Thursday, August 28, 2008

Kita Kembali Dijajah? Come On laa..Mana ada!


Suatu hari, Jijah si kepoh tergopoh gapah mencari Mak Nah rakan seperbualannya. Dia bergegas ke rumah Mak Nah membawa cerita hangat mengenai artis kegemarannya....


Jijah: assalamualaikum Mok Noh weh!!
Mak Nah: waalaikumussalam Joh! Hooo...naek laa..naek! Sleke2 (silakan2)..
~Jijah pun duduk laa di beranda rumah Mak Nah~
Mak Nah: Mung gak maghi mano Joh weh? Suko napok tengok ko muko tuh..(Mak Nah tersenyum)
Jijah: Hoo laa Mok Noh..tidok suko bakpo nyo ambo gi kedda saknih jupo Awie! Awie laa...hok nyanyi sedak tuh..
Mak Nah: Weyh! Jolo ko?? Ngaghuk mung ni..Awie nyo tidok nok maghi teppak kito nih! Ado ko...Kedda mano?
Jijah: Hoo..lagu tuh deyh. Tok cayo tapi gak duk tanyo jugok..hehehe..Kedda Kak Yah laa..
Mak Nah: Yo ko? Pah mung dey amik otogerah(autograf) dop?
Jijah: Nok amik kuk mano Mok Noh weyh...Diyyo duk ley tibi(TV) ambo duk luwwa..ambo kecek ngey diyo nyo..dio tidok nok laye mano lah..(tersenyum kemalu-maluan)
Mak Nah: ????? Mung ni gak..tu laa..mulo mok mung suh ngaji panda, mung maen-maen..gini laa jadinyo..(menggeleng-geleng kepala)
Jijah: Hehe..dop eh Mok Noh..ambo maghi ni nok bicce hal besar..hal negagho!
Mak Nah: Weyh?! Kejjuk(terkezut) ambo! Go dio hok besa sangat ni??
Jijah: Kito ni..nok keno jajoh mulla dowh! Ni Awie kato ni! Awie Mok Noh weyh!
Mok Noh: Weyh...warok teyh Awie. Weyh laa..Panda doh oghe kito lo ni..Sumo patriotik! Baguh sungguh! Sumo pakak pikey maso depey negagho! Tok kigho artis..tok kigho oghe besa. Sumo amik tahu! Oghe puteyh kato gapo...'Caring' ko..ko gapo Joh? Uhmm, tanyo mung pom tidok nyo tahu! Go dio doh..'caring is sharing' ko gapo...Gitu laa..Hoo laa. Kito buleyh dengar doh hok artis-artis kecek. Demo ni duk oyak artis-artis kito duk ngaghuk koksey, kalu dengar Awie kecek gitu, tidok ngaghuk laa tu deyh. Betul doh. Puok-puok diyo seksi-seksi jugok, melalok-melalok jugok, tapi bab-bab negagho amik tahu jugok deyh. Ambo gak banggo laa dengar ko ceghito mung ni Joh weyh..BANGGO SUNGGOWH! bla..bla..bla..(Mak Nah terus menerus bebel melahirkan rasa bangga dengan sikap artis yang 'care' psl negara tersebut)
Jijah: Bo la Mok Noh...ambo dop abih ceghito lagih! Ambo kelik laa gini gak (ecece..Jijah buat-buat merajok plak)
Mak Nah: Hehehe..jange gitu Joh. Biaso laa ambo gak oghe tuwo. Kecek sedak..hehehe..hoo. Ceghito laa. Bangat-bangat. Meh nok denga. (Mak Nah menongkatkan dagunya dengan tangan)
Jijah: Gini....Awie oyak. Kito ni nok keno jajoh smula napoknyo. Yo oyak kuk baso luar laa. Pasal apo? Pasal artis-artis Indon nok maghi wak konsert malam indonesia ko gano tau..oghe pakak nok tajo laa..ghama laa oghe duk sokong wak konsert tu nyo..Awie gak maghoh laa mugo kalu artis kito gak payoh bena nok keno tajo kalu wat konsert. Pahtu, di radio kuat laa lagu puok-puok sebeghe nyo siar. Gitu laa antaro hujoh-hujoh oghe-oghe seni kito hok Melodi siar saknih nyo. Yo kato, tando-tando kito nok keno jajoh smula doh tu lagu ni gak.
Mak Nah: ?????????


