Monday, August 25, 2008

You Don't Mess With The Zohan

Bintang Popular (24 Ogos 2008)


KREATIVITI manusia memang tiada hadnya. Disebabkan itu jugalah, isu serius seperti konflik politik dan agama antara Palestin dan Israel bagi orang di belakang tabir industri perfileman Hollywood, ia boleh dijadikan bahan lawak jenaka.


Peranan terbaru Ad
am Sandler sebagai Zohan, seorang tentera unit khas Israel tidak banyak bezanya dengan karakter dalam filem sebelumnya. Cuma apa yang pasti, anda akan tidak henti ketawa terbahak-bahak dek lawak merapu lagi melampau berkelas 18SX sepanjang menonton filem ini.


Peringatan juga kepada ibu bapa yang tercari-cari filem untuk membawa anak-anak menonton bersama bersempena musim cuti sekolah ini, Zohan memang tidak sesuai. Bayangkan seorang pendandan rambut yang sanggup memberikan khidmat seks selepas mendandan rambut tanpa sebarang bayaran. Begitulah selambanya Zohan demi memastikan pelanggan kembali mengunjungi salun tempat dia bekerja.


Antara lain, You Don't Mess With The Zohan mengisahkan Zohan, tentera dari unit khas Israel yang sudah jemu berperang dengan Palestin dan bercita-cita mahu menjadi pendandan rambut berjaya. Dia akhirnya berpeluang melarikan diri dari Israel dan menuju ke New York selepas memalsukan kematiannya selepas dikalahkan Phantom (John Turturro).


Di New York, satu-satunya salun kecantikan yang mahu mengambil Zohan bekerja dimiliki wanita jelita berbangsa Palestin, Dalia (Emmanuelle Chriqui). Itupun bermula sebagai tukang sapu. Akhirnya, identiti sebenar Zohan diketahui, dia kemudian kembali diburu Phantom.

Antara elemen menarik dalam Zohan bukan setakat menampilkan kelucuan melampau dan slapstik menerusi skripnya tetapi juga kelebihan penampilan ramai cameo seperti Henry Winkler (The Fonz), John McEnroe, Chris Rock, dan Mariah Carey. Jika anda sudah bersedia untuk berseronok, apa kata bawa teman wanita menonton You Don't Mess With The Zohan.


Petikan berita dari akhbar sisipan Berita Harian, Bintang Popular ini menceritakan tentang sebuah filem Hollywood yang sudahpun mencatat nama di carta box-office Malaysia. So, what's wrong with this film?
Baca ayat yang di'bold'kan pada perenggan pertama petikan di atas. Sejauh mana isu ini di'jenaka'kan? i don't know. Namun yang jelas, isu ini sangat-sangat SENSITIF bagi umat Islam yang sebenar-benarnya CAKNA terhadap saudara seagama mereka, seharusnya lebih sensitif daripada isu bangsa, dan sepatutnya lebih sensitif dari isu Permatang Pauh.


Apa yang dikesali, penulis petikan di atas
seakan-akan KESAL dengan penerbitan filem arahan Dennis Dugan ini kerana telah men'jenaka'kan isu serius seperti Palestin-Israel, namun apabila dibaca ayat yang di'bold'kan pada perenggan last sekali......she's promoting the film (i'm sorry if i read the article with the wrong intonation). Nama penulis, macam Islam. Tapi sekarang, nama sahaja tidak memadai untuk mengklasifikasikan samada seseorang itu Islam atau Islam pada nama sahaja. Dah laa promote filem yang JIJIK, dah tu suruh pulak bawak awek pegi tengok sekali! Berapa harga peribadi Islam yang anda cagarkan di 'kedai pajak gadai' tersebut???


The point here is - kita dapat lihat sejauh mana masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam cakna terhadap Palestin. Siap masuk
box-office!! Mungkin jika dipertikaikan artikel ini, kemungkinan besar orang tak layan atau
tak ambil pusing pun. Kenapa?? Sebab TIDAK CAKNA! Kenapa tidak cakna? Sebab masyarakat kita dihujani terlalu banyak FITNAH yang mengalihkan pandangan masyarakat untuk dijadikan tajuk utama akhbar dan berita setiap malam. Sedangkan Palestin? Hanya 'mendapat tempat' sebahagian kecil (kalau akhbar tidak sampai 1 muka surat pun dan kalau berita kadang-kadang ada, kadang-kadang.....)


Nak salahkan siapa? Atau tiada yang perlu dipersalahkan kerana ianya hal
BIASA? Sehingga Palestin menjadi bahan lawak Barat pun tak diendahkan? Malah filem (yang turut mengetengahkan elemen seks 18SX) itu turut mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia. MasyaAllah...bencana. Kalau bukan negara Islam sendiri mengambil berat isu-isu sebegini, nak harapkan siapa?


Just a suggestion (you know, complaining without suggesting a solution is just a waste)
- kenapa tidak kita menyekat filem-filem yang membuatkan hilangnya cakna umat terhadap isu Islam dan beralih kepada isu yang jijik seperti se
ks, keganasan dsb. Mungkin ada usaha yang dijalankan tetapi meminjam kata-kata Arsene Wenger," What we have done is just not good enough." Kenapa 'not good enough'? Sebab usaha tu ada cacat di mana-mana. Manusia tidak sempurna, tapi sebolehnya berusahalah menjadi sempurna.


Dan lagi, media. Media di Malaysia, pada pendapat enoll, banyak yang sudah 'tercemar'.
BEING POLUTED by damn issues. Menjadi alat penyebar fitnah, menjadi alat untuk perpaduan sesama umat termusnah. Yang membacanya, mulalah mencari-cari 'kebenaran'. Setiap hari, di dada akhbar, isu itu menjadi tajuk utama. Setiap hari, di permulaan berita, isu yang sama menjadi 'headline'nya. Hasilnya, bila ditanya kepada mereka yang beragama Islam di Malaysia ini,"Saudara, apakah 'update news' pasal Palestin yang anda baca?" K
emungkinan jawapan kebanyakan dari mereka,"Tak tau la" atau "Israel laa, duk serang Palestin" <--at least yang kedua ni tau laa even 'headline' yang dia bagi sepatutnya orang jawab 100 tahun dulu..huhu.


So, why not kita letakkan isu Palestin kat muka depan jugak eventhough ianya tak sehangat isu dalam negara ni...war-warkan isu Palestin ataupun apa sahaja isu Islam di 'main headlines' berita. Ini tidak, tengok berita Melayu pun cakap pasal mende tu, takkan laa nak harapkan berita Cina dan India nak siar cerita Islam..ye tak?



In conclusion, i'm so sorry kalau apa yang dibawa dalam filem You Don't Mess With The Zohan tu tidaklah seserius yang enol katakan. Just to evaluate the stage of Malaysian Muslims' sensitivity towards Islamic issue especially Palestine. Last but not least - SAVE PALESTINE, SAVE MUSLIMS. ALLAHUAKBAR!!


wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

MOGA REDHANYA SENTIASA BERSAMA MU ENOLL...MABRUK ALAIK.MATANG DAN BERNAS.JZKK

dr enoll said...

woohoo..which NIK is this?

dat tall thin one or d sopan one?
hehe..jgn ar bace...maloo2 kucing parsi enol~

mekasih krn menyokong~