan jenis-jenis amanah (melalui pembacaan enol):


a) Mengetahui bidang tugasnya. (cth: Lembu tu kena laa tambat kalau nak tinggal, takde laa orang eksiden langgar lembu lak)


b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya. (cth: takkan nak harapkan pemandu berenti tepi jalan, tolong tambat lembu kot)


c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. (cth: terbaikkah kalau sampai orang bau t*** lembu masa makan?)


d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. (cth: kalau orang dah tegur tu, amik laa tindakan)


e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah. (cth: haa..yang ni kena atas hidung enoll..huhu..mulot dan tangan tu amanah jugak! Dok marah-marah orang, baling-baling mercun kat lembu orang..amanah ke? adehhhh)


Maka apply laa semua di atas tidak kira ke atas lembu atau apa sahaja amanah (cth: study, amanah sebagai seorang anak soleh/solehah, dan amanah terhadap-Nya; solat, puasa dsb)


Sabda Rasullullah s.a.w. :
ألا لا إيمان لمن لا أمانة له
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah.

(Riwayat Imam Ahmad)


haaa..maka, sama-samalah kita jaga amanah! Jangan asyik nampak amanah orang, amanah diri sendiri terabai sama. Ish3..Semoga kita dapat sesuatu dari-Nya dengan menjaga amanah..insyaAllah...


Sabda Rasullullah s.a.w. :

أربع إذا كنَّ فيك فلا عليك ما فاتك من الدنيا : حفظ الأمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة في طعمة - الشيخان
Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).


Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. Wallahualam..wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

mabruk alaik..artikel ade msg besar..blh jd gnti knik nnt nih ^_^

dr enoll said...

mekaceh~tp org da tau da pon mnde ni..

saje ingt2kan balik..huhu..terkena kt diri sndirik gak ~ malas2 setadi..solat tak kusyuk..wuuhuuu..isk3

Anonymous said...

best2 teruskan menulis..mm peringatan yang sgt bermakna..jzk