Itu rupanye hujah penyanyi kita. Ingatkan betul laa 'care' pasal negara, rupanya takut INDUSTRI MUZIK negara yang dijajah. Hahahaha.. Betul laa jugak kot, one type of colonizations laa jugak tu kan (uwek!) Mana ada...kita daa merdeka! Tak de sape nak jajah da. Merdeka semerdeka merdeka nye kite nih!! Aman damai! Hidop tenteram...kan3? Sehinggakan kita merdeka dari Al-Quran, dan merasakan kita merdeka daripada Tuhan! Akibatnya, Allah biarkan kita merasa 'kemerdekaan' tersebut..Sesat. Ibarat memandu kereta pulang ke rumah. Tak jumpa 'sign board' ke jalan yang betul. Jumpa 'roundabout' tapi kita membelok ke jalan yang salah. Bila dah belok ke jalan salah, tiba-tiba tersedar. Owh, kena 'U-Turn' ni. Dan kita pun U-turn. Sayang sekali dalam perjalanan ke jalan yang benar tu, ada plak benda menarik tengah-tengah jalan.Kita pun berhenti. Nak balik. Tapi cam best plak. Maka bertenggek laa kita di tempat itu. Nak balik..esh. Best ni! Nanti laa..kejap-kejap lagi balik laa. Bukannya takda masa. Sampai laa hari larut malam. Kita nak pulang, tiba-tiba ada road block. Kena ikut jalan laen untuk pulang. Malang skali, hanya itu jalan yang kita tahu. Dan kita mula sesat mencari-cari jalan baru. Nak bertanya tapi malu. Kerana ego, dan terlalu yakin dengan diri....kita semakin jauh dari jalan menuju rumah itu. Dan kesudahannya, ada dua persimpangan...satu ke kiri, satu ke kanan. Dirasakan kanan itu jalan yang betul, tapi masih membelok ke kiri. Syang sekali...Dan kita semakin jauh...jauh..tidak lagi menjumpai jalan pulang...ini lah akibatnye apabila kufurnya kita sebagai manusia...

Sajak buat peringatan
Kadang-kadang kita tak sedar adanya kekufuran
Mekar dalam diri namun tak dikhabarkan..
Sengaja memerdekakan diri dari Al-Quran
walaupun tahu di situ ada kebenaran..
Merdekakan diri dari sunnah junjungan
yang seharusnya jadi rujukan serta ikutan..
Digantikan dengan omong dan bisikan syaitan
Kerana kufur, nikmat-Nya dikorbankan..
Berkali-kali datangnya persimpangan
Untuk dipilih kebenaran atau kejahilan
Ketuanan nafsu jadi sandaran
Maka godaan raih kemenangan..
Dia masih beri kesempatan
Untuk kau cari jalan kebenaran
Namun hitam kaburi pandangan
Kau tetap memilih menjauhi-Nya, mendekati syaitan..
Diberikan-Nya lagi padamu sinar harapan
Namun kerana ego, engkau biarkan
Kau sangka masa menunggumu di hadapan
Maka kau terus jauhi Tuhan..
Tiada Dia rugi, ketahuilah wahai teman
Sedangkan kamu yang kemudi kesesatan
Saat Izrail membuat panggilan
Baru kau tahu erti penyesalan..
Kata ini sekadar peringatan
Buat kita yang bernama insan
Nasihat menasihati agar tak kerugian
Jadikan Jannah-Nya padamu satu kenyataan...

* perbualan di atas adalah rekaan semata-mata tiada kene mengena dgn yang hidop mahupun mati. Jangan tiru aksi di atas, takot kena saman.hehehe. Tapi apa yang penyanyi tersebut cakap adalah betul, dan sebenarnya dia adalah simbolik kepada artis-artis laen yang turut berpendapat sedemikian masa enoll tonton rancangan Melodi ari tu (maaf atas apa2 salah paham..Wallahualam) *

Monday, August 25, 2008

You Don't Mess With The Zohan

Bintang Popular (24 Ogos 2008)


KREATIVITI manusia memang tiada hadnya. Disebabkan itu jugalah, isu serius seperti konflik politik dan agama antara Palestin dan Israel bagi orang di belakang tabir industri perfileman Hollywood, ia boleh dijadikan bahan lawak jenaka.


