Saturday, March 6, 2010

Mungkin 'itu' saham anda..!


assalamualaikum wbt..

Lama tak update blog..walaupun cuti sem selama 2 minggu, namun cuti yg dah nyawa2 ikan ni telah menyedarkan ana bahawa yg sebenarnya...'tiada cuti dalam hidup seorang mukmin'....thank You Allah for giving me this precious knowledge.

Nak kongsi 1 cerita..pendek je. Semalam, ana turun gi kedai dekat2 ngan rumah, cari teh. Ana terfikir, "Nak beli teh apa eh?"..then dapat idea, lipton je lah..bermonolog sendiri. Namun, pantas je hasrat tu terkubur cz teringat yg lipton tu barang boikot..alhamdulillah, last2 xjd beli.

Hmm...cuba kita tgk kejap sekeliling kita. Banyak barang2 boikot yg murah dan sedap..ataupun sederhana dan sedap..betul x? Kalau kat mesir ni contoh ana bagi..coklat cadbury & mandolin..kfc, mcD, hardees dsb..nescafe..dan banyak lagi. Tapi, kita kadang2 susah nak tinggalkan dari membeli dan makan benda2 tu sekalipun tahu yg ia barang boikot..kan? Hmm..jom baca artikel yg ana amik dr palestinkini.info ni:

Pejuang PRC terbunuh terkena serpihan peluru meriam rejim Zionis

Khamis , 04/03/2010 – Serpihan dari Bedilan Meriam rejim Zionis ke atas Beit Lahia telah membunuh seorang pejuang dari briged Salahudin, gerakan bersenjata bagi kumpulan-kumpulan pembebasan yang popular.

Jurucakap PRC, Abu Mujahid menyatakan Mohammed Ghaban, 20, telah terbunuh ketika tentera rejim Zionismembuat bedilan dari kereta kebal ke atas kawasan di utara Semenanjung Gaza itu.

Sumber tempatan berkata bahawa seorang pejuang pembebasan yang sedang mengawasi sempadan, telah tercedera dalam bedilan IOF dan telah dibawa ke Hospital sebelum disahkan meninggal dunia di sana.

Hmm..mungkin terlalu besar untuk kita bandingkan mandolin yg 50sen tu dengan sebijik peluru...yelah, 50sen..mampu ke nak beli sebijik peluru. Kita selalu rasa mende kecik itu kecik..tak memberi kesan. WAHAI SAUDARA SEAKIDAH KU!! SEDARLAH! Jangan terlalu selesa dengan 'saham yg terlalu kecil' yg anda sumbangkan kepada mereka yakni MUSUH-MUSUH ALLAH!! Kerana tanpa sedar, mungkin saham kecil itu yg bertukar menjadi..bukan sebutir peluru..tapi serpihan peluru yg membunuh seorang saudara seakidahmu di Palestin..

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. [at-Taubah:14]