Peranan terbaru Ad
am Sandler sebagai Zohan, seorang tentera unit khas Israel tidak banyak bezanya dengan karakter dalam filem sebelumnya. Cuma apa yang pasti, anda akan tidak henti ketawa terbahak-bahak dek lawak merapu lagi melampau berkelas 18SX sepanjang menonton filem ini.


Peringatan juga kepada ibu bapa yang tercari-cari filem untuk membawa anak-anak menonton bersama bersempena musim cuti sekolah ini, Zohan memang tidak sesuai. Bayangkan seorang pendandan rambut yang sanggup memberikan khidmat seks selepas mendandan rambut tanpa sebarang bayaran. Begitulah selambanya Zohan demi memastikan pelanggan kembali mengunjungi salun tempat dia bekerja.


Antara lain, You Don't Mess With The Zohan mengisahkan Zohan, tentera dari unit khas Israel yang sudah jemu berperang dengan Palestin dan bercita-cita mahu menjadi pendandan rambut berjaya. Dia akhirnya berpeluang melarikan diri dari Israel dan menuju ke New York selepas memalsukan kematiannya selepas dikalahkan Phantom (John Turturro).


Di New York, satu-satunya salun kecantikan yang mahu mengambil Zohan bekerja dimiliki wanita jelita berbangsa Palestin, Dalia (Emmanuelle Chriqui). Itupun bermula sebagai tukang sapu. Akhirnya, identiti sebenar Zohan diketahui, dia kemudian kembali diburu Phantom.

Antara elemen menarik dalam Zohan bukan setakat menampilkan kelucuan melampau dan slapstik menerusi skripnya tetapi juga kelebihan penampilan ramai cameo seperti Henry Winkler (The Fonz), John McEnroe, Chris Rock, dan Mariah Carey. Jika anda sudah bersedia untuk berseronok, apa kata bawa teman wanita menonton You Don't Mess With The Zohan.


Petikan berita dari akhbar sisipan Berita Harian, Bintang Popular ini menceritakan tentang sebuah filem Hollywood yang sudahpun mencatat nama di carta box-office Malaysia. So, what's wrong with this film?
Baca ayat yang di'bold'kan pada perenggan pertama petikan di atas. Sejauh mana isu ini di'jenaka'kan? i don't know. Namun yang jelas, isu ini sangat-sangat SENSITIF bagi umat Islam yang sebenar-benarnya CAKNA terhadap saudara seagama mereka, seharusnya lebih sensitif daripada isu bangsa, dan sepatutnya lebih sensitif dari isu Permatang Pauh.


Apa yang dikesali, penulis petikan di atas
seakan-akan KESAL dengan penerbitan filem arahan Dennis Dugan ini kerana telah men'jenaka'kan isu serius seperti Palestin-Israel, namun apabila dibaca ayat yang di'bold'kan pada perenggan last sekali......she's promoting the film (i'm sorry if i read the article with the wrong intonation). Nama penulis, macam Islam. Tapi sekarang, nama sahaja tidak memadai untuk mengklasifikasikan samada seseorang itu Islam atau Islam pada nama sahaja. Dah laa promote filem yang JIJIK, dah tu suruh pulak bawak awek pegi tengok sekali! Berapa harga peribadi Islam yang anda cagarkan di 'kedai pajak gadai' tersebut???


The point here is - kita dapat lihat sejauh mana masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam cakna terhadap Palestin. Siap masuk
box-office!! Mungkin jika dipertikaikan artikel ini, kemungkinan besar orang tak layan atau
tak ambil pusing pun. Kenapa?? Sebab TIDAK CAKNA! Kenapa tidak cakna? Sebab masyarakat kita dihujani terlalu banyak FITNAH yang mengalihkan pandangan masyarakat untuk dijadikan tajuk utama akhbar dan berita setiap malam. Sedangkan Palestin? Hanya 'mendapat tempat' sebahagian kecil (kalau akhbar tidak sampai 1 muka surat pun dan kalau berita kadang-kadang ada, kadang-kadang.....)


Nak salahkan siapa? Atau tiada yang perlu dipersalahkan kerana ianya hal
BIASA? Sehingga Palestin menjadi bahan lawak Barat pun tak diendahkan? Malah filem (yang turut mengetengahkan elemen seks 18SX) itu turut mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia. MasyaAllah...bencana. Kalau bukan negara Islam sendiri mengambil berat isu-isu sebegini, nak harapkan siapa?


Just a suggestion (you know, complaining without suggesting a solution is just a waste)
- kenapa tidak kita menyekat filem-filem yang membuatkan hilangnya cakna umat terhadap isu Islam dan beralih kepada isu yang jijik seperti se
ks, keganasan dsb. Mungkin ada usaha yang dijalankan tetapi meminjam kata-kata Arsene Wenger," What we have done is just not good enough." Kenapa 'not good enough'? Sebab usaha tu ada cacat di mana-mana. Manusia tidak sempurna, tapi sebolehnya berusahalah menjadi sempurna.


Dan lagi, media. Media di Malaysia, pada pendapat enoll, banyak yang sudah 'tercemar'.
BEING POLUTED by damn issues. Menjadi alat penyebar fitnah, menjadi alat untuk perpaduan sesama umat termusnah. Yang membacanya, mulalah mencari-cari 'kebenaran'. Setiap hari, di dada akhbar, isu itu menjadi tajuk utama. Setiap hari, di permulaan berita, isu yang sama menjadi 'headline'nya. Hasilnya, bila ditanya kepada mereka yang beragama Islam di Malaysia ini,"Saudara, apakah 'update news' pasal Palestin yang anda baca?" K
emungkinan jawapan kebanyakan dari mereka,"Tak tau la" atau "Israel laa, duk serang Palestin" <--at least yang kedua ni tau laa even 'headline' yang dia bagi sepatutnya orang jawab 100 tahun dulu..huhu.


So, why not kita letakkan isu Palestin kat muka depan jugak eventhough ianya tak sehangat isu dalam negara ni...war-warkan isu Palestin ataupun apa sahaja isu Islam di 'main headlines' berita. Ini tidak, tengok berita Melayu pun cakap pasal mende tu, takkan laa nak harapkan berita Cina dan India nak siar cerita Islam..ye tak?



In conclusion, i'm so sorry kalau apa yang dibawa dalam filem You Don't Mess With The Zohan tu tidaklah seserius yang enol katakan. Just to evaluate the stage of Malaysian Muslims' sensitivity towards Islamic issue especially Palestine. Last but not least - SAVE PALESTINE, SAVE MUSLIMS. ALLAHUAKBAR!!


wassalam..

Wednesday, August 20, 2008

Apa Ada Pada Bangsa..?

assalamualaikum wbt..

Writtin' this doesn't mean that i'm a betrayer to the race, just to make us think! Between the race and 'something'...


A quote from a leader, "Apa ada pada bangsa?" Mungkin ada yang melenting tak tentu pasal bila mendengar kata-kata ini keluar dari mulut seorang Melayu tanpa mendengar hujahnya. Yea, it's a nature. Coz this is a sensitive issue in our country. BUT, think guys!! THINK as a M
uslim, not as a Malay, or Chinese, or whatever..

I'll try to write this in my own words coz i didn't hear from the leader by myself but from my brother. Thanks bro for stimulating me to THINK *wink*


Apa ada pada bangsa? Bilal dari bangsa kulit hitam, tapi adakah Rasulullah s.a.w discriminate dia? Mati masuk kubur, Allah SWT tengok ke dari bangsa mana kah kita? Persoalan besar - di manakah posisi Islam ketika kita sibuk memperjuangkan nasib bangsa?

Negara digegarkan dengan isu bangsa baru-baru ini apabila seorang pemimpin mencadangkan 10% kemasukan non-Bumi ke UiTM. Cadangan yang mencetuskan tsunami demonstrasi di segenap pelusuk Malaysia dengan perarakan oleh mahasiswa mahasiswi UiTM tanda memprotes. It's not that i'm sayin' YES to the suggestion. Me, personally, didn't agree with that. Tapi cara, diulangi CARA para pelajar memprotes tu disifatkan oleh enol sendiri sebagai KURANG BIJAK. Bukan masanya diorang nak buat demo. Utamakan yang aula. Your priority is to study! Bukan membazir masa buat demo, even secara aman. You have your own leaders, means that you already have the right channel to, let say, protest. Show that we're elite! (Lagipun yang menyatakan itu tidak mempunyai kuasa apa-apa dalam mengubah yang sedia ada..tak perlu la sampai berdemo-demo seolah-olah cadangan itu tidak mampu disekat lagi). Lagipun, (memetik kata-kata seorang seniorku yang disayangi - tak leh mention nama, takde permission lagi..hehe) Melayu kat UiTM tu pun bukannya suma macam Melayu yang sepatutnya terkenal dengan adab dan tatasusila, ada je yang tak berkelakuan seperti Melayu yang sepatutnya. Tak perlu laa melenting, kan?

ONE THING! Kenapa? Why there's nobody rationally think as a Muslim? Kenapa tak manipulate cadangan tu untuk bangunkan NEGARA? (i'm not sayin' BANGSA coz i have my own point) Generally we do know that Malay is Muslim (teori yang sekarang ni jelas-jelas kita boleh sangkal tapi secara surface nye kita masih boleh gunakan sebab bila dengar nama Melayu kita belum lagi terpikir die ni Islam ke tak). So, why not we accept MUSLIMS instead of non-Bumi to be there, in our Malay campus? Why? Kita ada kuasa! Bela nasib Muslim sehebat mana kita bela nasib Melayu (sepatutnya lagi hebat). Kita kan terkenal sebagai negara ISLAM di seantero dunia, bukannya negara MELAYU.
[kami pembela ummah]

Tapi sayang, kita kekurangan mereka yang alert dengan ISLAM berbanding mereka yang alert dengan bangsa sendiri. Guys, carilah...carilah dalam Al-Quran Kitab Suci..ada kah Allah SWT sebut bahawa setiap dalam bangsa kita ni adalah bersaudara? Ada kah Rasulullah SAW sebut bahawa 'innal 'araabi ikhwaan'?? Yang ada hanyalah setiap mukmin itu adalah bersaudara. Lihatlah..lihatlah kembali kepada sejarah Islam..Wujudkah wilayah berlandaskan bangsa dalam pemerintahan khalifah seperti mana sekarang..di mana kita dapat tau negara ni, negara orang India, negara ni, negara Arab..wujudkah? Yang ada hanyalah wilayah yang disatukan di bawah satu naungan iaitu ISLAM.

Kesimpulannya, perjuangkanlah agamamu, Islam! Jangan sesekali perjuangan bangsa itu menghilangkan mahupun mengaburi jihadmu di jalan Allah..renungi lirik nasyid Wahai Kawan ini...


Mari kita sembah Allah..mari berukhwah..
Mari kita berdakwah..Mari mujahadah..

Wahai kawan-kawan mari sembah Allah..
Wahai kawan-kawan mari ikut Rasulullah

Wahai kawan-kawan mari berukhwah..
Wahai kawan-kawan mari kita bina ummah..

Wahai kawan-kawan mari kita berdakwah..
Wahai kawan-kawan ini dia jalan Allah..

Wahai kawan-kawan mari mujahadah..
Wahai kawan-kawan jangan mudah menyerah kalah..

Wednesday, August 13, 2008

PMPI '08

assalamualaikum wbt..

To write this is too late but i still write for i've already planned it. Cuma selalu ingat-ingat lupa. That's why human is called 'insan' coz they always forget.


Program Musim Panas ISMA 2oo8, a nice experience to be shared *wink*..

First of all, enol nak ucapkan terima kasih kepada ISMA dan kepada mereka-mereka yang telah meng'induce' enol to participate. I gained priceless experience from the programme! Jazakumullahu khairan kathiran =)


Mula-mula, enol tak enjoy sangat aktiviti program tu sebab starting dia macam tak best sangat. You know, breakin' the ice in the bus....pening daaaaaaaa..untuk mereka yang boleh sesuaikan diri, oklaa..tp enol, aiyyo..mau muntah maa *uwwekk*


Hmm, program ni banyak memasukkan slot sukaneka. Mungkin sebab 'aim'nya adalah 'ukhuwwah fillah', so slot sukaneka agak sesuai dalam usaha mengerat dan menghubungkan silaturrahim. Anyway, i'm sorry to say that i don't like 'sukaneka'..huhu..so, boring laa sket. Tp orang laen nampak seronok je join sukaneka tuh. Jadi problemnya ialah enol, aktiviti sukaneka tu cam best dah untuk tujuan ukhuwwah. Congratulation to AJK Sukan *wink*

[daku bermaen sukaneka..adeh!tak pandai laa..hehe]



Enol ada dua benda yang nak diceritakan - satu interesting, satu sebaliknya. I start with 'yang sebaliknya' tu dulu eh.



When i ended my secondary school, i thought i will be free from 'it'. Tapi tanpa diduga, 'it' came and spoiled everything when the programme was running. Huhu. 'It' equal to..masalah air. It was the first time for me to join PMPI but this kind of prob really makes me think whether to join PMPI for next time or not. SPOILER! Maybe for those who were not used with 'it', they would say - itulah pengalamannya. But for me, who faced 'it' since I was form 1, you'll get bored with it. I think, next time mungkin pihak penganjur patut cari penempatan yang KURANG masalah air (i shouldn't say TIADA coz mungkin susah sebenarnya nak cari penempatan yg takde masalah air). Group enol (Group 4) mungkin laa kurang masalah air ni daripada group laen (sampai ade group yang kne tumapang mandi kat umah group laen, as long as they redha..then it's ok), but i'm afraid i won't always be lucky. Tak best laa badan lekit-lekit coz mandi kena jimat air. Memang masalah air ni memberi impak maksima laa kepada enol samada nak join ke tak nex PMPI.



And the most interesting event is - daurah tentang Al-Fateh & Daulah Uthmaniyyah (699H-1343H). Seronok!! ~walaupun sakit tengkukku mengangguk-angguk dek kemengantukan..hehe~ Memang banyak perkara baru dapat enol pelajari. Selain tu, dapat refresh balik yang mana ingat-ingat lupa pasal sejarah Islam ni (since 'sejarah' was my killer subject).



Hmm, bila diceritakan pasal Daulah Uthmaniyyah, teringat bagaimana jatuhnya kerajaan Abbasiyyah yang agung. (Betulkan enol kalau enol salah) Musuh menghantar pengintip untuk melihat perkembangan remaja-remaja Islam kerana mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam ketika itu adalah iman mereka. Kali pertama, mereka dapati pemuda-pemuda masih teguh dengan Islam. Mereka merasakan itu bukanlah masa yang esuai untuk menyerang. Kali kedua, mereka dapati dua orang pemuda bergaduh kerana membahaskan ilmu fiqh. Juga bukan masa yang sesuai. Tetapi kali ketiga, mereka dapati seorg pemuda menangis, dan apabila ditanyakan mengapa, dia menjawab bahawa dia putus cinta. Maka bermulalah serangan musuh ke atas kerajaan Abbasiyyah.



MasyaAllah...kalau beginilah cara jatuhnya Abbasiyyah yang sangat agung itu, maka tak mustahil lah Malaysia untuk sekali lagi dijajah oleh musuh. Bukan mendoakan, tapi menyatakan realiti masyarakat Malaysia, khususnya pemuda-pemudi sekarang ini. Kalau dilihatkan rancangan-rancangan di televisyen, drama-drama buatan Malaysia, elemen cinta mendominasi plot. Bukan cinta agama, bukan juga bangsa, bukan cinta Rasulullah, bukan juga Allah...tetapi cinta manusia. Tiada yang dapat menafikan. Itulah keadaan tenat remaja Malaysia sekarang. Bermakna, kalau musuh mahu menyerang, tidak mustahil untuk Malaysia kembali dijajah...nauzubillah..



Al-Fateh, masyaAllah...hebatnya dia. Sekiranya membaca cerita Al-Fateh dengan details, sungguh mengagumkan. Zaman sekarang dah SUSAH nak jumpa pemuda seperti Al-Fateh, pahlawan segagah Umar al-Khattab, pejuang agama seperti asy-syahid Sheikh Ahmad Yaasin, dan ibu setenang Umm Nidhol..Andai kata wujudnya insan-insan sebegitu di Malaysia ini, nescaya Islam kembali menguasai persada dunia.



PMPI hanya mampu menarik seluruh minat enol di malam budaya pada hari kedua =) dimana enol berjaya men'tajdid' niat dengan sepenuh hati...I enjoyed the night very much! Walaupun kumpulan kitorang sungguh malang kerana mendapat persembahan choral speaking, tapi dengan berkat usaha, kami mampu memenangi tmpt ke-2 untuk malam budaya! Yuuhuuuu *wink* thanks to Kak Nik Fakhira kerana telah berusaha 'keras' (takde laa keras sgt..hehe) untuk menyiapkan skrip choral pada tengah-tengah malam ketika orang laen dibuai mimpi. (disebabkan Kak Nik tulis nama enol lam blog dia, maka ini ganjarannya..enol juga menulis namanya di dalam blog ni..siap 'bold' lagi tuh..hehe)



Anyway, enol dapat impak dari PMPI ni. And I believe, if i did enjoy it from the beginning, i'll get more than i have now. Tahniah kepada ISMA dan AJK2 yang terlibat! =)



wassalam.